♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Sunday, May 30, 2010

Happy Birthday... My Lovely Bro

No comments:
السلام عليکم


My dearest brother
Today is your birthday
Knowing that you will be turning another year old

Time has change over the years
Even though we may not spend much time together
Still you are my brother
Someone who will be there in time of need
I am grateful to have you as a brother

May you enjoy this blissful day
And many happiness that will come your way
Because today is your birthday
Thanks for being the brother that you are

Happy birthday brother, I love yo

 P/s Bersedia harungi dugaan (",)

Soft Blue

1 comment:
السلام عليکم

Date : 29 May 2010
Time : 7.00 pm 
Themes : SOFT BLUE
Vanue : REDBOX, Pavilion

Sabtu yang lepas, saya berkesempatan menghadirkan diri ke majlis hari jadi adik saya. Teringat kisah dulu, dahulunya dia amat manja dengan saya. Rengekan, "Mummy~Mummy~Mummy adik nak bobok" (iye, dia panggil saya Mummy, mungkin kerana perangai saya macam mak~mak.. heheh) masih segar di ingatan. Adik (panggilan yang saya berikan untuk dia) memang sangat2 manja. Walau ada kalanya, perangai suka bercakap dan bercerita adik itu, menyakitkan telinga (kalau penat, adik akan banyak bercakap), perangai dia tetap melucukan (bagi saya). Masih ingat lagi, saat Ma (ibu kepada adik), datang melawat adik kerumah, dan Ma telah menjatuhkan penyapu ke bawah (dari tingkat 5), kelam kabut adik membodek aku. Wahaha... Semua itu memori yang manis untuk aku kenang dan simpan sampai mati.

Berbalik pada majlis malam itu, keseluruhan menghiburkan (walaupun terlewat sampai). Majlis yang simple, dan santai (pujian untuk organizer). Biasa la, kalau tak ada kelam kabut here n there. Normal kan, semua bukan boleh jadi perfect. Teruja tak kala, terpilih untuk kategori "Pakaian mengikut tema" (nasib baik warna yang terpilih, ada dalam koleksi peribadi saya, sedangkan saya tak berapa gemar warna biru.. huhu)

Thanks for the night. 

P/s Cerita saya bukan untuk menagih simpati... (",)

Friday, May 28, 2010

Kerabu o' Kerabu

No comments:
السلام عليکم

Seawal 11.30 malam, da sampai kat Kg. Baru. Untuk apa ke sana? Nak makan "Nasi Kerabu". Huhuu, tapi saya tak layan sangat nasi kerabu nih. Kalau takat makan sikit2 boleh la, takat nak rasa. Tapi dek kerana orang nak belanja (terima kasih Yart), jadi saya ikut majoriti yang mahu makan nasi kerabu. Punya la datang awal, tapi belum tersedia pulak makanannya. Pukul 12.45pg, baru la kedai ini (saya lupa pulak nama kedai) berubah wajah, dari kedai tomyam biasa, ke kedai nasi kerabu. Huhuu. Jom layan gambar.

Penantian tu satu penyeksaan, lihat la muka2 kelaparan dan kemengantukan (ada ke ayat ni...?).

Sementara tunggu nasi kerabu, makan Roti Tempayan dulu (",)

Pelik, tapi sedap Pulut Mangga (",)

Nasi kerabu (tapi saya makan dengan nasi putih.. hehehe)

Alhamdulillah, ada rezeki untuk hari ini. Sudah kenyang, nak balik tidur. Lihat bekalan itu, penangan Pulut Mangga, siap berbekal2 hehehe (",)

P/s Moga melimpah ruah rezeki kamu YARTER amin (",)

Wednesday, May 26, 2010

Lirik Lagu Minggu Ini - Cintailah Aku Sepenuh Hati Ari Lasso

No comments:
Di dalam hatimu
Tlah aku temukan
Arti kebahagian

Bersama dirimu
Aku merasa berarti

Sanggupkah dirimu
Untuk bertahan
Hingga waktu tak berjalan

Mencintaiku
Walau bintangku tak terang


[*]
Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini

Betapa hidupku takkan pernah sama
Bila kau tinggalkan ku
Tetaplah disini saling memiliki
Selama-lamanya

[**]
Cintailah aku sepenuh hati
Ooo... tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini
Tiada arti semua bila kau pergi

Genggamlah tangganku dan peluklah diriku
Saatku jatuh nanti menangis sepi

Back to [*][**]

P/s Hayati la...

Monday, May 24, 2010

Itu CARA saya...

No comments:
 السلام عليکم

"Siapa SAYANG saya, saya SAYANG dia balik. Siapa MANJA dengan saya, saya MANJA dengan dia balik. Siapa SUKA saya, saya SUKA dia balik. Siapa BENCI saya, saya BENCI dia balik. Saya dengan CARA saya.. Saya punya SUKA.. Sekian" 
(dipetik dari shout out muka buku saya pagi ini)

Saya meroyan ke..? Eh tidak la. Kenapa tiba2 saya tulis macam ni...? Saya pun tak tahu kenapa dengan tiba2 saya tulis dalam shout out muka buku milik saya. Kenapa mesti merasa tiba2...? Merasakan ada yang kurang senang dengan CARA saya. Mengapa ada yang kurang senang dengan CARA saya...? Mungkin mereka belum cukup mengenali saya. Eh boleh ke saya cakap macam tu...? Boleh je, mulut saya, belog saya, saya punya suka. Wahahhaaa

Setiap orang ada cara dia yang sendiri bukan. Begitu juga dengan saya. Saya juga insan biasa, punya akal, hati dan perasaan cewaahhh (>.<). Tapi bukan mudah untuk saya jatuh cinta, setelah saya kecewa dengan cinta yang ada T_T. Bukan la juga saya frust. Tidak sama sekali, saya rasa pertemuan dan perpisahan dalam cinta terdahulu, amat mematangkan saya dalam segala hal ان شاءالله. Berikut huraian saya tentang shout out tersebut (",)

"Siapa SAYANG saya, saya SAYANG dia balik". Jawapan saya, saya akan balas balik SAYANG itu. Perlu tahu, SAYANG itu meluas maknanya. SAYANG pada keluarga, adik beradik, saudara mara dan lain lain. SAYANG tak kira siapa pun. SAYANG juga tak kira rupa, harta. Bukan hanya SAYANG pada partner kita. Kawan2 pun perlu juga kita SAYANG. Lagi2 kalau kawan itu memang perlu kita SAYANG. Tanpa kawan, siapa la kita kan2. Jangan marah kalau saya SAYANG kamu juga. Kerana, itu memang CARA saya (",)

 "Siapa MANJA dengan saya, saya MANJA dengan dia balik". Yea saya memang MANJA. Saya takkan kira orang untuk berMANJA. Yea, saya anak MANJA mama. Kalau ada peluang duduk dengan mama, peha mama jadi mangsa bantal saya. Saya akan minta mama urut2 kepala saya. Saya akan minta mama belai2 rambut saya. Peha mama memang empuk. Kadang2 saya akan bandingkan peha mama dengan saya. Wahh jauh beza T_T. Kalau dengan teman2, saya juga MANJA. Tak percaya, tanya la teman2 saya. Saya suka merengek. Lagi2 kalau saya sakit. Dan rengekan saya tak kira siapa pun. MAAF la kalau merasa saya over. Kerana itu memang CARA saya (",)

"Siapa SUKA saya, saya SUKA dia balik". Mesti la kan. Kalau orang SUKA dengan saya, da tentu2nya saya akan SUKA dia balik. SUKA bukan pulak bermakna, saya jatuh cinta kan2. SUKA, bila teman2 selesa dengan saya. SUKA, bila teman2 menerima kelebihan dan kekurangan saya. SUKA, sebab teman2 SUKA kan saya. Dan saya amat SUKA2. Kerana itu CARA saya (",)

"Siapa BENCI saya, saya BENCI dia balik" Kalau boleh, saya mengelak dari berperasaan macam ni. Tak baik untuk kesihatan dalam dan luaran (emosi dan fizikal). Nanti muka tak cantik (",) kerana menahan sakit hati dengan memBENCIorang. Saya elak untuk memBENCI orang. Ye sungguh, saya memang tak mahu ada perasaan begini dalam kehidupan saya. Tapi, bila ada dikalangan teman2, yang mula persoalkan CARA saya, MAAF la, saya terpaksa mempunyai sikap ini. Saya memang tak suka keadaan ini. Kerana itu CARA saya. 

