♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Sunday, July 31, 2011

Bubbye Sabah ;(

No comments:
السلام عليکم

Holla,

Kepenatan berjalan, kehausan tawar menawar, kelesuan badan, kekeringan wallet. Nah! Hasil daripada setengah hari berjalan di Gaya Street. Fuh! Giler rambang mata bila memilih souvenir. Grab mana yang termampu ajelah.

Waktu untuk packing barang. Sempat pulak singgah beli ikan masin. Orang tua dah pesan, tetap belikan la. Kalau tak tak bersahur la I. Hati orang tua tetap I akan jaga sampai hujung nyawa I. Insya Allah..

Sekarang I tengah tunggu flight. Walaupun waktu berlepas jam 6.55pm, memilih untuk berada di airport lebih awal, supaya tak terlambat.

Seronok berada di Sabah. Akan datang lagi andai panjang umur. Insya Allah. Bye2 Sabah.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday in Le Meridien, Sabah

No comments:
السلام عليکم

Holla,

Akibat kepenatan tahap maximum, masing2 flet kepenatan. Plan untuk tengok live band terus dilupakan. Ralat juga tak dapat pergikan. Repeat lain kali kalau berkesempatan. Kesan sunburn bersnorkeling semalam, makin terasa pagi ni. Aduhai kulit I rasa terik2 kebakaran gitu. Nah ini la hasilnya bersnorkeling tiga pulau. Bukan tak pakai cream sunburn, pakai tapi tang bahu lupa nak pakai. Boleh macam tu.

Aktiviti pagi ni, shopping tahap yang termampu. Nak beli lebih2 kang tak termampu badan nak bawa. Aiyak! Ini semua sunburn punya pasal!

Ok la view dari hotel. Pagi2 nampak laut syok oooo

Chow!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 30, 2011

Entry from Sapi Island, Sabah

No comments:
السلام عليکم

Holla,

Melihat lautan yang biru kehijauan, aduyai sangat la menenangkan. Jauh dari kesibukan kota, udara yang bersih lagi nyaman. Fuh! Mula rasa tak nak balik je.

Seharian bersnorkeling! Itu la aktiviti hari ni. Pulau yang pertama, Pulau Mamutik, yang kedua Pulau Manukan, dan yang terakhir Pulau Sapi.

Bercerita pasal snorkeling, ini adalah experience I yang pertama. Dulu masa bercuti di Pulau Pangkor (kira2 10tahun yang lepas) berpeluang nak snorkeling, tapi tak berminat nak cuba. Tak tahu pulak kenapa tak nak mencuba. Yang I masih ingat, saat tu I ada satu habit. Kalau bercuti I suka tidur je. Hahhaa dan sekarang baru la nak merasa apa yang belum pernah merasa. Huhuu

Mula2 masuk dalam air, I sangat teruja. Nak kata I ni hebat berenang, tidak la juga. Tapi masih boleh bergerak dan rescue orang. Heheee boleh la kan. Bila nampak ikan mula dekat tergedik2 lari dan panic! Fuh! Dinasihatkan, panic dalam air adalah tidak elok. Kalau boleh cuba tenangkan diri. Semuanya akan smooth dan selamat.

Ok la, nak lelapkan mata kat Pulau Sapi ni sebelum pulang ke hotel. Jumpa lagi..!

Chow bebeh!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Morning KK

No comments:
السلام عليکم

Holla,

Seawal 6.30pagi, I and SDF dah bangun. Awal bukan. Kalau kat KL ni main tarik2 kain gebor tau. Tapi kat sini dipaksa rela bangun pagi, sebab matahari dah naik. Dah macam pukul 8pagi! Fuhhh

Golek punya golek punya golek, bersiap sedia nak snorkeling! Sebelum tu kita makan dulu.

Chow!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 29, 2011

Love KK

No comments:
السلام عليکم

Holla..

Sekarang I dah sampai Kota Kinabalu, Sabah. Journey yang memang dah lama plan dengan SDF. Berkat kesabaran dan juga pengumpulan duit selama berbulan2, sampai juga. Ahaks! Miss moment with SDF.

