♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidiladha

No comments:
Selamat Hari Raya Semua... Hehehe Aku tak kemana Raya kali ni. Tak balik rumah Mama seawal seperti sebelumnyer pun. Bukan mahu jadi anak yang durhaka, tapi keadaan yang berlaku dalam hidup aku sejak kebelakangan ini, buat aku takde mood nak beraya sakan. Jadinya lebih baik aku mengelak dari aku balik rumah Mama dan bermuka dengan Mama kan. Logic tak alasan aku nih (",)

Kisah aku pagi raya ni bangun tido pukul 11.00 pagi, Ej bangun dan buatkn sarapan pagi. Breakfast apa ye... Ej buat Sandwish (",) dengan Nescafe (",) harum semerbak rumah aku dengan bau Nescafe tu. Konon tak mau tido lagi la. Namun selepas habis makan, bantal ngan tilam panggil aku tok smabung tido. Sudahnya ZZzzzzzzzzzzzzZZZZZZ (",)

Pukul 3 petang aku baru bangun lik. Bersiap2 mahu pergi rumah Mama. Peh sedap betul menidurkan diri ni kan. Well ada yang gelarkan aku RATU TIDUR. Hehehe biasa la kan kalau dapat tidur itu satu nikmat yang amat best sekali. Lagi la aku lately ni kurang na tidur kerana munculnya cerita2 yang sensasi dari anasir2 luar yang tak aku perlukan. Minta maaf memang cerita itu aku tak perlukan dalam hidup aku. Kerana aku sudah dewasa....

Setelah berjanji dengan Uncle, pukul 4.00 petang Uncle jemput aku ngan Dato' kat Damai untuk pusing beraya. Destinasi yang pertama, balik rumah Mama Puchong, yakni rumah orang tua aku. Dek kerana kebuluran, tak fikir apa dah, tau2 terus cari makan (maklum la baru bangun tidur kan) ....................... Tengah makan masing2 senyap. Apa menunya, seperti biasa la kan kalau raya2 ni Mama akan Ayam Masak Merah, Sambal Sotong, Dan Sayur Lodeh makan dengan Nasi Impit. Tahun ni takde Nasi Minyak. Jemu mungkin heheheheee.

Dah setlle makan da puas berehat sebentar, destinasi yang seterusnyer adalah ke rumah Mak Gasing, yakni rumah orang tua Dato'. Menu apa ye yang Mak masak. Hmmm kegemaran aku dan Uncle...Laksa... Walaupun baru past makan kat rumah Mama, dan bertambah2 makan. Dek kerana menunya Laksa, kenyang berkat makan kat rumah Mama tadi hilang da. Aku ngan Uncle sampai bertambah2 Laksa. Ada la dalam 3 mangkuk (",) Peh... Berselera abis aku melantak Laksa Mak buat ni... Aduhai ngah megarang ayat ni pun aku dok terliur2 da...(",)

Lepas  Maghrib Aku, Dato' dan Uncle menuju ke destinasi yang seterusnya, ke rumah Umi Klang, yakni rumah Umi Niece. Sampai kat sana dekat pukul 9 malam lebih gak kerana aku ngan lain2 dok runner kek untuk Linda. Celebrate In Advance... Makan apa kat sana eh... Nasi Impit, Rendang Daging dan juga Kerang... Nyum2...Demok aku da...

Dekat 10.00 malam beransur pulak nak ke Seremban. Rumah Mak Uncle. Hehehee Family Uncle takde kat Seremban. Mereka semua pergi Kelantan. Beraya kat rumah Along Uncle kat sana. Mana aku tahu mereka beraya kat sana, Uncle yang bagitahu tau. Hehehe jadi Uncle balik hanya sekadar untuk tengok rumah. Tolong siram pokok bunga Mak, takut layu nanti. Harharhar... Anak Mak Uncle ni. Bagus...

Sampai Seremban kena migraine pulak. Kepala aku masak di ketuk2 dengan hammer rasanya. Sudahnya aku telan Cafegot, basuh rambut dengan ais, minta jasa baik Dato' ngan Uncle urut sikit baru lega...