Kesimpulannya, bukan la pulak untuk punya sikap balas membalas. Mana yang positif, itu yang saya ikut dan lagi baik dari ikut yang negatif bukan. Orang sekeliling, mungkin akan berkata, mengata. Menambah dosa buat apa. Itu lumrah dalam kehidupan. Pada saya, tak cukup mengenali, kalau belum cukup selami. Namun sebagai insan biasa, saya cuba memperbaiki diri zahir dan batin  ان شاءالله

 P/S Saya suka BERCAKAP dengan CERMIN terlebih dahulu (",)

Sunday, May 23, 2010

Juara AF 8 ; SHAHIR

No comments:
 السلام عليکم


Siapa sangka, Ahmad Shahir Zawawi, 21 tersingkir pada konsert yang ke 7 , akhirnya mendapat tuah, apabila di afundi masuk pada minggu seterusnya. Tuah terus terasa, bila "budak suci" (pak nil yang panggil k), akhirnya menjadi JUARA, mengalahkan Adira Suhaimi, 19, yang mempunyai kedudukan selamat.

Secara ringkas, jeritan penonton di dalam stadium (memang terbukti bila teman saya juga berada disana) sudah membuktikan, Shahir bakal juara AF8. Mempunyai aura dan juga "suara jantan" tersendiri, Shahir berjaya memikat penonton fanatik AF8. Saya..? Hanya mengikuti AF8 ni, dihujung2 siaran jew (saya selalu pulang kerja lewat.. hehehe)

Apapun, tahniah buat Shahir. Moga2 rezeki semakin melimpah.

P/s Kalah menang, adat bertanding. Rasa amat kelakar bila, adik saya merajuk bila Iwan hanya dapat no 5 (",)

Saturday, May 22, 2010

BAMZ Annual Nite's

No comments:
 السلام عليکم

Date : 21 May 2010
Day : Friday
Time : 8.00pm - 10.30pm
Venue : SHOOK, Starhill Gallery, Bukit Bintang

Selepas 5 tahun KLINIK BAMZ HEALTHCARE (Bamz Healthcare Sdn Bhd) ditubuhkan, tunggang terbalik perjalanan business dalam medical ni, الحمدلله BAMZ masih kekal dengan gahnya (cewahhh) walaupun staff yang masuk tak pernah kekal kecuali saya (saya bukan nak promote diri yerp). Tiba2 Dr B minta saya pilih satu tarikh untuk pergi DINNER bersama. Di minta kerjasama staff2 lain juga, untuk melapangkan diri pada tarikh yang dirancangkan (seperti tarikh diatas). Saya nak share apa yang terjadi pada tarikh tersebut. 

 Dr B : Ryn baju ni yang U nak pakai...? 
(sambil menunjukkan baju purple aku bernombor 89)
Ryn : Eh tak, baju tu saya baru ambil dari rumah mama  
(dalam hati saya sudah resah gelisah)
Dr. B : Kalau baju ni U pakai, I tendang U  
(sambil jengkilkan biji mata pada saya... aduh)
Ryn : Aku senyum2 kambeng  
(adeh la, nak kena runner amik baju lain pulak)
Dr. B : Jangan la pakai baju no2 ni, macam nak tengok bola pulak
(dia bebel panjang lagi)
Ryn : Huahahahaa  
(saya da tak tahu nak buat apa gundah gulana sudah, dalam otak saya, saya mahu pulang sekarang)

5.30 petang (walau sebenarnya diminta berkumpul pukul 6 petang) Zasssssssssss dengan izin Dr B, saya minta pulang sebentar. Alasan saya, saya mahu jemput tetamu2 saya. Walhal sebenarnya, saya mahu tukar baju yang saya bawa. Maaf, tiada niat untuk menipu, tapi saya terpaksa. Dengan sepantas kilat, saya bersiap dan menyarungkan apa yang dirasakan sesuai. Fuhh (untuk pengetahuan, saya memandu melebihi had laju, minta maaf pada semua kenderaan yang berada NPE pada waktu dan ketika saya memandu  diketika itu, ampun).

Aduh la keadaan memang kelam kabut sedikit. 6.30 petang, meredah jalan yang jam (maaf pada pemandu2 yang berada di NPE sekali lagi, saya memandu agak merbahaya, saya kesuntukan masa). Zasss zass zass, saya da sampai klinik. الحمدلله tiada yang buruk berlaku pada diri saya. Tup tap tup tap,  saya makeup di dalam klinik, sesimple mungkin. Seperti biasa2, kerana saya memang seorang yang simple. Itu la cara saya. Hehehe.

Mari cuci mata dengan gambar2 saya (",)

Sewaktu kami menuju ke destinasi yang telah ditetapkan... Adeh saya sudah kelaparan (",)

Gelagat saya, dan tetamu2 dimeja makan. Blur2 kan2 (",)

Sebelum makan tau (",)

Pembuka selera kami.. Snow White Dancing Prawn (tengah) itu memang nyum2 (",)

Antara makanan2 yang di order (",)

Pencuci mulut (",)

Sesudah makan (lihat wajah2 kekenyangan) (",)


Apa yang boleh saya cerita sepanjang 2 jam setengah di SHOOK, keadaan memang riuh dengan mulut saya yang tak henti2 celoteh. Hilang profesional diri rasanya bila berkumpul ramai. Lagi2 sifat santai, dan selumber saya, yang memang teman ketahui. Buat keadaan di SHOOK yang eksklusif di pandangan mata saya (orang macam saya, saya rasa tak layak nak makan tempat sebegitu). Ye, saya sedang merendah diri, dan masih berpijak dibumi yang nyata. (",)

P/S Moga2 perjalanan kami di BAMZ, akan terus succses dan di berkati... (",)

Friday, May 21, 2010

Rupa baru...

No comments:
  السلام عليکم

Bosan dengan yang lama, blog aku bertukar wajah.. Godek punya godek, ini je yang aku dapat buat dulu. Ada kerja yang perlu aku bereskan. Mekasih buat my lovely bro... Huhuuuu kerana telah bookmarks, layout ini. Sowie sis amik dulu eh.. Free2 aku adjust balik.. Dadaaaa

P/s 'Cikgu' saya nak ajar yang baru pulak.. Tunggu... ;P

Thursday, May 20, 2010

Happy Birthday...

No comments:
السلام عليکم

I value the friend who for me finds time on his calendar, but I cherish the friend who for me does not consult his calendar. ~Robert Brault

Again, HAPPY BITHDAY to SHAM RASHID. May GOD bless U dear.

P/s By Heart (",)

Tuesday, May 18, 2010

Terima Kasih... (",)

2 comments:


بسم الله الرحمن الرحيم


Alhamdulillah, teramat bersyukur sangat2. Berkat usaha, idea, selama 2 bulan, suprise yang dirancang, untuk meraikan ulangtahun teman baikku, berjalan dengan lancar. Walau pada awalnya, ada kelam kabut sana dan sini, dengan invities, yang datang lambat (sepatutnya semua mesti ada 8.30mlm tau) membuatkn aku jadi resah tetiba (uhuk sambil menahan air mata) sehingga ,menyebabkan aku menangguh2 perjalanan. Sampai kena bebel oleh EJ "NI NK GERAK PUKUL BERAPA SEBENARNYA" adeh la tuhan je yang tau perasaan ku dikala itu... Tapi tak ape, kedaan masih terkawal (",). Jutaan aku ucapkan terima kasih BUAT...


