♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Thursday, June 4, 2015

CAFE REVIEW: COFFEE AMO, KL

Assalamualaikum, Salam Sejahtera

Hello sayang-sayang... 

Mari cerita pasal cafe. Pengemar coffee/caffeine macam aku??? Kalau jalan-jalan kat Petaling Street tu, selain dari cari barang AAA, atau bunga-bungaan, atau sesaja jalan-jalan cari makan boleh cuba atau singgah cafe yang aku pernah singgah ni. Oke! Awal-awal kasi tau, cerita aku ni cerita tahun lepas. Kauuuuu ye pun kasi cerita basi buat hapeeeee. Wait wait wait... Aku share info walaupun dan basi. Dah baca aje OK!

Kasi alamat dulu...

Tempat: Coffee Amo
Alamat: 1st Floor, 54, Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur, WPKL, Malaysia.
Telefone; +603-28572677
Waktu operasi: 10.30 pagi - 9.00 malam

Mula-mula kalau kau orang jalan-jalan memang tak perasan. Antara sebabnya, mentaliti orang kita ni kalau berjalan atau cari kedai, budget kedai tu ground floor je. Wait wait wait, mata tu kena jengah belah atas, tengok signboard yang ada. Kebanyakan cafe kat KL ni, ground floor tu dah biasa, kalau tak 1st floor, dia akan ada 2nd floor. Jadinya mohon review dulu kalau rasa nak jengah. Gadget ada depan mata, Waze ajelah. 

Fine! Share gambar ye dak.


Masuk-masuk dah nampak tangga ni, dah betul la tu kau berada ditempat Coffee Amo yang dicari. Tengok segala macam nama jalan melekat kat tangga tu . Bila kau melangkah masuk sampai tingkat satu, sebelum sampai kat cafe, kau akan melepasi section barang-barang antik, kat sini aku tak ambil gambar pun sebab section ni closed. Aku tak tahu kenapa closed, tapi mungkin masa aku kesini memang waktu dia tutup, ataupun dia pi makan. 


Tara! kembali ke sekolah rendah. Hiks. Umum tau, mana-mana cafe memang sukakan kelainan. Maka di Coffee Amo ni pun tak kurang hebatnya. Permainan dekorasi yang unik dan sedap mata memandang, tenang rasanya untuk melepak dan menikmati coffee dengan nyaman. 


Sapa suka duduk tepi jendela, pun ada tempat dia. Tak semestinya duduk boring kat tengah. Amboi jendela kau. Mentang-mentang cafe antik, bahasa pun dah tukar antik. Siapa suka antik, boleh datang Coffee Amo. Hahaha


Upsssss maafkan sayaaaaa. Excuse me I tepek muka sikit yang asyik menikmati keindahan dan keunikan Coffee Amo. Eh tu lemak ke bawah dagu. Okeyyyy neeeeeext!!!


Kat Coffee Amo layan diri eh. Bukan duduk je, pehtu ada waitress datang amik order. Kasi jalan daaaaa ke kaunter order dan jangan lupa bayar oke. Sambil jalan ke kaunter tu boleh tengok keadaan sekeliling. Kataaaa cuci mata, cuci laaah. Hahhaa


Tengok, bahan apa dia guna sebagai frame untuk menu special Coffee Amo? Tu bukan kayu lapik katil ke? Atau kayu pallet? Betul tak? Creative kan... Nah! Tentu datang sini banyak idea decorations yang boleh diguna pakai. Kita kitar semula tak payah buang dan membazir ye kan??? Hmmhmm bagus!


Disebabkan aku ni tengah migraine, aku order hot chocolate Coffee Amo aje. Nak makan cake pun rasa tak lalu, sebab kalau aku makan aku akan muntah. Oke! Sempat juga aku singgah toilet diorang, tapi takkan aku nak ambil gambar toilet diorangkan. Over benar sampai begitu. Aku cuma cerita ajelah, toilet bersih dan siap ada bunga lagi. Pintu toilet pun pakai pintu lama. Kalau nak tahu mana toilet dia, next to counter, yang kau nampak ada lukisan kat atas tu tadi. Ha! Tu la pintu masuk sebelum masuk ke toilet. Ada faham, taaak?

Datang Petaling Street, jangan lupa singgah. Tak rugi.

Bye!!

XOXO

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

Related Posts with Thumbnails