♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Monday, February 28, 2011

Omel.. Omel

No comments:
السلام عليکم
credit to google

Itu yang dinamakan kehidupan. Selalu tak pernah puas hati dengan sesuatu perkara. Mengalah, kita juga yang kena. Tak mengalah, balik kita juga yang kena. Jadi, apa seharusnya kita buat...?

Menjadi sesorang yang bernama perempuan/wanita/kakak/senior/sahabat/kawan bukan perkara yang senang. Huhu banyaknya ///. Ye la Yy dikategorikan dalam kumpulan2 itu. Dengan sengajanya juga Yy tulis la banyak2 /// tu.

Menjadi seorang perempuan/wanita;
Sungguh rumit rasanya menjadi perempuan. Cop bukan tak bersyukur dengan ketentuannya, tapi banyak perkara yang perlu dijaga. Tingkahlaku, tutur cara, budi bahasa, maruah diri. Fuhh.. Jaga jangan tak jaga. Tapi macam mana kalau maruah kita dijaja..? Hah jawap2!

Menjadi seorang kakak;
Terutamanya yang sulung macam Yy. Dalam banyak2 perkara, bila melibatkan darah daging sendiri, tak banyak yang Yy boleh/nak dikomplain, atau omelkan. Yy pilih untuk mendengar, dan cuba untuk menyelesaikan masalah yang ada dengan sewaras dan sebaiknya. Adakala, Yy rasa sangat tertipu dan rasa sangat2 diperbodohkan bila kebenaran muncul, berbeza dengan penjelasan sebelumnya. Secara tak langsung, Yy banyak berkorban, bertolak ansur, pendam perasaan, mengiyakan.. Endup redha dan pasrah. Ahaha eh eh kesiannya la ;p

Menjadi seorang senior;
Senior ke...? Takdela senior tapi orang paling lama dalam klinik ni. Pejam celik pejam celik, sudah 6tahun Yy disini. Dan 80% perkara dalam klinik ni dalam tangan Yy. Fuhh giler terer. Tak bosan ke..? Bosan..? Ada masa bosan la kan. Ada masa tu tidak. Duduk hadap paper work tu boring gak, pergi duduk kaunter pulak. Boring duduk kaunter, pergi farmasi pulak. Boring kat farmasi, jadi cleaner pulak. Boring duduk dalam klinik ni, jadi dispatch pulak. Begitu la rutin harian kerja Yy. Kikikii

Menjadi seorang sahabat;
Yy ni boleh dikategorikan sebagai sahabat ke..? Ehek, entah la orang2 yang benar2 kenal Yy boleh la kategorikan Yy sebagai sahabat. But yet, Yy tak rasa Yy ada sahabat. Tapi musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, sure bersepah. Ahahaha sedih dengan perangai yang macam tu. Semoga Allah merahmatimu la peah oiii..

Menjadi seorang kawan;
Yehaaa siapa nak jadi kawan Yy angkat tangan. Yang tak nak tu tak mengapa, tiada paksaan untuk berkawan dengan Yy ni. Masing2 sudah besar. Yet, Yy dengan perangai+karenah Yy. Tak suka tak mengapa. Oke2 aje ahaks.

Cukup mengomel.. Kerja2!!!

Motivasi diri

No comments:
السلام عليکم


"Friendship with ones self is all important, because without it one cannot be friends with anyone else in the world... (-_-)v"


Pagi2 dah meroyan ke...? Nope2 (sambil mengeleng2kan kepala Yy ni, Oh wanginya rambut Yy)


Yang maknanya lebih kurang dalam bahasa melayu;


"Bersahabat dengan diri sendiri adalah penting, kerana tanpa itu seseorang tidak boleh berteman dengan orang lain di dunia ini... (-_-)v"


Sengaja letak muka kat hujung ayat tu (-_-)v =peace, pada yang tak tahu. Ahaha baru careeee. Sebut betul2 buka care, tetapi careeee=cara. Ala2 bahasa orang sekarang ni kan. 


Happy working bloggers!!!

Sunday, February 27, 2011

Saman = DONE!

No comments:
السلام عليکم
Setelah kenyang dengan hidangan tengahari yang disediakan oleh adinda tersayang (adik angkat Yy), terus bersiap2 untuk menyelesaikan satu misi yang tertangguh. Ewah.. Paksa rela diri ini untuk bergerak ke pejabat pos yang berhampiran. Kalau tertangguh lagi sakit hatikan2. Zassss

"Untuk bayaran saman tekan C" arahan dari pihak Pos Malaysia.

