♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Saturday, December 29, 2012

Untuk Ayah ;)

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Menyambut ulang tahun kelahiran keluarga MK's memang perkara wajib bagi I. Sedari dulu, sejak I mula bekerja sehingga ke hari ini, I akan pastikan ada sambutan yang dilakukan walau ianya hanya berlaku dirumah. Walaupun I pulang kerja lewat, sambutan tetap akan berlaku. Biasanya, apa-apa perkara, memang anak perempuan MK's yang akan bersungguh-sungguh. Okey I masuk bakul sekarang. Hikhik


Dah biasa dengan kek, maka I plan untuk menyediakan kek yang luar biasa. Lagipun kesihatan Ayah tidak mengizinkan beliau makan yang manis-manis. Dan lagi, MK's bukan keluarga yang suka makan kek.


Allah selamatkan kamuuuu,
Allah selamatkan kamuuuuu,
Allah selamatkan Ayahanda ku sayang,
Allah selamatkan kamuuuuuu

Tiu-tiup lilin yang dibantu oleh I. Kesihatan Ayah yang kesesakan nafas setelah beliau jatuh dari tangga dan dada terhentak di tangga dan tangga itu bengkok. Mendengar kata-kata Mama ketika dikhabarkan berita itu, I mula terfikir bagaimana keadaan tangga yang bengkok itu? Sudah pasti hentakan yang kuat telah berlaku. Herm


Mama memang begitu, akan bereaksi sesuka hati dia. Ketika ni, melayan cerita Trilogi Cinta 2. Mama kalau sedang tonton, memang takkan toleh mana-mana. Focus terus dengan tv. Tv je la peneman dia katanya. Hikhik


Sudah menjadi sebahagian keluarga MK's, kawan baik I ni mesti ada. Budak montel entah kemana perginya, dah lewat-lewat begini tak balik-balik. Apa dah jadi dengan adik bongsu I tu. Makin ditegur, makin menjadi-jadi. Budak gemok pulak, masih bekerja. Yang ada hanya kami.


Dan juga budak boroi. Hikhik.

Bye!

Monolog: Super duper tired

Friday, December 28, 2012

Happy 56 Birthday Ayah

No comments:
Assalamualikum, Salam Sejahtera.


Kehadapan Ayahanda,

Selamat ulang tahun kelahiran yang ke 56 Ayah. Semoga sihat, ceria dan macho sentiasa. Walaupun Ayah seorang yang garang, kite tetap sayang Ayah! Muah. Jangan minta menantu. belum jumpa lagi. Kalau dah jumpa nanti kite heret beliau bawa ke rumah dan minta restu Ayah.

Yang benar Anak Ayah.

Bye!

Monolog: Bersyukur.

Bila Harus Memilih¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualikum, Salam Sejahera.

Wednesday, December 26, 2012

Wordless Wednesday #74

No comments:
Assalamualikum, Salam Sejahtera.

Tuesday, December 25, 2012

Selamat Hari Natal

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Merry Christmas hohohooooo


Bekerja di hari cuti sedah menjadi perkara biasa.

Bye!

Monolog: Happy working to me ;)

Sunday, December 23, 2012

SDF : Phantom of the Opera

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

SDF back in action. Nama pun 'action'. Jadinya, perkara-perkara yang tak dijangka jadi juga. After this, no more surprise, surprise tu dah terlalu immune. Kena fikir perkara-perkara yang tak melibatkan surprise. More natural lagi okey kan kan. Dah immune dengan surprise, dah tak jadi trill rasanya. Ngeee... Will think about that for next event. Insya Allah. Oh well, happy birthday to Mysta Armani. Hope you enjoy the night.

“Close your eyes and let music set you free. Remember your first time”







Bye!

Monolog: Space 

Friday, December 21, 2012

I Got a Friend ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Wednesday, December 19, 2012

Wordless Wednesday #73

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Tuesday, December 18, 2012

Key Chain from PARIS

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Kata Tuan Boss "Moga suatu hati U akan kesana".


Herm herm herm Insya Allah. One day. Mula-mula pergi yang terdekat dulu. ;D

Monolog: Thank You

A Charity Concert in Aid of CARIF

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

16/12/2012 - Dewan Filharmonik Petronas.

Berpeluang memasuki Dewan Filharmonik Petronas, adalah sesuatu yang tidak pernah terlintas di fikiran. Tidak pernah terbayang sekalipun, berpeluang menyaksikan persembahan yang dipentaskan oleh VVIP, VIP yang hanya di lihat di dada akhbar dan juga di kaca television.


Apa yang boleh I kata, terima kasih banyak-banyak pada Puan Boss, yang sudi sponsor tiket dan mengajak kami yang 'kecil-kecil' ini bersama-sama menyaksikan konsert amal ini. Kami adik beradik Bamz, sangat enjoy malam itu.


Bila Puan Boss katakan ada 'surprise' pada malam ini, tertanya-tanya dihati kecil kami, siapa pula yang datang. Dah tentu-tentunya orang besar. Nah, seperti gambar di atas, Tun Mahathir dan Tun Dr. Siti Hasmah sedang berduet. Masih steady masih romantic seperti dulu. How I wish to be like them when I turn to 80's. Hehe Insya Allah. 


Dihujung majlis, sambutan ulang tahun Tun Mahathir di adakan. Beliau sangat cute, bila diminta beri ucapan, Tun memulakan ucapan "Undilah saya" hehe.


Keterujaan dan kegembiraan yang terpancar di wajah weolls. Enjoy dan seronok, walau pada mulanya blur-blur. Maklum ajelah tidak terdedah dengan keadaan dan majlis sebegini.


Terima kasih kepada kawan baik I sekali lagi yang sudi teman dan drivekan I kesana kemari. Keadaan sekarang tidak berpihak pada I yang kepatahan kaki dek kerana tiada kenderaan. 

Itu sahaja ceritanya.

Bye!

Monolog: Terima kasih Puan Boss lain kali ajak lagi hehee

Monday, December 17, 2012

Kempunan Air Terjun

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Selesai majlis, zasss terus pulang ke Kuala Lumpur. Bagaikan Jengka 13, Pahang itu bersebelahan dengan kawasan perumahan dibuatnya. Pagi bertolak ke sana, petang bertolak pulang ke sini. Eceh. The craziness during travelling.

Kalau sudah ke Pahang, tak sah kalau tak singgah di Hutan Lipur Lentang, Bentong. Last I ke sini, erm erm adalah 5tahun sudah. Persinggahan disini, tidak seperti persinggahan sebelumnnya. Sedih, tapi cukup la nak lepaskan mengidam. Eh!


Boleh pulak lupa bawa baju standby. Yang mampu, celup kaki ajelah.


Giler jeles dengan artis ni yang syok-syok berendam. Air kat belah bawah ni memang keruh sikit, tak macam kat atas tadi, jernih aje. Namapun hujung-hujung air sungaikan, amik la ya keruh ni. Haha


Mama dan Ayah yang perhati dari atas jejantas. Kalau la hape-hape jadi kat artis tadi, I la yang kena terjun kot. Diorang dok perhati aje. Hehee.. Choi cakap apa ni. Tak baik tak baik.

Cerita hari sabtu sudah habis. Tunggu cerita hari ahad pulak.

Bye!!!

Monolog: CTRL+ALT+DEL

Perjalanan ke Pantai Timur

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Monday is back! Oh why.. Oh why.. Sigh... Keluh kesah bila Isnin datang. Malas, letih, lesu, penat blablablaa.

Warm up hari Isnin dengan mem-belog. Weekdays takde cerita sangat, sebab sibuk dengan kerja. Jadi belog kusam ni akan cerita kisah-kisah dihujung minggu I aje. Boleh aje nak update on the day, tapi biasa la coverage selalu aje susah nak dapat. Quality time dengan family, takkan nak hadap gadget je kan. Not me la kan kalau ada geng nak hadap gadget. Hehee.

Asalkan namanya hujung minggu, harus la penuhkan dengan aktiviti yang bermanfaat. Kalau di minggu yang lepas, I pulang ke kampung, minggu ini I pulang ke pantai timur untuk menghadiri majlis perkahwinan cousin I. Yeah yeah..


Perjalanan bermula, ikut kata GPS. Kali terakhir menuju ke pantai timur dua tahun yang lepas. Itu pun sebab rescue buddies yang memerlukan pertolongan cemas. Seingat I, itulah kali pertama I drive pergi dan balik, waktu tu gerak malam, dan pulang subuh. Dan esoknya sambung kerja semula. Walaweiii hehe.

