♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Tuesday, March 25, 2014

Breaking News #MH370 Ended in Indian Ocean

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.



Sedih...
Bukan dibahu sendiri
Namun menusuk kedalam sanubari
Bukan juga dikalangan keluarga aku
Bukan juga aku kenali satu persatu

Termanggu...
Apa yang aku tahu
Kehilangan ini membuka mataku
Tentang nikmatnya hidup
Tentang hilangnya nikmat
Tentang ajaibnya "Kunfayakun"

Realiti...
Aku sedar hukum alam
Aku juga sedar hukum kehidupan
Juga sedar bila tak terduga mendatang

Oleh itu...
Sabarlah wahai ayah, ibu, adik, anak, dan saudara ku
Redhailah takdir yang tidak diketahui isi kandungan esok hari
Pasrahlah dengan ketentuan yang telah terjadi
Moga mereka aman sejahtera di lautan yang bergelora

Pun begitu...
Malaysia tanah airku
Malaysia tanah tumpahnya darahku
Malaysia aku bangga jadi anak Malaysia
Kita sudah cuba sedaya upaya
Tahniah

MH370 mungkin tiada duanya
Mungkin tiada yang lainnya

Salam Takziah...

Monolog: ....

Monday, March 24, 2014

Love The Nature: Puncak Gunung Nuang, Hulu Langat 01032014

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

March treatment HOYEEEEYYYYY!!!!

Hiking lagi! Hurey kerja giler dan menjadi kegilaan aku buat masa ni. Mengila bila back to back pergi ke tempat yang sangat tough! Oh yes!!! Siapa yang dah pergi ke Gunung Nuang dan sampai ke Puncak Gunung Nuang, pastinya akan faham apa yang aku maksudkan tadi. Yes! Gunung Nuang bukan calang-calang gunung nak diredah. Stamina dan ready fizikal dan mental. Tak kuat, pasti kau patah balik. Aku tak garenti, tapi kemungkinan terjadi.

Aku kesini lagi, bila tak merasa nak sampai ke Puncak Gunung Nuang minggu yang sebelumnya. Mohon klik entry yang sebelum ini Love The Nature: Evaluation and Training hike @ Kem Pacat-Gunung Nuang, Hulu Langat 22022014Terjahan kali ini, aku mahu sampai ke puncak. You go girls!!!! Yakin boleh rakan mudaaaaaaa rakan mudaaaaa

Terjahan kali ini, bukan sorang-sorang. Tetapi ber-group yang terdiri dari 5 orang. Aku, SK (ketua ekspedisi), Norma, Angel dan Ali. Norma dan Angel staff SK, Ali pulak kawan Norma. Jadi bergabung la kami bersama ke puncak. Nanti hujung-hujung baru aku tepek gambar. Sekarang ni kita cerita dulu. Eheee

Mari baca itinerary yang aku buat mengikut waktu. Kita buat cara lain pulak. Hekhek

INFO - Puncak Gunung Nuang: Elevation 4,898' (1,493m)

5.00pagi - Berkumpul di BHP Cheras. Kalau berjumpa 5pagi, agak2 aku bangun pukul berapa? Dah tentunya 3.30pagi. Aku ni kan terhegeh-hengeh kalau bersiap. 

5.45pagi - Dah selamat sampai di tempat parking kereta di Gunung Nuang. Gelap gulita keadaanya, sejuk-sejuk embun pagi masih terasa. Tak banyak kereta lagi, tapi ada satu bas dari MP Sepang. Barangkali ada aktiviti yang sudah pun berlangsung dari semalam.

6.10pagi -  Bersiap sedia untuk berjalan ke kawasan pergunungan. Oleh kerana cuaca masih gelap dan memang takde lampu kat dalam tu, kena la pakai head lamp untuk memudahkan perjalanan. Takde head lamp, pakai la lampu picit, takde jugak, pakai la lampu minyak tanah. Tak pakai pun takpe kalau deria mata memang tajam boleh melihat dalam gelap. Lepas dah pakai head lamp tu, check keperluan yang perlu dibawa untuk kali yang terakhirnya, final check la kiranya. Mana yang perlu dan tak perlu untuk dibawa supaya tidak membebankan yang boleh menganggu perjalanan. Sedikit briefing dari ketua ekspedisi. Eceh. Dah siap berdoa dan bertawakkal ikut cara masing-masing, mari la melangkah masuk. Bismillah.

6.20pagi - Tak sampai suku perjalanan, ketua ekspedisi patah balik ke kereta, sebab buff tertinggal di atas kereta. Satu sign yang tak baik, bila dah ready nak berjalan dan patah balik. Aku memang tak suka perkara itu berlaku, but set otak dengan perkara-perkara yang positive. Semuanya akan okey. Insyaallah.

Teruskan perjalanan....

7.45pagi - Dah sampai di bawah Kem Lolo. Berehat sebentar ambil nafas. Macam yang aku jangka tadi, mesti ada yang buat aktiviti di hari yang sebelumnya. Dah siap dengan khemah bagai. Syoknya la kan berkhemah. One day aku buat jugak bergini. Tapi tak boleh la nak plan sampai puncak. Siapa pulak nak jaga barang-barang yang ada.


Sempat capture gambar sebelum aku siap sedia berperang dengan keadaan dihadapan. Tempuran fizikal dan mental. Ini daun, bukan bunga. Sungguh unik aku rasakan.

Teruskan perjalanan....

810pagi - Dah selamat sampai di bahagian atas Kem Lolo. Wah, ramai juga yang berkhemah. Sampai diatas sini pun ada khemah lagi. 

Teruskan perjalanan...

9.00pagi -Berhenti rehat untuk sarapan pagi. Kalau ikutkan plan yang telah dirancang, kami akan breakfast dekat Kem Pacat. Disebabkan antara kami seakan layu dan perlukan tenaga untuk terus bergerak, makanya, berhenti disini untuk mengelakkan kejadian yang tidak dikehendaki dihadapan. Berbekalkan burger kacang (vegetarian), sedikit energy drink sudah cukup. Tak mahu la makan nasi lemak, bihun bagai. Susah pulak nak bergerak. Jumpa lagi anjing putih yang pernah aku jumpa sebelum ini, minta diberikan makanan. Tapi maaf la, kami tak mahu manjakan anda. Bukan kejam, tapi tak mahu biasakan. Itu dugaan namanya. Hiks. Oke dah kenyang. Jom gerak.

Teruskan perjalanan...

10.10pagi- Sampai di Kem Pacat. Berhenti seketika untuk beri peluang kepada kawan-kawan yang lain untuk mengambil gambar disalah satu pokok yang unik disitu. Seperti aku, turut teruja bila pertama kali datang sini. Jalan sedikit "jem" untuk terus ke puncak. Makanya, kami mengambil langkah memberi peluang kepada group yang besar melimpasi kami terlebih dahulu.

Teruskan perjalanan... (Setiap kali aku tulis ayat ni, macam GPS aku sedang berbunyi hahaaa)

11.10pagi - PUNCAK PENGASIH yeay! Aku dan Ali berjaya memotong segala barisan yang ada dihadapan. Fuh! Luar biasa stamina aku kali ni noks! Puncak Pengasih ni, merupakan sempadan antara tiga negeri, iaitu Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Say Salam pada Ninda dan Tokda di Selangor, Salam pada makcik yang ada di Pahang, dan Salam pada makcik yang ada di Negeri Sembilan. Dengan ucapan "Saya berada di Puncak Pengasih" Hehheee. Sengalisious!!!!


Ikuti pose poyo sekejap. Time ni, memang la berpeluang nak capture gambar. Gila kau, jalan berbatu-batu nak pegang camera. Aku belum tahap pro lagi. Dah pro esok, aku akan capture gambar sambil mendaki. Angan-angan tinggi kau!!!


12.15petang - SUMMIT! Hureeey Puncak Gunung Nuang deh!!! Joget samba!!! Tak tunggu lama, masing-masing keluarkan bekalan untuk makan tengahari. Sambil prepare makanan, sambil tu cari coverage untuk check in FB. Itu perkara biasa ye kan. Kahkah gelak setan. Lunch kali ni, disediakan oleh Norma. Masa makan tak ingat nak tangkap gambar, kita tangkap masa balik ajelah ye kahkah.




1.10petang- Rest and lunch for less than cabuttttttt sebelum "highway" jem. Pun begitu abadikan kenangan indah diatas Puncak Gunung Nuang itu perlu. Cekidaudddd



Serious kurang pasti kenapa aku kena tangkap gamabr begini, tapi yang nyata aku tetiba rasa malu. Puiii


We are here!!! The gang and thank you guys! Kita repeat lagi okey. Pomis kenyit mata. Oke dah siap posing semua, waktu untuk turun sebelum highway jem. Lariiiiiii

4.30petang - Bekalan air habis. Oh nooooooo!!! Disebabkan ramai yang berkhemah hari ni, makanya nak ambil air sungai sebagai air tambahan, tidak tersanggup rasanya. Kurang yakin gitu. Lain la kalau tiada orang, aku gunakan air sungai tu tanpa was was untuk aku minum. Tawakkal adalah yang terbaik.

6.00petang - Dah sampai di bawah Kem Lolo. Disebabkan esok harinya ada Ultra Marathon, makanya sibuk la organizer menyiapkan segala keperluan untuk esok hari. 

7.15pm - Kami sampai park. Super tired. Tapi puas...!!!

Sekian. 

Bye!!!

Monolog: Tak percaya tapi ini terjadi...

Kata-Kata: Tinggalkan

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Aku sejarahmu
Yang dahulu
Jangan kau bawa aku bersamamu
Mengiringi hari barumu

Tinggalkan disitu
Usah dikaitkan aku

Aku mimpi burukmu
Yang pernah singgah
Jangan kau bawa aku bersamamu
Mencipta impian baru

Tinggalkan disitu
Usah dikaitkan aku

Itu nama aku
Itu nama kamu
Itu aku dan kamu

Sedarkah?
Cipta yg baru 
Jika mahu rasa bahagia
Cipta yang baru
Jika inginkan gembira sentiasa

Tingalkan disitu 
Usah dikaitkan aku

Disebut
Aku berdebar
Dipanggil
Aku bergetar
Diseru
Aku berderu

Sedarkah?
Aku tak perlu di bawa bersama

Sedarkah?
Kau bawa aku bersama

Haruskah aku ingatan???

Monolog: Tinggalkan

Wednesday, March 19, 2014

FOTD: Epiphany Coffee and Tobacco, Oasis Square

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Outing day! Yeay hureeeey!

Vaaaahvaaaahvaaaah tekak aku teringin nak ber-dinner-kan cake sambil ditemani bulan terang yang menerangi langit. Teringat aku lagu Gema Rembulan nyanyian Amy Mastura...

Bulan menyinari di angkasa
Menebus kegelapan cuaca
Tak terbanding segalanya di suluhkan nyata
Semalaman menyinari kah segenap mata

Andainya lah
Menciptakan hati
Si pemuda dan pemudi peri
Di segenap sudut
Keseluruh negeri
Sang rembulan
Menyerikan bumi

Mohon ke youtube untuk mengetahui melodinya.

Balik kepada cerita.

Again I'm craving some cakes with a full moon overhead. Nak cari kek nak cari kek nak cari kek. Wow sound sooooo damn romantic kan kan. Kalau nak suasana yang lebih tenang dan jauh dari kesibukan kota, aku pilih Oasis Square, Ara Damansara. Jauh dari traffic, jauh dari kebisingan dan lebih relax most important kalau datang nak chill senang nak cari parking. Tak mahu tukar mood chill jadi stress hanya sebab parking nan hampeh. Ini merupakan kali kedua aku ke Oasis Square. Sungguh tempat ni memang tenang. Jadi, aku pilih untuk chill dekat Epihany Cofee anad Tobacco.


One for you and one for me... You know who you are. Kenyit mata sikit.

Dari nak cari kek, akhirnya aku memilih nak minum coffee sahaja, sebabnya tekak ku putus melihat kek disitu. NO, bukan kek-kek atau desert disitu tak menyelerakan tetapi, waktu tak sesuai nak makan kek. Dah dekat pukul 11malam noks. Punah diet makan kek waktu ni. Hiks


Kat sini bukan hanya ada kek, tapi ada juga makanan yang lain. Macam yang aku dah siap Google gambar di atas. Kalau rasa nak cuba, korang boleh mai rasa sendiri la.

Follow atau klik like diorang dekat Facebook Epiphany Coffee and Tobacco.

Aku share pengalaman aku kesini. Pertama kali aku kesini, aku duduk dekat luar. Kat mana-mana aku pergi sekalipun, aku lebih selesa duduk dekat luar. Ambil angin luar. Tetapi silap teknik. Sebabnya, dah nama pun Cofee dan Tobacca. Terbahagi kepada dua bahagian, sebelah dalam adanya cafe sebelah luar adanya ruang beli jual tobacco. Majority yang duduk dekat luar tu dah sah-sah pengemar tobacco. Jadinya bila dah minum cofee bercampur dengan bau tobacco, sudah tentunya akan kacau mood. Nak bercerita dan bersembang or chill jadi out off focus. Tapi, kalau memang pengemar tobacco, environment sebegini memang sesuai untuk kau orang. Pada yang nak relax, aku sarankan duduk dibahagian cafe yang jauh lebih tenang. Music yang dipasang pun, mengikut peredaran musik sekarang. Mesti cuba tau.

Dimana??? Nah aku dah siap tepek map untuk korang terjah.



Chill!!!! Have a good day u olls.

Bye!

Monolog: Selagi peluang masih ada ;)

Tuesday, March 11, 2014

News: Pray for MH370

No comments:
Assalamualaikm, Salam Sejahtera.

Umum tahu akan mesteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang sedang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu 8/3/2014. Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang, yang terdiri dari 14 buah negara.

Sehingga ke hari ini, usaha mencari masih giat dijalankan.

Ya Tuhanku,

Seandainya ianya berada di laut,
Timbulkanlah...

Seandainya ianya berada di langit,
Turunkanlah...

Seandainya ianya berada di darat,
Tunjukkanlah.

Rata-rata seluruh rakyat Malaysia bahkan seluruh pelusuk negara, mendoakan perkara yang sama. Tiada yang mustahil dari keajaiban doa setelah berusaha, bertawakkal dan berserah.


Semoga berlakunya keajaiban. Amin

Monolog: Doa, usaha dan tawakkal

Sunday, March 9, 2014

Love The Nature: Evaluation and Training hike @ Kem Pacat-Gunung Nuang, Hulu Langat 22022014

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Holla! M back with my hike/climb story.

Short period and short trip planning yoooo! Aku tak terfikir pun dalam kehidupan baru yang aku ceburi ni, aku akan lebih kerap mendaki/meredahi hutan/bukit/gunung. Dan seperti yang pernah aku katakan dalam entry aku sebelum-sebelum ini, aku tak pernah terfikir langsung untuk buat apa yang aku buat sekarang.

Tajuk kat atas pun dah gempak kan. Siapa yang tahu bertapa hebatnya mendaki/meredahi Gunung Nuang, Hulu Langat sudah tentu akan faham apa yang aku maksudkan. Lagi gempak bila evaluation training pulak. Tertanya-tanyakan kau orang yang membaca, aku nak ke gunung mana lepas ni. Aaaahaaaa itu kena lah tunggu.

Info Jabatan Perhutanan Negeri Selangor:
17 km dari Bandar Cheras melalui Jalan Hulu Langat - Pangson dan 28 km dari Bandaraya Kuala Lumpur. Hutan Lipur Gunung Nuang terletak di dalam Hutan Simpan Hulu Langat yang merupakan sebahagian dari Hutan Taman Negeri, juga dikenali sebagai Taman Warisan Negeri Selangor. Hutan ini merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.

Let's start the story. Elevation: 1095m 

Perjalanan dimulakan dari jam 6.30pagi. Dari rumah Mama ke Batu 9 Cheras. Meetup dekat PP Guna dalam pukul 7.00pagi. Sarapan pagi katanya. Isi borang dan kasi nama untuk summit ke balai polis berdekatan sekiranya ada apa-apa berlaku sepanjang 'diatas' (merujuk kepada bila dah sampai atas gunung) nanti. Jangan harap kat atas tu ada coverage line ye kawan-kawan. Sebelum nak 'naik' (bahasa pendek untuk mendaki)  adalah lebih baik buat persediaan rapi, seperti summit nama kau orang dekat balai polis berdekatan dengan gunung yang kau orang nak naik. Senang untuk contact keluarga sekiranya ada apa-apa yang terjadi. Bertanya aku kepada diri aku sendiri, pukul 7.00am makan dan nak start hike pun dah lewat. Aku memang rasa, planning timing tak berapa nak cun. Tapi takpe, nama pun evaluations training. Mungkin so n so la kan nak hike. Well follow with the flow tanpa rasa negative. Sebab apa yang dirasakan akan effect dekat diri sendiri sepanjang pendakian. Remain positive is more better. Kuber-belong berbahasa rojak campur. Kahkah! Baru tak stress membacanya. Ye kan. Chill!

Aku tak naik sorang2, tapi beramai-ramai. Umum (eceh macam kan glamour na blog aku ni kan) tahu aku ni kalau mendaki memang tak akan pergi sorang-sorang la. Kalau biasanya aku akan 'naik' bersama cikgu aku, tapi kali ni aku 'naik' dengan group VTrek yang lain iaitu SK, Mahen, Thani, Tom, Vijay dan aku satu-satunya bunga yang terselit diantara kumbang-kumbang yang ada. Aku pernah cerita pasal VTrek sebelum ni kan? Dah like FB diorang tak??? Eheee aku promote ni, pergilah like. Eheeee.