Tekan C, dan no Yy adalah;


Wow sekarang no yang tertera kat screen adalah 3177, no yang Yy  dapat 3294, 117 no lagi. Ngah2.. Sabar je la kan.

Setalah dua jam menunggu; penantian satu penyiksaan sehingga tertido2 Yy dibuatnya. Terbang RM30. Seperti tak percaya, tapi hanya itu aje jumlah yang Yy perlu bayar. Fuh... Syukur. Balance lagi RM600 itu tanggungjawab adik Yy. Harap2 dia belajar dari kesilapan beliau yang lalu. Huhuu

Lupa pulak nak check status saman adik Yy yang sorang tu. Sure melambak2 kikikiii

Jom makan cendol.. Zasssssss

Friday, February 25, 2011

Ku MEMBISU...

No comments:
السلام عليکم
Walau sakit, kerja tetap kena kerja. Nak kata apa kalau kerja dengan line kesihatan ni kan. Lagi2 la, MC sangat susah nak dapat. Huhuu. Word paling terbaik adalah pasrah! Oloh2 sedihnya ayat..

Fine, dikesempatan ini (cewah) Yy tak kuasa nak bercakap atau menjawap sebarang telephone (walaupun ianya adalah kerja Yy). Rasa sangat2 penat nak melayan panggilan telephone yang minta itu ini dari Yy. Ngeh! Sorry la deee, gua memang takde mood. Yy harapkan rakan sekerja je yang menjawap panggilan tu untuk Yy. Itu pun kalau la info yang diberi dan diterima itu sama dengan perbualan mereka. Harap2 betul la kan. Kalau tak betul, yang kena buat 2,3 kali kerja siapa. Yy juga. Word paling terbaik lagi adalah pasrah!

Masuk hari ni, Yy kehilangan suara yang ke-3 kalinya. Dah Yy makan ubat, siap injet2 semut lagi. Tetap begitu juga. Geram pulak dibuatnya, mana taknya buat mood kerja kelaut mana tah. Hish!


Punca kesakitan yang teak tertanggung. Jangan complain duduk buat kerja diam2.

Tapi kerja tetap kena buat. Paksa rela ni. Oke babai!

Ish TAK NAK LA!

No comments:
السلام عليکم
Tak nak apa..?

Hurm... Hurm.. Sejak seminggu ni., Yy sering mengalami mimpi yang merepek. Mmm mmm mana nak mula? Mulakan je la..

Situasi yang pertama;
Beramai2 bersama keluarga menghadiri majlis bertandang ke rumah pengantin. Siapa pengantin tu? Entah kurang pasti la pulak siapa. Lupakan bab pengantin tu. Fokus pada diri Yy ni. Diwaktu malam, walau diapit kiri dan kanan, Yy telah di- teeeettttt!!! Terus bangun dan Astaghfirullahalazim. Mengucap panjang Yy dibuatnya. Siapakah durjana itu? Cis bedebah!!!

Situasi yang kedua;
Beramai2 melancong bersama keluarga, destinasi tempatan sahaja, Yy telah ditarik oleh seseorang yang tidak dikenali dan teeeettttt!!! Astaghfirullahalazim. Siapakah si durjana itu? Yang penting orang yang berlainan. Cis bedebah!!!

Situasi yang ketiga;
Berjimba bersama2 rakan2 dan mengalami 'ting tong' tanpa kawalan dan teeeettttt!!! Astaghfirullahalazim.

Apakah makna semua ini...?

Hanya boleh terima..

No comments:
السلام عليکم
Memandangkan suara pun sexy, sampai tak terkeluar suara merdu. Jadinya makan pun tak berapa nak selera. Yang boleh diterima tekak;

*credit to google *

Bread and tuna tak kira la breakfast, lunch ataupun dinner. Huhuu

Thursday, February 24, 2011

Nah!

No comments:
السلام عليکم
Berkat dari kesungguhan terbentuklah kejayaan..

Lepas tu U olls sambung la..

Fine tak mahu cakap banyak...


Untuk KAMU.. =D

Wednesday, February 23, 2011

Sayangi Jantung anda...

No comments:
السلام عليکم
Oke fine! Yy pun bukan la reti sangat nak makan oat ni. Rasa mual dan sangat2 tawar hambar. Memandangkan oat tersimpan 1001 kebaikan, dan mungkin lebih, Yy sudah mula menjinakkan diri mencuba makanan yang berkhasiat ini...

