Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Hello there!!! Sihat?
Journey Gunung Batu Putih, Tapah Perak 31/April/2014-03/May/2014
Tak payah nak intro sesedap ayat, tengok tajuk dah tahu cerita apa aku nak mengomel kan kan. Apa lagi cerita yang aku boleh up dekat sini kalau bukan cerita aku dan hobi baru. Kali ni aku sempat menjelajah satu gunung yang dikatakan sangat mencabar. Review yang aku dapat beberapa bulan sebelum aku jelajah hutan la kan.
Sebagai pendatang yang baru aje menceburi bidang jelajah hutan ni (amboi ayat macam makan gula terlebih), aku akui aku tidak mahir dan belum pun fasih tentang beberapa perkara. Samada dari apa yang perlu aku pakai, apa yang aku bawa, apa yang perlu aku sediakan, dan tahap kecerdasan aku ketika berada dalam hutan yang sememangnya jauh sekali dari kesibukan kota. Pun begitu, apa yang aku kurang arif, kurang fasih aku cuba perbaiki dari satu bab ke satu bab. Setiap kali berpeluang untuk masuk ke dalam hutan, aku cuba jadi diri aku. Aku cuba releasekan apa sahaja yang berkecamuk dalam diri aku. Aku cuba kenal alam, mesra alam. Kalau dahulunya, aku mulai masuk hutan dengan berlengang dan membawa barang yang benar-benar untuk keperluan yang agak ringan, tapi kali ini aku mencabar diri dengan membawa barang yang jauh lebih berat dari sebelumnya. Bila lagi nak rasa kalau bukan rasa waktu sekarang ye kan?? Apapun aku memang sanggup untuk rasa apa yang tak pernah aku rasa. Cabar diri yang mungkin orang kata lemah.
Orang panggil aku gadis kasar. Cop cop cop aku bukan kasar sebaliknya, aku cuba menjadi perempuan yang mampu buat apa sahaja. Bukan untuk tandingi lelaki, tetapi lebih kepada cabar diri dan tahu sampai mana tahap kebolehan aku untuk harungi perkara yang orang selalu kata perempuan tak mampu nak buat. Aku percaya jika diberi peluang dan ruang, perempuan mampu untuk meredahi semua itu. Dan aku juga perempuannya yang suka DIY (do it yourself). Jarang sekali aku mahu minta atau cari atau suruh dan atau atau yang lain untuk buat sesuatu benda. Kalau memang tidak mampu, barulah aku cari pembantu. Itupun fikir dua tiga kali perlu atau tidak perlu.
Balik kepada jelajah hutan aku kali ini. Ada yang positive ada yang negative. Itu perkara biasa yang masih boleh diperbaiki sana dan sini. Seperti aku juga, aku bukannya perfect. Cuba selagi mampu, berserah bila hilang daya. Tagline yang aku cipta sendiri untuk memotivasikan diri. Tiada yang mampu mengubah diri melainkan diri sendiri.
Argh! Kata-kata emo pulak. Nah... Kau baca dalam keadaan yang emo, bunyinya emo. Kalau kau baca dalam keadaan yang tenang dan positive, maka tenanglah jadi.
Marilah lihat gambar yang aku tepek disini. Itinerary? Selingan gambar ajelah boleh?? Eheee
Nak duduk dalam hutan/gunung bekalan yang nak dibawa pun kenalah berpada-pada dan tidak susah untuk dimasak/dimakan/dibawa. Yang penting, bekalan cukup dan tak kebulur kat dalam tu. Kali ni, aku ambil jalan mudah. Bila mana aku bawa makanan yang hanya perlu dipanaskan dan dimasak dalam masa kurang lebih 10minit. Kalau ditanya pengalaman aku secara peribadinya, aku jarang untuk makan terlebih-lebih sewaktu hiking, walau hakikatnya memang kena makan. Dan lagi, bila dah berjam-jam berjalan, memang tak terasa lapar, yang ada adalah kepenatan yang tak terkata. Tapi dalam penat, kepuasan itu ada. Makanya, aku akan sediakan bekalan air yang mencukupi sepanjang kurang lebih 8-12jam meredahi hutan. Selang seli segala makanan/kudap-kudap yang mampu untuk membekalkan tenaga/nutrisi dalam badan. Aku memang elak makan yang berat-berat. Asalkan perut berlapik. Pada aku makanan yang berat buat aku lemah dan malas untuk berjalan. Penjuru otak dan kawalan badan tidak serasi gitu. Korang faham ke apa aku cakap ni??? Faham kan???
Bersedia untuk mengharungi perjalanan yang memang menguji kekentalan aku. Bukan main-main beb, dekat 50kg aku pikul ni. Sigh!!!
Muka dah ready aka mengenang keadaan yang bakal aku harung. Oh well confident kena ada. Politik dengan diri sendiri. Hahahah aku rasa kelakar aje aku bercakap dengan barang-barang ni sebelum aku pergi. I'm getting mad!!! Choi!
Jangan buang masa. Bergerak la kita ke tempat yang nak dituju. V-Trek is coming to you Gunung Batu Puteh. Wink!!!!
Warning: Enty kali ni, panjang sikit. Jangan boring ngeeee
HARI PERTAMA: 31/APRIL/2014
Dah sampai kurang lebih 10malam. Kenderaan yang mengangkut kami orang masuk ke kawasan. Naik lori kau!
Majority blog-blog yang aku Google mesti ada gambar ni. Aku pun nak juga lah kan. Oke memang gelap gulita kat sini. Kalau takde head lamp, memang la kau main raba-raba. Ingat, gelap ke cerah ke head lamp mesti dibawa oke. Tak kirala walaupun day pack hiking, mesti bawa. Kau tak tahu bila cuaca akan berubah, walaupun ramalan cuaca kata tak hujan. Hujan sure keadaan gelapkan, ada gak hujan panas masih terang. Tapi kena bawa jugalah, mana tau kau tersadai kat dalam tu. Apa nak buat dalam gelap-gelap tanpa head lamp atau adik beradik dengannya??? Sendiri fikir. Highlight barang yang penting. Oke? Faham??? Bagus. HIhiii
VTrek bags. Ada enam kesemuanya. Kalau ikutkan ramai, tapi entah la kenapa last minit tak dapat nak join. Barangkali ada hal yang lebih penting. Oke next!
Sebelum mula buat apa-apa, kita set tempat tidur dulu. Nasib la ada ruang untuk tidur ni. Kalau tak beratapkan langit dan berlampukan bintang dan bulan la. Oh syok juga kalau kalau dapat merasa keadaan itu kan. Menikmati keindahan waktu malam. Vaaaah syoknya. Sebelum badan bersarung dalam sleeping bag, kita alaskan lantai ini dengan paper canvas ni. Aku tak tahu diorang panggil apa, tapi aku panggil ikut pahaman dan pengertian aku saja. Supaya, tidak la badan kena gigit semut ke, dan adik beradik dengannya. Oke next!!!
Mari sediakan bekalan untuk hari esok. Nak masuk hutan, makan jangan demand. Nasi goreng sudah. Penyediakan dari kitchen yang pertama. Scroll balik kat belah atas tadi kan aku ada tepek gambar bekalan aku kan, yang itu semuanya vegetarian. Bahagian aku, tak pelu nak buat apa-apa, cuma nak makan panaskan itu aje. Mudahkan. Jadi, dikategorikan kitchen yang kedua, yakni veg only. Oh ya, aku memang ubah sikit cara makanan aku. Aku lebih kepada vegetarian food. Tapi ada masa juga aku makan non-veg food. Belajar makan makanan yang berkhasiat untuk hidup leboh sihat. Insya Allah.
Tutup cerita hari pertama ini. Mari tidur untuk mengharungi hari yang kedua. Krohkroh lawan dengkur. Man's only hahahaa.
HARI KEDUA : 01/MAY/2014
Bangun pagi gosok gigi, cuci muka tapi tak mandi. Itu perkara biasa la, mandi tak mandi. Kejap lagi masuk dalam hutan pun basah lencun dengan peluh pulak. Jadi, jimat air untuk kegunaan akan datang. Amboi
Perkampungan orang asli. Untung benar mereka ni, hari-hari hirup udara yang nyaman lagi segar. Untung untung untung betul.
Dapat pulak main air dengan percumanya hari-hari main nyanyi-nyanyi tepi sungai. Ambooooi
Mari bergambar sebelum briefing. Yup, I'm the only lady in the group. VTrek bersama dengan abang-abang guide. Sorry lupa nama sorang-sorang. Ampun ya. Chill!!!!
Map laluan yang nak diterjah. Yang dilukis sendiri oleh abang guide. Superb! Rasa nak frame aje. Tapi abang guide kata
"Ooooo. Dah tak buat dah." Aisehhhh frust disitu. Aku tengok susur jalan ni, aku telan air liur tak sudah. Boleh ke tak boleh ke. Oiiiiii dah sampai sini kena boleh lah!!!!
Perjalanan bermula dengan melalui kawasan perumahan orang asli. Masuk kawasan orang beri salam ye kan. Pandai-pandai la bawa diri. Jangan over. Yang ni pesan Mama.
