♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Monday, December 25, 2017

Love & Life - Boracay, Philippine

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Hari pertama aku di Boracay, Philippine.

0430am aku dah bangun dari lena. Mau taknya ayam berkokok bertubi-tubi dari jam 0200am. Hahaha dan lagi satu, aku ni manusia yang susah nak tidur dengan lenanya bila beralih bantal atau tempat tidur. Jadi, untuk hari pertama ini, aku tidur-tidur ayam, sama seperti kokokan ayam di sini. Tapi yang sebenarnya, aku dah puas tidur dalam flight, dalam bas ahhahaha.

Memandangkan cuaca kat sini cerahnya lebih awal dari Malaysia, makanya aku decide nak tengok sunrise. Jam 0530am aku dah turun ke beach. Oh ya, resort aku duduk ni dekat dengan beach. Mana aku stay? Nantilah dah habis cerita baru aku up resort mana eh.

0600am Sunrise on the sea horizon 

Selesai selfie, selesai ambil gambar pemandangan sambil melihat keadaan yang semakin cerah, marilah cari sarapan untuk breakfast. Aku stay sini sekali dengan breakfast, tapi pilih untuk jalan keluar untuk lebih memahami dan membiasakan diri untuk empat hari berikutnya. Cewah

0621am - Julie's Bakeshop

Kedai bakery ni tak jauh dari D'Mall Boracay. D'Mall adalah kawasan perniaga untuk jual barang-barang. Lebih kurang macam shopping area juga lah. Korang yang nak beli souvenir tu boleh lah datang kawasan ni. Area sini boleh dikatakan mahal juga. Sebab harga tetap dan tak boleh nak nego-nego harga. Selesai borong roti-roti marilah pulang ke sarang dan bersiap sedia untuk aktiviti yang seterusnya. I tak sabar hahahaa.

Life is GOOD!!!

0930am aku dah bertolak ke White Beach menaiki tuttutt (public transport). Untuk hari ini, aku plan nak explore Ariel's Point. Ada dua pilihan pada uolls yang nak join activiti di Ariels Point, samada korang beli secara online atau terus walk in ke White Beach ada kaunter pendaftaran di Ariel's House Bar & Restaurant dekat Boracay Beach Club. Macam aku, aku terus beli dekat kaunter disini, dengan harga Php.25000 seorang. Harga ini termasuk boat cruise, BBQ lunch, unlimited beverages, cliff diving, kayaking, snorkeling dan juga gelang yang aku pakai macam gambar kat atas tu. Waktu register antara sebelum jam 1000am -1115am. Aktiviti bermula dari jam 1200pm hingga 1700pm akan pulang semula ke White Beach. Kiranya, seharian jugalah aktiviti di  Ariel's Point tu. 

Ariel's House Bar & Restaurant, White Beach 

Bangus Fish with Rice - recommended 

Sementara menungggu boat untuk ke Ariel's Point, sempat jugalah aku layan pemandangan yang indah, cuci mata sana sini. Sambil berangan-angan, sesambil menikmati sarapan pagi, Pineapple juice and Pancake maple syrup serta buah-buahan di tepi pantai ni. Wah bukan main mengancam menu breakfast ye kan. Well do, its a holiday, so lets enjoy the moment. Cuaca memang sangat-sangat panas. Siapa yang kulit sensetif tu, dinasihatkan pakailah sunblock 100++spf dan ke atas. Kalau tidak, ready lah muka korang rentung hangit terbakar. Hahahahah

1124am Yeay!!!! Boat da sampai 

Sebelum bertolak ke destinasi, tour guide akan memberikan beberapa penerangan sepanjang berada di  Ariel's Point.. Perjalanan mengambil masa 30-45minit untuk ke  Ariel's Point. Jadi enjoylah permandangan atas laut biru ni. Tapi, boat dia bukan spead boat eh. Sepanjang aku kat sini, semua boat transfer dia sejenis old school sikit, jadi nak kata kau akan beralun kepeningan melawan ombak tu memang takde. Tapi kalau kau seorang manusia yang mabuk laut tu, memang takleh nak buat apalah ye. Tapi kalau kau datang dari keturunan kaya-raya, boleh la ambil private boat. Harga private boat aku tak tahu la pulak. Sorry ya, takde info pasal tu sebab aku memang tak plan nak ambil private boat. Oh ya! For the first time sepanjang aku travel, kali ini aku mabuk laut. Mungkin laut ini terlalu tenang nampaknya sampai aku rasa nak tidur. Hahhahaa

1207pm - Selfie on the boat

1230pm Here I am ahaaaaa aku exited giler giler gileerrrrrr. Memandangkan ianya activity air dan aku pun tak ready dengan swimming wear, makanya aku relax-chillex  pergi tukar baju. Kawan-kawan satu boat dah terjun buat cliff dive. Aku? Aku sibukkan diri selfie dulu, sebab nak tunggu turn untuk cliff dive tu panjang beraturnya. Aku fikir, buat apa nak berebut. Masa kat sini panjang sampai petang, jadi elex r brother hahahah

Ready cliff dive 5meter

Cliff dive ada 3 level, 5meter, 8meter dan 15meter. Mana yang nak melawan fear diri boleh cuba kesemuanya. Disini, dinasihatkan untuk tidak tolak menolak, tunggu arahan tour guide yang ready dibawah baru boleh jump. Bila dah ready dah tenang, teruskan lah terjunan. Aku seorang yang gayat ni, amik masa gak lah nak terjun. Siap berselawat bagai! Wei kecut perut gak aku melompat kebawah okey! Sampai terpusing arah aku lompat. Orang lain lompat pandang kedepan, aku pi pusing belakang. Pasai apa, aku pun tak tau hahahaha. Pendapat peribadi aku, uolls kena try semua level, kalau tidak uolls akan rasa menyesal/ralat dan sebagainya. Tapi, jangan paksa diri kalau tak mampu nak buat tau.

I belanja view Ariel's Point

BBQ Lunch 

1300pm waktu makan tengahari. Makanan dah termasuk dalam package. Hati-hati ketika uolls makan ye. Sebab ada tersedia makanan tidak halal. Jadi, bertanyalah pada guide yang ada. Kalau tak yakin tak payah makan ye. Boleh je uolls bawa jajan atau makanan uolls sendiri sebelum kemari. Persediaan awal masing-masing, ikut selera masing-masing juga tau.

Kayaking

1400pm selesai lunch aktiviti diteruskan dengan berkayak dipanas yang terik. Dah semakin gelap rupa aku ni ha. Kerana experience, aku redahi jua panas terik ni. Takde limit waktu yang ditetapkan untuk sebarang activiti disini  Ariel's Point. Jadinya, uolls boleh lah ulang-ulang segala aktivit yang ada. Selesai kayaking, aku enjoy snorkelling. Tapi tak luas sangat lah kawasan snorkelling tu. Pendapat peribadi aku, snorkelling kat sini so and so aje. Mungkin sebab aku dah penat back to back cliff dive tadi kot. Kikikiii 

Ariel's Point - Good Bye

1630pm seharian disini, tiba masa untuk pulang. Satu pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Jauh dari kebisingan bandar, kedamaian yang sukar untuk aku gambarkan. Aku bawa pulang memori yang sangat bermakna dalam hidup aku. Aku rasa tenang, aku rasa bebas tanpa fikirkan masalah yang melanda. Aku betul-betul maanfaatkan percutian kali ini. Hahhaha, nampak syahdu giler ayat aku bila berlalunya boat meninggalkan perkarangan  Ariel's Point. Aku pasti aku akan datang semula. Siapa nak ikut? Mohon private message aku eh. Hahhahaa

This is my happy place

1700pm aku selamat sampai di White Beach. Hari semakin gelap, walau waktunya masih awal. Jadi, aku pun chillax, enjoy moment tepi pantai yang sangat la bersih ni. Sambil berjalan-jalan dipersisiran pantai ni, aku nampak block "Boracay Island" yang diperbuat dengan pasir. Konon-konon aku nak selfie la dekat block tu, tapi kena bayar la pulak. Jadi aku lupakan hasrat itu, dan aku hanya simpan koleksi dalam video aku. Tak payah la aku up video tu erk. Sorry ya, koleksi peribadi hahahahha

D'Talipapa seafood

1730pm jalan punya jalan perut pun terasalah lapar, dan aku pun pusing lah kawasan White Beach di Station 2. White beach ni ada tiga station, dan setiap station tu memang jauh la ye. Sanggup tak sanggup je nak jalan dari satu station ke satu station. Kat sini, korang boleh beli seafood fresh dan bawa ke restaurant untuk dimasak. Kiranya korang tinggal bayar upah memasak sahaja. Tapi boleh juga korang order dari kedai, tapi ikut harga kedai lah. Macam aku sengaja pilih barang mentah (seafood) aku sendiri dan bawa ke kedai untuk dimasak. Memandangkan aku ni suka makan udang, jadi aku balun udang dan lobster wakakaka. 

I belanja you sunset ye 

Prawns Garlic Butter, Prawns Grill, Sweet Chili Lobster

1kg (kurang lebih 30ekor) udang berharga Php.1500, dan 2ekor lobster Php.1500, dan upah masak Php.600, berserta nasi putih dan air pepsi makan untuk 2 orang. Berbaloi tak? Aku kira berbaloi, sebab aku pilih sendiri gemok tak gemok udang tu. Giler fresh seafood sini, padat isinya weiiii. Lobster pun macam tu isinya sangatlah manis. Aku tabik spring seafood padat sebegini hahahaha

Sudah kenyang? Marilah pulang. Aktiviti hari ini sangatlah memenatkan dan bertambah koleksi memori aku. Akan aku pastikan aku datang semula hahahah. Oleh kerana dah penat, resort yang dekat pun nampak jauh. Jadinya sepakat untuk sewa motor yang berharga Php.50 sekepala. Padahal dekat je boleh jalan kaki tau. Malam takde aktiviti tau. I tidur sampai esok pagi .

Bye!

Xoxo

Monday, December 18, 2017

An Ocean Jewel, Close & Affordable - Boracay, Philippine

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera

Rewards after rewards. Alhamdulillah mencurah-curah rezeki tahun ini. Syukur pada Allah yang masih memberi ruang dan peluang untuk terus meneroki "dunia"ini. Dan, aku takkan berhenti meneroka selagi aku punya daya. Yeay! Girl power!!!

Boleh dikatakan trip ini trip gila, sebabnya planning last minute sangat-sangat. Mulanya nak ke Lombok, Indonesia tapi disebabkan Gunung Agung meletus, dan besar kemungkinan flight akan cancel, makanya aku pun tukar ke destinasi lain lebih awal untuk mengelakkan sebarang kerugian ke tempat yang lebih manja hahhaaha. Lagipun, takdelah rugi mana, sebab aku dapat refund ticket ke Lombok tu. Thank you Air Asia at least dapat juga cover expenses lepas balik trip!!! EnCik Bawang sekalian, korang tengok tajuk pun dah tau kat mana. Giler tak manja!!! Boracay okeeeey.

While waiting

Boleh dikatakan juga trip ini super surprise untuk aku, sebab aku tak involve dalam sebarang itinerary. Konon-konon aku jadi macam special guest r. Kahkah puiiii, Lagi special bila flight ke Boracay ini selang sehari, maksudnya tiada penerbangan setiap hari ke sini. Jadi, jika uolls plan nak Boracay, lebih baik uolls plan seminggu dan ke atas. Aku yang pergi 5hari ni pun rasa tak cukup, lagi la yang plan datang 3hari, memang akan penat. Tak caya? Korang baca ajelah perjalanan cerita aku ini.

Sampai KLIA2 jam 7.30pagi. Sementara tunggu flight, lepak sarapan pagi dekat Starbuck pekena Caramel Macchiato dan sandwich. Dah siap check in luggage terus masuk boarding jam 1030pagi. 1105am flight take of to Kalibo International Airport. Perjalanan dari KLIA2 ke Kalibo International Airport mengambil masa 3jam25min. Sempat lar nak qada' tidur yang tak lena malam tadi . Arrrrr aku tak sabar.....

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Before landed at Kalibo Airport

1425pm selamat sampai di Kalibo International Airport. Lady Caption landed softly, seeee girl memang power, siap konar baring atas awan tu. Alhamdulillah, walaupun disambut dengan cuaca yang sangat panas, tetap aku bersyukur dan mohon agar perjalanan aku kesini dipermudahkan. Cuaca yang tenang belum tentu tenang sepanjang hari. Memandang ini pertama kali kemari, aku dah siap sedia booking airport transfer ke tempat penginapan, supaya aku yang sejenis manusia kelam kabut ni tak kekabut di tempat orang. Aku sangat suggest kalau uolls yang plan untuk kesini, gunakanlah mana-mana airport transfer service yang ada untuk memudahkan urusan serta perjalanan uolls.

Selfie Island Star Express

Ok, kita cerita pasal airport transfer service. Aku menggunakan khidmat Island Star Express, yang berharga Php1080.00. Service ini merangkumi perjalanan transfer dari airport ke Caticlan Jetty, dari Catilan Jetty ke Cagban Jetty, dari Cagban Jetty ke Hotel, beserta seorang guide yang akan mengiringi korang sampai ke hotel. Mudahkan? Takdelah sampai-sampai uolls nak menggagau cari public transport. Korang boleh ke website Island Star Express.com untuk info lanjut.

1805pm Cagban Jetty, masih siang tapi dah gelap gulita

Perjalanan dari airport mengambil masa 2jam untuk sampai ke Caticlan Jetty. Sempat lagi lar nak tido lagi dalam bas. Aku rasa trip kali ini, memang trip qada' tidur. Asal dapat peluang untuk tidur, memang aku akan tidur, Sampai di Caticlan Jetty, dikenakan bayaran untuk terminal pass dalam Php75.00. Kemudian, dari Catilan Jetty ke Cagban Jetty, melalui jalan laut biru nan hijau mengambil masa dalam 30-45min. Kat sini takyah lah tidur, korang enjoy the view. Subhanallah, mulut ni tak berhenti-henti memuji indahnya alam. Dari Cagban Jetty, nak ke hotel mengambil masal 1jam45min, melalui jalan highway, yang sebenarnya hanya jalan kampung untuk ke Hotel. Aku sangat tergamam, dalam mereka dikelilingi lautan yang indah, kehidupan mereka sangat-sangatlah menyedihkan. Banggalah jadi anak Malaysia, hidup kita terlalu mewah berbanding mereka. Allahuakbar.

Dinner time at resort

Nah, korang bayangkan, travelling nak ke hotel mengambil masa dekat satu hari. Lemau juga aku ni, dari udara ke laut ke darat ke laut. Hilang dah rasa energy badan. Cuba korang bayangkan kalau sampai je tadi tanpa transport service, menggagau jugak lah nak naik public transport. Tapi kalau nak adventure, takde salahnya nak mencuba, cuma penat tersangat-sangat sahajalah. Sampai je hotel, terus checkin dan makan sahaja di hotel. Hati-hati ketika makan di sini, tak semua kau makan itu halal walaupun sejenis seafood atau ayam atau ikan. Rata-rata makanan kat sini tak halal, dan pandai-pandailah cari kedai yang halal.

Okey! Cukup cerita hari ini. Kisah bersambung. Bye!!!


Xoxo

Thursday, November 30, 2017

Thirty Six

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera

Alhamdulillah, bersyukur dikelilingi orang-orang yang positive. Terima kasih diatas doa dan ucapan kalian wahai rakan-rakan. You know who you're. Moga Allah memberikan ganjaran berlipat-lipat ganda atas doa kalian. Di usia yang ke 36 (inside me I still feel younger and sweet 16), tiada apa yang diminta. Hanya mengharapkan diberikan kesihatan yang baik untuk menyempurnakan kehidupan yang sementara ini. Alhamdulillah

Life is Why, Live every Moment

Everyday is learning day

20th September - In advance present dari someone yang closed dengan aku. We always talking and having a coffee together at one day, aku nampak Quran ni dari page kawan Instagram aku, (while break from start talking), aku tunjuk kat dia. Aku rasa dah lama kot aku sharing about this. Sebab Quran ni takde jual kat Malaysia, as far as aku tau hanya ada di Jakarta. Cut the story short, aku diminta untuk self collect parcel ni di Damansara. Aku pun pergi la collect because he is away from town, aku tak terfikir pun barang apa yang perlu aku collect, so aku pun pi la collect  tanpa banyak songeh. But, bila sampai aje di Damansara, kawan dia past Quran ni siap cakap "All the way from Jakarta, Happy reading" taraaaaaa all the way from Jakarta and is a super speechless present untuk aku. Aku rasa nak menjerit je bila aku pegang, but behave and control ayu. Hahahaa. Apa nak cakap???? Thank You!!!!