**jangan sengan2 nak klik gambar ye

More info Myhealthyheart

Sudahnya

No comments:
السلام عليکم
Semalam, tekak rasa amat panas...

Terasa perit giler...

Hari ni..

Hilang suara terus...


Tuesday, February 22, 2011

Sexy voice

No comments:
السلام عليکم
Hari ini, suara Yy sexy...

Akibat...


Minum redbull dan terus sakit tekak =(

Walau sudah Yy balas dengan 1botol besar mineral water, kalau nak sakit tetap sakit...

Monday, February 21, 2011

Congratulations

No comments:
السلام عليکم
KAMU,

Impian KAMU sudah menjadi kenyataan TAHNIAH


Nah bunga untuk KAMU.


Mmmm

No comments:
السلام عليکم
Sesungguhnya sedang berkecil hati...


Babai..

Cemburu ke?

No comments:
السلام عليکم
Tajuk macam sentap je. Tapi Yy tak rasa Yy sentap. Yy tak rasa Yy cemburu. Tapi bila fikir2 memang cemburu kot. Ahahaha. Persoalan yang acapkali berputar dalam kepala Yy;


Macam pelik pulak berperasaan macam ni. Atau statement Yy ni adalah statement ego. Ngeh egokah Yy.? Eh takde la, hanya folow instinct dan juga logic + summary sesuatu perkara. Huhuu

Oke fine, apapun yang berlaku, itu adalah lumrah kehidupan. Tak semestinya berada diatas itu hebat. Tak semestinya berharta itu kaya. Tak semestinya cantik itu ayu.

Adakah Yy akan diingati andai Yy pergi dulu...?

Saturday, February 19, 2011

Mari mengecat!!!

No comments:
السلام عليکم
Sabtu yang indah dan tenang. Lalalalala

Takde kerja cari kerja.

Klinik ngah renovation, Yy dok sibuk2. Lalalala

Hasilnya...


Taraaaaa tiada lagi kotoran degil.

Friday, February 18, 2011

Memang Seksi

No comments:
السلام عليکم
Tak dinafikan anak Rohaya Jalil ni memang seksi. Bibir dia r.

Sumber Beautifulnara 

Entah hari yang keberapa..

No comments:
السلام عليکم
Yy belum jemu untuk makan benda2 ni

Breakfast; Roti Bakar


Lunch; Subway


Dinner; Tosai Rawa

Yes! Sedang berdiet. Oke babai~~

Thursday, February 17, 2011

Diam Bukan Beerti Bisu

No comments:
السلام عليکم



Wednesday, February 16, 2011

Saman = Aduh

No comments:
السلام عليکم
Erk.. Tergerak pulak nak check saman. Sekali check menggigil jari2 munggilku. Huhuu

BERIKUT ADALAH SENARAI SAMAN SEHINGGA 16/02/2011

POLIS: WSW1081 Saman 1 29/08/2010 06:00:00 PM PUTRAJAYA LARANG LETAK KENDERAAN RM 30    1-DG452970
Penjelasan ~ yang ni memang salah la kan, sesuka hati main park kereta. ingat lepas, tapi kena tangkap jugak

POLIS: WSW1081 Saman 2 05/02/2011 05:00:00 AM KUALA LUMPUR TIADA LESEN MEMANDU RM 300 TIADA PERLINDUNGAN INSURAN RM 300  2-AJ979768
Penjelasan~ kalau yang ini memang sah2 la kerja orang yang takde lesen

Jadi apa nak komen? Bayo je r.. Ahahhaa

Tuesday, February 15, 2011

The Green Hornet

2 comments:
السلام عليکم
Menggunakan 5jam yang ada dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Jadi, main redah aje. Yawwww



Boleh Yy katakan, syok layan cerita ni. Yang paling teruja, Yy jatuh cinta dengan kereta classic yang bermacam2 fungsinya. Tekan je button kuar api. Tekan button kuar meriam. Wah hebat. Paling best kerusi berpayung terjun. Ambooi sangat classssss.

Kalau la Sexy Baby Yy leh macam tu. Huhu berangan deeeeeeee

Salam Maulidur Rasul

No comments:
السلام عليکم
Salam Maulidur Rasul.. 

