♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Sunday, October 31, 2010

Kawen kawen kawen

No comments:
السلام عليکم
30/10/10 - Kenduri lagi. Uhh makin buzy body la Yy. Orang lain yang kawen, Yy lak yang over. Biasa la kan, Yy memang over. Bukan Yy yang kawen yea. Abang Yy la. Ala yang baru kawen 2 minggu lepas tu. Kali ni majlis pihak lelaki pulak. Huhuu

Malam Berinai

Bersungguh bekerja oke

Ratu Inai. Lebihan pengantin punya oke, bukan Yy bolot semua

31/10/10 Hari persandingan.

Cantik tak huhuu

Kami dah ready untuk berkerja. Lalalaa

Kami yang gamatkan suasana. Yawww

Nak sibuk juga (",)

Tu dia, SDF dan adik2 juga ada

Bersurai Yeay

Alhamdulillah selesai

P/s Happy sangat2

Saturday, October 30, 2010

Penambahan 1 No!

No comments:
السلام عليکم
Gegeggeee, ye Yy sudah berusia 29 tahun. Hakhak, masih bergetah oke! Tak percaya? Mari la kenal Yy rapat2. Huhuuu.

Bersyukur, masih lagi dapat menyedut udara yang nyaman. Masih lagi mampu melihat keindahan alam. Bersyukur, diberikan keluarga yang bahagia. Bersyukur kerana masih punya kederat untuk mencari rezeki. Beryukur masih di murahkan rezeki. Beryukur atas segala yang berlaku, zahir dan batin. Bersyukur di temukan dengan teman2 yang memahami. Alhamdulillah.


Terima kasih buat adik Yy yang paling Yy sayangi. Kek ni sedap (",)

Pemintaan untuk tahun ini, termakbul. Dimana Yy tak mahu celebrate birthday Yy. Syukur...

P/s Terima kasih

Friday, October 29, 2010

Balik Kampung!

No comments:
السلام عليکم
Sekian lama Yy memendam rasa nak balik kampung, akhirnya tercapai juga. Walau Yy diperlukan saat2 ini, ye la abang angkat Yy kawin, jadi sedikit sibuk. But Yy tetap juga perlukan ruang untuk darah daging Yy untuk pulang ke kampung. Berjaya juga. Amin!

Kenapa Yy beria2 nak balik kampung...? Embah [panggilan nenek sebelah ayah], sakit. Semua cucu2 Embah dah balik. Kecuali adik beradik Yy. Sebelum perkara yang tak elok berlaku. Sebelum Yy rasa ralat, baik Yy balik kan. Bukan minta sesuatu yang tak baik, tapi takdir Allah mana boleh kita jangka. Betul tak?

Sayu dihati bila, Embah nampak kedatangan Yy, terus teresak2 Embah menangis. Ya Allah, lulur jantung melihat air mata dia jatuh. Lagi la Yy ni cengeng orangnya. Cepat juga tercurah. Tapi, untuk tidak mahu Embah lagi bersedih, terus meratap kesakitan yang berlaku, Yy kuatkan juga hati untuk tidak terus biarkan airmata sayu itu terkeluar. Alhamdulillah Yy berjaya kuatkan hati. Pengalaman buat Yy jadi kuat, sehingga tak ada airmata dah. Tapi masuk je bilik air, macam air hujan da.. Huhuu

Ayah dan Embah, tahun 2009

Yy hanya mampu berdoa dari jauh. Semoga kesihatan Embah makin elok. Semoga, Embah masih boleh jalan. Masih boleh aktif seperti sebelum2 ini. Amin

P/s Selagi ada..

Thursday, October 28, 2010

CS ~ Miss u so much

No comments:
السلام عليکم
Poyo!
Mungkin la orang2 akan kata begitu. Tak tahu nak cakap kat sapa, tapi itu la yang berlaku. Giler rindu kat budak kecik sorang ni. BUT, apa la daya Yy yeah nak paksa orang terima Yy. Fuh! Well, try my best untuk buat diri ini rasa dihargai. Tapi, bila orang tak menghargai, apa la daya Yy. Sob.. Sob.. 

-Sekian-

P/s Baik2 Sayang

Bila Rasa ini Macam Rojak!!

No comments:
السلام عليکم
Selamat Pagi Kalian...

Well nuthin much to say. Mood hari ni bercampur baur. Rasa nak menjerit, rasa nak menangis, rasa nak berlari, rasa dan macam2 rasa.. Seperti Astro, macam2 ada. Hooho, sila tekan alat kawalan jauh, untuk tukar saluran pilihan anda. Ngeh!

Sengal! Kind off la. Entah apa lah yang bakal muncul, bila 1001 rasa babas keluar ni. Dup dap dip dop. Ziz zaz zuz zoz. Wacahaaaa tu dia, macam mana nk kasi kuar tu. Segala macam ada. Pikir tentang apa? Tidak ada benda berat yang dok difikirkan. All abaout work, work n work. Personal? I put it far away. Tak perlu fikir, let time deside. Lol!

Segala motivasi diri yang telah ditetapkan seawal bangun tidur jam 6.45pagi tadi [awal bukan], entah kemana perginya. Semua dah main kejar2. Yang tinggal perasaan yang macam2 masih disitu. Tak baik betul la, tinggalkan Yy dengan perasaan begini. Amik la sekali, bawa main kejar2. Reramai sure meriah. Choi!

Okay, walau bakal menyibukkan diri di majlis orang hujung minggu ini, ingin rasanya membawa diri tok keluarga sendiri. Yok! Balik kampung. Ninda wait for me ya!



Macam raya pulak. Ngah ngah ngah!

P/s Alone I Break

Wednesday, October 27, 2010

HOUSEKEEPING MOOD!!

No comments:
السلام عليکم
Selamat Pagi semua...

Hari ni Yy buat sport check kat klinik [tempat kerja Yy la}. Suck!!! Stor klinik da macam apa dah! Semuanya bersepah. Bersepah dengan kata lain, tidak mengikut group ubat yang sepatutnya. Walaweeeei, sangat suka dengan sport check ini. Berkotak2 ubat yang sampai, hampir berbulan2, belum tersusun! Glup sangat suka meyh! Mari tepuk tangan beramai2 meraikan kesakitan hati

Apa la daya Yy ni nak bercakap berkali2, walau secara logicnya, ia adalah tugasan bersama? Kalau la mahu jadi leader as me, okay boleh. Meh la buat kerja Yy. So Yy leh focus dengan kerja2 lain, yang bukannya kerja Yy

Fuhhh! Sangat mendatangkan marah yang tebal dihati. Sabar2... Sabar da lama sabar sehingga membawa ke makan hati. Wow! Best perasaan itu. Huh!

Stop membebel! Chow dulu!

P/s Its okay... 

Sunday, October 24, 2010

Jog! Fuffff

No comments:
السلام عليکم
Berkurun lama, ku tinggalkan pusing satu taman. Ewah... Yy sedang bersiap sedia untuk pusing satu taman. Apalagi joging la. Satu ketika dahulu dok aim tiap2 minggu untuk pusing satu taman, tapi senantiasa je terbantut atas hal2 yang tak dapat nak elak. Tapi kali ini akan tetap proceed walau apa jua keadaan. Melainkan, nyawa Yy dicabut terlebih dahulu. Ups.. Qada' dan Qada tak boleh nak tolak.

So! Yy mahu keluar sekarang. Akan Yy update nak tampal picture kalau berkesempatan nak snap!


Jumpa lagi

P/s Ikutkan aje

The Way You Make Me Feel

1 comment:
السلام عليکم

You make me feel special,
You make me feel new,
You make me feel loved,
With everything you do.


You hold me close when I am sad.
You wipe the tears from my face.
Every time we are together,
It seems like the perfect place.
My eyes light up when you enter a room.
I smile when we are together.
No matter how bad things are,
You always make them better.

I love the way you kiss me,
The way you hold me tight.
I love the way you touch me,
I could be with you all night.

I love the way you can make me laugh
For absolutely no reason at all.
I love how no matter what I do,
You will be there to catch me when I fall.

I just want you to know,
That even though we sometimes fight,
I will always love you!
No matter what, day or night.

Ketahuilah...

P/s Rindu sayang kamu..

Saturday, October 23, 2010

Suprise!

No comments:
السلام عليکم
Sedang asyik Yy dok terjerit2 manja, dalam bilik karaokeYy dihulurkan dengan...


Yy terkesima sekejap

P/s Uhuk

Karaoke Time!

No comments:
السلام عليکم
Yeah Yy sudah ready untuk berkaraoke malam nanti. Dah lama sangat tak menjerit2 manja. Yeaaahhhaaaa. Tapi kan, entah kenapa, perasaan bercampur baur lak. Suka..? No.. Sedih...? No.. Tapi entah la. Susah nak cakap. Nengngada lebey!



Ready for tis song too.. 

Bubbling now... bruuurrrrr bruuuurrrr bruuuurrr

P/s Excited 

Monday, October 18, 2010

Cinta hatiKU... PWINCE..

No comments:
السلام عليکم
Holla... Lately ni, Yy dok bising pasal cinta. Hohoo ya, sudah jatuh cinta ni. Jatuh cinta pada dia yang berjaya curi hati kecik Yy. Untung benar la dia yang berjaya curi hati kecil Yy yang amat keras ni. Siapa..? 

My new baby PWINCE 

Ya, dia sudah buat Yy jatuh hati. Yeahh

Sebelum ni, Yy ada PWINCESS. Ikhsan dari Dr B. Masih lagi berada dalam simpanan Yy dengan baiknya. Cuma, kali ini adalah dari hasil pokek Yy sendiri. Bila dari duit sendiri, lebih dijaga rapi. Hakhak

My lovely PWINCESS tetap dihati

P/s Mekasih

Jatuh Cinta.. Wow

No comments:
السلام عليکم
Lain macam je tajuk Yy ni "Jatuh Cinta". Yy jatuh cinta ke? Hohooo. Benarkah..? Mungkin ye mungkin juga tidak. Hanya Allah je tau kesahihannya. Yang pasti, tidak semestinya jatuh cinta dengan manusia, kadang2 jatuh cinta dengan harta benda, budi bahasa, dan sewaktu dengannya. 

Bila suka, tersengih2 macam kerang busuk. Bila tengok je, malu2 anjing. Bila bercakap je sengan2 silu. Ceh.. Geli lak bila dok cerita pasal jatuh cinta ni. Hahhaa.. Yy bukan manusia romantik. Jadi itu la hakikatnya bila berlakunya keadaan jatuh menjatuh ni. Tapi kan, bila berlakunya keadaan begini, masih geli tak Yy..? 



Hahhaaha tunggu dan lihat aje la

P/s lalalaa

Sunday, October 17, 2010

Fuhhh

No comments:

السلام عليکم
Weekend datang lagi. Hoyey.. Suka2 sangat. Apa nak buat ari ni yeah. Mula2 mari la merendek ke kampung halaman.

Tik tok tik tok.. Owh da pulang ke KL. Harap2 ninda Yy cepat sembuh.

Mood kemas rumah masih ada lagi.

Itu... Itu.. Itu... Mana nak alih ni. Glup

Layan bait2 lagu ini yea



Hahhaha jiwang meh


P/s Be good ok

Saturday, October 16, 2010

Paralyzer..

1 comment:
السلام عليکم

Sambil mengemas layan lagu niyh.. hehhee



Syok ooooo

P/s Relax

MOOD : MENGEMAS RUMAH

No comments:
السلام عليکم
Selamat malam minggu...
Yy baru pulang dari kerja...
Dan baru pulang dari mencari barang2...
Untuk kenduri akan datang...
Masuk je rumah...
Mood nak mengemas membuak2...
Sebelum habuk di rumah kian tebal...
Sebelum sawang kian berkembang...
Sebelum pasir sampai ke dapur...
Ngah2... 
Rumah sekankang kera...
Jadi tak banyak yang dapat diubah...
Buat mana dan la yeah...
Stop dulu...
Yy nak fokus dengan mengemas ni...