P/S Rupanya migraine itu pasal aku tak minum Nescafe satu hari ni... Ble da dapat minum hilang migraine aku...(",)
My Saudara... I Love U
My Sibling... I Miss U

Sunday, November 22, 2009

TahNiah BuaT AboY & EmY

No comments:
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT
 MOHD AZLI & ELMY ZALINA
YANG TELAH SELAMAT DIIJABKABULKAN PADA
21 NOVEMBER 2009
SEMOGA IKATAN INI AKAN LEBIH BERMAKNA, DAN DIKURNIAKAN ANAK YANG COMEL DAN BIJAK2 BELAKA.
AKU DITEMANI OLEH







P/S Aku bila lagi eh...(",)

Thursday, November 12, 2009

SudaH2 La

No comments:
Lama tol tak update blog aku ni. Lagipun terlalu banyak masalah peribadi yang sukar + susah diluahkan berlaku sejak kebelakangan ni. Aku pun tak tahu la apa yang harus ku buat, bila keadaan seakan berpecah belah dek kerana banyak lak informer yang tak diperlukan mula bersuara lantang. Paling aku tak faham kenapa mesti bercakap benda yang sama. Yang penting itu adalah masalah peribadi aku yang aku mahu selesaikan sendiri menggunakan otak aku sendiri. Malangnyer perkara itu berulang2 lagi. Sesak dada aku memikirkan.

Terpaksakah aku untuk berkawan? Tak pernah aku terfikir dalam kepala otak aku yang kurang bijak ini, untuk rasa terpaksa berkawan dengan orang. Apa yang aku tahu sekiranya aku berasa selesa dengan seseorang itu, ikatan itu akan terus kekal. Dan hubungan itu akan aku jaga sebaik mungkin. Segala halangan dan rintangan akan aku hadapi dengan tenang.

Bagaimana kalau hubungan itu diganggu? Lumrah dalam hidup berkawan ada pasang surutnya. Mengumpat mengata, ambil tahu. Berkawan dah macam satu keluarga kan. Jadi secara tak langsung bila tercubit kaki kiri kaki kanan akan terasa. Tapi bagi aku cukup kalau tahu cerita dan simpan cerita sebaik mungkin. Apatah lagi sesuatu yang dikatakan rahsia sepatutnya menjadi rahsia. Kenapa perlu menyibukkan diri dan keadaan untuk megambil tahu atau bercerita tentang seseorang tanpa pikirkan air muka seseorang itu. Perkara yang mengaibkan, jangan la sekali2 dicanang. Pernah kah terfikir seandainya anda ditempat orang yang dicanang itu? Apa yang anda akan lakukan.

Aku kehilangan "Sibling" yang pernah bersama satu ketika dahulu. Tapi sibling itu hilang tiba2 disaat aku perlukan tempat untuk mengadu. Siapa disebelah aku saat aku terduduk ketika itu. Seorang pun tiada. Dan aku bangun dan teruskan hidup, gagahkan diri untuk terus hadapi kenyataan da ujian yang datang ni. Alhamdulillah aku berjaya tempuhinya walaupun sakit dihati tak tertanggung azabnyer. Kemana aku melangkah cerita itu masih berulang. Kemana bawa diri, disitu masih ada cerita yang menjadi kontroversi. Rimas aku dengn keadaan ini. Kenapa mesti cerita aku tentang aku dan hal aku. Aku kurang faham dan kurang mengerti apa yang terjadi sebenarnya. Ya Allah ku akui kesilapanku, dan berikan aku petunjukmu.

Aku masih bernasib baik walaupun aku dibiarakn jatuh terduduk, mereka masih bersama aku. SAUDARAKU yang tak jemu2 bagi aku nasihat dan kekuatan. Kekuatan yang diberikan bukan untuk membandingkan sesiapa. Kekuatan yang diberikan untuk aku buka hati muka minda untuk terus menerima kenyataan yang ada. Kekuatan yang diberikan untuk aku terus melangkah kehadapan, dan bukan lagi berpatah balik kebelakang. Aku besyukur walaupun pelbagai negatif tentang diri aku, mereka masih sentiasa disisi. Aku bersyukur padamu Ya Allah...

Segala yang terjadi ada rahmat yang tersendiri. Aku disini masih terus berjalan dan mencari kedamaian. Aku tetap bersyukur di atas segala ketentuan.

P/S Setia disisi

Monday, November 9, 2009

LiRik LaGu UnTuk Minggu Ini - Puisi Tentang Seseorang

No comments:

Melly Goeslaw - Puisi Tentang Seseorang

Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku..
Ku lari k pantai kemudian teriakku..
Sepi, sepi dan sendiri aku benci..
Ingin bingar aku mau di pasar..
Bosan aku dengan penat..
Seperti berjelaga jika kusendir..

