Cepatnya masa berlalu, Ramadan pun semakin hampir meninggalkan aku dan seluruh umat Islam di muka bumi ini. Sayu pula rasa dihati. Ramadan kali ini, aku memilih untuk relax dari urusan perniagaan. Seperti tahun-tahun yang lepas, aku lebih suka untuk challenge diri aku sendiri dengan membakar dan menguli biskut raya dengan tangan serta tenaga aku sendiri. Macam yang Mama aku selalu cakap...
"Kalau minat/suka sesuatu makanan itu, adalah lebih baik kita tau cara nak buatnya. Walaupun jauh rasanya dengan orang lain buat, sekurang2nya kita mencuba".
Kata-kata itu aku semat dalam otak, dan practik-kannya. Aku buat sekadar mencuba skill diri sendiri. Tak main la nak follow/tiru/challenge dengan orang lain. Kepuasan untuk diri sendiri itu kena ada.
Dalam banyak-banyak resepi biskut yang ada sekarang ni, aku lebih suka dan teruja dengan biskut-biskut raya dahulu kala. Siapa tak kenal dengan biskut mazola/kacang. Macam nak buatnya pun kacang baitu. Kacang tak kacang, aku tepekkan resepi kat sini gak.
Resepi Biskut Kacang Mazola
500 gram kacang tanah480 gram tepung gandum
20 gram Tepung jagung
380ml minyak jagung (Mazola)
280 gram gula castor
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 biji kuning telur dicampur dengan pewarna kuning ( untuk di gliss ).
Cara-caranya
1. Kacang tanah ( goreng tanpa minyak- disangai) , blender hingga hancur.
2. Satukan gula castor, kacang tanah, baking powder dan tepung gandum, kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit, gaul sebati. pastikan adunan boleh dikepal.
3. Bentukkan bulat-bulat kecil dan tekan permukaan biskut ini dengan jari, ulang langkah tadi sehingga semua adunan habis, akhir sekali gliss dengan kuning telur dan lekatkan dengan kacang tanah sebagai hiasan, Bakar pada suhu 175 - 180 darjah selama 25minit atau sehingga permukaan biskut perang.
4. Sejukkan atas redai
5. Simpan di dalam bekas yang kedap udara
Hasilnya, dapat la menyiapkan satu balang botol. Anggaran dalam 100biji gitu. Ikutla acuannya kau orang juga.
Yang keduanya, aku pilih untuk mengulii biskut semperit.
Biskut Semperit
Bahan-bahan
300gm mentega
160gm gula aising
100gm tepung jagung
160gm tepung kastard
240gm tepung gandum
2 biji kuning telur
Cara-cara
1. Pukul mentega dengan gula
aising sehingga kembang
2. Masukkan kuning telur dan
kacau sehingga sebati
3. Masukkan semua tepung, gaul
& uli sebati
4. Terap adunan dan bakar pada
suhu 150c untuk 20minit
Hasilnya, aku dapat 1balang juga. Lebih kurang 100biji juga. Bergantung pada saiz yang kau orang mahu.
Jumpa lagi dilain cerita. Bye-bye ;)
Monolog: Sempurnaaa