السلام عليکم
Date : 29 May 2010
Time : 7.00 pm
Themes : SOFT BLUE
Vanue : REDBOX, Pavilion
Sabtu yang lepas, saya berkesempatan menghadirkan diri ke majlis hari jadi adik saya. Teringat kisah dulu, dahulunya dia amat manja dengan saya. Rengekan, "Mummy~Mummy~Mummy adik nak bobok" (iye, dia panggil saya Mummy, mungkin kerana perangai saya macam mak~mak.. heheh) masih segar di ingatan. Adik (panggilan yang saya berikan untuk dia) memang sangat2 manja. Walau ada kalanya, perangai suka bercakap dan bercerita adik itu, menyakitkan telinga (kalau penat, adik akan banyak bercakap), perangai dia tetap melucukan (bagi saya). Masih ingat lagi, saat Ma (ibu kepada adik), datang melawat adik kerumah, dan Ma telah menjatuhkan penyapu ke bawah (dari tingkat 5), kelam kabut adik membodek aku. Wahaha... Semua itu memori yang manis untuk aku kenang dan simpan sampai mati.
Berbalik pada majlis malam itu, keseluruhan menghiburkan (walaupun terlewat sampai). Majlis yang simple, dan santai (pujian untuk organizer). Biasa la, kalau tak ada kelam kabut here n there. Normal kan, semua bukan boleh jadi perfect. Teruja tak kala, terpilih untuk kategori "Pakaian mengikut tema" (nasib baik warna yang terpilih, ada dalam koleksi peribadi saya, sedangkan saya tak berapa gemar warna biru.. huhu).
Thanks for the night.
P/s Cerita saya bukan untuk menagih simpati... (",)
happy belated bday utk adik awak..semoga ceria slalu :)
ReplyDelete