السلام عليکم
Tak habis2 nak up skill kan. Dek kerana siang tadi dok beraya rumah orang terhidangnya cendol, terus rasa nak buat cendol sendiri. Korek resepi dengan Puan tanah kedaung. Nasib la tak lokek ilmukan. Mekasih ye kongsi resepi hehe.
Bahan2nya;
1/2 kotak santan / 1biji santan kelapa
1 peket cendol (ikut suka nak banyak mana)
Gula Melaka
Daun Pandan
Garam secukup rasa
Air secukupnya (untuk masak gula)
Ais Batu (untuk mendaptkan rasa sejuk)
Cara2nya;
1) Masukkan santan dalam periuk. Masak sehingga mendidih, jangan sampai pecah minyak. Masukkan daun pandan dan garam secukup rasa. Agak2 da mendidih, tutup api.
2) Toskan air cendol (kalau beli cendol mesti ada airkan, nak pakai air tu pun boleh tapi santan jadi cair la).
3) Masukkan gula merah ke dalam periuk yang lain, masukkan satu gelas air. Masak sehingga gula hancur.
4) Cara hidangan, campurkan santan, cendol, gula, dan ais batu. Sedia untuk dihidang.
Selamat Mencuba :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^