Swiss-Garden Beach Resort Kuantan

22th September - A short trip vacation dengan BFF aku. Mana yang dah sedia maklum siapa dia, Alhamdulillah. Sesiapa yang tak terima kehadiran dia dalam kehidupan aku pun, Alhamdulillah. Tetapi aku nak uolls tahu, sepanjang aku susah dan senang dari dulu sampai sekarang, dia tak pernah tinggalkan aku keseorangan. Walaupun, ada masa kami berselisihan faham. Dari zaman aku ada boyfriend ke, hidup single ke, tetap la dia kawan baik aku. Waktu dia susah senang sekalipun, aku juga tempat dia meluah perasaan, masalah girlfriend dia arrr, kawan-kawan dia aaarrr. We always exchange story tau. Wei BFF, kalau kau baca ni , Terima kasih tau!!!

Having cake at Le Pont Boulangerie

30th October - Is may Birthday!!! Make a wish make a wish, and blow the candle hahahahha. Aku ingatkan aku tak dapat cake on my birthday. Hahaaahaaa dah terlalu sweet ni, makanan yang manis-manis memang dikurangkan. Cuba jalani kehidupan yang lebih sihat gituuu. Dapat whats-app dari teman baik, kata nak ajak lepak. Aku pun on je sebab takde buat apa-apa, Naaaaah!!! Dibawanya aku makan cake dan aku pun waaaaaarghhh habis diet. Over kan? Cake aje pun, tetapi sangat bermakna bila orang celebrate okkkkk. Hey you, thank you!!!

Redbox Sunway Pyramid

05th November - Nak dijadikan cerita, aku berjalan hujung minggu ke Sunway Pyramid. Sampai sini, aku dok pusing-pusing dalam mall tanpa ada tujuan. Biasanya kalau ke sini mesti aku shopping sakan, tak pun aku pi cari makan. Tapi kali ni, aku diusung kesana kesini oleh kawan aku ni. Balik-balik aku marah gak dia arrr kenapanya asyik pusing-pusing. Tuptup, dibawa ke Redbox, part yang aku peliknya masuk takyah register ehhh, terus masuk ke dalam bilik karaoke. Aku dah fikir sesuatu dah. Taraaaaaaaaaaaa nah!!! SDF punya kerja (nangis dalam hati), Korang, terima kasih tauuuuuuuu sobs sobssss

Coach sling bag

18th November - Ini diluar dugaan la EnCik bawang, dapat pulak sebiji sling bang yang ber-brand. Aku ni bukan branded punya orang, but kalau dah selesa, yang pasar malam punya pun aku sebat. But ya, thank you to myself sebab aku berjaya grab barang branded dalam hidup aku hahahaaa. Aku bangga dengan kau (cakap untuk diri sendiri) lol

iphone7Plus 

23rd November - Aku kira ini penutup untuk birthday aku kot. Dapat lagi reward. Syukurlah, sekarang memang da zaman iPhone8 iPhoneX kan...

Okai, cerita dah habis. Ini bukan post untuk showoff ye. Apapun, aku bersyukur rezeki masih luas, Alhamdulillah. Bye!!!



Xoxo

Thursday, November 23, 2017

Kembali Menari

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera

Dah lama rasanya jari jemari aku ni berhenti menari di keyboard. Terasa gatal jari jemari untuk berdansa dengan rancaknya. Terasa enjoy bila dapat mengikut rentak bunyi-bunyian keyboard ni. Nah mula sudah aku bermadah.

Mana nak mula?

Dua tahun mengilang dari dunia blogging. Aku rasa macam dah karat otak ini dengan idea. Ada yang tertanya kot, mana aku pergi selama dua tahun ni? Itupun kalau ada yang tertanya macamkan glamour sangat aku ni, tapi baguskan syok sendiri, sebab aku tak kacau orang - ini aku membebel dalam hati tau, aku tulis juga hahahaa

Aku kemana ehhhh... Akuuuu akuuuu akuuuuuu bawa diri laaaaaaar takkan tak faham-faham lagi. Tak kan aku nak kena cerita details. Hahahaaaa eh takdela EnCik bawang sekalian, aku ada je lagi kat Malaysia tanah airku ini. Masih berbakti ditempat kerja yang sama, dengan orang sekeliling yang sama. Juga ada datang pergi kawan baru dalam kehidupan. Alah itu biasa lah, lumrah kehidupan, ada yang datang ada yang pergi. Aku doa yang baik-baik untuk mereka. Selain itu, aku pun menyibukkan diri aku dengan pelbagai aktiviti kerohanian serta aktiviti lasak yang belum pernah aku terfikir nak buat masa muda-muda. Orang putih kata....