P/s Rindu...

Wednesday, October 13, 2010

Big Girl's Don't Cry

No comments:
السلام عليکم

Pagi2 macam biasa Yy akan terjah sana sini. Tiba2 kanYy tersentak bila pergi ke satu page ni. Glup. Tetelan air liur Yy. Dulu kawan tetiba tak jadi kawan. Terkedu sekejap kenapa tetiba jadi macam tu pulak. Mood swing2. Sedih pulak, membawa jatuhnya air mata [ceh cenggeng betul] tetiba jadi macam ni. Apa la dosa dan salah Yy yeah. Bila Yy ikhlas, ini yang Yy dapat. Dilukai, disakiti, dibenci, dibuang apatah lagi.

Tiba2 kuar lagu ni. 



Sampai hatikan. Takpe, orang lain takde hati, Yy tetap ada hati. Apapun terima kasih yea.

P/s Hargai sangat2

Sunday, October 10, 2010

Lambor Kanan, Perak ~ part III

1 comment:
السلام عليکم
Hari Persandingan tiba. 

We r ready

Rombongan sebanyak 11 biji kereta keseluruhannya. Wah meriah tol. Kalau majlis Yy nanti, berapa biji kereta yang escort.  Sedikit syadis, kerana terpaksa berjalan dekat 500meter. Keadaan lorong yang sempit tidak mengizinkan kenderaan kami yang besar2 itu masuk. Sob.. sob.. Habis cair makeup. Lalalla

Keluarga pengantin lelaki 

 Nak juga sibuk

Bersatu
Makan time! Table VIP oke!

Bruppp da kenyang mari balik


Yeah Kuala Lumpur, kami pulang.

P/s No stress

Saturday, October 9, 2010

Lambor Kanan, Perak ~ part II

No comments:
السلام عليکم
Perjalanan yang tidak memboringkan, kerana ikut jalan kampung. Melalui Sabak Bernam dan seterusnya. Masing2 tak mahu ikut tol. Jimat katanya. Walau sesat bagai, nak mencari tempat penginapan yang telah disediakan. Berhenti tepi berkali2 jangan cakap la yeah. Ini semua gara2, masing2 nak jadi kepala dalam konvoi. Tu la... kan da huru hara. Nasib baik Kek Batik yang Yy bekalkan, penyejuk mereka2 yang sedang stress. Kembang semangkuk bila kena puji. Auuuwwwww malu Yy. Setelah ber-pusing, ber-u-turn, ber-reverse, dan adik beradik dengannya, sampai juga dekat asrama yang dicari2. Ye, kami dok kat asrama sekolah. Tua2 ni la baru nak pergi asrama ye dak. Hehehheheee

Walau penat, kami tetap senyum kambing

Segala barang yang berada di dalam van, diturunkan. Zassss teruskan gubahan hantaran yang belum siap, tunjang utama dalam segala hantaran yakni sirih junjung. Ye la nikah lepas asar. Kalau buat dari KL, mau tak layu bunga itu. Tetiba Cda missing in action. Dupdapdupdap, mana lak budak ni pergi. Bab itu, Yy cerita kemudian yea.


Sebahagian rupa wajah hantaran yang ada, dan Kak Uteh yang sibuk dok buat sirih junjung. 

Yy sibuk dok gubah agar2 koktail. Menyelerakan je time2 panas. Hah, adik da muncul. Nanti Yy siasat mana dia pergi. 

Tetiba "Pergi mandi sorang2 bersiap, kang berebut bilik air pulak" suara Mak Ndak soh mandi. Zasss memasing laju je rebut bilik air. Sebelum jeritan Mak Ndak bertambah nyaring.

Tik tok tik tok

Dah sampai kat depan surau, untuk di ijab kabulkan

Gadis Melayu. Pilih2, mana yang berkenan dihati

Pengantin, Lan dan Leya

Mungkin abang Yy ni gugup, setiap kali gengam tangan tok kadi, tersasul2 saat di akad nikahkan. Hish2, dah kasi makan sirih untuk tidak gugup pun jadi begitu. Apa da.. Cakap lambung2, suma oke2. Tu la riak lagi. Pun begitu, setelah dekat 5 kali, akhirnya "sah" juga

Selesai semua, kami serombongan pergi ke rumah penganti perempuan menjamu selera.

Continue lagi yeah

P/s Penat 

Lambor Kanan, Perak ~ part I

No comments:
السلام عليکم
Morning everybody.. Hari ni Yy serombongan menghantar pengantin ke Perak. Well, Yy pun bangun pepagi mungkin supaya tak ketinggalan. Berani la diorang nak tinggalkan YyYy kan orang terpenting <------ baget best punya statement. Abis, kalau tak sikit2 Yy, sikit2 Yy yang disebut2, tak ke penting namanya. Well i am always the best. Menyampah dengan statement itu...? Ada Yy kesah? Bueeeeeeeeeeek

Cukup2 tak payah nak terlebih over bercerita yeah. Memperkenalkan kenderaan yang akan membawa kami ke Perak. Dengan bangganya... Taraaaaaaaaa

Van yang disewa selama 2 hari. Giler syok ooo naik van ni. Wahahaa 

Harus ada kenderaan yang besar untuk memuatkan semua hantaran yang cantik itu, dan segala barang yang diperlukan sewaktu di sana. Pssstt psssttt perasan tak kek Yy, yang warna purple tu. Tak perasan? Sila la baca N3 yang sebelumnya yea. Well crazy in purple, apa aje yang melibatkan warna purple, uh Yy jatuh cinta. Macam mana rupa hantaran tu yeah, nanti2 la Yy tunjukkan. Selow2 yeah.

Sudah berkumpul reramai. Sebelum bertolak, harus makan dulu. Supaya tak kebulur di perjalanan. Gambar rajah di atas menunjukkan adik Yy, Cda sedang rancak berceloteh. Mungkin masih mengigau dikejutkan bangun pepagi. Jadi, Yy yang masih blur++ melayan je celoteh dia tu. Yy pendengar yang setia okey. Bukti, Yy adalah pengemar purple tegar, lihat baju itu, baju purple tu kan. Oh ya, wajah bebas makeup ye. Weeeeeeee

Alhamdulillah, sudah kenyang. Brupppp sendawa bau nasi goreng. Habis diet Yy untuk seminggu yang lepas. Takpe2 mulakan diet semula selepas ini yea.

9pagi ~ bertolak ke Perak. Konvoi sebanyak 8biji kereta.

To be continue yeah

P/s Soul... 

Friday, October 8, 2010

Rewang Oh Rewang

No comments:
السلام عليکم
Dah lama giler Yy tak merewang. Bila dah start merewang ni, rasa seronok pulak. Sila betulkan fahaman bahasa kalian yeah. Rewang yang di maksudkan Yy ni, adalah rewang kenduri ye. Bukan merewang yakni melepak tak tentu hala. Merewang yang itu, tiada lagi dalam hidup Yy sekarang. Hohho

Esok dah nak ke Perak. Jadinya, buat la persiapan terakhir. Kalau N3 yang sebelum ni, Yy runner sana sini. Sekarang ni, Yy dok sibuk2 kan diri menolong apa yang patut.

Beramai2 buat bunga rampai

Anak perempuan mak, sibuk kat dapur

Pengantin lelaki.. Gugup agaknya tak banyak cakap

2 budak nakal, nak tolong2 juga.

Berinai

Yy da kepenatan

Alhamdulillah mana yang perlu disettlekan, dah pun settle semuanya. Untuk pengetahuan Yy pun turut berinai.

P/s Balik packing 

Ini la Dia.. Rupanya

No comments:
السلام عليکم
Masih ingat tak, Yy dok sibuk mencari kek buat hantaran abang angkat Yy yang bernikah esok? Yy bersyukur sangat2 dalam masa, terdekat dan tersuntuk ni, ada juga baker yang sanggup buatkan untuk Yy. Terima kasih Yohana, atas kerjasamamu itu. Lain kali tempah lagi yeah. Kali ni janji, takkan kasi tau last minit. Pun begitu, Yy harap Chef yang sepatutnya buat kek Yy yang terkena denggi tu, cepat sembuh. Lain kali, juga I leh order kek dari U pulak.

