♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Monday, December 28, 2015

BAMZ: Christmas, CH Breakaway

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera

First of all, aku nak berterima kasih yang tersangat-sangat untuk Puan Boss aku yang membenarkan kami bercuti bersama-sama. Jarang kami dapat peluang sebegini. Walaupun dalam waktu yang singkat, cuti yang diberikan kepada kami bertiga dapat kami maanfaatkan bersama-sama keluarga dengan sebaiknya. Ya, waktu kerja kami bukan office hour. Bila dapat peluang, alangkah syoknya. Alhamdulillah...

Memandangkan aku dah berkali-kali pergi Cameron Highlands, makanya aku yang akan lead perjalanan mereka. Dan tugas mereka berdua pulak, cari homestay dan tempat yang ingin dilawati. Simple. Masing-masing punya kerja sendiri. Hihii sepakat membawa berkat, InsyaAllah. Alhamdulillah

25/12/2015 - Hohohoooooo Merry Christmas
Bermula seawal 6.00pagi, aku sudah pun berada di hadapan klinik, tempat yang dijanjikan untuk berjumpa. Meet point ni memang dah jadi tempat rasmi kami. Biasala, memahami keadaan mereka yang dah berkeluarga, lambat setengah jam itu perkara biasa. Top up touch n' go sudah, minyak sudah, prepaid phone sudah, bekalan kudap-kudap sudah, tunggu apa lagi marilah kitaaaaaaa. Hihiii.


Marilah sarapan dahulu di Perhentian Tapah.

Atas, anak sulung, bawah kiri no3, bawah kanan no4. Anak no2 sibuk main ditaman.

Kebiasaannya, aku akan melaui jalan Tapah. Iaitu, jalan lama aka jalan orang asli yang berliku-liku. Tetapi, kali ni disebabkan aku fikir aku bawa 2 orang bayi yang baru berusia 4bulan, maka aku pilih jalan yang jauh sedikit, iaitu mengikuti Simpang Pulai. Berliku-liku juga, cuma beza keadaan jalannya lebih selamat berbanding jalan lama. Lama atau baru, bontot tetap terasa kekebasannya. Uppps

Here we are!!!! Ambil gambo dari luar ajelah

Right! And yeay! It's a public holiday. Maka dengan ini, jalan saaaaaaaaaaaaaaaaangat jem. Aku memang dah tau. Jadinya, perjalanan kesini lebih kepada keredhaan dan kesabaran. Awal-awal lagi, aku dah set dalam kepala hotak, tak payah nak stress layan jem kat sini. Cuma, suami adik-adik aku ajelah, jangan membebel tak tentu pasal sudah. Lagi besar harapan, anak-anak tak merangam ajelah. Hiiiiihiiii

Okey! 12.30pm check point yang pertama kita singgah Lavender Farm. Lama kannnnnn. Ye, jem melekat bak ang!

Sue Family 

Kedah+Johor dan Sabahan Family. Eh orang PJ pun ada huhuuuu

Me and housemate aka bff

Mommy dengan anak no2, baru warm up

Selesai selfie, wefie, kudap-kudap kat sini teruskan perjalanan. Terus cari makanan yang agak berat untuk diisikan dalam perut. Datang Cameron, aku mesti singgah Nik Ikan Bakar dan Tomyam. Tak tahu la kenapa, mungkin makanan kat situ dah biasa dengan tekak. Hahhaaa 

Anak sulung Eunice dah berlinang mata kena marah dengan Momy. Anak no2, Qaid baru lepas kena jegil dengan Momy. Ye Momy garang tapi sayanggggggggg 

Terus terang dek kerana sangat melekat jalan jem, makanya gambar makanan memang tak sempat nak tangkap. Yang tahu, tangkap masuk mulut terus. 

Kekecewaan bermula, apabila sedikit kekeliruan telah berlaku, apabila homestay yang telah kami booking telah diberikan kepada orang lain. Elok-elok kami dapat homestay yang berharga Rm350, agent berikan kami rumah yang harga dekat sebulan sewa Rm800. Mana boleh macam tu. Deposit separuh harga telah kami bankin, resit transfer pun ada dibawa bersama. Alih-alih nak kasi harga yang lebih mahal. Amboi-amboi. Nak tak nak secara last minute itu, kami mencari juga homestay lain yang masih kosong. Dalam masa yang sama, kami minta agent yang bertanggungjawab mengantikan kami dengan penginapan yang lain. Dah nekad, tak dapat juga rumah pulang ke KL, atau stay hotel. Tapi rate, sendiri mahu ingat. 

Sementara menunggu rumah baru yang dijanjikan oleh agents, merayaulah kami di pasar Brinchang ni. 

Muka ganas, tapi kalau jumpa bunga terus ada taman astakona dalam hati 

Banyak-banyak gambar yang aku snap, gambar ni je yang aku up. Nampak bunga tu? Menurut penjual bunga tu dikatakan bunga ni telah diawet. Dimana dia takkan mati atau layu selama 2tahun. Aku ulang sekali lagi 2tahun. Hanya mengenakan syarat, jangan kena air. Okey fine, dah suka sangatkan housemate aku ni pun belilah. Sampai KL, harapan tidak kesampaian. Mana taknya, cuaca kat Cameron sejuk. turun KL panas. Dah tu pulak. bunga tu jadi lembab dah tentunya bila lembab ada air. Bila ada air, takkan sampai 24jam pun berguguran bunga. Dah tu pulak kami balik keesokan harinya. Pandai penjual cari makan. Sesiapa pergi Cameron dan ada satu-satunya penjual bunga awet jangan terpedaya okey. Beli 4pek free satu pek Rm40. Tak berbaloi. Baik lagi beli bunga plastic. Hahahaha

Alhamdulillah berkat kesabaran, dapat juga rumah untuk kami berteduh. Ada 2bilik yang siap dengan queen bed dan single bed disetiap bilik, 1bilik queen bed, dan dua bilik air. Memang ngam-ngam untuk kami 5keluarga ni. Hujung-hujung nanti aku up gambo ok. Sampai je rumah, aku bantai tidur-tidur ayam dulu . Malam nak jalan lagi. Pergh sejuk giler! Nasib baik ada water hitter.

Sebahagian je ada, yang lain stay kat rumah

Dah malam, ingatkkan jalan dah susut. Tidaaaaaaak jangan fikir begitu, masih juga tersekat dijalan. Yang dirumah sudah kelaparan. Pasrah ajelah meredah keadaan. Cepat-cepattttt kedai tutup pukul 10malam.

Okey anak-anak memang kebal. Hahhahaa

Nak juga aku up muka sendiri

Selesai shopping, tapau makan moh la kita balik. Tetapi, kebanyakan kedai sudah tutup. Jadinya dimalam yang sejuk ini kita bantai megi dan biskut ajelah. Hahaha!!! Aku yang sengal, tak terfikir boleh masak kat rumah. Padahal semuanya lengkap, ada fridge, dapur masak, microwave, rice cooker. Aku pun tak terfikir la nak bawa barang masak bagai dari KL. Al-maklum ajelah, last minute plan pun sebenarnya. Hihiiii

26/12/2015 
Selamat pagi CH!!! Okey waktu untuk pulang. Check out jam 9pagi. Awalkan hihii. Seperti yang aku janjikan tadi, aku akan up gambar rumah ni.

Muka blur kena bangun pagi

Okey, rumah ni dah siap renovate. Wet kitchen dengan dry kitchen dia asing. Belakang Ej, tu dry kitchen terlindung sikit hahhaa. Sambil masak, sambil boleh hidu la bau masakan rumah sebelah. Hihii

Lynn Family, sorang lagi memerhati mood off 

Belakang Lynn dry kitchen. Korang sendiri nampak ada rice cooker dengan microwave. 

Bilik queen bed siap bilik air

Family photo

Aku memang recommend korang untuk pilih rumah ni. Memang semuanya lengkap, Kalau rasa nak bbq, dekat balkoni dia korang leh bakar. Tapi pandai2 la jaga kebersihan ye. 

Hubungi nombor yang tertera 

Done!!!
Xoxo

Friday, June 26, 2015

BAMZ: UNFORGETTABLE Summer , BALI - PART II

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera....

Cerita yang berikut berkaitan dengan link yang lepas. Mohon klik untuk rujukan percutian anda. Aku dah pesan awal-awal jangan kata aku tak payung. Ngeeee

BAMZ: A BENEFITS PACKAGE...

BAMZ: ... FULL OF SURPRISES

BAMZ: Summer HOT day, BALI

BAMZ: UNFORGETTABLE Summer , BALI - PART I

Masih ingat dengan pertanyaan entry yang lepas? Dah berkurun dan dah tamat pun untuk menang reward jawapan yang betul hihiii. Okey! Masa untuk teka jawapan sudah tamat. Marilah aku tunjukkan kat mana tempat ni.

Okey! Masa untuk teka jawapan sudah tamat. Marilah aku tunjukkan kat mana tempat ni.


Masuk rumah orang beri salam. Masuk tempat orang kena bayar okey. Nak aku share harga tiket.


SubhanAllah, indah ciptaan-Mu ya Illahi. bersyukur, diberikan kesempatan untuk melihat semua ini. Aminnn...

We're falling in love with Pandawa Island 

Terletak di Desa Kutuh, Pantai Pandawa terkenal dengan keindahan pasir putihnya. Pantai ini, pada mulanya tertutup dengan batu kapur, dan kini telah dibuka dan dihiasi dengan patung Pandawa yang menghadap ke laut, dibahagian dinding batu kapur tersebut.

Berkesempatan untuk turun kebawah dan mencecah air laut. Untung waktu ni, takde siapa yang jaga kawasan, dan kesempatan ini aku dan adik-adik turun kebawah dan menikmati waktu-waktu bahagia disini.

Puan Boss, tak mahu pulang boleh ka????

Memang, sampai sini tak tahu nak cerita apa, nak luahkan perasaan yang teruja. Memang tiada kata nak kata dah bertapa indahnya disini. Haishhh layan la gambo iolls ni uolls.... Daripada air tengah surut dan secepatnya air pasang dan terjadilah kejadian jerit menjerit antara kami. Hahahaa sungguh, air sampai buku kali dengan sepantasnya naik sampai ke lutut bila ombak menyerang. Tak percaya???



Nah!!!! Menyingsing seluar sampai lutut memasing. Aku??? Redha ajelah basah seluar jeans tu. Pun begitu, semua orang tau kehebatan air laut. Jangan sangka air yang tenang takde buaya. Jangan pulak sangka, air yang tenang ni tak boleh menderu hebat. Hati-hati bila dengan air. Advice aje.

Uissssh sapa tu??? 

Yes yes, masa kami habis dengan keadaan yang begini, atau lebih kepada duduk dalam kereta layan mata pehtu terus segar bila sampai destinasi. Yupyup, korang kena rancang perjalanan korang supaya tak habis waktu, weolls macam entry sebelum dan sebelum dan sebelum ni acap kali mention yang kami tidak plan itinerary, most off the place yang kami jalan bertemakan redah.

Kasi la chance sebelum balik. Tapiiiiiii ini tok disewa oke... Hihii

Okey! Kami belum lunch! Dan waktu hampir jam 5.00petang. Jom keluar dari kawasan ini, kalau tidak..... Memang tak mahu balik. Asyik layan gambar Uhuuu. Korang yang plan nak ke Bali, mesti singgah sini tau! Sungguh takkan menyesal dan nak datang sini lagi dan lagi dan lagi.