It's never too late in life to have genuine adventure. 

Well yaaaaah!! Aku akan cerita satu persatu cerita aku, pengalaman aku, yang mungkin sudah basi. Orang lain dah kebulan, aku masih atas bumi. Yaaaaaa aku masih berpijak dibumi yang nyata. Insyaallah, selagi akal aku masih berfikiran waras, aku jaga sebaik mungkin. Aminnn

So!!! That's it pembuka cerita. Aku scroll dulu draft-draft (kalau ada) yang lepas untuk aku jadi bahan cerita aku ya.

Image result for stay tuned

Stay tuned for something awesome!!!! 
Xoxo


Saturday, November 18, 2017

I'll be back soon

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera...

Image result for i will be back soon
Bye! XOXO

Sunday, August 13, 2017

BAMZ: Is time for Vit-Sea, Krabi, Thailand

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera

Entry ini panjang berjela... Baca sampai habis

Kenapa pilih Krabi? Majority dari weolls mahukan Krabi. Aku, hanya follow majority. Lagipun, ini juga pilihan Boss selepas weolls balik dari Bali tahun lepas. Pi godek entry-entry yang lepas ye kalau nak tau cerita Bali. I is malas nak tepek banyak-banyak kali. Buat kerja lebih sikik EnCik bawang kalau nak tau cerita terkini I hahaha.

27/7/2017
Selepas settle some paper work, masing-masing dah bersiap nak meronggeng. Jam 1petang waktu Malaysia dah bertolak ke KLIA2, untuk flight jam 4petang. Kali ini chillax je, sebab takde yang mengandung. Tetapi family BAMZ bertambah. Kalau tahun lepas 4orang aje. Tahun ni family dah growing up jadi 6orang. Syabas! Oleh kerana family dah besar, aku dengan rela diri surrender tak mahu masuk campur pasal accommodation. Biar adik-adik yang buat. I is follow, what they choose and agree with any plan. Gituuuuuu. Macam biasa, kalau company trip, memang we olls pakai khidmat Kimi untuk hantar we olls. Jadinya, tak perlu risau-risau. Ngeee

Wefie depan pintu KLIA2 

Masing-masing lapar, jadi kita singgah makan Subway dulu sebagai alas perut. Sebabnya, sampai sana pun dah malam. Jadi kita isi perut ala kadar. Biasalah tu kalau pi holiday, tidur tak lena, makan tak selera, exited kata ko. Tapi bila flight dah take off tidur juga ye kan....

*********************************** Here we go, Krabi Thailand ***********************************

Sampai je Krabi dah jam 7pm++, jadi kita naik shuttle bus je. Senang dan mudah. Perjalanan ke hotel mengambil masa dalam 1jam ++ juga. Sebab kami tinggal dihujung area yang dekat dengan beach, makanya dalam bas tu boleh lah tidur pada yang nak tidur ngeeeee. Tapi tidur ke???? Memang tidak lah kan. Exited extra hahhahaa

The Palace Aonang Resort

Sampai sahaja resort, aku mula tergamam. Aku pandang Boss, Boss pandang aku dengan unhappy face, but aku cuba kawal keadaan dengan baiknya (eh jangan cakap aku kipas susah mati eh....). Tapi itulah, nama sahaja resort, but is more like hotel budget sahaja. Tapi pada aku hotel budget ke motel ke, as long aku boleh tidur, mandi dan rest as much as I can sudah memadai. Yang penting depan resort ada massage centre bersepah hahahha. Yaaaa, travelling is all about experience. Tak cuba tak kan dapat pengalaman kan. Therefore, don't stop exploring, the world is waiting for you. Eceeeh. Check-in settle, kasi refresh 1jam pergi cari makan, dan plan activity untuk keesokannya. Yeeeeeeha

Bangboo Halal Seafood

Jalan punya jalan, jumpa lah kedai makan yang berdekatan dengan masjid. Sambil-sambil jalan tu, singgah la booth collect pamphlet, yang boleh dibawa berbincamg di meja makan.  Weolls dah husha kedai makan ni dari dalam bas tadi. Kiranya dari resort, mengambil masa kurang lebih 30minit lah kalau jalan lenggang, jalan laju 20min sampai. Jauh eh? Kalau malas leh naik tuttut macam teksi lah, kat sini panggil tuttut . Relax laaaar nama pun explore jalan kaki sudah.

