السلام عليکم
Singah blog sana, cerita bola, singgah blog sini, pun cerita bola, singgah yang situ cerita bola.Jengah sana sini cerita bola. Huhuuu musim world cup ni, semuanya cerita bola. Bukan hanya di blog, muka buku saya pun, kebanyakan kawan2 saya cerita pasal bola. Lagi la masing2 dah create nama kat jersey negara dan no kesukaan diorang. Sehinggakan ada kekeliruan untuk saya bila nak baca update kawan2 yang lain (mungkin mata saya kena tambah power hehehe). "Bukan senang nak tunggu world cup datang setiap 4 tahun sekali tau" kata housemate saya. Saya bukan la seorang peminat bola yang tegar. Takat main chak2 bila tersiarnya siaran bola kat tv (habis tak tahu nak buat apa dah) yela nak berebut2 pun saya tak kuasa. Huhuuuhuu
Okay disebabkan musim bola, saya pun nak cerita la kisah teman saya ni yang sanggup kunci jam pukul "2.30 pagi", semata2 nak tengok bola. Al-maklum la, peminat setia la kononnya (jangan marah ye, pada yang berkenaan). Nak dijadikan cerita, malam tadi, saya tidur di ruang tamu bersama teman2 saya yang lain (macam sardin dalam tin daaaa). Sengaja nak tidur berhimpit2, bukan takde bilik. Mula2 layan cerita kat tv, lama2 saya layan mata dan zzzzzzzzzzzz (penat siang tadi kerja).
Terus terang tidur saya tak lena pada malam tu. Entah kenapa dan mengapa, saya asyik kena gigit dengan semut. Huh sejak bila lak rumah saya ni bersemut. Yang bestnya, bila saya tanya pada yang lain2, tidak pulak kena gigit, hanya saya je yang kena gigit dek kaum2 semut tersebut. "Mungkin badan sis ni manis agaknya" kata adik aku berseloroh. Takde maknanya manis, saya bukannya suka makan benda2 manis. Mungkin sudah nasib saya menjadi mangsa semut2 tersebut (pasrah sahaja). Dah la tak lena tido dek serangan itu, saya juga tak lena tido gara2, teman saya yang kunci jam tadi. Yang asyik masyuk menonoton perlawanan antara....
German vs Australia
Baru nak lena dari serangan semut2 tadi, saya yang sedang lena beradu (kalau dah tidur tak hingat apa2 dah, dengkur pun dengkur la), asyik terjaga dan terperanjat tiap kali "gol" pada perlawanan tersebut. Adeh la, sabar je la (kalau perasan N3 sebelum ni, datangnya world cup, memang menguji kesabaran saya). Memang saya perasan, dia ada tekup dengan bantal, namun tetap kedengaran suara beliau (tak mau sentap kalau baca yeah). Sudahnya, saya katup2 (tutup2) muka saya dengan bantal supaya tak dengar apa2 bunyi2an, akhirnya saya pun zzzzzzzzzzz (",)
Bangun pagi, saya dok bebel ngan teman saya tu (saya suka cakap direct). "Eh ye ke, sorry2, aku dah tutup muka aku ngan bantal". "Ye, walau tutup tetap bising tauu". Nasib baik dia say sorry, kalau tak, menanah telinga kena bebel ngan saya (hehehee) dan lagipun saya tak suka marah2 di waktu pagi. Rezeki tak masuk, kata orang tua. Berbaloi la teman saya bersengkang mata malam tadi, keputusan perlawanan, German (4) - Australia (0). Huhuuuu
P/s Bila world cup nak habis ni...