♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Friday, March 26, 2010

MENGAH SUDAH... =(


Sejak kebelakangan ni, aku rasakan badan aku makin lama makin bulat dan bulat dan bulat. Mentang2 la aku kerja kat klinik, setiap hari sebelum aku mulakan kerja, aku mesti naik penimbang berat tuh. 3 minggu lepas,  berat aku hanya 62 kg. 2 minggu lepas berat aku naik 64 kg. Minggu ni, berat aku naik lagi 66 kg. Glupppp terperanjat jap aku. Belum pernah dalam sejarah hidup aku, berat naik naik dan naik. Kalau naik sekalipun dia akan turun balik dalam jangka waktu yang terdekat. Tetapi kali ini, naik naik dan naik tanpa ada sekatan. Adesh, tepuk dahi aku yang luas ni sekejap. Orang2 dok tegur aku "ai, badan da naik senang hati ke". Senang hati apa, susah ati lagi ada la, melantak je. Sehinggakan aku duduk dan muhasabah diri.

(gambar dari google image)

Aku memang jenis tidak berpantang makan. Kenapa tak berpantang...? Kalau orang lain tu tak makan, ni tak makan. Rugi sesangat kalau pantang2 makan ni. Rugi ooo. Ye, aku akui ada juga benda yang aku tak makan. Ye la belum ada experience memakan makanan itu, takkan nak makan kan. Tapi kalau da biasa makan benda yang tak biasa di makan, akan timbul la kebiasaan tu. Aku, selagi benda tu, boleh dimakan aku akan makan, tanpa banyak soalan cepu mas yang datang. Rezeki depan mata tetap aku bersyukur. Alhamdulillah, sehingga kini rezeki aku mencurah2. Bersyukur sangat2 Amin. Zass dan ini lah hasilnya makan tidak berpantang, aku menjadi pengumpul lemak sejati. Ceh.
(gambar dari google image)

Fikir punya fikir macam mana nak turunkan berat badan ni, klik "makan ubat diet je la". Biasa la kan orang tak mau susah2 fikir jauh. Suka fikir singkat, cari ubat diet je sebagai usaha turun berat badan. Tapi sejenak aku berfikir risiko2 akan datang kalau makan ubat diet ni? Dan telah aku survey setiap kawan2 aku yang pernah makan ubat diet. Feedback negatif semuanya. Setiap ubat memang ada kesannya yang tersendiri bergantung pada penerimaan empunya badan jadi hati2, kalau dimakan dalam jangka masa yang lama. Adesh muhasabah diri lagi.
(gambar dari google image)

Reseach punya research, cara yang menyelamatkan untuk kelihatan sihat, lakukan senaman. Aku dah mula sikit2 senaman ni. Dok tingkat 5, hari2 aku naik turun tangga. Malas memang la aku malas, tapi kena rajinkan diri untuk jadikan diri ni tak malas. Minggu lepas, aku dapat peluang untuk lakukan sesuatu yang memang aku nak buat. Apakah aktiviti itu...? 
(gambar dari google image)

Walaupun aku ni tak pandai berenang, aku cuba la juga untuk berenang. Mengah memang mengah kerana aku adalah S****R tegar. Kesempitan ruang pernafasan ku sangat2 terasa bila kat dalam air. Tapi itu bukan penghalang buat aku untuk aku teruskan usaha untuk menurunkan berat badan. Selain dari itu, aku mula biasakan diri untuk bangun pagi. Kalau dulu, bangun bila matahari meninggi, kali ni biasakan bangun seawal mungkin. Semata2 kerana apa...? 
(gambar dari google image)

Berjoging, untuk membakar lemak yang ada. Fuh, memang liat lemak2 ku mau terbakar kerana, peluh yang kuar tidak sehebat mana. Kahkahkah. Usaha lagi.

Oleh itu, aku juga kena mula berpantang makan. Makanan yang aku makan pula perlu seimbang. Kikikii

P/s Selamat Noyen... (",)

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs