♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Wednesday, June 5, 2013

Movie: Fast and Furious 6

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Kau orang dah tengok cerita ni??? Apa pendapat kau orang bila menonton cerita ini???

Aku nak cakap, tak best boleh???

Aku memang suka cerita-cerita bab kereta ni. Walaupun aku ni bukan la rider yang hebat, tapi kalau aku bawa kereta, boleh kecut perut gak la ~poyonya. Tetapi soal isipadu kereta, jangan kau orang berani nak tanya-tanya aku. Aku akan jawab, "Jap aku call mekanik aku". Lol

Kenapa aku rasa cerita ni tak best???

Aku membayangkan cerita ni, sama atau lebih kurang dengan cerita episod-episod yang sebelumnya. Maksud aku, dari segi lumba-lumba kereta, pukul-pukul, kejar-kejar, penyiasatan tu dan sinonim dengannya. Tapi bila banyak sangat aksi pergaduhan dan agak lama bergaduh, aku rasa nak tidur. Serius aku rasa bosan. Bosan nak menunggu bila habisnya part gaduh-gaduh ni. Erk.. Nak cakap apa lagi, boring..

Aku tidur dalam tempoh 15minit...

Bila part racing tu, aku dok berangan la, aku yang memandu kereta tu dan boleh main selit-selit sana sini. Kalau la KL ni free nak race sana sini, aku nak gak join dia orang racing. Ahaa mula la nak test power bawa kereta macam tu kaaaan.. Aaaaaa aku berangan.

Pastu, suara gadis-gadis dalam filem tu, sangat aku suka. Terutama sekali suara husky dan sexy si Letty tu. Walaupun Letty tu tak cantik, tapi suara dia sangat la pergh. Menegakkan bulu romaku. Aku suara suara itu. Aku suka. Aku suka. Aku suka. Suara kita sama. Kahkah

Kau orang leh layan video ini dulu sebelum pergi terjah panggung.


Kau orang suka? Pergila panggung.

Bye!

Monolog: Smile ;)

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

Related Posts with Thumbnails