Pengalaman pertama, sure cerita pasal makan. Kelaparan, Pasar Philipine diredah. Makanan sorang leh makan tiga orang. Giler penuh piring! Wow.. Tertanya2 juga orang Sabah memang suka makan banyak agaknya. Tapi, orang2 sini tak gemok! Mana tak tertanya2kan.

Makan sudah. Time untuk excersice! Pilihan yang ada gym dan juga swimming pool. I pilih swim dari gym. Puas mandi, ready untuk dinner pulak.

Dinner pilihan, seafood! Tu yang orang2 kata kalau datang Sabah, makan la sampai muak seafood! Murah dan berbaloi katanya!

Dah kenyang, persediakan untuk esok. Sandwich! Ya, takut lapar bila kat pulau esok. Huhuu semangat.

Okey la nak tidur. Esok kena bangun pukul 5pagi. Night semenanjung zzzzzz

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Today!

No comments:
السلام عليکم

Holla happy Friday yo!

Semua tahu, perlawanan bola antara TIGER and LION. Rumusan yang I leh dapat, game semalam penuh drama dari pemain LION. Cuit menyuit, cubit tercubit itu standard permainankan. Tapi lebih kepada drama yang tak leh blah dari actor hebat LION. Puas ati dengan pemain2 TIGER. Walau kalah I tetap support pemain TIGER sampai mati! I love TIGER TEAM! Auuuum

Now, I'm on the way to airport. Bukan membawa hati yang lara disebabkan TIGER kalah. Tetapi untuk bercuti bersama SDF. Plan yang sekian lama dinantikan.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, July 27, 2011

HTAR nak complaint!

No comments:
Holla yu all. Selamat pagi..

Hari ni, I ada follow up dengan pakar di HTAR. Well after big operation, memang I kena tunjuk muka kat sini. Dari seminggu, bawa ke dua minggu, tiga minggu, dan sekarang dah menjadi sebulan sekali. Dan setiap kali berjumpa team dental, I akan mendapat pujian2 yang melambung. Kononnya I ni patient yang senang untuk di follow up. Ayat2 psycho yang biasa dapat. Wakakka dengan bahasa kasar, bodek lebih! Gituuu

Damn! Hari ni dugaan untuk mencari parking sangat hebat. Kereta penuh disemua tempat, dan banyak kereta dari biasa. I da pusing 6x ok. Parking tetap takde. Parking bertingkat yang disediakn FULL. Parking awam, FULL OF RENOVATION kiri kanan depan belakang! Best part, ada park tapi, dijadikan BAZAR! I tak faham, kenapa ada BAZAR kat park yang penuh habuk. Segala baju, makanan terdedah kaw2 dengan habuk. Apa daaa tak faham apa yang HTAR cuba lakukan! Fuh

At last, I dapat gak parking selepas pusingan yang ke-7. Wow! Itupun I skill I tercabar dimana space yang ada adalah untuk kancil, tapi I cuba sumbat BABY I kat space tersebut. Walaweiii masuk tau! Hahhahaaa

Sekarang menunggu giliran. Menyesal lak tak bawa PSP. Lembu I tu tak kasi makan lagi pagi ni. Hahahha

Chow!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, July 24, 2011

Bila musim DUYAN!

No comments:
 السلام عليکم

Mula2 rasa berat hati nak pergi. Tapi pergi juga la sebab dah dipelawa. Nak ke dusun lain, dusun lain lak sampai. Tak mengapa I follow the flaws..

I tak keseorangan, I bawa adik bongsu I sekali. Orang bandar takde dusun sendiri memang perak and seram la bila masuk sinikan. Biar dia ikut I, takde la merayap tak tentu hala.

Sesampai je, dusun gelap gulita. Hanya ada lampu ayam sebesar botol mineral 500ml. Adik bongsu I terasa tetipu, kerana bayangnya adalah homestay yang ada semua kelengkapan. Leh mandi, leh tengok tv. Tapi indah cerita dari yang nyata. Semua tu takde, dan adik bongsu I pilih untuk meniarap menahan ketakutan. Nampak wajah ketakutan tu. As I ada experience dulu, I bacakan Ayat Kursi ditelinga dia. Pendekkan cerita, masa I bacakan Ayat Kursi, lampu ayam yang pakai bateri tiba2 terpadam seketika dan penyudah Ayat Kursi, lampu tu hidup balik. Jeng jeng jeng


Sangat teruja adik bongsu I bila terdengar bunyi duyan jatuh. Dalam ketakutan ada beraninya. Comel je dia bila berlari dan tersengih2 bila dapat kutip duyan.

Will be repeat next year! Insyaallah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, July 22, 2011

HOT!

No comments:
السلام عليکم

Dah lama I tak menulis. Petang2 ni nak pulak menulis.

Tadi, I singgah satu blog. Wow.. Penulisan dia sangat la hebat. Pasal apa I kata hebat. Macam makcik2 yang selalu lepak kat depan rumah Mama tiap2 petang. Cerita hot, mesti nak 'jual kain'. Orang tua biasa la kan. Tapi itu orang tua, tapi yang ini I nak kategorikan sebagai apa eh..? Sendiri fikir la. I memang terasa ke dengan entry tu. Ya, I terasa. pasal itu memang cerita I.

Kenapa I nak terasa..??

I yang dapat Nokia..
I baru dapat blackberry..
I beli laptop baru..
I yang duduk kat wad tingkat 4..

Bab ni yang ini I letak tanda soal [?????] kasi banyak sikit..

I minta duit orang semata2 nak bawa family holiday??
I yang dikata mandi bersama..??
I kiss dalam wad..??

Well.. Well.. Well.. Sebelom I teruskan cerita, nak pulak I bertanya ; berminat pulak nak tau cerita I eh.. Lawak la, sangat unmature yu ni tau. Beginila, apa I dapat, itu rezeki I. Apa yang I laburkan, itu adalah hak I. I tak perlu nak kasi tau satu dunia dari mana I dapat semua itu. Itu semua rezeki I. Yu know rezeki? Rezeki yu? Adakah I tanya? Ke yu nak tau gaji I bulan2 I berapa. Ok la I kasi tau, kalau I ot hari2 I boleh dapt 3K. Itu kalau I kerja 12jam hari2 ye. Tapi body I perlu rehat, takyah nak kejar duit sangat. 2K da cukup untuk sara keluarga kecil I.

At least I masih berpijak dibumi yang nyata. I terima kekurangan dan kemewahan yang I dapat tu dengan hati yang terbuka. Orang tak tahu cerita, akan terus bercerita. Umpat mengumpat ni dah jadi makanan pada yang takde kerja. Sekurang2nya, cerita I, diri I, I saja yang tau. As I always say ; TIDAK MENGIYAKAN DAN TIDAK MENAFIKAN. All about hak peribadi I sendiri. As I tak pernah nak campur hal yu, so please mulut tu jangan nak busuk sangat. But yet, memang mulut yu busuk tau. Perasan tak..?

Pesanan I ;

Blogger ; Kisah yu, cerita yu I simpan kemas2 tau. Kerana I takde sebab nak bercerita hal peribadi yu tu. Tak berfaedah langsung dalam kamus kehidupan I...

Informer ; terus jump to conclusion nampak, hebat sangat ke past batten ni? Well mulut yu pun busuk juga tau..

Mastermind ; Happiness is always your, BUT in the end, i am the one who look bad in what eva situasion and other people eye's. Happen in second time, will I let it happened the third time..? Hell NO!

Persoalan lagi ; Entry apa..??

Tuesday, July 12, 2011

MODE; Puasa Ganti

No comments:
السلام عليکم
Memandangkan Ramadhan nak sampai, jadi mode ganti puasa bermula. Puasa yang lepas, miss 13hari. Jadi waktu2 begini sesuai rasanya nak berpuasa ganti. Hemph~!

Jadi I pilih tepi laut, sebagai view berbuka puasa I.. Weeee


Monday, July 11, 2011

Cara update BLOG guna Blackberry/Smartphones

No comments:
 السلام عليکم

Mudah pantas dan cepat. Ikuti cara2nya ye..

Dashboard > Setting > Email&Mobile > Posting Options > Email Posting Address > [disini, yu all letak la nama blog yu all yang senang yu all ingat, tapi orang lain tak leh tahu wakaka] > Publish email immediately [atau yu all boleh pilih, ada tiga optionkan] > SAVE SETTING [tak save memang tak jadi la]

Kemudian kat Blackberry yu all, cari contact dan create la contact untuk blog tadi. Bila da create buat percubaan pertama la kan. Macam mana lak tu..

Blog name > Compose Email > SEND

Nak tau jadi ke tak jadi, buka la blog yu all plak. Itu sahaja. Senangkan!

Sharing is caring!

Well, walau i lambat nak tau akan kecangihan ni, I buat juga. Dari berupdate blog pakai laptop, tapi via Blackberry. Macam mana tu? Ngeh!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hoyey!

No comments:
السلام عليکم

Jakun la kejap bila I da bleh update blog ngah BB kaaaan. Wahahhahaaa

Hari ni focus on my work. Lagi beberapa hari nak fly ke seberang. Wah! Boleh bah kalau kau.. Gitu.. Amik mood amik mood!

Oke sambung kerja now! Papai

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

PING!

No comments:
السلام عليکم

Ceritera hari ni.

I cuba update blog pakai BB wahahaaa

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, July 10, 2011

Pelamin Purple..

No comments:
السلام عليکم
Selamat pengantin baru.. 


Saturday, July 9, 2011

Duyan.. Duyannn

No comments:
السلام عليکم
Zasssssss.. I dah sampai Port Dickson. Meet my old friends here. Sangat suka sampai lupa diri dan lupa nak snap apa2 yang patut. Time teringat baru kuar handphone. Time tak ingat memang takde la nak pegang phone. Camera apatah lagi. Menyedang je lupa nak charge ceh!

Zassssss.. I dah sampai dusun durian kat Melaka. Ulalaaaaa


Friday, July 8, 2011

Isi Perut ku...

No comments:
السلام عليکم
Niat dihati nak mencari seluar jeans yang dah longgar. I dah kurus ke, atau seluar tu dah mengembang I pun kurang pasti la kan. Tapi, memang sangat tak boleh blah dengan keadaaan seluar yang sangat la longgar tu. Tak nampak bum I pon. Opss...

Isi perut dulu...


Oh.. Lapar2..


Dah kenyang, jeans pun tak dapat yang berkenan dihati. Ring2 bunyik tepon. Apa.. Kecemasan zassssssss

Good News ~ I guess

No comments:
السلام عليکم
Jumaat yang tenang. Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk terus bernafas dan menjalani kehidupan dengan penuh ketenangan. Berbekalkan akal yang matang dan juga fikiran yang positive. Amin.. Bersyukur kehadrat Illahi, kesempurnaan itu masih berpihak dalam hidup I, walau disebalik kesempurnaan itu tersimpan kecacatan yang bukan penghalang. Akan I jaga sebaik mungkin...

Pagi2 didatangi sms dari dua kawan I. Suatu ketika dahulu I adalah punca dan penyebab keretakan hubungan ini berlaku. Dengan izin Allah s.w.t mereka berdua bertemu enam mata (salah seorang bercermin mata), bertemu dan juga meluahkan rasa dihati yang mungkin telah tersimpan dan terpendam sekian lama.


Tidak diketahui secara detail hasil dari pertemuan itu, tapi sudah cukup bagi I kalau mereka telah berbaik.

Can't wait for vacation!

Thursday, July 7, 2011

Urut kaki ku...

No comments:
السلام عليکم
Dua hari berturut2 berjalan. Selagi minyak kereta masih ada gitu. Penat berjalan semalam, hari ni memilih untuk berurut pulak. Walaupun I tak sepatutnya berurut, tapi I tetap nak rasa urutan nyonya2 kat Bukit Bintang ni. Tak salah mencuba kan.


Wednesday, July 6, 2011

Cat Kuku Kuuu

No comments:
السلام عليکم
Makan sudah, movie sudah. Jadi mari la menghabiskan minyak kereta yang penuh. Zassss terus ke Pusat Bandar. Bila dah jejak kaki ke Sungai Wang ni, tak tahu apa nak buat. Pusing2, dapat la casing untuk BB I, pusing2 lagi dapat la screen protector untuk BB I. Apa lagi nak buat. Jadi I pun buang tebiat!


Wakakaaa biasa la kan. Nama pon pompuan suma benda nak dirasa dicuba. Tapi kan, I kena bebel dengan Cik Kak yang menconteng cat kat kuku I ni...

"Naik juling mata saya nak buat ni. Kuku pendek sangat... "

Sorry la Cik Kak, I ni rimas kuku panjang2, baru je potong semalam weee


Sejuk jari jemari I kena kipas...

Sunday, July 3, 2011

Terapi...

No comments:
السلام عليکم
Masih lagi dikampung..

Niat dihati nak ke pasar. Hujan lebat dikala pagi, buat I tarik selimut sampai ke kepala. Sangat sejuk dan I layankan sahaja mata I yang agak liat nak bangun pagi. Habit biasa sewaktu mc yang berbulan2 ni. Syok eh mc lelama.. Sangat syok sampai lupa diri!

Nak ke pasar pun dah lewat rasanya, jadi beli la apa2 yang patut kat kedai runcit. Melihat Ninda yang kurang sihat tu, I decide biar I je yang masak untuk lunch hari ini. Cucu nak tunjuk skill ni, Ninda dok diam2 ok.


*Gambar pencarian Google

Saturday, July 2, 2011

Kisah....

No comments:
السلام عليکم
Bersendirian.... Menerima hukuman meninggalkan kau dahulu...

Sob.. Sob.. Aip! Apa nanges2 ni, sangat la tidak macho. Ups macho pulak ayu la. Ayu... Kau la wanita.. Ayu. Terbayang pulak muka bini Tomok yang cun melecun tu. Pandai pilih and sorok eh Tomok. Zippp

Sekarang I berada di kampung halaman yang dah dekat setahun tak balik. Glup! Lama gila tak balik eh. Sibuk dengan komitmen dibandar sampai lupa diri asal orang kampung gitu. Oh laser tak bertempat plak I hari ni. Apa ada kat kampung I..? Kampung I ni, takde la yang menarik sangat. Dah takde beza dengan bandar. Cuma, kicau burung, ayam itik tu lebih extra dari berada dibandar.


Tadi I sempat singgah Pantai Remis, Jeram. Fuh sangat tenang jiwa dan raga ni bila nampak laut. I dengan laut, tak dapat nak dipisahkan. Tak payah nak gedik2 mandi pun takpe, cukup duduk kat tepi dan melihat keindahan alam dah cukup memadai. Indahnya ciptaan Allah, Subhan-Allah. Muhasabah diri seketika ><


Masa kecik2 dulu, kalau singgah disini semata2 nak cari remis. Sekarang ni, kalau air tak pasang mau gak la menggali dan mencari. Sangat syok oooo. Mula la terkenangkan saat kegembiraan bersama keluarga yang tersayang suatu ketika dahulu. Sekarang ni masing2 dah besar dan ada komitmen sendiri. Jadinya jarang sangat dapat bersama. Will repeat and find for a good time for us together. Insya-Allah.


Banyak perubahan yang ada kat sini. Dulu, takde parking lot. Dulu, takde kedai2 seafood, dulu takde gerai2. Sekarang semuanya ada. Sempat juga la I merasa makan seafood tepi laut. Mula lupa akan pantang memantangkan, semuanya kebas. Yang penting cicahannya sangat mavelous. Teeeeettttt zasssssssssss

Sempat juga singgah di Sungai Besar, Selangor. Wah! Dah ada uptown macam kat bandar juga. Cuma takde la semeriah dibandar. Siap ada pertandingan nanyian lagi. Asyiiik!

Oke, mata dah rabak, esok nak pergi pasar.. Nak cari ikan.. Nak cari ikan.. Good Night zzZZZzzz

*Gambar pencarian Google ~ camera lupa bawa gitu ;p

Friday, July 1, 2011

Searching!!!

No comments:
السلام عليکم

Sehingga ke hari ini, I masih mencari2 dan tercari2. Masih belum terjumpa dan berkenan dihati. Hermp! Susahnya nak puaskan hati sendiri hahahaha. baru tau ke? Bueeeeeek

I Love Quotes

No comments:
السلام عليکم

Lately ni hobi I baca quotes. Bila dah baca I suka post kat FB I. Copy dan paste, sangat senangkan. Segala quotes yang I post, tak ada kena mengena dengan kehidupan seharian atau yang dah meninggal dunia. Hanya sekadar memotivatekan diri sendiri. Yes!~ Selama I baca quotes ni, I berasa sangat yakin diri, penuh semangat dan lebih positive! Di mana I sangat suka dengan keadaan yang I buat dengan penuh selesa, tanpa memikirkan hal orang lain~ Bla bla bla... Aman je rasanya hidup ini.


Bercakap pasal positive, I dioffer untuk menjalankan aktiviti baru. Yang penting tiada bayaran diperlukan untuk aktiviti ini. Kalau kat tempat2 lain, sure dah kena bayar, tapi apa yang I dapat FREE. Sapa tak nak kan. FREE weyh! Hermp!~ Keputusan belum dibuat lagi kerana I terlebih dahulu telah memikirkan tentang gym untuk tambah stamina. Kali ni, I mesti pergi gym, bukan sekadar bayar tak pergi atau pun kata2 kosong! Must go! Oleh yang demikian kumpul duit dulu la kan. Hekhek!

*Gambar pencarian Google

My HERO!!

No comments:
السلام عليکم
Welcome July~

~ I was born to make you myself happy : InsyaAllah~

Biarpun waktu tayangan agak lewat's, itu bukan alasan untuk I. Walaupun terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkan tiket, itu juga bukan alasan untuk mematahkan semangat I. Sekalipun hanya terdapat kerusi dibaris hadapan, tetap juga nak tengok. Itu la salah satunya treatment yang terbaik untuk diri I. Hermp!~ Siapa yang boleh berikan I treatment yang terbaik selain I sendiri yang memikirkannya. Tak begitu ~ Bla bla bla bebel aje!

Synopsis;

The Autobots learn of a Cybertronian spacecraft hidden on the Moon, and race against the Decepticons to reach it and learn its secrets, which could turn the tide in the Transformers' final battle.
We were wowed by the first Transformers. Although it wasn't spectacular by any means, it was packed with enough action to keep interest in a somewhat OK storyline. Most would agree that "Revenge of the Fallen" was just as hated as Jar Jar Binks. "Dark of the Moon" in all its glorified trailers and promises from Michael Bay himself that this one is so much better couldn't fall short could it? Yep!

Using what appears to be the same formula as the first Transformers seems to be a good plan since there was more success there however the one thing that need the most work would be the plot. Nice to have one in a blockbuster that you want people to like but somehow it wasn't addressed adequately. Sam (Shia Labeouf) tries to find a way to fit in with the autobots after the decepticon threat had been defeated. His new girlfriend Carly (Rosie Huntington-Whiteley) makes all the money and he feels useless. It isn't until he comes across some important secret information on his first day on the job from Jerry (Ken Jeong) that Sam finds himself smack in the middle of the Autobot Decepticon conflict once again.

Although Sam gets a girlfriend upgrade thanks to Megan Fox and the franchise parting ways, there doesn't seem to be any chemistry between the two. It's hard to even care about Carly except the fact that she's Sam's girlfriend. The only real stand out as far as humans is Patrick Dempsey as Carly's boss and eventually revealed as a vital part of the Decepticon's success. Voicing Sentinal Prime is Leonard Nimoy who even manages to sneak in a famous Star Trek phrase of his just in case you don't recognize the voice.

Other than that, no one really stands out and there isn't much to focus on besides some very good destructive action. As a huge fan of Transformers I couldn't help but ask where is Megatron? And why is he not in this much more often? The truly disappointing thing about Tranformers: Dark of the Moon is that knowing the travesty committed in Revenge of the Fallen, they still couldn't get it right.
 


My HERO!!

Keterujaan melanda diri, bila sebelum ni, I digoda dengan trailer Transformer yang ditayangkan sebelum movie yang I tonton bermula. Melonjak2 gedik I nak tengok. U olls nak tahu I bukannya kaki movie oke. Sejak hidup bersendiri ni, masa I banyak dihabiskan dengan movie. Boleh dikatakan seminggu dua kali I pergi  tengok movie. Tak kisah la cerita tu bagus ke tak, I redah aje. Janji itu adalah treatment yang terbaik untuk diri I buat masa ni. Hehehe!~

Mula la simpan angan2 nak kumpul koleksi Transformer pulak! Mula la nak merepek~ Bye!

*Gambar pencarian Google

♥ Aurora Follow3rs