♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Saturday, February 12, 2011

Hari merawat..

السلام عليکم
Masih ingatkah U olls  tentang Baby Yy yang cedera minggu lepas..? Recall entry. Kesempatan berehat selama 5jam tadi, Yy lari ke bengkel untuk gantikan 'kaki' Baby yang 'patah'. Selagi hal Baby ni tak settle, selagi itulah Yy akan terasa amat susah hati. Mau taknya, nak pergi kerja macam mana?. Naik cab, dari rumah ke tempat kerja 'pakcik' teksi charge sampai Rm10.00. Fuhh mahal! Padahal perjalanan dari rumah ke tempat kerja hanya 15minit. Kira sendiri la cost semninggu berapa. Naik bas? Tiada perkhidmatan bas disediakan dari kawasan rumah Yy ke tempat kerja. Jalan kaki? Sure berpeluk ketiak Yy ni 1jam belum tentu sampai. Stop bebel Yy!


Berkat dari 'plastic surgery' yang hanya memakan masa tak sampai satu hari, bahagian belakang yang sopak, telah pun berganti. Terima kasih pada Encik Abang, yang tak tahu nama, yang menjalankan 'operation' secepat yang boleh. Nasihat Encik Abang, jangan cuci kerana bahagian 'kulit' Baby belum kering. Nasihat Encik Abang Yy ikuti. Walau Yy sakit hati melihat rupa Baby yang macam setahun tak mandi, demi menjaga 'kulit' baru BabyYy buang jauh2 perasaan sakit hati itu.


U look soooo sexy la Baby, Love u so much!!


Kalau Baby sakit, Darling pun mesti sakit. Tu la tu kan, serasi bersama. Uweeeek. Tapi sakit Darling tidak la sesakit Baby. Darling hanya bertukar dua 'kaki' depan ke belakang, dan dua 'kaki' belakang ke depan. Sudah haus tapaknya daaaa. Heheehee


Darling, U look hot!!!

Disebalik kesibukan Encik Mechanic 'berkasih sayang' dengan Baby n Darling...


Kami tiga beradik, menguap tak ingat melayan mata. Dengan kaki lenguh berdiri. Bengkel takde kerusi untuk customer duduk. Ngeh! Nak Yy tanya bebanyak, kang kena marah free pulak. Ahahahaaa


Yy paling kesian dan sangat terharu dengan Bapak. Walau Bapak sakit, Bapak nak juga teman Yy ke bengkel. Dek kerana Bapak kenal dengan Encik Apek tuan bengkel ni dan boleh kasi murah, kena la bawa Bapak sekali. Ayat Bapak sangat manis. Yy dah pun belajar dengan Bapak cara berayat manis dengan Encik Mechanic. Lain kali tak payah bawa BapakYy boleh pergi sendiri jerk. Nasib baik Encik Mechanic ada perikemanusian, kasi kerusi kat Bapak. Tapi tak beri kerusi pada yang sihat, tak perihatin gamaknya. Hehheee


Kasi balancing..


Dan alignment..

Alhamdulillah, perkara2 besar dah selesai semuanya. Cuma tinggal hal yang kecik2 je. Sudah2 kerja!

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs