♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Monday, March 29, 2010

JAI ~ Selamat Hari Tua...

No comments:

Happy Birthday,
Semoga bahagia selalu,
Dimudahkan segala perjalanan hidup,
Diberkati dan Dirahmati olehNYA,
Senyum2 selalu

P/ s (",)

Friday, March 26, 2010

Earth Hour 2010

No comments:

Earth hour datang lagi
Jangan lupa ye
Esok 27 April 2010
Selama satu jam
Dari pukul 8.30pm-9.30pm
Tutup segala lampu yang ada dalam rumah tu tau
Sokongla Earth Hour ni
Tadaaaa

P/s Yea. Balik awal esok

MENGAH SUDAH... =(

No comments:

Sejak kebelakangan ni, aku rasakan badan aku makin lama makin bulat dan bulat dan bulat. Mentang2 la aku kerja kat klinik, setiap hari sebelum aku mulakan kerja, aku mesti naik penimbang berat tuh. 3 minggu lepas,  berat aku hanya 62 kg. 2 minggu lepas berat aku naik 64 kg. Minggu ni, berat aku naik lagi 66 kg. Glupppp terperanjat jap aku. Belum pernah dalam sejarah hidup aku, berat naik naik dan naik. Kalau naik sekalipun dia akan turun balik dalam jangka waktu yang terdekat. Tetapi kali ini, naik naik dan naik tanpa ada sekatan. Adesh, tepuk dahi aku yang luas ni sekejap. Orang2 dok tegur aku "ai, badan da naik senang hati ke". Senang hati apa, susah ati lagi ada la, melantak je. Sehinggakan aku duduk dan muhasabah diri.

(gambar dari google image)

Aku memang jenis tidak berpantang makan. Kenapa tak berpantang...? Kalau orang lain tu tak makan, ni tak makan. Rugi sesangat kalau pantang2 makan ni. Rugi ooo. Ye, aku akui ada juga benda yang aku tak makan. Ye la belum ada experience memakan makanan itu, takkan nak makan kan. Tapi kalau da biasa makan benda yang tak biasa di makan, akan timbul la kebiasaan tu. Aku, selagi benda tu, boleh dimakan aku akan makan, tanpa banyak soalan cepu mas yang datang. Rezeki depan mata tetap aku bersyukur. Alhamdulillah, sehingga kini rezeki aku mencurah2. Bersyukur sangat2 Amin. Zass dan ini lah hasilnya makan tidak berpantang, aku menjadi pengumpul lemak sejati. Ceh.
(gambar dari google image)

Fikir punya fikir macam mana nak turunkan berat badan ni, klik "makan ubat diet je la". Biasa la kan orang tak mau susah2 fikir jauh. Suka fikir singkat, cari ubat diet je sebagai usaha turun berat badan. Tapi sejenak aku berfikir risiko2 akan datang kalau makan ubat diet ni? Dan telah aku survey setiap kawan2 aku yang pernah makan ubat diet. Feedback negatif semuanya. Setiap ubat memang ada kesannya yang tersendiri bergantung pada penerimaan empunya badan jadi hati2, kalau dimakan dalam jangka masa yang lama. Adesh muhasabah diri lagi.
(gambar dari google image)

Reseach punya research, cara yang menyelamatkan untuk kelihatan sihat, lakukan senaman. Aku dah mula sikit2 senaman ni. Dok tingkat 5, hari2 aku naik turun tangga. Malas memang la aku malas, tapi kena rajinkan diri untuk jadikan diri ni tak malas. Minggu lepas, aku dapat peluang untuk lakukan sesuatu yang memang aku nak buat. Apakah aktiviti itu...? 
(gambar dari google image)

Walaupun aku ni tak pandai berenang, aku cuba la juga untuk berenang. Mengah memang mengah kerana aku adalah S****R tegar. Kesempitan ruang pernafasan ku sangat2 terasa bila kat dalam air. Tapi itu bukan penghalang buat aku untuk aku teruskan usaha untuk menurunkan berat badan. Selain dari itu, aku mula biasakan diri untuk bangun pagi. Kalau dulu, bangun bila matahari meninggi, kali ni biasakan bangun seawal mungkin. Semata2 kerana apa...? 
(gambar dari google image)

Berjoging, untuk membakar lemak yang ada. Fuh, memang liat lemak2 ku mau terbakar kerana, peluh yang kuar tidak sehebat mana. Kahkahkah. Usaha lagi.

Oleh itu, aku juga kena mula berpantang makan. Makanan yang aku makan pula perlu seimbang. Kikikii

P/s Selamat Noyen... (",)

Thursday, March 25, 2010

IDAMANKU SLR n BB n BV II

1 comment:
Sana sini mana aku pergi...
Aku mesti nampak mereka2 usung benda ni...
(dari google image)
Asyik bila aku tengok mereka2 bergambar...
Kalau aku pun aku leh lupa diri tau...
Aku hanya mampu memandang...
Dan menyimpan niat...
Maklum sahaja la...
Tanggungjawab besar...
Hikhik...
Jalan2 lagi...
Bila dengar bunyi fone...
Aku nampak lagi...
Aduyai...
Idamanku..
Apa lagi..
(dari google image)
Adesh... 
Simpan niat lagi...
Walaupun suatu ketika nanti...
Mungkin benda2 ni dah takde zaman lagi...
Baru aku akan dapat...
Haish putus asa pulak bunyinya...
Jalan2 lagi...
Tak sah kalau aku berjalan tak singgah..
Hikhik...
(dari google image)
Harumannya sungguh asyik..
Akan aku dapatkannya...
Maaf la melayan aku yang sedang syok sendiri ni...
Mengular jap sebelum aku sambung kerja lagi...

P/s Chaiyok2

R.I.M.A.S LA WOI!

No comments:

Sungguh merimaskan, bila sedang sibuk membelek paperwork yang bertimbun2, telefon berbunyi. Bila berlari2 anak mencapai ganggang telefon itu, yang memanggil tadi meletaknya pulak, atau tak bercakap. Sekali dua kali ok la kan, tp kalau berpuluh2 kali, tahap temperature aku mula meninggi. Setinggi KLCC...? Atau mungkin lebih dari itu. Kemarahan mula menebal, timbul rasa benci. Sangat2 benci dengan ketidak fahaman bahasa yang pernah aku warning sebelum ini. 

Kalau orang datang menyinggah blog aku ni, mesti diorang dok cakap, "N3 dak ni, asyik marah2 meluat2 je". Hah untuk pengetahuan aku pun menyampah nak menulis, nak bercerita tentang hal yang sama. Dan lagi rimas kalau perkara yang sama berlaku. Apa, aku tak leh nak hidup aman...?

Kalau sebelum ni, aku bukan merayu, tapi mengharapkan keadaan kembali seperti biasa. Satu persatu langkah aku cuba untuk merapatkan hubungan itu. Cukup takat 3 kali mencuba, tapi satu pun tiada balasan. Dan cukup aku faham, rasanya tak perlu lagi untuk aku meminta2 dan berusaha. Kenapa tidak kau duduk diam2 dan jangan kacau2 aku lagi kan? Cukup apa yang dah dan pernah berlaku. Lupakan. Bolehkan...?

Kau boleh ingat aku sampai bila2 tiada paksaan...
Kau boleh terkenang2 tentang aku bila2 kau suka...
Tapi jangan kau harap aku akan buat macam mana kau buat...

P/s Muka aku da tebal sangat kat tempat aku ni, gara2 perangai kau... Sure lepas ni SMS tak putus2 sampai... Haish

Saturday, March 20, 2010

I Will Follow U...

No comments:
Nak share moment sat...
Ini, aku dapat dari facebook aku...
MY TOP FOLLOWERS...
Then aku dapat comment dari followers aku yang pertama...
Katanya...

I will follow you
Follow you wherever you may go
There isn't an ocean too deep

A mountain so high it can keep me away

I must follow you
Ever since you touched my hand I know
The near you I always must be
And nothing can keep you from me
You are my destiny

I love you, I love you, I love you
And where you go I'll follow, I'll follow, I'll follow
You'll always be my true love, my true love, my true love
From now until forever, forever, forever

I will follow you
Follow you wherever you may go
There isn't an ocean too deep
A mountain so high it can keep
Keep me away, away from my love

I love you, I love you, I love you
And where you go I'll follow, I'll follow, I'll follow
You'll always be my true love, my true love, my true love
From now until forever, forever, forever

I will follow you
Follow you wherever you may go
There isn't an ocean too deep
A mountain so high it can keep
keep me away, away from my love

And where you go I'll follow 

P/s Terima kasih jangan berhenti okay...

Thursday, March 18, 2010

I-City Shah Alam

No comments:
Berjalan2 di I City...
Meh layan gambar je la...
Hehehee...

Mereka yang menemani (",)

Aksi dan aksi (",)

Ej, Yart, YenYen (",)

Ada sesiapa perlukan model (",)

Lagi2 model akan datang wahahaa (",)

Aku yang memang suka bab2 pose nih (",)

Bodyguard aku huhuuu (",)

Selalu ada (",)

Bila da sengal (",)

Cepat2 dah nak tutup (",)

Penutup, dengan si merak (",)

Nak cari makan, makan western food. Jom pergi Big Foot.

P/s Lain kali nak pergi lagi...