Setelah berjalan kurang lebih 1jam, sampai la dikawasan ini. Apa yang perlu dilakukan? Menyeberangi sungai lah. Air nan jernih jangan disangka tidak deras. Sungguh deras air ni. Pesan abang-abang guide,
"Nak menyeberangi sungai, pegang tali dan pandang air, jangan belakangkan air, baru boleh jalan. Tengok depan, jangan tengok bawah, sebab kita tak tahu apa akan datang dari arah air. Fokus juga dengan apa yang kita pijak, tangan pengang tali dengan kuat" Oke baik! Dah set dalam otak ni.
Sebelum nak menyeberangi sungai, ada yang buka kasut, takut kasut basah dan berat ketika berjalan nanti. Ada yang pakai kasut dan hentam keromok je dalam air tu, sebab, nanti-nanti akan basah juga dek peluh menitik. Maka dengan ini, kita jalan dengan kasut ajelah. Abang-abang sedang bertungkus lumus untuk memudahkan laluan. Mekasih.
Lady in action. Okey teknik ni salah. Aku diminta untuk kesebelah kanan dan pandang air macam yang aku tulis kat atas tadi. Sebelum sampai tengah, memang kena pusing secepatnya. Pelajaran kali ni, apa-apa pun yang kita buat, jangan panik. Bila dah panik, memang takkan jalan apa-apa. Memang ada cakap-cakap nasihat yang menasihatkan, in the end, diri sendiri yang akan mengawal gerak geri kau. Yekan?? Ambil yang positive, tolak yang negative. Yes yes!
Muka puas hati dapat lepas sungai dengan gagahnya. Hahahah! Oiii sejuk sejuk jangan cramp oke.
Sangat kurang aku nak bergambar bila masuk dalam hutan. Tapi sesekali berhenti, aku layan pemandangan yang cantik sangat ni.
Kat sini ada cerita. Dimana aku kena merangkak untuk meneruskan perjalanan. Belum pernah lagi sepanjang aku hiking, kena merangkak. Sudah la merangkak, sana sini pokok buluh. Dah namanya pokok buluh, mesti ada duri kan. Berkali-kali juga la aku kena duri tu. Tapi aku gagahkan juga. Yeay!
Kata orang, kita yang merancang Tuhan yang menentukan. Bila mana, salah seorang dari kami mengalami kecederaan dan mengambil keputusan untuk patah balik dan berhenti disetakat itu. Dengan ini, mana yang mahu teruskan, teruskan perjalanan, walaupun sebenarnya keputusan yang diambil itu sepatutnya dilakukan dengan lebih awal. Pun begitu, moga cepat sembuh dan boleh terus hiking.
Mari makan malam. Inilah hasilnya, bekalan masakan yang tak sampai 10minit penyediaan. Yang sangat melayankan adalah cous-cous yang telah dicampur dengan butter. Rasanya macam nasi minyak. Dalam hutan dapat nasi minyak. Mana nak carikan. Hihiiii
Disebabkan kepenatan yang tahap melampau dari biasa, lepas makan terus kebaboooom. Sleep time. Krohhhhkrohhh part yang kedua. Man's only. Hihiiii
HARI KETIGA: 02/MAY/2014
Selamat pagi. Ready untuk perjalanan seterusnya. Last minit call, bila ada perbincangan kecil antara VTrek dan guide. Yakni, perjalanan tidak akan diteruskan. Maka dengan ini patah balik la selepas bermalam semalaman di tengah hutan.
"Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku. Ku lari ke pantai kemudian teriakku. Sepi... Sepi dan sendiri aku benci. Ingin hingar aku mau di pasar. Pecahkan saja gelasnya, biar ramai. Biar mengaduh sampai gaduh. Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih. Kenapa tidak kau goyangkan saja loncengnya. Biar terdera. Atau aku harus lari ke hutan belok ke pantai...?" - Puisi Tentang Seseorang
Jaga cik. Nanti jatuh. Huhuuu
"Kacak luar. Kacak dalam. Kacak dengar sini. Kalau saya senyum. Awak mesti senyum sekali. Kalau kita senyum. Semua orang berjangkit. Bila semua orang senyum. Dunia tiada penyakit. Senyum tak perlu kata apa-apa. Senyum tak perlu kata apa-apa. Senyum tak perlu kata apa-apa." Lirik lagu Senyum.
I'm done. Hurey! Boleh makan nasi lemak, sambal ikan bilis, taufu sweet sour. Oh oh. Asyik.
Reward untuk trip kali ini. Sikit aje kan. Tapi pedih tau!!!
Sementara tunggu lori datang, kita selfie bersama cikgu saya. Happy us!
Okey atas lori pun nak selfie. Abang guide memang sporting. Otai katakan. Terima kasih kerana sanggup tunggu saya yang jalan terkedek kedek ni. Jasamu dikenang. Jangan serik untuk angkut saya lagi.
Semoga kita berjumpa lagi.
Bye!
Monolog: I'm only human