Okey, lepas makan terus gerak ke tempat yang dituju. Yeay! Kita nyanyi dulu.


Babak pertama bermula saat ku terlihat mu
Waktu seakan terhenti terpinga mencari
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami

Cuba aku mengerti
Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti

Oh… OoooooOooooo

Takkan ku menoleh lagi walau gelapnya hari
Ku yakin akan temui semuanya di sini
Walau ke mana kau pergi tetap akan ku cari
Ku tak akan berhenti

Tajuk lagu/band: Babak Pertama - Drama Band

Sudah enjoy. Mari la bercerita dengan bersungguh sambil ulang-ulang lagu di atas. Kepala masih mengangguk-angguk riang. Mood sudah mariiiii. Ahaaaaa


Selesai sarapan pagi, kini tiba masa untuk mendaki. Dah siap sedia semuanya jam 9.00pagi pendakian bermula. Sebelum naik, kena register nama dengan ranger (supaya kau tak kena tembak/denda free masa kat atas tu nanti) yang bertugas dan seterusnya. Kemudian sedikit briefing dari Mahen, dan berdoa la di dalam hati mengikut cara masing-masing. Diikuti dengan sedikit stretching sebagai persediaan supaya badan tak terkejut nanti. Ya, itu perlu sebab, badan bukan robot yang boleh ditukar ganti dengan spare part lain. Dan ya, kalau boleh di tukar lain tu kan bukan original. Bila bukan original tu kan, bukan real. Dan kalau bukan real tu kan dah aku dah merepek hehehee.


Berbekalkan, sedikit bekalan yang ditapau di kedai makan tadi, atau yang boleh dibuat sendiri (jangan la dibawa nasi lemak atau yang berat-berat kat atas tu)untuk dijamah di atas waktu rehat sebelum turut balik, serta 3 liter air untuk menghilangkan dahaga sepanjang perjalanan. Disarankan untuk campur energy tablet dalam air yang dibawa untuk kekalkan tahap kecerdasan. Boleh didapati dimana-mana kedai alatan sukan/kesihatan. Selain dari makanan, personal thing yang lain seperti toilet roll (senang nak pupu nanti bagi perempuan di one stop centre kat atas tu, lelaki tak kesah main tembak aje kan but tetap kena bawa juga), towel, lampu picit, pisau, ubat-ubatan etc.


Bermula dengan meredahi 'never ending road', nama manja untuk ke Kem Lolo sangat mencabar tahap kebolehan aku. Berkat dari training harian aku dengan stairs, aku mampu untuk meredahi jalan yang berliku-liku ni. Dengan batu dan pasir dan dedaun yang gugur. Ini baru namanya hutan/bukit/gunung bau dan angin yang sangat segar yang tak dapat diperoleh/dibeli bandar. Sungguh sangat nyaman keadaan disini. Dengan langkah yang kecil tetapi pantas serta mengikut rentak nafas, itu adalah antara perkara yang aku practice/belajar melalui pengalaman aku sebelum ini. Dengan deruan angin yang hebat, berselang seli dengan bunyi buluh yang menari sesama sendiri, aku tak rasa sunyi. Sungguh tenang sekali. Dan akhirnya sampai di lower part of Kem Lolo kurang lebih 1 jam 10minit. Alhamdulillah.


Dari sini untuk ke upper part of Kem Lolo mengambil masa kurang lebih 30minit. Dinasihatkan sekiranya datang ber-group, kalau boleh jangan la terpisah jauh dari kawan-kawan yang lain. Boleh sesat kalau berasingan kerana, laluan trail yang ada (bukan disini sahaja, dimana-mana trail hiking/climbing sekali pun) boleh mengelirukan dan menjadikan kau orang terpisah/sesat dari kawan-kawan yang lain. Adalah lebih baik cegah sebelum padah. Dan kalau jauh kehadapan dari kawan-kawan, berhenti dan tunggu kawan-kawan yang lain. Atau kalau ketinggalan dengan kawan-kawan dibelakang, kejarlah yang dihadapan sepantas mungkin. Hutan/bukit/gunung bukanlah shopping complex yang boleh kau orang buang masa yang terlalu lama untuk sampai ke satu-satu tempat. Aku percaya kalau benda baru, pastinya teruja lagi-lagi kalau kaki photography. Yang unik jadi tangkapan mata, tapi aku percaya juga kalau dah sampai ke sini, kau kena decide samada nak bergambar atau meneruskan pendakian tanpa menyusahkan orang yang lain. Etika/attitude dalam hutan sangat jauh sekali dengan etika masa bercuti menikmati lautan air yang bergelora. Rasainya dan kau akan faham apa yang aku maksudkan.


Kalau tadi, laluan untuk ke Kem Lolo tidak la begitu mencabar tahap kekuatan kaki/nafas/tenaga yang ada, berbeza sekali dengan laluan ke Kem Pacat ni. Jalan yang extra liku serta curam dan berbatu-bata, dan berkayu-kayan sangat menguji tahap mental dan fizikal. Sungguh kalau training yang tak cukup sebelum masuk ke sini, memang akan minta patah balik dan cepat give up. Permainan nafas, tenaga dan kecekalan hati perlu seriring serta kata-kata positif untuk diri sendiri perlu ada. Aku beruntung bila pertama kali aku masuk ke sini, cuaca yang agak kering memudahkan perjalanan, dimana aku dengar cerita dari kawan-kawan yang turut bersama dengan aku yang datang sebelum ini, penuh dengan lecak, pacat dan cuaca yang basah amat mencabar tahap pendirian masing-masing. Bersyukur juga aku, aku berpeluang untuk melihat tumbuhnya bunga-bunga mekar di pokok-pokok yang jarang ditemui dimana-mana hutan/bukit/gunung yang ada. Berbeza dengan pengalaman aku sebelum-sebelum ini juga, menimbulkan rasa yang sangat-sangat teruja. Subhanallah, maha besar kuasa-Mu ya Illahi. Akhirnya, sampai di Kem Pacat kurang lebih dalam 1 jam perjalanan. Alhamdulillah.


Dalam perjalanan untuk ke Kem Pacat, dikejutkan dengan kehadiran anjing hitam, yang meluru berlari ke bawah bersama dengan beberapa pendaki yang turun. Aku percaya anjing itu kepunyaan penduduk orang asli yang menetap di situ. Jangan risau, anjing itu tidak mengganggu kau orang pun. Resam binatang, dia tidak akan mengganggu manusia, bila dia rasa dia tidak diancam. Tetapi, dia akan bertindak sebaliknya sekiranya merasa tidak selamat. Dan sampai Kem Pacat pula, terjumpa seekor anjing putih. Aku rasa pasangan yang hitam tadi.


Waktu rehat. Mari la makan bekalan yang ada tadi. Sedang berehat, datang pulak beberapa ekor lebah berterbangan mengelilingi badan. Itu perkara biasa bila kita berpeluh. Jangan pulak panik. Situasi yang begini harus di-handle dengan cara berhemah. Kibas aje badan, asalkan lebah itu tidak sengat dibadan, itu sudah cukup. Kalau di-sengat, berbekalkan ubat-ubatan yang ada, harus dilakukan dengan segera. Makan-makan sambil tu Sk dok layan anjing tersebut hehehee.


Sedang rehat, datang satu manusia yang baik hati. Turun dari aras atas yang aku percaya puncak gunung ini, datang dengan berbekalkan sebungkus plastic. Dikutipnya plastic/sampah yang ditinggalkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. Mesra alam budak ni. Nama dia Joe, dari Kepong. Melihat pada raut mukanya, aku anggarkan Joe berusia bawah 25tahun.


Selesai makan dan rehat, masa untuk turun semula kebawah. Nama pun evaluations, tidak la kami semua naik ke puncak kerana kesuntukan masa. Walau pada mulanya aku memang nak sangat sampai ke puncak yang dikatakan sangat mencabar/curam. Mengikut pada jadual yang ditetapkan oleh Mahen di permulaan sebelum bermulanya perjalanan, suka atau tidak mahu atau tidak mahu, mesti turun dalam pukul 1petang. Kerana rentak naik dan turun berbeza. Mungkin akan berlakunya kecederaan, atau kecelakaan di sepanjang perjalanan pulang. Seperti yang aku kata tadi, semuanya bergantung pada tahap fizikal, mental dan emosi. Sama ada secara individu atau pun persendirian.

Dengan selamatnya, kami tiba di park kurang lebih 5petang. Alhamdulillah, selamat semuanya.

Oleh kerana aku berjaya sampai Kem Pacat,

Aku akan datang lagi. Tunggu Hihiii.

Monolog: Kegilaan menjadi-jadi bila kau cintakan apa yang kau cinta!