Tuesday, March 16, 2010

Lirik Lagu Minggu Ini - Baik2 Sayang

No comments:
Aku tak ingin kau menangis bersedih

Sudahi air mata darimu

Yang aku ingin arti hadir diriku

Kan menghapus dukamu sayang



Karna bagiku kau kehormatanku

Dengarkan dengakan aku



Reff:

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupku

Baik baik sayang ada aku untukmu

Hanya satu pintaku disiang dan malammu

Baik baik sayang karna aku untukmu



Semua keinginan akan aku lakukan

Sekuat semampuku sayang

Karna bagiku kau kehormatanku

Dengarkan dengakan aku


P/S (",)

Monday, March 15, 2010

V3 Samseng Jalanan... Bleh laaa (",)

No comments:
Aktiviti hari minggu... (",)

Aku pergi jalan2 dengan mereka... Selepas berhari2an aku sibuk mengejar dateline... (",)

Menonoton wayang... V3 Samseng Jalanan... (",)

Sinopsis,

REMP-IT V3 atau V3 Samseng Jalanan memaparkan kisah Rudy dan sahabatnya Brett yang terjerumus dalam satu masalah besar apabila dia dan kawan-kawannya berlumba sehingga Shah dan Liza yang juga pasangan kekasih maut dalam satu kemalangan. Lebih memburukkan keadaan di tangan Shah terdapat dadah yang baru diambil. Rudy, Brett dan kawan-kawannya menjadi buruan polis, sehingga Rudy dan Brett mengambil keputusan melarikan diri ke Kuala Lumpur. 
Di Kuala Lumpur, Rudy berazam mengubah kehidupannya menjadi ‘manusia’. Brett yang ingin membantu  telah menemukan Rudy dengan Lan Ribut lalu dibawa ke kedai Sam Seng Motor yang sebenarnya dikawal oleh Ah Long yang bernama Wan Blost, ‘taikoon’ pertaruhan lumba haram. Di dalam satu perlumbaan yang diaturkan, Rudy telah tewas kerana Garing, ‘main kotor’ dan membuatnya berhutang RM10,000 dengan Sam Seng dan tercedera. Rudy telah berkenalan dengan Lisa, seorang gadis manis yang merupakan akauntan di sebuah firma swasta. Rumah Lisa menjadi tempat mereka bersembunyi sementara Rudy sembuh. Sepanjang tempoh itu telah membibitkan perasaan sayang antara mereka.
Garing masih mencari Rudy untuk menagih hutang dan mengatur satu lagi perlumbaan maut kerana populariti yang diraih Rudy di laman web apabila semua rakaman perlumbaan yang disertai Rudy dipaparkan. Rudy berkeras untuk tidak berlumba lagi tetapi Garing sentiasa mencari jalan untuk membuatkan Rudy setuju. Sehingga Garing telah menculik Lisa dan mengugut untuk merogolnya jika Rudy masih enggan berlumba. Setelah didesak, Rudy bersetuju.
Berjayakah Rudy menumpaskan Garing dan menyelamatkan Lisa. Perlumbaan bukan sembarangan. Diberi gelaran Perlumbaan Maut. Tanpa undang-undang dan tanpa batasan. Nyawa jadi pertaruhan. Sewaktu perlumbaan sebenar ramai yang terkorban kerana taktik kotor Garing. Walaupun Garing berjaya menjatuhkan Rudy di garis penamat, Rudy masih berjaya memenangi perlumbaan. Tapi Garing tidak semudah itu menyerahkan takhta. Lisa masih dalam genggaman, maka nyawanya dijadikan pertaruhan.
Bagi aku, cerita ni ok la. Ending tak berapa nak best. Kenapa tidak disudahi dengan jalan cerita...? Kenapa berakhir dengan kata2...? Huh budget tak cukup kowt. Lain kali budget kasi lebih eh. Hehehe pandai je complain... (",)

Sekian

P/s Hurm... 

S.I.B.U.K... (",)

2 comments:
Sibuk....
Title aku untuk N3 kali ni...
Sehinggakan takde masa untuk mengupdate blog aku...
Kenapa takde masa...?
Aku dok kejar claim yang pending berbulan2 lamanya...
Kenapa pending begitu lama...?
Terlalu leka melayan karenah orang2...
Siapakah orang2 tu...?
Hamba2 ALLAH yang aku rasakan cukup sempurna sifatnya...
Sempurna ke...?
Sempurna, bijak sangat dan comel2 belaka(",)...
Mereka yang pernah singgah dalam kehidupanku...
Kini, berkat usaha aku sendiri...
Aku berjaya ubati lukaku sendiri...
Yang terluka dengan keadaan sekeliling...
Terluka dengan sifat orang2...
Aku biarkan sahaja mereka2 terus melukakan hati aku...
Kekuatan mula menguasai diri aku...
Semangat mula menyelimuti tubuh aku...
Ketawa mula terukir diwajahku...
Tiada lagi parasit (aku harap begitu la)...
Tiada lagi gangguan (macam ada lagi je)...
Tiada lagi busuk hati (masih tinggal lagi sisa2 itu)...
Yang mampu aku lakukan dari jauh...
Ku doakan mereka2 bahagia...
Walaupun mereka2 tak mahu aku hidup bahagia...
Ku tetap doakan yang terbaik dalam hidup mereka...
Walaupun mereka2 mahu aku jatuh dalam segalanya...
Sejahteralah hidup mereka2 tanpa kau lagi...
Benar... Segalanya telah aku ketahui...
Kepercayaan itu tiada lagi untuk mereka2...

P/s Jaga diri kamu2 baik2 okay... (",)

♥ Aurora Follow3rs