السلام عليکم
Seawal 11.30 malam, da sampai kat Kg. Baru. Untuk apa ke sana? Nak makan "Nasi Kerabu". Huhuu, tapi saya tak layan sangat nasi kerabu nih. Kalau takat makan sikit2 boleh la, takat nak rasa. Tapi dek kerana orang nak belanja (terima kasih Yart), jadi saya ikut majoriti yang mahu makan nasi kerabu. Punya la datang awal, tapi belum tersedia pulak makanannya. Pukul 12.45pg, baru la kedai ini (saya lupa pulak nama kedai) berubah wajah, dari kedai tomyam biasa, ke kedai nasi kerabu. Huhuu. Jom layan gambar.
Penantian tu satu penyeksaan, lihat la muka2 kelaparan dan kemengantukan (ada ke ayat ni...?).
Sementara tunggu nasi kerabu, makan Roti Tempayan dulu (",)
Pelik, tapi sedap Pulut Mangga (",)
Nasi kerabu (tapi saya makan dengan nasi putih.. hehehe)
Alhamdulillah, ada rezeki untuk hari ini. Sudah kenyang, nak balik tidur. Lihat bekalan itu, penangan Pulut Mangga, siap berbekal2 hehehe (",)
P/s Moga melimpah ruah rezeki kamu YARTER amin (",)
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^