Saturday, March 1, 2014

Love The Nature: Day HIKE

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Newbie, masih lagi newbie. Banyak benda kena belajar, banyak benda kena susun atur dengan cermat dan bijak. Yang penting, persediaan rapi dan independent. Dalam hutan/gunung walaupun berkumpulan, tidak semestinya bergantung pada orang. Self things, kena ada.

Perkara basic yang perlu dibawa dan mesti ada ketika aku melakukan day hike. Okey, newbie newbie semua, ni basic newbie (aku) bawa.


Kasi chance la selfie satu kali 



Pakaian - Hiking Gear
Hiking bukannya macam kita jogging, apa je kasut yang ada kita sebat. Nope! Kalau boleh, dapatkan kasut yang sesuai, yang bergigi yang boleh mencengkam permukaan tanah dengan sebaiknya. Mula-mula aku naik mana-mana hutan tu, memang la aku pakai kasut jogging. Dah rasa baru tahu kenapa kena pakai yang bergigi. Sebolehnya elakkan kasut flat macam kasut jogging/kasut futsal yang tapaknya licin. Selain daripada mudah tergelincir, korang juga akan menyebabkan permukaan tanah jadi haus dek gelinciran tersebut. Kalau sayangkan alam semulajadi, kena mula dari diri sendiri. Kasut juga perlu sesuai dan mesra dengan kaki. Kalau tidak, akan melecetlah sana sini. Selain dari kasut, pakaian pun memain peranan. Elakkan pakaian yang tak serap peluh, nanti rimas. Jangan la pakai seluar jeans, merepek sangat. Bersesuaian dengan tempat dan keadaan la.

Bag - Beg
Kena la ada untuk bawa segala alatan yang korang nak tapau. Mengikut keperluan barang yang mesti aje. Jangan pulak dibawa semua barang macam nak bercuti. Agak2laah. Bawa beg 5Liter pun da oke...

(3liter air)

Air - Water
Bekalan air penting, bergantung kepada intake seseorang. Biasanya aku akan bekal 3Liter. Tapi, tak semestinya aku habiskan air yang aku bawa. Part of standby kalau aku kekeringan air sewaktu mendaki, aku juga jadikan ianya sebagai beban berat untuk aku push level stamina. Well, bergantung pada intake korang gak la kan. 1Liter pun da cukup sebenarnya. Lagi satu, kekerapan minum air, buat korang akan rasa nak tershisi (kencing) bagi yang mudah dan senang nak shishi la. Dan lagi satu, kekerapan minum air, buat korang senang pancit/mengah. Tak caya kau cuba la minum banyak-banyak. Namun begitu, setiap kali rasa dahaga, bukan digogok air tu sampai habis. Cukup sekadar membasarkan tekak. Dua tiga sip sudah, jauh lagi kot perjalanan. 

(gambar buts mix kurma/apricot)

Bekalan makanan/jajan - Snacks
Ada orang, sambil hiking, sambil mengunyah. Ada orang, sambil hiking, suka photo (itu aku). Ada orang, sambil hiking sambil tu musahabah diri (aku gak tu). Biasanya bab makanan ni, aku tak bawa yang berat-berat. Ada yang tapau roti canai, ada yang tapau sandwich, ada juga yang bawa nasi lemak. Tapi, bagi aku untuk day hike aku lebih suka bawa buah-buahan macam apple hijau, apricot, buah kurma, kekacang atau sandwich. Pelikkan? Tapi sebenarnya, barang makanan ni, mengenyangkan. Contoh kurma, sunnah Nabi Muhammad SAW pun, berbuka puasa dengan kurma dan air susu. Bezanya hanya puasa (menahan diri dari lapar dan dahaga) dan hiking guna tenaga. Bila kau makan buah kurma yang sedang-sedang manis, membekalkan kembali sumber gula dalam badan yang hilang (kuat berpeluh dan kandungan gula dah hilang) makan la lebih 10biji, jangan la makan sebiji je memang la takde effect. Buah-buahan pada siapa yang biasa lunch dengan buah, pun memberikan tenaga dan kenyang. Kekacang juga sama, dalam diet kekacang perlu ye dok. Ye, hiking itu lasak. Mudah untuk pitam/pening. Apa intake yang korang biasa makan tu, kau ikut la. Tapi ingat, dalam hiking ni la cara mana kau nak mengawal makanan. Makan makanan yang berat-berat pun, mudah untuk pancit. Jadi, snack yang ringan-ringan yang macam aku bawa tu dah memadai. Tak semua yang ada diluar kau dapat didalam. Itu secara psychologynya bagi aku lah.