Pecahkan saja gelasnya biar ramai..
Biar mengaduh sampai gaduh..
Ada malaikat menyulam jarring laba-laba belang d tembok kerato..
Kenapa tidak ko goyangkan saja loncengnya biar terdera..
Atau aku harus berlari ke hutan..
Belok ke pantai..?

Bosan aku dengan penat..
Dan enyah saja ko pekat..
Seperi berjelaga jika ku sendiri..

Saturday, November 7, 2009

Adie... MekAsiH

No comments:
Hari ni, Sabtu 07 Nov 09 tepat pukul 11.05am, aku terima bungkusan dari seseorang yang aku kenali agak lama dalam internet. Siapa dia, dia adalah Adie. Aku amat teruja dengan bungkusan itu. Dan buat aku tersentak buat seketika. Apa Isi Bungkusan itu...
 
(",) Khalimah Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W Mengingat aku padaNya yang maha Esa. Terfikir aku sejenak... Apa maksud disebalik hadiah ini (",) 

P/S Jodoh ditangan Tuhan

Monday, November 2, 2009

PenAnG o' PenAng

No comments:
Settle je WHITE & RED PARTY aku, Dato', Niece, Nephew, n Uncle bertolak ke PENANG.
Yeah, plan last minit yang dirancang. Huhuuu... Sampai Penang dalam pukul 5.30 pagi. Kerja giler yang da lama tak buat... (",)
Walaupun masing2 da mengantukkan (masih mengantuk ke aku waktu itu...hehehe) tetap memberi pose yang terbaik... Terbaik dari pantai...Actually kitorang ni menunggu member yang berjanji tok breakfast sama. Tunggu punya tunggu, mereka pun sampai. Mencari tempat untuk makan, pusing punya pusing, jumpa juga. Makan kat ne, M'cdonald. Ahaks... Kedai yang lain tak berapa nak buka da... (",)
Makan punya makan waktu bersurai. Group lagi satu tu, nak ke Cameron Highland. Jadi berpisah disini, insyaallah jumpa di lain kali. Cewahhh... Tak lupa snap dulu eh... (",)
Sebelum berangkat, hati sok tengok keadaan enjin. Jadi lebih baik check dulu dari berlakunya apa2 yang tak diingini. Sambil2 itu, snap..snap..snap lagi... (",)

Eh...mana Nephew...? Selalu takde dalam pic tau... (",)
Destinasi seterusnyer adalah ke Pantai Feringgi. Nak kasi Uncle dengan Dato' tido dulu. Kerana hanya mereka berdua yang drive. Hehehe Yang lain drive mata jew. Ups...Sementara mereka tidur. Aku macam biasa la kan menghabiskan masa aku dengan cara aku sendiri. Hehehhe... (",)

 
Uncle da bangun. Yeayea... Jadinya dia yang tolong snap pic ni. Yeeehaaaa *acctually banyak pic, tapi yang terpilih je la yea... (",)
Da mandi da wangi...  (",)
Shoping time cari jeruk kat Chowrasta. Nak cari jeruk... Nak cari jeruk... Nak cari jeruk... (",)
  
Shoping sakan sih... Erk aku lupa nama jalan nih... Hehehehe.... (",)


 
 Lepas shoping sakan, lagipun macam nak hujan jew kan, gerak terus ke rumah kawan Uncle kat Masjid Negeri Pulau Pinang yang baru bersalin. Plan sebenar nak pergi naik Bukit Bendera, tapi khabar angin mengatakan tak leh naik pulak, pasal tengah renovation.. So... Redah je la rumah Azira. Redah mana sempat jer... Sampai rumah Azira, bapak yang kerja kat situ kata boleh naik. Takde masalah pun, aku dok pandang semua orang dengan muka kecewa. Dalam hati, frust menonggeng aku. Alahai...~~ (",)
Nasib baik ada Harith, pengubat kekecewaan yang ada pasal frust tak dapat naik Bukit Bendera. Perhatikan gambarajah di atas wajah bakal2 Ibu... Hmmm ada gaya tau... (",)

Lepas melawat Harith yang comel itu. Destinasi seterusnya Empangan Ayer Hitam. Sepatutnya, nak jengah Kek Lok Si. One of the tourist spot kat Penang. Ada kolam yang penuh dengan kura2. Tapi tidak kesampaian, kerana kesuntukan masa.
 
Fuh penat time balik KL yea...

