♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Thursday, July 18, 2013

July Dan Ramadhan 2013

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Hai there *lambai-lambai mesraaaa...

Sihat uolls????? Harapannya sihatt walafiat lah hendaknya. Aku??? Sebelum jerebu, sedang jerebu, dan jerebu dah menghilang masih lagi diserang asthma yang entah macam mana leh melekat lama kat dalam badan ni. Pun begitu tidak la menjadi penghalang untuk aku datang kerja dengan rajinnya tanpa minta medical certificate yang aku boleh dapat bila-bila masa. Well kerja pun kat klinik kan. Senang aje nak dapatkan sijil tu. Tapi aku tak kuasa sangat la nak mengada-ngada nak mc. Cukup la merasa 6bulan mc beberapa tahun yang lepas. Dah cukup puas rasanya. Eceh... Yang sebenarnya selagi gagah, datang la kerja tak gitu :D.


Dah masuk July. Aku belum buat apa-apa entry. Rasa malas nak menulis pun ada. Sebabnya, kerja-kerja aku banyak yang nak kena urus kat klinik ni. Nak sediakan dokumen-dokumen yang perlu disediakan menjelang waktu-waktu penutupan account tahunan. Sigh! Lemau aku kalau kira-kira nombor, ubat dan blablablaaa. Dah rezeki caranya begini. Alhamdulillah syukur.


Bulan puasa pulak kan. Its Ramadhan. Sedar tak sedar dah sembilan hari kita berpuasa. Amacam? Seronok??? Mesti la seronok ye kan. Dapat singgah bazar hari-hari mencari pelbagai juadah untuk berbuka dengan senangnya. Main tunjuk-tunjuk tak gitu. Tak kurang juga, pada yang nak menambah rezeki dengan berniaga. Time-time begini la nak dapat income extra ye kan. Tak lupa gak, yang bersungguh-sungguh nak beribadah. Yang mana satu pilihan kalbu????

Pada aku tahun ni aku berazam tak berapa nak jejak bazar. Kalau boleh berbuka dengan family dan masak aje kat rumah. Jemu lah makan kat luar. Lagipun masak sendiri kan puas hati. Banyak masa pun aku berbuka dekat klinik. Klinik ni dah jadi rumah kedua aku dah. Huahahahaa

No business for this year. Berbeza dengan tahun yang lepas, aku pun ligat mencari income yang lebih, tapi tahun ni aku freeezekan diri. Aku tak buat apa-apa business pun. Bukan tidak mendapat sambutan business aku tu. Alhamdulillah mereka yang pernah membeli dengan aku ada bertanya gak. Tapi, aku takut kalau aku buat, aku tak cukup masa, kerana aku ni di kira standby kat klinik ni. Ye la, salah satu staff aku ni tengah sarat nak bersalin dah. Bila-bila masa baby akan kerluar. Kalau aku teruskan juga mengambil order, aku takut tak terbuat. Adalah lebih baik aku freezekan diri tahun ni. Tahun depan Insyaallah.

Itu ajelah nak cerita. Bye!!!

Monolog: Bersyukur. Alhamdulillah 

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

Related Posts with Thumbnails