SDF's Team.. Tunggu ye, kita akan celebrate.. Huuuu

Yart ~ THE MC 
Thanks sayang, seawal subuh dah bersengkang mata, menyiapkan video yang kurasakan cantik dari aku punya huhuuu.. Menjadi peneman aku untuk runner sana sini, walau ada juga yg terpaksa kau lakukan tanpa aku. Sangat2 menghargai waktu yang ada, biarpun  kau sedang sibuk dengan kerja. Tapi, tetap kau curi masa untuk hasilkan yang terbaik. Terima kasih, atas pengorbanan kau, mengantikan cuti kau, untuk majlis ni. Aku akan kenang sampai mati. Kau memang best.. TQ sayang...

Gyena ~ THE PLANNER
Terima kasih baby, selama 2 bulan lebih, memerah otak untuk semua idea2 yang ada. Great idea dan aku amat berpuas hati dr A-Z. Walawpun plan itu tersekat2 kerana memberi ruang untuk baby focus pada exam, apa yang dirancang berjalan dengan baiknya juga. TQ pada kek yang comel bentuk rupanya. Hahaa.. Aku terfikir juga, aku bawa  pulang suku daripadanya, kek itu mmg berat. Macam mana la kau leh bawa kek yang belum dipotong tu. Huhuu TQ so much Baby...

Mysta ~ THE PHOTOGRAPHER
Terima kasih abang, kerana khidmat baik idea, masa, dan juga menjadi cameraman pada malam tu. Tanpa CAM itu, cacat la majlis ku. Wahaaa.. Menu malam itu pun, terima kasih la sangat2. Walaupun ada yang kata itu menu orang sakit, huhuu simple lagi baik. Kan2... Yang penting idea kad invities itu aku nak frame.. Wahaaa TQ Abang..



SISTA's 
~ Ary,Nort, Cda ~
Korang sentiasa ada disebelah aku saat happy dan sedih. Sayang bangat sama korang. Terima kasih kerana luangkn masa, walau aku tahu korang sibuk dengan aktiviti sendiri. Sangat2 menghargai korang, kerana korang selalu ada bersama aku. Dan aku akan pastikan, aku tetap ada disebelah saat korang sedih dan juga happy juga. Insyaallah. Terima kasih SISTA's.

SIBLING's
~ Kayroll, Jesz, Sham, Marcella ~

Terima kasih beb, walau pun hubungan ini, seakan suam2 kuku, korang sudi juga untuk hadir pada majlis yang tak seberapa ni. Jatuh juga air mata ku bila aku peluk korang. Walau aku cuba tahan, supaya aku tak menangis, nangis juga *aku ni kan sensetif orgnya.. Huhuuu

BIG FAMILY's
~ Bro Comot, Sis Nurul Ieja, Bro Nike, Sis Nurul ~

Dengan rendah diri, terima kasih sangat2 kerana sudi hadir pada majlis yang tak seberapa itu. Walau dalam keadaan kurang sihat, sudi juga datang. Terima kasih banyak2.

INVITIE's
~ Jai, Baby, Esmi, Jue, Mala, Lan, Kamikaze, Irma, Syafiq, Misya, Paan, Tina, Achik, Meymel, Eid, Azma, Emon, Seby, Didy, Miera *ada yg ttggal ke... maaf la klu ttgal~
KORANG MMG SPORTING. Majlis ni tak kan happening tanpa korang. Muah sangat2 sayang. Terima kasih atas kerjasama, datang dengan costume lagi. Korang memang best... Super BEST.. Muah mekasih sekali lagi..

P/s TERIMA KASIH DAUN KELADI, EVENT YG LAIN DTG LA LG YERP.. huhuu

Monday, May 17, 2010

Cowboy In Town

No comments:

السلام عليکم

"Yeehaawww..."

Howdy Pardner!!!
YY Sheriff on down to celebrate
EJ's Birthday Bash...

Date: 15th May 2010 (Saturday)
Time: 8.00 pm
Venue: Shah Alam
Themes: Cowboy in Town

Seperti yang saya janjikan, alhamdulillah tertunai niat saya untuk meraikan majlis hari jadi kawan baik saya, Ej. Kelam kabut pada awalnya, tapi berlangsung dengan jayanya. Saya cerita secara ringkas ye (",)

9.30 pm - Sampai destinasi yang ditetapkan

9.40pm - Photoshoot time... (",)


9.45 pm - Tayangan video... (",)
(siapa tahu macam mana nak upload video dalam blog, boleh bantu saya, saya tak reti heheee)

10.00 pm - Sesi potong kek, bergambar, dan karaoke... (",)


10.30 pm - Games... (",)

Pemenang ~ Blind Search dan Dance Tricks


Pemenang ~ Complete The Song dan Treasure Hunt

11.30 pm - Best Dress (",)


12.00 midnight - Bersurai

P/s Hadiah itu2 best kan hehehee

Sunday, May 16, 2010

Disebalik tabir...