Sunday, November 1, 2009

31st SupRise PartY @ SuBaK

No comments:
Chak...da lama aku tak bercerita ni. Jadi aku nak share cerita pasal "WHITE N RED PARTY @ SUBAK". Ikuti jadual aku pada hari itu.

9am - 2pm - Aku masih dirumah Mama. Melayan FB dan Cafe aku. Mama buat Laksa, jadi sebelum keluar, aku jamah Laksa dekat 3mangkuk. Lagi pun itu permintaan aku. Padahal janji dengan Dato' pukul 1.30pm. Hehehe... Kantoi da...
 

2.30pm - Aku da sampai kat depan rumah Dato' masam je muka.. Huhuhu 

3.30pm - Dato' bawa aku pusing2. Ntah kemana arah tah Dato' bawa aku pusing ni. Baik aku lelap mata (panas sakit biji mata aku tau)

5.00pm - Aku da sampai kat Salun Amy Senja. Aku diminta oleh Dato' untuk berhias. Jadi Kak Amy menjalankan tanggungjawab itu. Sementara itu Dato' keluar ntah kemana dia nak pergi aku pun tak tahu la.

6.00pm - Rambut aku da siap teruja seketika aku ni. Walalalaaa 

Ini la rupanya rambut aku dari belakang.

6.15pm - Aku pergi pulak rumah Suzy. Makeup pulak. Alhai. Biasa2 je yak bleh ke. Kata Dato' "Tak Boleh, special untuk awk". Dalam hati aku, apa saja la yang special. Bukan ke aku tak mau sambut. Huhuuu

7.30pm - Da siap makeup. Aduhai berat biji mataku ini. Terperanjat aku tengok muka sendiri, tapi tak leh complain. Dato' yang suruh... Huh

8.30pm - Aku da siap (",) taaaraaaaa



9.00pm - Aku da turun Damai, tunggu kat kereta je. Pasal masing2 jumpa kat sini. Mana la Dato' ni nak bawa aku. Tertanya2 aku dalam hati. Hish...Sementara menunggu...


Aku siap pose dulu dalam keta la kan. Nak buat apa lagi...

9.30pm - Semua yang dinanti da pun muncul. Dan bertolak la ke destinasi....

 10.00pm - Da sampai tempat yang dituju. Untuk pengetahuan korang, sepanjang perjalanan, mata aku ditutup. Jadinya kalau pun diorang tinngalkan aku kat mana2 jalan pun mungkin aku sendiri pun tak tahu mana nak bawa diri. Hehehe


Inilah dia RESTORAN SUBAK.


 Inilah dia.... Mataku masih terikat...(",)




Dek kerana mata aku di ikat rapi, aku di pimpin oleh Dato' dan Niece.


Da sampai... Snap dulu eh...


 Sebelum ikatan mata dibuka...(",)




Ahaks time ni aku berdebar giler. Macam nak menikah rasanya...Huhuuu


 Saat membaca Invitation Card. Cantik giler... Idea sapa la nie...


Time Pulut kuning... Potong jangan tak potong.... (",)


Kek Aiskrim... (",)


 My favourite flower Rosess n Lilies...(",)


My guest... Sue, Baby, Cda n Lobo... I Love U All (",)


My Guest... Ary, Nort, Jai, Yart, Ej

11.00 pm - 1.00 am - Ada lebih kurang 3 game (kalau tak silap aku la) dan juga tayamgan perdana (",)



Sebelum berangkat, bergambar kenangan.


Ucapan untuk semua tetamu ku...
Terima kasih yang tak terhingga atas jasa baik SAUDARAKU sekalian. Walaupun hidup aku di landa Tsunami, korang masih ada waktu untuk aku dan semua ini. Memang aku takkan lupa sampai bila2. Aku tak berharta, cuma yang aku ada adalah KASIH SAYANG yang tak terhingga untuk korang, yang mengerti dan fahami akan diri aku ini. Jangan nilai aku dari luaran. Nilai aku dari dalaman. Pada yang mengerti dan telah mengetahui, wujudnya Tsunami itu, JUTAAN MAAF aku luahkan, bukan niat aku untuk merahsia. Ianya TERLALU PERIBADI untuk dikongsi dengan semua. Pintaku, kita mulakan yang baru, aku akan lebih beringat dan lebih berhati2 lepas ni. AKU SAYANG KORANG.

Bersurai... Mahu ke PENANG... Yeah

P/S Kenangan Terindah... (",)


♥ Aurora Follow3rs