♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Sunday, March 9, 2014

Love The Nature: Evaluation and Training hike @ Kem Pacat-Gunung Nuang, Hulu Langat 22022014

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Holla! M back with my hike/climb story.

Short period and short trip planning yoooo! Aku tak terfikir pun dalam kehidupan baru yang aku ceburi ni, aku akan lebih kerap mendaki/meredahi hutan/bukit/gunung. Dan seperti yang pernah aku katakan dalam entry aku sebelum-sebelum ini, aku tak pernah terfikir langsung untuk buat apa yang aku buat sekarang.

Tajuk kat atas pun dah gempak kan. Siapa yang tahu bertapa hebatnya mendaki/meredahi Gunung Nuang, Hulu Langat sudah tentu akan faham apa yang aku maksudkan. Lagi gempak bila evaluation training pulak. Tertanya-tanyakan kau orang yang membaca, aku nak ke gunung mana lepas ni. Aaaahaaaa itu kena lah tunggu.

Info Jabatan Perhutanan Negeri Selangor:
17 km dari Bandar Cheras melalui Jalan Hulu Langat - Pangson dan 28 km dari Bandaraya Kuala Lumpur. Hutan Lipur Gunung Nuang terletak di dalam Hutan Simpan Hulu Langat yang merupakan sebahagian dari Hutan Taman Negeri, juga dikenali sebagai Taman Warisan Negeri Selangor. Hutan ini merupakan jenis hutan dipterokarpa bukit.

Let's start the story. Elevation: 1095m 

Perjalanan dimulakan dari jam 6.30pagi. Dari rumah Mama ke Batu 9 Cheras. Meetup dekat PP Guna dalam pukul 7.00pagi. Sarapan pagi katanya. Isi borang dan kasi nama untuk summit ke balai polis berdekatan sekiranya ada apa-apa berlaku sepanjang 'diatas' (merujuk kepada bila dah sampai atas gunung) nanti. Jangan harap kat atas tu ada coverage line ye kawan-kawan. Sebelum nak 'naik' (bahasa pendek untuk mendaki)  adalah lebih baik buat persediaan rapi, seperti summit nama kau orang dekat balai polis berdekatan dengan gunung yang kau orang nak naik. Senang untuk contact keluarga sekiranya ada apa-apa yang terjadi. Bertanya aku kepada diri aku sendiri, pukul 7.00am makan dan nak start hike pun dah lewat. Aku memang rasa, planning timing tak berapa nak cun. Tapi takpe, nama pun evaluations training. Mungkin so n so la kan nak hike. Well follow with the flow tanpa rasa negative. Sebab apa yang dirasakan akan effect dekat diri sendiri sepanjang pendakian. Remain positive is more better. Kuber-belong berbahasa rojak campur. Kahkah! Baru tak stress membacanya. Ye kan. Chill!

Aku tak naik sorang2, tapi beramai-ramai. Umum (eceh macam kan glamour na blog aku ni kan) tahu aku ni kalau mendaki memang tak akan pergi sorang-sorang la. Kalau biasanya aku akan 'naik' bersama cikgu aku, tapi kali ni aku 'naik' dengan group VTrek yang lain iaitu SK, Mahen, Thani, Tom, Vijay dan aku satu-satunya bunga yang terselit diantara kumbang-kumbang yang ada. Aku pernah cerita pasal VTrek sebelum ni kan? Dah like FB diorang tak??? Eheee aku promote ni, pergilah like. Eheeee.

Okey, lepas makan terus gerak ke tempat yang dituju. Yeay! Kita nyanyi dulu.


Babak pertama bermula saat ku terlihat mu
Waktu seakan terhenti terpinga mencari
Rasa yang takkan terungkap tak pernah ku alami

Cuba aku mengerti
Teruja aku mengejar mu
Bermimpi memiliki mu
Tanpa perlu ku endahkan dunia, dunia
Biarkan ku terus berlari
Cuba merajai mimpi
Tiap bayang mu akan ku jejaki nanti

Oh… OoooooOooooo

Takkan ku menoleh lagi walau gelapnya hari
Ku yakin akan temui semuanya di sini
Walau ke mana kau pergi tetap akan ku cari
Ku tak akan berhenti

Tajuk lagu/band: Babak Pertama - Drama Band

Sudah enjoy. Mari la bercerita dengan bersungguh sambil ulang-ulang lagu di atas. Kepala masih mengangguk-angguk riang. Mood sudah mariiiii. Ahaaaaa


Selesai sarapan pagi, kini tiba masa untuk mendaki. Dah siap sedia semuanya jam 9.00pagi pendakian bermula. Sebelum naik, kena register nama dengan ranger (supaya kau tak kena tembak/denda free masa kat atas tu nanti) yang bertugas dan seterusnya. Kemudian sedikit briefing dari Mahen, dan berdoa la di dalam hati mengikut cara masing-masing. Diikuti dengan sedikit stretching sebagai persediaan supaya badan tak terkejut nanti. Ya, itu perlu sebab, badan bukan robot yang boleh ditukar ganti dengan spare part lain. Dan ya, kalau boleh di tukar lain tu kan bukan original. Bila bukan original tu kan, bukan real. Dan kalau bukan real tu kan dah aku dah merepek hehehee.


Berbekalkan, sedikit bekalan yang ditapau di kedai makan tadi, atau yang boleh dibuat sendiri (jangan la dibawa nasi lemak atau yang berat-berat kat atas tu)untuk dijamah di atas waktu rehat sebelum turut balik, serta 3 liter air untuk menghilangkan dahaga sepanjang perjalanan. Disarankan untuk campur energy tablet dalam air yang dibawa untuk kekalkan tahap kecerdasan. Boleh didapati dimana-mana kedai alatan sukan/kesihatan. Selain dari makanan, personal thing yang lain seperti toilet roll (senang nak pupu nanti bagi perempuan di one stop centre kat atas tu, lelaki tak kesah main tembak aje kan but tetap kena bawa juga), towel, lampu picit, pisau, ubat-ubatan etc.


Bermula dengan meredahi 'never ending road', nama manja untuk ke Kem Lolo sangat mencabar tahap kebolehan aku. Berkat dari training harian aku dengan stairs, aku mampu untuk meredahi jalan yang berliku-liku ni. Dengan batu dan pasir dan dedaun yang gugur. Ini baru namanya hutan/bukit/gunung bau dan angin yang sangat segar yang tak dapat diperoleh/dibeli bandar. Sungguh sangat nyaman keadaan disini. Dengan langkah yang kecil tetapi pantas serta mengikut rentak nafas, itu adalah antara perkara yang aku practice/belajar melalui pengalaman aku sebelum ini. Dengan deruan angin yang hebat, berselang seli dengan bunyi buluh yang menari sesama sendiri, aku tak rasa sunyi. Sungguh tenang sekali. Dan akhirnya sampai di lower part of Kem Lolo kurang lebih 1 jam 10minit. Alhamdulillah.


Dari sini untuk ke upper part of Kem Lolo mengambil masa kurang lebih 30minit. Dinasihatkan sekiranya datang ber-group, kalau boleh jangan la terpisah jauh dari kawan-kawan yang lain. Boleh sesat kalau berasingan kerana, laluan trail yang ada (bukan disini sahaja, dimana-mana trail hiking/climbing sekali pun) boleh mengelirukan dan menjadikan kau orang terpisah/sesat dari kawan-kawan yang lain. Adalah lebih baik cegah sebelum padah. Dan kalau jauh kehadapan dari kawan-kawan, berhenti dan tunggu kawan-kawan yang lain. Atau kalau ketinggalan dengan kawan-kawan dibelakang, kejarlah yang dihadapan sepantas mungkin. Hutan/bukit/gunung bukanlah shopping complex yang boleh kau orang buang masa yang terlalu lama untuk sampai ke satu-satu tempat. Aku percaya kalau benda baru, pastinya teruja lagi-lagi kalau kaki photography. Yang unik jadi tangkapan mata, tapi aku percaya juga kalau dah sampai ke sini, kau kena decide samada nak bergambar atau meneruskan pendakian tanpa menyusahkan orang yang lain. Etika/attitude dalam hutan sangat jauh sekali dengan etika masa bercuti menikmati lautan air yang bergelora. Rasainya dan kau akan faham apa yang aku maksudkan.