No comments:
السلام عليکم

Jeng jeng, sebalik tabir apa ni? Ha kalau nak tahu saya ada plan suprise party untuk kawan baik saya. Sapa kawan baik saya tu. Hehehee kena la tunggu, dan rajin2 la jengah blog buruk saya ni. Saya dan SDF's (cuba la cari siapa yea SDF's ), sedang sibuk deco mendeco2 ni... Tak banyak yang buleh saya cerita, lihat saja hasil decoration kami. Jom tengok gambar yang telah saya sediakan (",)




P/S Cerita selanjutnya, selepas event selesai k (",)

Wednesday, May 12, 2010

29 kan... Happy Birthday POOH (",)

No comments:
To My Belevod Friend,

"I send to YOU warm wishes, that YOUR happiness will be as wonderful as the happiness, YOU have always given ME. Wish YOU happy birthday"


Again, Happy Birthday Ej.. (",)

P/s Moga HAPPY sokmo

Wednesday, May 5, 2010

[Tutoria] Kotak kaler2..

No comments:
السلام عليکم
Saje la takde keje kan, nak share cara2 nak buat blockquote. 

Step 1
Dashboard ==> Layout ==> Edit HTML ==> Tanda rait  Expand Widget Templates

Step 2
Kemudian Contol campur F (control+F) , cari word .post blockquote { seperti yang tertera dibawah
.post blockquote {
margin:1em 20px;
}
Step 3
Salin dan tampalkan code tadi dengan code kat bawah ni
.post blockquote {
background: #FFCC99;
-moz-border-radius-topleft: 10px;
-moz-border-radius-bottomright: 10px;
padding: 6px;
Border: 1px solid #ff0d62;
margin:1em 20px;
}
Step 4
Jangan lupa save 

Step 5
Try buat new post, tekan quote dulu baru tulis. Preview kalau nak tahu jadi ke tidak.

Tips ini Yy dapat dari LIANA LUNIA. Yy share tips ini juga dengan orang lain.

P/s Rasanya saya tak tiru, suma share dengan orang lain hehehe

Monday, May 3, 2010

Tahniah... (",)

No comments:
السلام عليكم 
Haloya.... الحمدلله Aku masih bernyawa. Lamanya aku tak update blog. Bukan tak bayak cerita, banyak sangat cerita. Sibuk dengan urusan kerja. Huhuu. Okay kita start cerita dengan, musim orang kahwin. Dalam banyak2 jemputan yang aku dapat, الحمدلله terluang juga masa, untuk aku hadirkan diri, ke majlis kekanda adik angkat ku iaitu Norziana Abu Samah dengan pasangannya, Khairul Anuar Nordin. Jom layan gambar yang sempat diambil k. 

Aku tak keseorangan pada hari itu... Ej n Yart pun datang juga. Sungguh ayu Yart berbaju kurung. Huhuu

Santek kan pelamin dia. Aku tak berkesempatan la nak bergambar kat pelamin ni. Lagipun anak dara tak baik naik pelamin kan. Nanti lambat kahwin (betul ker) Gambar ni pun aku ambil dari koleksi adik aku. Huhuuu...

Majlis akad nikah...

Nikah dan sanding...

Sekali lagi, selamat pengantin baru buat Norziana Abu Samah (kak ngah) dan Khairul Anuar Nordin (abanag ngah). Semoga panjang jodoh, dimurahkan rezeki, dan melahirkan zuriat yang soleh dan solehah ان شاءالله.

P/S masih menunggu "PRINCE CHARMING" datang meminang.. Wahahha

♥ Aurora Follow3rs