♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Thursday, June 14, 2012

Hari Menderma Darah Sedunia

Assalamaualikum, Salam Sejahtera

Tahukah U olls, 14 Jun setiap tahun adalah Hari Menderma Darah Sedunia. Tak tahukan? Meh la I kasi tahu.

.: Hasil pencarian Google :.

Kenapa perlu menderma darah?
Tubuh badan kita ni perlukan darah bukan? Tanpa darah segalanya tak berfungsi. Jadi, mana yang tak cukup darah tu boleh ditambah. Mana yang menderma darah tu, boleh menyelamatkan banyak nyawa. Salah satunya insan yang diselamatkan adalah I. Masuk 2botol darah setelah mengharungi operation 13jam tahun yang lepas. Imbas kembali... 

Dengan menderma darah, kita dapat menyihatkan tubuh badan tau. Jangan pulak u olls risau yang u olls kurang darah bila menderma. Darah dalam badan akan diproses secara semulajadi. Tak kan ada isu kekurangan darah. 

Kriteria penderma darah: 
1.    Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.
2.    Berumur di antara 18-60 tahun.
§  Bagi yang berumur 17 tahun, perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga
§  Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktormengenai tahap kesihatan badan.
3.    Berat badan melebihi 45 kg.
4.    Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
5.    Tiada masalah kesihatan.
6.    Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.
§  Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan.
§  Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.
7.    Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa).
8.    Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
§  Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
§  Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual).
§  Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur.
§  Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis.
§  Mengambil dadah secara suntikan.
§  Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
9.    Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
10.  Untuk penderma wanita:
§  Tidak mengandung.
§  Tidak datang haid.
§  Tidak menyusukan anak.


.: Hasil pencarian Google:.

Tahu jenis darah u olls?
Kalau u olls rajin buat check up, mesti u olls tahu jenis darah u olls. Kalau tak tahu, waktu menderma darah mesti misi tu beritahu. Kalau dorang tak kasi tahu tu tanyalah. Apa guna ada mulut dan akal untuk bertanya. 

Jadi, marilah reramai menderma darah.

Monolog: Bila tahun terakhir I derma darah? Hermmm

Bye!

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

Related Posts with Thumbnails