Kalau tadi, laluan untuk ke Kem Lolo tidak la begitu mencabar tahap kekuatan kaki/nafas/tenaga yang ada, berbeza sekali dengan laluan ke Kem Pacat ni. Jalan yang extra liku serta curam dan berbatu-bata, dan berkayu-kayan sangat menguji tahap mental dan fizikal. Sungguh kalau training yang tak cukup sebelum masuk ke sini, memang akan minta patah balik dan cepat give up. Permainan nafas, tenaga dan kecekalan hati perlu seriring serta kata-kata positif untuk diri sendiri perlu ada. Aku beruntung bila pertama kali aku masuk ke sini, cuaca yang agak kering memudahkan perjalanan, dimana aku dengar cerita dari kawan-kawan yang turut bersama dengan aku yang datang sebelum ini, penuh dengan lecak, pacat dan cuaca yang basah amat mencabar tahap pendirian masing-masing. Bersyukur juga aku, aku berpeluang untuk melihat tumbuhnya bunga-bunga mekar di pokok-pokok yang jarang ditemui dimana-mana hutan/bukit/gunung yang ada. Berbeza dengan pengalaman aku sebelum-sebelum ini juga, menimbulkan rasa yang sangat-sangat teruja. Subhanallah, maha besar kuasa-Mu ya Illahi. Akhirnya, sampai di Kem Pacat kurang lebih dalam 1 jam perjalanan. Alhamdulillah.


Dalam perjalanan untuk ke Kem Pacat, dikejutkan dengan kehadiran anjing hitam, yang meluru berlari ke bawah bersama dengan beberapa pendaki yang turun. Aku percaya anjing itu kepunyaan penduduk orang asli yang menetap di situ. Jangan risau, anjing itu tidak mengganggu kau orang pun. Resam binatang, dia tidak akan mengganggu manusia, bila dia rasa dia tidak diancam. Tetapi, dia akan bertindak sebaliknya sekiranya merasa tidak selamat. Dan sampai Kem Pacat pula, terjumpa seekor anjing putih. Aku rasa pasangan yang hitam tadi.


Waktu rehat. Mari la makan bekalan yang ada tadi. Sedang berehat, datang pulak beberapa ekor lebah berterbangan mengelilingi badan. Itu perkara biasa bila kita berpeluh. Jangan pulak panik. Situasi yang begini harus di-handle dengan cara berhemah. Kibas aje badan, asalkan lebah itu tidak sengat dibadan, itu sudah cukup. Kalau di-sengat, berbekalkan ubat-ubatan yang ada, harus dilakukan dengan segera. Makan-makan sambil tu Sk dok layan anjing tersebut hehehee.


Sedang rehat, datang satu manusia yang baik hati. Turun dari aras atas yang aku percaya puncak gunung ini, datang dengan berbekalkan sebungkus plastic. Dikutipnya plastic/sampah yang ditinggalkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab. Mesra alam budak ni. Nama dia Joe, dari Kepong. Melihat pada raut mukanya, aku anggarkan Joe berusia bawah 25tahun.


Selesai makan dan rehat, masa untuk turun semula kebawah. Nama pun evaluations, tidak la kami semua naik ke puncak kerana kesuntukan masa. Walau pada mulanya aku memang nak sangat sampai ke puncak yang dikatakan sangat mencabar/curam. Mengikut pada jadual yang ditetapkan oleh Mahen di permulaan sebelum bermulanya perjalanan, suka atau tidak mahu atau tidak mahu, mesti turun dalam pukul 1petang. Kerana rentak naik dan turun berbeza. Mungkin akan berlakunya kecederaan, atau kecelakaan di sepanjang perjalanan pulang. Seperti yang aku kata tadi, semuanya bergantung pada tahap fizikal, mental dan emosi. Sama ada secara individu atau pun persendirian.

Dengan selamatnya, kami tiba di park kurang lebih 5petang. Alhamdulillah, selamat semuanya.

Oleh kerana aku berjaya sampai Kem Pacat,

Aku akan datang lagi. Tunggu Hihiii.

Monolog: Kegilaan menjadi-jadi bila kau cintakan apa yang kau cinta!

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs