السلام عليکم
Firstly, I sampai kat kawasan ni masa I duduk kat Seremban dulu. Ya.. Ya.. I duduk Seremban dalam 3tahun. Ye.. Ye.. I kerja kat sini, ditransfer untuk seketika waktu. Jadinya, tak sempat la nak merayap jauh2. Masa tu takde kenderaan exclusive lagi. Jadinya buat deeeek udah.
Sekali sekali turun Seremban, macam gitu juga la. Takde perubahan. I rasa sangat2 rugi. Tapi siapa I nak cakap lebih2kan. Cuma yang meriah I rasa, Seremban2. Dengar2 tempat OKB (orang kaya baru) betul ke? Entah la kan, orang kalau bercakap dengar aje, percaya jangan, tapi mungkin juga kot. Sebab rumah kat kawasan ni besar2. Yang I tau kawasan Seremban 2 ni dulunya hutan, sekarang dah maju.
Pusing punya pusing punya pusing, nampak kedai ni.
Apa lagi, lapar la kan. Walau dah puas makan daging korban, dengan pelbagai jenis masakan melayu, tetap juga kan nak cari yang western. Sangat mengada2 tekak ini. Dek terasa teriiiiiingin sangat. Jangan complain! Bersyukur masih ada rezeki, Alhamdulillah mendapat juga. Suka2 I suka sangat.
C ya!
*Teringin cendol la pulakkkkkk
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^