Bab-bab travel ni, I suka jalan waktu malam berbanding waktu siang. Tak tahu la kenapa, tapi I rasa travel waktu malam, lagi menenangkan dari waktu siang. Waktu siang, I rasa masa berlalu sangat lambat berbanding waktu malam. Tapi, sepanjang travel waktu malam, tidak la pernah I jumpa apa-apa yang tak sepatutnya. Tak pernah la jumpa benda pelik-pelik. Minta simpang la kan.


Jadi co-pilot aje. Bila dah jadi co-pilot, memang takde kerja lain. Tangkap gambar syok sendiri. Memang suka kasi gambar tepi aje. Sila jeles Cik driver. Miahaha


Asal travel, kekudap kena la ada. Tapau apa yang ada kat RnR. Perjalanan mengambil masa lebih kurang tolak tambah bahagi, ada la dalam 3jam. Sesampai di Jengka 13, Pahang terus I cari Mama yang sedang sibuk rewang kat dapur. Makan-makan dan bergambar.


Part of families yang datang. Pengantin perempuan adalah cousin I.


Selamat pengantin baru Kak Ayu dan pasangan semoga kekal ke anak cucu.


Dua beradik yang tumpang bergambar. Turn kite lama lagi kan deq. Hehe


Cik driver aka kawan baik I. Mekasih sudi drivekan I ke sini.


The latest dua pupu. Kalau tak silap kiraan la kan kan.


 Artist in the house. Ayah dok push adik I ni menyanyi. Malu tapi mahu. At last, menyanyi gak lagu 'Rahsia Pohon Cemara'. Suara not bad. Patut la asyik berkurung dalam bilik aje. Selalu test vocal eh. Hehehe.

Ada cerita lagi tunggu eh.

**Kualiti gambar tak berapa nak cantik. Lupa nak set. Ngeee

Bye!!!

Monolog: LESU

Friday, December 14, 2012

Dance Again ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Thursday, December 13, 2012

Satu lagi artwork dia ;)

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Siapa tak rasa bangga weyh, melihat artwork darah daging sendiri. Tak sia-sia segala pengorbanan yang telah diberikan. Tumpang glamour darah daging sendiri. Tak salah ye dok.




Kalau pandai, carilah, siapa darah daging I. Jangan lupa dapatkan Metro hari ini. Jangan lupa juga like facebook FILEM SUNTI.

Bye!!!

Monolog: Till the end... MK's

Wednesday, December 12, 2012

12Date 12Month 2012Year

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.




Tarikh yang unikkan?? Tarikh yang tidak akan kita jumpa di tahun hadapan. Apa nak cerita pasal tarikh ini? Pada I tak ada yang specialnya. Cuma I rasa masa semakin laju laju dan laju berjalan. Perjalanan hidup yang masih panjang, dan memerlukan kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

Dalam pada ini juga, ingin I ucapkan tahniah pada rakan I yang berada di Penang yang melangsungkan pernikahan hari ini. Semoga kekal ke anak cucu, dan berbahagia hendaknya di samping suami sehingga akhir hayat.

Sudah jom kerja. Kepala tengah migraine pun, tetap kena kerja.

Bye!!!

Monolog: Penat!!!


Wordless Wednesday #72

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Tuesday, December 11, 2012

Malware NuffnangX sekali lagi

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Sekali lagi menyerang. Apakah yang terjadi?


Kali ini, conversation NuffnangX yang bermasalah. Huhuu


Harap pihak Nuffnang dapat menyelesaikannya.

Bye!

Monolog: Kesabaran

Berurut untuk sihat ;)

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Selamat bercuti warga kerja di Selangor. Terima kasih kerana mengurangkan kesesakan jalan raya.

Ahad yang lepas, pulang ke kampung untuk menjemput Mama yang sekian lama berada di kampung menjaga Ninda yang kurang sihat. Dikesempatan itu juga, minta Mama carikan tukang urut yang boleh mengurut badan I yang minta dibetulkan segala urat yang ada di badan ini. Masa yang ada diisikan dengan aktiviti yang bermanfaat.

Berurut selama 3jam, satu masa yang rasanya sangat berbaloi untuk diisikan. Tak sia-sia pulang ke kampung kali ini. Walau niat sebenarnya ingin berjumpa dengan Ninda, tapi dek kerana Ninda sudah pun berada di Pahang, untuk menghadiri majlis bersandingan cuzzy yang akan berlangsung Sabtu ini. Insya Allah, bertemu juga Ninda disana Sabtu ini.

Tukang urut yang ramah. Sambil berurut, sambil itu la berborak. Sambil berborak, sambil itu la menahan sakit. Tapi, buat-buat tak sakit. Tahan mana yang patut. Tak tahan kaluuuu, memang la I menjerit. Jerit-jerit manja laaaa, takde sampai tahap kakak tukang urut tu kena tendang, Hish tak baik tau.

Sedang berurut, kakak tukang urut itu menunjukkan sebutir pasir yang keluar dari bahagian lengan. Diurut sekali lagi, keluar lagi sebutir pasir. Maknanya ada dua butir pasir yang keluar dari bahagian lengan. Katanya, takde apa-apa, Insya Allah, segala penyakit akan sembuh. I tidak la fikir sesuatu yang kurang baik, atau perkara-perkara yang karut. Hanya fikir segala logic, tilam yang I baring tu, ada pasir. Itu tak mustahilkan.

Cuma, andai benar kata-kata kakak tukang urut itu, minta diri ini sihat seperti sebelumnya. Minta dijauhkan perkara yang tidak baik. Berkat doa, dan ketentuanNya, Insya Allah.

Entry tanpa gambar.

Bye!!!

Monolog: Berserah 

Friday, December 7, 2012

Idola ¯\(ツ)/¯

No comments:
Assalamualikum, Salam Sejahtera.

NuffnangX BEBAS dari Malware!!! Yeay

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Akhirnya team NuffnangX berjaya mengatasi masalah ni dalam tempoh 24jam. Betulkan I kalau I salah info.


Bila dah dapat email dari team NuffnangX, baru la beranikan diri nak menepek balik segala iklan yang ada. Ngee. Punca pendapatan kot, walaupun yang naik seciput. Hehe

Dalam pada menggodam account Nuffnang, godam la juga account yang terkumpul. Wahwah sudah naik la. Hureyyy!!! I suka u. Sila naik lagi *kenyit mata.

Okey! Back to work. Badan terlalu penat, penat dan penat. Sedapkan kalau dapat urut.

Sayang sokmo!!! Bye!

Monolog: Plan my weekend weee

Thursday, December 6, 2012

Asam Pedas Melaka

2 comments:
Assalamualikum, Salam Sejahtera.

Dah penat bermain di Legoland, berenang di pool Bayu Marina Resort, bershopping di Johore Premium Outlet (JPO) mari la pulang ke kota yang penuh sibuk. Satu kereta akan menuju ke Stadium Merdeka, ada konsert JLO, satu kereta lagi singgah Melaka. Oh asam pedas, I miss u. Muah muah.

Bila masuk ke Melaka kali ini, macam pelik sedikit. Tak pernah la bila I datang sini jalan jem, kali ni jem jugak. Mungkin sebab cuti sekolah. Lagi nak salahkan cuti sekolah kan. Memang salahkan cuti sekolah! Salahkan dia salahkan dia. Okey! I merepek. :p


Check in di Asam Pedas Selera Kampung. Amboi menariknyaaaa, tak yah tunggu. Serbu!!!!!

15minit kemudian, Alhamdulillah terima kasih sudah kenyang. Bila sudah kenyang, marilah exercise. Tak tahu pulak kat sini dah ada down town. Ingat kat KL je ada :P. Tak banyak yang menarik kat down town ni.


Cuaca mahu hujan. Mari pulang. Pulang mari la pulang....

Cerita sudah habis. Bye!!!

Monolog: Sangat fun

Wednesday, December 5, 2012

SDF Bayu Marina Resort

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Sudah penat berjalan di Legoland selama tiga jam, mari pulang berehat-rehat. Memilih Bayu Marina Resort sebagai tempat penginapan weolls.


Suasana di Bayu Marina Resort Johor Bahru ini sangat menenangkan. Jauh dari kesibukan bandar. Jauh dari hingar binggar kebisingan kota. Sangat-sangat menenangkan.



Bila turun swim kat pool pun, boleh rasa relaxnya percutian ini. Sehinggakan weolls mahu datang kesini lagi untuk menenagkan fikiran. Kalau kemari lagi, mungkin lebih dari sehari. Hehehe



Bila dah penat memang tidak berapa ada gambar. Melainkan gambar yang diambil sendiri untuk simpanan peribadi. Hehe. Tapi I nak tepek gak gambar weolls kat resort ini.



Ceria-ceriakan wajah weolls. Weolls memang ceria orangnya. Mahu singgah JPO sebelum pulang. No picture juga di JPO sebab sibuk shopping.

Ada lagi okey. Sila tunggu.

Bye!!!

Monolog: Akan stay disini lagi.

SDF di LEGOLAND

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Sambungan cerita hujung tahun I dan SDF. Pada yang belum tahu, tak tahu kemana I dan buddies pergi, boleh klik kat sini, SDF year end 2012 HOLIDAY!!!Dengan harga tiket Rm 96. Untung beli awal-awal. Kalau tak berebut kat kaunter tiket nanti.

Mana nak start eh. I start dari awal perjalanan weolls kesini. Perjalanan dimulakan seawal 4.00pagi hari Sabtu, dengan dua kenderaan berasingan kawasan. Bertemu dan konvoi sekali dari RnR Seremban dan seterusnya.

Kenapa 4.00pagi bertolak? Awalnya? Sure uolls akan tertanya-tanya kan? Tak tanya pun I akan teruskan penulisan jugak. Weolls memang suka travelling. Bila dah travel, setiap perhentian yang ada sure weolls berhenti. Berhenti untuk merenggangkan badan, buang segala apa yang patut. Duduk lama dalam kereta pun tak berapa nak selesakan. Lain la kalau dalam kereta boleh baring-baring lalalaaaa. Lagipun weolls target nak sampai ke destinasi seawal 10.00pagi. Target kena la ada kan.

Nah! Seperti yang terancang sampai juga ke destinasi dalam lingkungan 10.30pagi. Biasa la kawasan baru, GPS pun tak berapa nak betul bawa jalan. Tersesat-sesat, terpusing-pusing, itu dah menjadi makanan GPS. Bawa jalan lama pun okey. Janji sampai. Percaya tak percaya la hari Sabtu pun sana sini jalan Johor ni sesak. Kalah KL, tak semua tempat kot yang jem. Erk betul ke? :p


HERE WE ARE!!! Nak bergambar hanya weolls aje kat pintu gerbang ni memang tak dapat la kan. Waktu perdana lagi-lagi musim cuti sekolah. Memang weolls akan berebut dengan mereka-mereka. Ingarkan weolls la yang terawal. Tapi, masih ada yang awal dari weolls. Diorang bangun tidur pukul berapa ni. Hehehe


Firstly cari map. Kemudian, discuss mana kawasan mana nak terjah. Masing-masing decide nak naik ProjectX. Terpaksa menunggu lebih kurang 60minit untuk sampai ke turn weolls. School holidaykan, tak dapat nak elak la. Boleh muat untuk 4orang, buat I tamak, nak naik berdua aje. Me and Bby. Satu lagi gerabak, naik tiga orang. Lagi dua orang tak naik. Gayat kata mereka. Hehehe.


AWESOME!!! Sampai tergeliat urat belikat I ni ha. Actually, I dah lama tak naik benda-benda ni. Seingat I, kali terakhir I naik sewaktu umur I 12tahun. Now umur sudah berganda-ganda. Makanya sedikit berani, takut dan cuak tu ada. Berani-berani macho je. :p

Kemudian, mahu naik Dragon's Apprentice. Duration yang ini, 30minit, sebab gedabaknya boleh penuhkan dalam 12orang. Kalau tak salah pengiraan la. Yang ini kesemua SDF dipaksa naik. 


BEST!!! Ketinggian roller coasternya tak berapa nak tinggi la. Lebih sesuai untuk kanak-kanak sebenarnya. Tapi, dek kerana antara weolls ada yang gayat, jadinya consider la naik yang ini. Nanti pitam, pengsan anak orang susah pulak I nak buat CPR. Hahaha

Kemudian, weolls nak pergi terjah Lego Studio. Tetapi barisan yang mengular panjangnya membantukan terjahan weolls. Terus decide terjah Lego City Stage. 




TERUJA melihat susunan lego yang ada. Terfikir sejenak, berapa lama masa diambil untuk menyiapkan semua ini. 5tahun? Mungkin kan. 

Penat sudah. Mari pulang berehat-rehat sementara menunggu waktu malam. Nak tengok bola Malaysia lawan Indonesia. kamon Harimau Malaya.

Ada sambungan. Sila tunggu :p

Bye!!!

Monolog: Weolls akan datang balik.

♥ Aurora Follow3rs