(gambar first aid kids)

Peti pertolongan cemas - First Aid Kit 
Yang ini memang penting. Kecelekaan tak boleh dihidu. Apa-apa kemungkinan boleh jadi. Beli la satu set kat mana-mana farmasi. Beli yang kecik dan basic aje.

Gambar wisel)

Wisel - Whistle
MESTI ADA. Dalam hutan, kadang-kadang leka dengan keindahan alam, boleh kita tersasar jauh dari kumpulan (kalau pergi berkumpulan). Kadang-kadang kita leka bersembang dengan kawan. Kalau pergi sendiri-sendiri pun, ada yang tersasar. Jadi, kalau rasa tersesat/terjatuh/tersasar, gunanya whistle ni untuk menarik perhatian. Ingat, dalam leka melihat keadaan sekeliling, pendengan korang kena peka, kena tajam, dan kena sensetif. Macam aku, aku tak berapa suka nak menyembang. Bukan aku sombong, tetapi aku cuba untuk amati "kehidupan" didalam hutan itu sendiri. Yela, duduk kat kota bising, habuk debu kan. Sesekali "reset" masuk hutan ni kena enjoy. Tapi tak bermakna aku tak menyembang langsung oke. Ada tiga cara bila kita meniup wisel dan perlukan pertolongan, sekali tiupan bermaksud, kita sedang menunggu hikers yang lain. Dua kali tiupan wisel bermaksud, anda sedang memberitahu lokasi anda. Tiupan wisel sebanyak tiga kali pula, adalah sebagai syarat perlukan pertolongan dengan segera. Pengakap, Pandu Puteri, ada belajar dulu kan. Hihiii

(gambar headlamp)

Lampu - Headlamp
Siang ke malam ke, bawa la juga. Biasanya day hike ni, masuk waktu pagi, keluar waktu petang. Namun, keadaan boleh berubah. Mungkin akan mengambil masa yang panjang. Manalah tahu ada injury. Jadi timing akan sedikit lari. Kadang-kadang juga akan gelap, bukan bermaksud hujan, tetapi awan melindungi cahaya matahari dan boleh mengganggu perjalanan. Standby aje. Mana tau berguna nanti. Tak mahal pun, kalau umyuk newbie, boleh beli yang murah. Ni kalau tak silap aku masa aku beli ni Rm35.00.

(gambar baju hujan)

Baju hujan - Rain Gear
Cuaca boleh berubah. Kadang hujan kadang panas. Kadang-kadang tu, bila berada di paras yang tinggi akan rasa sejuk. Baju hujan/baju yang korang pakai tu serap sejuk/haba (macam baju sejuk tapi tak tebal), bagus. Tapi sebenarnya, bila kita berjalan kita akan rasa panas, tak sejuk pun, sebab haba badan kita keluar. Apapun standby. Mana tau tak tahan sejuk/ rimas kena hujan ke. Macam aku ni, kuat berpeluh dan mahukan keadaan yang selesa, maka kau hanya bwa rain coat aje kalau betul-betul hujan turun. Dah alang-alang berpeluh nak cover lagi baut apa hahaha.

Pisau - Knife
Bawa yang kecik aje. Pisau ramboo pun boleh. Mana tau beg yang digalas tu tersangkut dengan ranting berduri ke, atau jalan terlindung ke, boleh cantas. Jangan sesuka cantas la, minta izin (orang tua pesan) 

Mancis - Lighter 
Digunakan sewaktu emergency. Mana tau tersadai kat dalam tu ke. Atau mungkin kena kacau dengan binatang buas ke. Boleh kasi warning kat sesiapa. 

Mosquito Repellent 
Pada yang tak biasa dengan keadaan hutan, yela baru nak jejak hutan kan, korang boleh la bawa mosquito repellent. Mana tau alah pada nyamuk. Lagi satu, sesetengah kawasan memang ada lintah. Bukan sesetengah la, asalkan keadaan hutan itu lembab, memang akan ada la lintah. Masa tu, siapa yang guide, kena la inform (melainkan guide tu nak dajal korang, memang dibiar ajelah  hihiii), sebab ada teknik nak berjalan. 

Apa lagi ehhhhh.... Apa yang aku listkan, ni basic tau. Kalau korang nak bawa lebih dari apa yang aku bawa, itu terpulang. Individu punya cerita. Hihiiii

References:
Ramana.R (VTREK) 

Oke itu sahaja. Bye!
Xoxo

♥ Aurora Follow3rs