السلام عليکم
"Siapa SAYANG saya, saya SAYANG dia balik. Siapa MANJA dengan saya, saya MANJA dengan dia balik. Siapa SUKA saya, saya SUKA dia balik. Siapa BENCI saya, saya BENCI dia balik. Saya dengan CARA saya.. Saya punya SUKA.. Sekian"
(dipetik dari shout out muka buku saya pagi ini)
Saya meroyan ke..? Eh tidak la. Kenapa tiba2 saya tulis macam ni...? Saya pun tak tahu kenapa dengan tiba2 saya tulis dalam shout out muka buku milik saya. Kenapa mesti merasa tiba2...? Merasakan ada yang kurang senang dengan CARA saya. Mengapa ada yang kurang senang dengan CARA saya...? Mungkin mereka belum cukup mengenali saya. Eh boleh ke saya cakap macam tu...? Boleh je, mulut saya, belog saya, saya punya suka. Wahahhaaa
Setiap orang ada cara dia yang sendiri bukan. Begitu juga dengan saya. Saya juga insan biasa, punya akal, hati dan perasaan cewaahhh (>.<). Tapi bukan mudah untuk saya jatuh cinta, setelah saya kecewa dengan cinta yang ada T_T. Bukan la juga saya frust. Tidak sama sekali, saya rasa pertemuan dan perpisahan dalam cinta terdahulu, amat mematangkan saya dalam segala hal ان شاءالله. Berikut huraian saya tentang shout out tersebut (",)
"Siapa SAYANG saya, saya SAYANG dia balik". Jawapan saya, saya akan balas balik SAYANG itu. Perlu tahu, SAYANG itu meluas maknanya. SAYANG pada keluarga, adik beradik, saudara mara dan lain lain. SAYANG tak kira siapa pun. SAYANG juga tak kira rupa, harta. Bukan hanya SAYANG pada partner kita. Kawan2 pun perlu juga kita SAYANG. Lagi2 kalau kawan itu memang perlu kita SAYANG. Tanpa kawan, siapa la kita kan2. Jangan marah kalau saya SAYANG kamu juga. Kerana, itu memang CARA saya (",)
"Siapa MANJA dengan saya, saya MANJA dengan dia balik". Yea saya memang MANJA. Saya takkan kira orang untuk berMANJA. Yea, saya anak MANJA mama. Kalau ada peluang duduk dengan mama, peha mama jadi mangsa bantal saya. Saya akan minta mama urut2 kepala saya. Saya akan minta mama belai2 rambut saya. Peha mama memang empuk. Kadang2 saya akan bandingkan peha mama dengan saya. Wahh jauh beza T_T. Kalau dengan teman2, saya juga MANJA. Tak percaya, tanya la teman2 saya. Saya suka merengek. Lagi2 kalau saya sakit. Dan rengekan saya tak kira siapa pun. MAAF la kalau merasa saya over. Kerana itu memang CARA saya (",)
"Siapa SUKA saya, saya SUKA dia balik". Mesti la kan. Kalau orang SUKA dengan saya, da tentu2nya saya akan SUKA dia balik. SUKA bukan pulak bermakna, saya jatuh cinta kan2. SUKA, bila teman2 selesa dengan saya. SUKA, bila teman2 menerima kelebihan dan kekurangan saya. SUKA, sebab teman2 SUKA kan saya. Dan saya amat SUKA2. Kerana itu CARA saya (",)
"Siapa BENCI saya, saya BENCI dia balik" Kalau boleh, saya mengelak dari berperasaan macam ni. Tak baik untuk kesihatan dalam dan luaran (emosi dan fizikal). Nanti muka tak cantik (",) kerana menahan sakit hati dengan memBENCIorang. Saya elak untuk memBENCI orang. Ye sungguh, saya memang tak mahu ada perasaan begini dalam kehidupan saya. Tapi, bila ada dikalangan teman2, yang mula persoalkan CARA saya, MAAF la, saya terpaksa mempunyai sikap ini. Saya memang tak suka keadaan ini. Kerana itu CARA saya.
Kesimpulannya, bukan la pulak untuk punya sikap balas membalas. Mana yang positif, itu yang saya ikut dan lagi baik dari ikut yang negatif bukan. Orang sekeliling, mungkin akan berkata, mengata. Menambah dosa buat apa. Itu lumrah dalam kehidupan. Pada saya, tak cukup mengenali, kalau belum cukup selami. Namun sebagai insan biasa, saya cuba memperbaiki diri zahir dan batin ان شاءالله
P/S Saya suka BERCAKAP dengan CERMIN terlebih dahulu (",)
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^