Lama tol tak update blog aku ni. Lagipun terlalu banyak masalah peribadi yang sukar + susah diluahkan berlaku sejak kebelakangan ni. Aku pun tak tahu la apa yang harus ku buat, bila keadaan seakan berpecah belah dek kerana banyak lak informer yang tak diperlukan mula bersuara lantang. Paling aku tak faham kenapa mesti bercakap benda yang sama. Yang penting itu adalah masalah peribadi aku yang aku mahu selesaikan sendiri menggunakan otak aku sendiri. Malangnyer perkara itu berulang2 lagi. Sesak dada aku memikirkan.
Terpaksakah aku untuk berkawan? Tak pernah aku terfikir dalam kepala otak aku yang kurang bijak ini, untuk rasa terpaksa berkawan dengan orang. Apa yang aku tahu sekiranya aku berasa selesa dengan seseorang itu, ikatan itu akan terus kekal. Dan hubungan itu akan aku jaga sebaik mungkin. Segala halangan dan rintangan akan aku hadapi dengan tenang.
Bagaimana kalau hubungan itu diganggu? Lumrah dalam hidup berkawan ada pasang surutnya. Mengumpat mengata, ambil tahu. Berkawan dah macam satu keluarga kan. Jadi secara tak langsung bila tercubit kaki kiri kaki kanan akan terasa. Tapi bagi aku cukup kalau tahu cerita dan simpan cerita sebaik mungkin. Apatah lagi sesuatu yang dikatakan rahsia sepatutnya menjadi rahsia. Kenapa perlu menyibukkan diri dan keadaan untuk megambil tahu atau bercerita tentang seseorang tanpa pikirkan air muka seseorang itu. Perkara yang mengaibkan, jangan la sekali2 dicanang. Pernah kah terfikir seandainya anda ditempat orang yang dicanang itu? Apa yang anda akan lakukan.
Aku kehilangan "Sibling" yang pernah bersama satu ketika dahulu. Tapi sibling itu hilang tiba2 disaat aku perlukan tempat untuk mengadu. Siapa disebelah aku saat aku terduduk ketika itu. Seorang pun tiada. Dan aku bangun dan teruskan hidup, gagahkan diri untuk terus hadapi kenyataan da ujian yang datang ni. Alhamdulillah aku berjaya tempuhinya walaupun sakit dihati tak tertanggung azabnyer. Kemana aku melangkah cerita itu masih berulang. Kemana bawa diri, disitu masih ada cerita yang menjadi kontroversi. Rimas aku dengn keadaan ini. Kenapa mesti cerita aku tentang aku dan hal aku. Aku kurang faham dan kurang mengerti apa yang terjadi sebenarnya. Ya Allah ku akui kesilapanku, dan berikan aku petunjukmu.
Aku masih bernasib baik walaupun aku dibiarakn jatuh terduduk, mereka masih bersama aku. SAUDARAKU yang tak jemu2 bagi aku nasihat dan kekuatan. Kekuatan yang diberikan bukan untuk membandingkan sesiapa. Kekuatan yang diberikan untuk aku buka hati muka minda untuk terus menerima kenyataan yang ada. Kekuatan yang diberikan untuk aku terus melangkah kehadapan, dan bukan lagi berpatah balik kebelakang. Aku besyukur walaupun pelbagai negatif tentang diri aku, mereka masih sentiasa disisi. Aku bersyukur padamu Ya Allah...
Segala yang terjadi ada rahmat yang tersendiri. Aku disini masih terus berjalan dan mencari kedamaian. Aku tetap bersyukur di atas segala ketentuan.

P/S Setia disisi
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^