Restaurant Puti Intan

Semalam restoran lain, kali ini restoran lain tak kan nk repeat yang samakan. Jangan risau, tempat makan yang aku pergi ni halal, sebab yang bawa kami pun Muslim. Jadi soal tempat makan Insya Allah tak kan terjadi yang tidak tidak. Tidak dinafikan juga setiap perjalanan yang rata-ratanya jalan kampung, akan ada terpampang perbagai makanan tidak halal 'bergolek' macam kambing golek. Abaikan ajelah, masuk negara orang kena pandai bawa diri. Open minded sikit kata orang. Kadang ada yang nampak halal tapi tidak halal, bertanyalah pada tuan kedai. Yang lain tawakkal.

Tunggu apa lagi SERAAAAAAAAAAAAANG

Nextttttttt


Tak sabaaaaar. Walaupun bateri badan ni dah mula low, tetap ku tahan jua. Rugi kalau layan badan! Antara rumah ibadat yang popular yang dijadikan tempat istimewa untuk kunjungan pelancong. Masuk tempat ibadat orang kena pakai sopan. Jadi, sesampai saja dikawasan ini, abang supir sudah terlebih dahulu berlari dan mendapatkan kali/tali untuk dililitkan dipinggang. Hati-hati kawasan ini memang banyak monyet. Jangan la korang lari bila terserempak dengan mereka. Pun begitu, jangan la berangan nak pegang apa-apa ditangan contoh macam beg shopping ke, makanan ke memang kau minta perhatian dari monyet-monyet ni. Yang penting kau jangan takut. Bila kau takut, monyet ni tau dan terkam kau. Reminder aje.

Family photo! Gambo keluarga itu penting.

Berharap agar dapat melihat sunset. Tetapi, nasib tak menyebelahi kami. Hujan rahmat tiba-tiba setelah lama tak hujan. Tak apalah. Itu maknanya aku kena datang balik, bersama yang tersayang. Eh. Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Kasi tepek gambo sendiri. Yeah!

Eh ada apa kat belakang tu???? Jumpa next entry!

Dah sampai kat Wisata Uluwatu ni, kalau tak layan Kecak & fire Dance tak sah la kan....

Setiap sorang dapat satu, cerita mengenai tarian tersebut

Sebelum memulakan persembahan. bacaan mantera dimulakan. Sepanjang mantara, masih ramai yang datang menyaksikan persembahan. Konon-konon la aku dok tang hujung sekali, sebab ada kerusi sekali nah depan aku lari ramai yang duduk. Hahhahaa


Tari Kecak menggambarkan kisah Ramayana saat barisan kera membantu Rama melawan Rahwana. Namun demikian, Kecak berasal dari ritual sanghyang, yaitu tradisi tarian yang penarinya akan berada pada kondisi tidak sadar, melakukan komunikasi dengan Tuhan atau roh para leluhur dan kemudian menyampaikan harapan-harapannya kepada masyarakat.

info: http://varilysm18selamanya.blogspot.my/2015/01/asal-mula-tari-kecak.html

Selesai disini, marilah kita pulang....

Ehhhhh tak laaaa mari layan live band ok!





Muka penat jom balikkkkkkk

Bye!

XOXO

Friday, June 19, 2015

BAMZ: UNFORGETTABLE Summer , BALI - PART I

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Cerita yang bersarang. Marilah mengarang ditepian pantai ini...

Klik entry yang berikut, baru boleh sambung cerita yang dibawah. Ngeeeee.

BAMZ: A BENEFITS PACKAGE...

BAMZ: ... FULL OF SURPRISES

BAMZ: Summer HOT day, BALI

30 May 2015...  WARNING, entry kali ni terbahagi kepada dua oke. Sengaja buat macam tu. LOL.

Selamat pagi.... Hari yang ke dua di Bali! Bangun pagi, gosok gigi, cuci mukaaaaa dan mandi. Tidur lena malam tadi lepas kena uruuut. Eh ternyanyi la pulak. Hujan pulak tu ambooooi awaknya, nyaman sungguh rasanya tidur saya.Hiks Tetapi ada sedikit sakit-sakit badan daaaaa. Dah lama tak kena massage, jadi semua urat belikat tersimput rapi. Uhuuuu mari la mandi. Sabuuuuun dibilik mandi saaabuuuuun.....