The Food : Bangboo Halal Seafood

Fuhhhh sedap giler makanan kat sini. Recommended sangat. Lagi-lagi ikan siakap masak lemon tu perghhhhh. Aku dok menaip ni terkecur-liur dibuatnya. Tak menyesal jalan jauh-jauh hahahah. Selesai makan, weolls ada buat game sikit lar, so siapa menang dapat reward. Make some fun, dan yang paling penting table weolls yang paling riuh.

Settle makan, walk back to resort, tidur dan tunggu hari esok. Yeay!

------------------------------------------  The End ----------------------------------------- 

28/07/2017Write the caption... In love with mother nature
Get ready for breakfast !!! Untuk hari yang pertama ni, weolls pilih untuk island hopping and snorkeling. Semalam dah jalan-jalan dah collect pamphlet bagaikan, so weolls decided amik package dari Ao Nang Winner Travel. So we're ready for today woot woot

#kaklongtravel

Ao Nang Winner Travel

Masing-masing muka excited. Meet up point at Nopparat Thara Beach, Tub Island, Chicken Island, Poda Island, and last Phranang Cave Beach, we going to explore four island. Nasib baik semuanya kental dan tak mabuk laut.


Tub Island - Kat sini korang leh mandi manda. Waktu aku pergi, air tengah naik dan tak boleh nak ke seberang pulau yang dekat dan boleh ke seberang jalan je. Oleh itu, kitorang layan ombak laut dengan hati-hati.


Chicken Island - Sebuah pulau yang bila korang sampai je, ada structure batu dan pulau itu sendiri seperti ayam belanda. Mungkin sebab itu dipanggil Chicken Island. Kat sini, tak boleh buat, hanya untuk selfie je. Tak jauh dari sini, baru port untuk snorkeling. Nasib baik takde yang lemas, sebab panic dengan air. Macam biasa, snorkelling untuk 45min.


Poda Island - Waktu lunch, dan kat sini boleh mandi. Lunch weolls dah termasuk sekali dengan package. Jadi jimat, memandangkan masing-masing dah penat dengan snorkelling tadi, kat sini lebih santai sikit, dan lebih kepada banyak selfie. Dunia gadget, semuanya nak simpan sebagai memori.


Phranang Cave, Railay Beach - Di pintu masuk gua dikatakan tempat para nelayan meninggalkan offering untuk mereka memancing, supaya perjalanan selamat. Disini juga terdapat kaki-kaki rock climbing, yang gigih memanjat batu-batu. Syok pulak aku tengok. Dan tak jauh dari sini, dikatakan tempat untuk meningkat kesuburan para pasangan yang sudah berkahwin. Itu kepercayaan disini ye. Terpulang pada diri uolls nak follow atau tidak. Pun boleh juga kalau nak mandi manda disini. Air agak deras rrrr.

Dah seharian di laut, kulit pun dah legam Kikiiii, jadi marilah balik ke resort berehat dan get ready untuk makan malam.

 The Food: La Casa 

Kali ni, kita berjalan di area beach. Sambil-sambil kita husha barang untuk dijadikan souvenir, sambil husha barbie doll yang bersepah depan Mcd kat sini, sambil tu juga lah kita husha kedai makan. Mabuk laut tadi tak habis lagi, rasanya nak pulak makan malam beranginkan angin laut. Eceh.... Makanya we pilih lah La Casa Restaurant. Restaurant ni, lebih kepada Italian food, tapi weolls ni tekak kampung nak makan la seafood. Tapi rasa makanan kat sini hampeh oh, mungkin bukan signature diorang. Tapi syukurlah ada makanan untuk dimakan malam ini. Macam biasa, ada game lagi malam ni. dan seperti semalam ada rewards menanti creativity masing-masing uhuuu

Family Massage 

Dah penat snorkeling dan rescue orang tadi kan? Marilah kita longgarkan urat-urat yang mengejang. Kat sini bersepah massage centre, tak perlu nak pening-pening, masuk je sure kena layan hihiii.

Sudah sedap badan? Pulanglah ke resort dan tidur haha

------------------------------------------  The End ----------------------------------------- 

29/07/2017 - Exploring ... I'm in love with mother nature 
Bangun pagi gosok gigi cuci muka dan mandiiiiiiiiiiii. Aktiviti di terukan masih lagi dengan taravel agensi yang sama, Ao Nang Winner Travel. 

Wefie sementara tunggu transport


Perjalanan dari resort ke sini, mengambil masa kurang lebih 1jam. Sempat lagi la kalau nak tidur dalam van. Dan perjalanan dari tempat letak kereta nak ke Hot Stream, pun kurang lebih 30min. Ikut pada kepantasan uolls berjalan. Aku cuma takat rendam kaki aje kat sini, sebab nak berendam, semua area penuh. Tapi, aku ambil kesempatan berurut dalam hutan ni. Ada massage juga kat sini tau.

Lepas sahaja Hot Stream, masih lagi dikawasan yang sama, berjalan ke Emerald Pool melalui Sra Merakot. Kat sini lah bila kau berjalan tu kau dikelilingi dengan air warna hijau, tak pasti kalau air tu semulajadi atau pun buatan manusia. Kiranya berjalan kesini macam kau buat jungle trekking, trek yang disediakan oleh pihak management gak la.

Sampai Emerald Pool, nah penuh umat berendam dalam tu, aku macam biasa amik gambar semua orang je. Hahahaha. Adik-adik aku semangat la nak berendam, aku rasa malas nak berendam, peluh jantan pun menitik hebat masuk ke hutan ni. Lol. Sebelum ketempat yang seterusnya, lunch dah termasuk dalam package. So makan duluuuuuuuuuu

Selesai disini, naik van untuk ke destinasi yang seterusnya, Safari Elephant. Dan kali ini, kita masuk kawasan kelapa sawit yang menempatkan beberapa ekor gajah yang uolls boleh tunggangi. Seekor gajah boleh naik dua orang. Jadi bolehlah share bersama-sama. Selesai je pusing-pusing, uolls akan dijamu dengan nenas yang manis. Sungguh aku tak pernah rasa nenas semanis disini sepanjang kehidupan aku.

Selesai! Mari pulang untuk makan malam.


Sebelum makan, kita ambil angin petang di pantai Ao nang. Konon2nya nak tengok sunset, tapi cuaca agak mendung, makanya bantai bergambar ajelah. Oh ya, kalau scroll kat atas tu aku ada cakap pasal barbie doll kan? Sedikit berhati-hati dengan mereka, sebab kalau uolls nak bergambar dengan diorang boleh, tapi kalau diorang dah pegang handphone tu, diorang akan tengok berapa banyak gambar yang diambil dan berapa orang barbie doll terlibat dan dikenakan bayaran. Bukan sesaja ajak selfie ok. Sebab mulanya nak bergambar bersama, tapi bila setiap yang bergambar dengan diorang kena token, errrr ok lupakan. Hahhahaa

Bangboo Halal Seafood

Sebulat suara masing-masing nak makan kat sini, jadi seraaaaaaaaaaaaaang. Selesai makan selesai game, kami terus ambil tuttut untuk ke Krabi Night Market. Agak jauh dari tempat kami, dan rasanya dah lewat waktu kami sampai. Jadi kat sana masing-masing shopping!!!


Selesai disana, mari pulang. Macam biasa sebelum balik, aku pun pergi berurut. Settle, balik tidur dan bersedia untuk pulang ke Malaysia esoknya.

------------------------------------------  The End ----------------------------------------- 

30/07/2017 
Snorkelling sudah, shopping sudah, collect memoeri pun sudah, tiba masa untuk pulang. Waaaaaaaa sedih pulak ye kan.

We're Bamz Angels. Sawadikaaap 

Sekian sahaja cerita Krabi. Kita jumpa lagi di cerita travel yang akan datang.

Xoxo

Tuesday, April 25, 2017

Love is HERE

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera,


Xoxo

♥ Aurora Follow3rs