Muka stress Ej, abang dia la yang nak nikah esok

Penat2 sangat penat, dok runner sana sini tok persiapan terakhir. Redah jammed yang baeeeeeeeeeeeek punya, untuk ambil agar2. Selesai ambil agar2, redah lagi jammed yang paaaaaaaaaaaaaaannnnnnjang giler tok beli riben. Walaupun jarak untuk ke satu2 kawasan tu, hanya sekentut je <---- meminjam2 kata2 Yart, tapi memakan masa hampir 2 jam untuk balik rumah. Fuffff tertido2 Yy dalam kereta.

Ini la kek tersebut

Yy nak keluarkan dari bekas, tapi seperti susah2 je nak kuar. Hehhe so nampak juga la kan kek tu macam mana.

Cukup2 hadap pwincess dan belog ini. Yy nak sambung rewang.

P/s Excited giler plak Yy ni

10/10/10

No comments:
السلام عليکم
Sepatutnya kalau tiada aral melintang, tarikh ini adalah tarikh Yy ditunangkan oleh jejaka pilihan Yy. Tapi malangnya, hubungan itu terputus kerana tiada lagi seperfahaman dalam hubungan. Jadi tarikh ini, Yy akan ingat sampai bila2. Mungkin juga, tarikh yang di idamkan ini akan bertukar? Tarikh yang mana...? Lalalala tunggu la hati ini terbuka untuk bercinta lagi, tarikh lain yang penuh keramat Yy akan pilih. Wowwww

Masih sibuk dengan persiapan perkahwinan abanag angkat Yy. Nanti Yy update yeah. Nak sambung buat kerja. Esok dah cuti. Weeee

P/s Smile

Thursday, October 7, 2010

Yy dan Rambut Baru weeeeeeeee

No comments:
السلام عليکم
Rambutku yang kembang telah ku kuncupkan. Dan inilah hasilnya cantek tak.

Mereka adik2 angkat Yy. Sayang ketat2 korang yeah

P/s Rasa ringan skali

Wednesday, October 6, 2010

Setelah Penat ~ Open House SDF 2010

No comments:
السلام عليکم
Meriah dan meriah itu yang boleh Yy katakan. Walaupun penat, setelah selesai mengemas, sesi fotografi pun bermula. Walau pada mulanya, mahu perposing sebelum tetamu sampai, dek kerana terlebih waktu untuk memasak, aktiviti ini di tunda ke malam hari.

Inilah aktiviti yang berlaku seletah 2jam berehat

SDF dihatiku..

Model akan datang

Hehhee

Oloh2.. Comelkan

Actually banyak gambar, tapi Yy rasa cukup yang ini je la.

P/s Makan on time oke

Tuesday, October 5, 2010

Damn! Kenapa... Fufff

No comments:
السلام عليکم
"Babe.. Did u get my sms 2 days ago? I'm still in Melbourne and current chef is admitted in hospital for dengue. My restaurant was close on Saturday till yesterday. A new replacement chef came in and he don't know how to bake those kinda cake. So I doubt we can bake the cake unless u wanna change ur concept to a tiramisu or cheese cake .."

Fufff lulur jantung Yy dibuatnya. Dah dapat yang boleh buat cake yang Yy mahu [sila rujuk N3 yang sebelumnya], ini pulak jadinya. Aiyakkk kenapa, mengapa ini terjadi. Ayooo

Enough said, Yy kena cari baker yang boleh buatkan kek untuk Yy. Walau tidak mengikut design yang Yy mahukan pun tak apalah. Janji, simple n cantik.

Boleh ke, baker ni buat untuk Yy, nak hangkut ke Perak Sabtu ni.

Searching... Searching... Searching...

P/s Sudah la sudah

Bengang tahap Cipan!

No comments:
 السلام عليکم
Sakit Hati!
Balik kerja penat2 tengok rumah macam kandang babi!
Sangat marah dalam hati!
Sampah yang berbungkus2, payah nak buang!
Habuk sana sini!
Rambut sini sana!
Fuhhh!
Sangat2 bersepah!
Jangan la kasi Yy menjerit!
Ggggrrrrrrrrrrrrrrrrrr!
Damn Panas Hati

P/s Fuhhh Fuhhh

Monday, October 4, 2010

04/10/10

No comments:
السلام عليکم
Aku di situ
Mendengar
Meneliti
Memerhati
Mendalami
Keadaan yang sedang berlaku

Ada aku disitu
Setiap masa yang terdetik
Setiap kata yang terkeluar
Setiap kelakuan yang terpamer
Setiap hilai tawa yang gembira
Ku cuba mendalami keadaan ini

Aku berada disitu
Saat menanti 
Saat berbual
Saat bergurau
Saat bermanja
Aku diam terpaku

Ya, aku disitu
Selama 12jam tanpa kemana2
Kerana aku tahu
Perkara ini akan berlaku

Ku genggam tangan 
Tanda marah
Menggigil tubuh badanku
Tanda geram
Seram sejuk tubuh aku
Tanda tidak tertahan

Masih ku berdiam diri
Terpaku di tempat yang sunyi itu
Tidak mahu kemana2
Tidak mahu keadaan yang buruk berlaku
Yang pasti
Aku seperti tiada hati
Untuk bersemuka dengan mereka2 ini

Sesungguhnya
Pintu hatiku, kian tertutup rapat
Tidak mahu lagi dikaburi 
Tidak mahu lagi aku tempuhi
Garis2 terluka sakit hati

Adakah ini dendam
Atau prasangka buruk 
Terhadap perkara lepas
Tidak
Aku rasakan tidak
Kerana ku merasakan
Aku kian ditindas

Ada apa dengan 04/10/10
Hanya mereka yang tahu
Yang pasti
Diri ini tidak lagi mempercayai
Kerana
Hati ini sudah tawar

Aku ingin menjauhi

P/s Cukup sudah

Super Duper Friend Open House

No comments:
السلام عليکم

Berminggu2 plan, akhirnya berlangsung juga Open House SDF dengan jayanya. Walaupun jauh, menumpang diteratak orang, yang dirasakan jauh lagi selesa dari rumah Yybersyukur Alhamdulillah, dan terima kasih pada yang sudi datang. Ramai yang tertanya2 apa maksud SDF tu. Meh la Yy bagitahu apa makna SDF tu. Tak ada yang specialnya SDF atau nama penuhnya Super Duper Friend ni. Cuma berlandaskan kawan, base on trust, sharing n caring bermotokan SDF is totally SDF..no ones can break the spells ~Insyaallah kekal la hendaknya hubungan ini amin. Okey puas hati dengan penjelasan..?? Baguuuusss


Berperang dengan dapur dari jam 8pagi dan berakhir jam 12.45pm akhirnya, semua makanan sudah sedia terhidang. Menunya adalah Nasi Ayam Hainan [in house], Begedel Daging [in house], Roti jala [order], Soto Ayam [in house], Agar-Agar Cendo[order], Buah Oren [beli], Air Ros Oren [in house], Kuih Raya [import], Asam Raya [import]. Amacam terliur tak...??? 

We olls as tuan rumah pun dah berulang kali dok rasa, rasa, rasa dan terus amik sepinggan bila dah settle berperang didapur. Fuhhh sangat puas hati, sepeti nak menyambut menantu pulak. Apapun tabik spring kat team yang memasak. Sempoi gile. Apa yang penting, kerjasama yang tak berbelah bahagi itu amat bermakna. Sayang ketat2 kat korang semua.
Kerana kalian, majlis berlangsung dengan jayanya. Terima kasih kerana sudi datang. 

House Closed dalam pukul 7malam. Fuhh penat usah nak kata la kan. Selama ni, buat open house dok kemas depan je. La ni, masuk dapur gaks tolong memasak. Apapun great experience.

Ada lagi sambung sok eh...

P/s Terima Kasih 

♥ Aurora Follow3rs