Dah pun siaaaaap. Ceria rupa memasing. Hihiii

Sudah pukul 9.30pagi, marilah kita sarapan. Mesti korang fikir, kami ni buang masa kan? Bangun lambat, jejalan pun lambat.... Well, well welll kami memang nak semuanya berjalan dengan slow and steady. No rush rush. Macam yang aku cakap dalam entry sebelum-sebelum ini, aku, kami takde tentukan mana kawasan yang perlu kita jelajah, dia lebih kepada apa yang senang tanpa stress kejar-kejar masa. Yela, bersama-sama aku ni ada dua ibu mengandung dan Puan Boss yang ada asthma. Jadi, kelam kelibut ni memang tak mau ada dalam aktiviti. Aku pun, boleh kena attack semput  kalau kekabut. Hahaha

Day 2 breakfast ~ Nasi goreng, pancake, kentang cili, sosej dan air oren. Combo omplay (omputih+malay)

Si Meykmok bahagia bila dah kenyang, pehtu selfie tepi kolam Ngeee 

Seperti hari sebelumnya, Abang Supir akan mengambil kami di resort, dalam pukul 10.00pagi. Waktu Malaysia dan Bali tak ada beza, sama aje. Oh ya, sebelum terlupa, sewa sehari dengan Abang Supir ni adalah RP500.00, Jadi kami booking 3hari, jadilah RP 1,5000.00. Apa nama Abang Supir? Nama dia Abang Khotim. Nak no talipon??? Nanti-nanti tunggu habis cerita k. Masuk-masuk kereta, aku dah tanya Abaag Khotim tempat shopping yang best. Bukan mahal atau murah yang dicari, tapi tempat shopping yang best dan variety gitu. Dan dan itu, Abang Khotim pun bawa kami ke tempat yang mahal terlebih dahulu katanya. Hahaha, takdela mahal kot mungkin sebab sejalan/arah jalan yang dekat-dekat dengan resort.

Tempat pertama kami jelajah adalah Discovery Mall, Jalan Kartika Plaza, Bali.

Bahagianya awak disini ye....

Disebabkan, naik aje ke mall dari parking lot terus nampak laut, kami yang memang meroyan bila nampak laut, terus serbu keluar. Lupa kejap nak cuci mata konon-konon nak shopping. Nampak, cuaca pun mendung. Tapi tak hujan sedang elok nak dolan-dolan. Hahaha!

Weeeeeeeeeee air tengah nak naik

Dah puas selfie/wefie sini sana, masa untuk masuk semula kedalam mall. Sudah berpeluh daaaaaa. Disebabkan panas dan nak sejukkan badan, aku pun mencari tisu kat Guardian. Dan, Puan Boss pun nak sejukkan badan, kita makan ice-cream. Hihii

Haagen-Dazs dihatiku - Not in picture hiks

Makan Haagen-Dazs kat sini (inhouse) kena tax, take away tak kena tax. Jadi kami makan sambil jalan. Jalan punya jalan jumpa kedai batik. Terus terang aku kata, kalau nak beli batik beli kat mall lagi berbaloi-baloi dari kilang. Harga dia jauh lebih murah dan kainnya jauh lebih lembut dan nyamannya bila berada ditangan. Sungguh aku tak tipu. Sebab aku kiranya merasa menyesal tak grab kat sini. Konon-konon, nak beli kat kilang buat batik. Tetapi... Tunggu la aku cerita bila dah sampai bab kat sana. Tungguuuuuu

Kedai ni tak jauh dari Haagen-Dazs. berpatutan dan banyak pilihan. 

Yang sebenarnya bukan beria sangat la kami nak kesini, sekadar window shopping sahaja. Sebab benda-benda macam handbag, kasut etc etc banyak kat mall di Malaysia. Jadi, mall kat sini aku samakan ajelah dengan Malaysia, cuma batik kat sini harga dia berpatutan. Sedih! Oleh yang demikian, mari kita ke tempat yang dikatakan murah. Itulah gatal lagi mulut bertanya dengan Abang Supir mana tempat shopping yang best, kan dah buang masa kat sini. Aku marah diri sendiri! Huh

Wefie sementara tunggu Abang Khotim. Puan Boss? Dia pi cari Abang Khotim hihiii

Seterusnya kita ke Krishna Oleh-Oleh Khas, Bali, di Nusa Kambangan. Krishna Oleh-Oleh Khas ni, banyak outlet dia, jadi kami pergi dikawasan yang terdekat dengan kami.

Shopping adalah terapi terbaik wanita lol!

Nampak sticker di bahu Lynn?? Setiap pengunjung/group yang masuk kesini akan diberi no, sebagai kiraan buat mereka. Waktu ini, kami group yang ke 458. Uishhhh ramainya kesini. Diakui, barangan disini memang murah. Bezanya, kat sini fix price. Kalau kat kedai luar tu, masih boleh lagi 'bagen' (tawar menawar). Kat sini, sesuai untuk dapatkan ole-ole atau buah tangan untuk mereka yang disayangi secara pukal. Nak buat business kat Malaysia pun boleh, carilah barangan unik kat sini. Hahahha

Wefie depan pintu lepas habis shopping. berapa juta RP habis y'alls hahhaaa

Seterusnya kita ke Monumen Ground Zero, Bali. Masih ingat tragedi bom di Bali pada tahun 2002?



Mengakibatkan meninggalnya 202 jiwa, 88 orang berwarganegara Australia, 38 warga negara Indonesia, 7 warga negara Amerika dan 6 warga negara swedia. Peristiwa pemboman ini lebih dikenal dengan nama bom Bali 1, karena terjadi 2 kali pemboman di Bali. - info http://www.rentalmobilbali.net/monumen-ground-zero-bali/

Kat sini, takdela nak selfie/wefie bagai. Sementara berada disini, hanya doa mengiringi mereka yang menjadi mangsa pengeboman. Rata-rata yang datang kesini, memang bermuram durja. Tapi iyelah, kita doa yang baik-baik sahaja. Terus terang, pijak je kawasan ini, tawakkal ajelah. Sejarah boleh berulang ye kan. Fuhhhh!



Lupakan kesedihan, yang hidup ini teruskan kehidupan. Perjalanan seterusnya, kita singgah ke Nusa Dua. Disebabkan terpegun dengan kehijauan dan keindahan alam semulajadi, maka disini aku sertakan gambar yang sempat aku ambil. Tapi bukan semua lah uhuuu...


Menarik kaaaan??? Hijaukaaan? Tiba-tiba aku rindu dengan hutan. Argggh! Missss my hiking.... Back to story. Istimewanya, Bali pada aku, mereka mementingkan dan mengekalkan keindahan semulajadi, tanpa penambahan warna. Sejuk mata aku memandang, walaupun sebenarnya cuaca panas terik. Hilang segala stress rasanya. Kalau diberi pilihan tak nak balik Malaysia. Hahahha!

The Bay, Nusa Dua

Dah pusing-pusing kat dalam kawasan Nusa Dua ni, Abang Supir suprisekan kitorang!!!! Giler laaaa! Mungkin dia tahu, yang kami ni memang meroyan bila tengok air laut biru, nah dibawanya kami ke The Bay Bali! Nasib laaaa kami datang sehelai sepinggang, kalau tak memang dah terjun kat dalam laut tu. Arghhh aku rasa nak fly kesana now (dreaming)...

My other half extended family with two little baby in tummy (not me and boss ya!!) 

PUAS????? Belum puas oke! Jom ke tempat lain pulak. Kali ini lebih teruja jugak. Yeee terujaaa

Take a while guess where we are. Uhuuuu nyaman sik gitu!

Jumpa next entry!

Bye!

XOXO

♥ Aurora Follow3rs