Info;

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalahnabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Sumber Wikipedia


Credit to Google =D

Monday, February 14, 2011

Says NO V̶a̶l̶e̶n̶t̶i̶n̶e̶s̶ says YES Maulud Nabi

No comments:
السلام عليکم
Hari ini hari Isnin bersamaan 14 Februari 2011 = 11 Rabiulawal 1432. Apa yang U olls buat..?


Kasi Bunga..?


Dapat Coklat..?


Beri Hadiah?


Ada apa dengan 14 Februari?


Esok Maulidur rasul, sure2 ada perakakan. Apa yang korang sediakan..?


Bunga perarakan..?


Ikut perarakan...?




Renung2kan dan selamat beramal =D


Sunday, February 13, 2011

Jalan Jalan

No comments:
السلام عليکم
Selamat berhujung minggu.


Aktiviti hari ini adalah 'bakar lemak'. Seperti biasa hari2 minggu adalah hari untuk mencuci dan mengemas rumah. Fuhh siap dalam masa 3jam.


Bersiap2 nak makan kat luar. Malas nak masak.


Pusing2 sekitar Jalan Klang Lama, Puchong, Kuchai. Cari barang, diiringi hujan rahmat.

Penat drive, balik dan terus pengsan.

Saturday, February 12, 2011

Hari merawat..

No comments:
السلام عليکم
Masih ingatkah U olls  tentang Baby Yy yang cedera minggu lepas..? Recall entry. Kesempatan berehat selama 5jam tadi, Yy lari ke bengkel untuk gantikan 'kaki' Baby yang 'patah'. Selagi hal Baby ni tak settle, selagi itulah Yy akan terasa amat susah hati. Mau taknya, nak pergi kerja macam mana?. Naik cab, dari rumah ke tempat kerja 'pakcik' teksi charge sampai Rm10.00. Fuhh mahal! Padahal perjalanan dari rumah ke tempat kerja hanya 15minit. Kira sendiri la cost semninggu berapa. Naik bas? Tiada perkhidmatan bas disediakan dari kawasan rumah Yy ke tempat kerja. Jalan kaki? Sure berpeluk ketiak Yy ni 1jam belum tentu sampai. Stop bebel Yy!


Berkat dari 'plastic surgery' yang hanya memakan masa tak sampai satu hari, bahagian belakang yang sopak, telah pun berganti. Terima kasih pada Encik Abang, yang tak tahu nama, yang menjalankan 'operation' secepat yang boleh. Nasihat Encik Abang, jangan cuci kerana bahagian 'kulit' Baby belum kering. Nasihat Encik Abang Yy ikuti. Walau Yy sakit hati melihat rupa Baby yang macam setahun tak mandi, demi menjaga 'kulit' baru BabyYy buang jauh2 perasaan sakit hati itu.


U look soooo sexy la Baby, Love u so much!!


Kalau Baby sakit, Darling pun mesti sakit. Tu la tu kan, serasi bersama. Uweeeek. Tapi sakit Darling tidak la sesakit Baby. Darling hanya bertukar dua 'kaki' depan ke belakang, dan dua 'kaki' belakang ke depan. Sudah haus tapaknya daaaa. Heheehee


Darling, U look hot!!!

Disebalik kesibukan Encik Mechanic 'berkasih sayang' dengan Baby n Darling...


Kami tiga beradik, menguap tak ingat melayan mata. Dengan kaki lenguh berdiri. Bengkel takde kerusi untuk customer duduk. Ngeh! Nak Yy tanya bebanyak, kang kena marah free pulak. Ahahahaaa


Yy paling kesian dan sangat terharu dengan Bapak. Walau Bapak sakit, Bapak nak juga teman Yy ke bengkel. Dek kerana Bapak kenal dengan Encik Apek tuan bengkel ni dan boleh kasi murah, kena la bawa Bapak sekali. Ayat Bapak sangat manis. Yy dah pun belajar dengan Bapak cara berayat manis dengan Encik Mechanic. Lain kali tak payah bawa BapakYy boleh pergi sendiri jerk. Nasib baik Encik Mechanic ada perikemanusian, kasi kerusi kat Bapak. Tapi tak beri kerusi pada yang sihat, tak perihatin gamaknya. Hehheee


Kasi balancing..


Dan alignment..

Alhamdulillah, perkara2 besar dah selesai semuanya. Cuma tinggal hal yang kecik2 je. Sudah2 kerja!

♥ Aurora Follow3rs