Sebenarnya, aku nak cerita sikit disebalik kesibukan aku dan sanak saudara aku masa kenduri kat kampung hari Sabtu yang lepas. Bukan ada apa pun. Dalam kesibukan orang lain dok hidang makanan, memandangkn orang2 surau dah nak sampai, aku tak tahu plak macam mana aku boleh menjadi BABY SITTER malam tu. Hahaaa, korang jangan ingat aku mengelak tau. Langsung takde niat aku untuk mengelakkan diri dari buat kerja. Ok la baby yang aku maksudkan adalah DANISHA, anak Bik Mie, yang juga merupakan saudara aku. Lama betul aku tak balik kampung, da ramai rupanya saudara baru aku. Yang best, semuanya masih kecil. Harharhar... Terasa ketuaan aku ni tau. Walaupun kami bersaudara.
Wajah2 DANISHA yang tak biasa dengan camera.. Heheee nak soh dia jadi model la... Hahaaa
Percaya atau tak, bila nampak je flash, dia pandang camera. Ready2 konon aku nak snap pic dia... Ceh mula la perasan budak ni. Sehinggakan aku dan adik aku Ezzy geram sangat dengan dia. Dan Ej yang memang suka budak2. Huh.. Tapi kan dia comel sangat2 aku geram...
Nak tau tak, aku ni berapa suka nak melayan budak2. Tapi DANISHA berjaya mencuit hati aku untuk terus layan dia. Lagi2 dia da mula menunjukkan reaksi. Reaksi untuk suka bergambar, macam aku. Suatu hari nanti dia pasti akan giler camera macam aku. Harharhar. Huh comel sangat2 la budak ni...
Sekian lama menanti, akhirnya DANISHA mula tersenyum. Aduh... Sungguh comel budak ni tau. Aku sayang kamu sayang. Geram..
Wajah2 malas DANISHA. Alahai, ada pulak bersuara "kawin cepat2, cepat dapat anak". Ish, takde kena mengena langsung dalam cerita ini tau.
DANISHA... Hm bijak budak ni tau... Kesian aku tengok dia golek2, aku letakkan dia dalam kerusi roda ni. Tengah orang berdoa kat depan, dia leh tekan lak button yang ada. Tau2 muzik Do Re Mi kuar. Alamak, mana la aku tau ada bunyi. Aduh2. Gara2 DANISHA aku kena jeling. Jeling2 manja dari ahli keluarga aku yang penuh bermakna tau. Aku mampu tersengih macam kerang busuk. Takpe kerana aku sayangkan DANISHA, aku rela kena marah tau... Heheheee
DAAAAAAA