♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Tuesday, September 28, 2010

Kek Oh Kek!

No comments:
السلام عليکم
Kek apa pulak yang Yy sibuk dok cari ni kan. Al-kisah, Yy ni dok sibuk la nak mendesign kek untuk hantaran. Yy nak kawin da ke..?? Lalalala masin mulut korang kalau itu doa yang korang kasi buat Yy. Amin, tapi kek hantaran ni, bukan untuk YyYy dengan besar hati nak seponser keluarga angkat Yy ni, yang akan bernikah Sabtu 09/10/10. Well, abang Yy nak kawin. Jadinya, sebahagian dari tanggungjawab Yy juga. Kankan.. 


Empat design kek ni, nk dijadikan satu. Hah! Macam mana la tu. Jengjengjeng.. Sapa boleh buat. Meh2 kasi tahu Yy yeah.

P/s Last Minit! Memang tak suka

Saturday, September 25, 2010

5 Open House!

No comments:
السلام عليکم
Holaaa... Sihat semua?? Syukur alhamdulillah kalau sihat. Kalau tak sihat tu pergi klinik ye. Sekarang ni musim cirit birit. Ye la open house tak abis la katakan. Jadi berhati2 la ketika makan. Jangan terlalu berminyak, jangan terlalu berlemak, jangan juga terlalu manis. Banyakkan minum air masak yea. Hehehee Yy juga sempat meluangkan masa makan percuma di bulan Syawal ni. Hari ini aje, Yy ada 5 buah rumah untuk disinggah. Wahh murah rezeki insyaallah..

Rumah pertama rumah artis. Hahaha jemputan dari Yart, so jengah la rumah kawan dia ni. Yang penting Roti Jala dan Laksa dia memang maaaarrrrrrrriiiiii. Kalau bukan kerana pikir ada 4 buah rumah lagi, Yy kasi settle Laksa2 yang ada. Pehhhh memang sedap... Brupp alhamdulillah

Rumah kedua, pula jemputan dari Gyena. Sekali lagi Laksa dia memang maaaaaaarrrrrriiii. Well kalau da hantu Laksa tu, memang tak tolak. Yang menarik rumah tuan tanah ni warna purple. Menggugat iman Yy yang meminati purple juga. Kalau la rumah Yy leh buat macam ni kan best. Hehehhee

Rumah yang ketiga, jemputan dari kawan Yy n Ej. Well kami kan satu sekolah. Kawan Ej kawan Yy, kawan Yy kawan Ej. Menunya, Nasi Ayam. Walaupun perut sudah sendat, tetap Yy dan kawan2 jamah. Rezeki depan mata tak baik tolak kan. Bersyukur apa adanya.

Rumah yang keempat pulak, kami berada di taksa. Hahaha, rumah kawan Yy dan Ej juga. Kali ni, terhidang Lontong Bersyarat. Kenapa bersyarat tu, setiap sorang kena amik 5 biji lontong. Sesudah habis makan, sebelum mangkuk nak di buang, pastikan tunjuk mangkuk tersebut ke tuan tanah. Kalau tuan tanah kata okay, yakni mangkuk tersebut kosong, boleh la di buang mangkuk itu dengan tenangnya. Kalau masih berisi, berdesing la telinga kena bebel. Weeee katanya "Jangan membazir, penat aku masak penuh kasih sayang ni".

Rumah yang kelima, yakni penutup hari. Rumah adik2 kami. Siap berkhemah bagai. Macam nak sambut pengantin da. Kat sini masak Nasi Minyak, Ayam Masak Merah dia, nyummy sangat2. Sampai Yy rasa segan silu lak nak ambil2 berulang kali ewah. Penyengan katanya. Hehehe

Bruppp.... Alhamdulillah, kenyang sudah. Balik dan ZZZZZZZZ

P/s Murah rezeki hendaknya pada yang menjemput

Thursday, September 23, 2010

Pokpok menyerang

No comments:
السلام عليکم
Holla.. Sibuk kah..? Dah lama bercuti bila datang hopis kalut la jadinyakan. Macam dah lupa2 je rutin yang perlu dibuat bila lama sangat meninggalkan kerusi empuk tu. Fuffff mana satu nak setart yeah. Apapun mekasih la kerana sudi menjejakkan diri ke blog Yy yang tak berapa nak gah ni kan. Hekhek

Raya tahun ni memang tak best. Uh dari awal bila terpaksa korban cuti raya, dek kerana bagi peluang junior2 nak cuti [walau sebenarnya Yy berhak terlebih dahulu]. Apalah daya Yy untuk berkata TIDAK, bila tiket flight sudah dibeli. Apalah pula daya Yy bila pelepasan itu diberikan terlebih dahulu dari BosYy untuk mereka. Apalah daya Yy untuk control segalanya. Cewah sesi meluahkan hati dan perasaan bermula. Baca aje la yeah. 


Lagi la Yy rasa sayu, bila salah seorang adik Yy kena chicken pox. Dan sekarang telah tersebar ke seluruh keluarga Yy. Aiseh, ku merasa kesakitan yang mereka2 rasakan ketika ini. Sob sob..

Oleh kerana itu, rumah Yy dikuarantinkan dari kunjungan tetamu. Tahun ni ~TIADA OPEN HOUSE~ kata Ayah Yy Kalau nak datang boleh, tiada halangan. Cuma sanggup atau tidak tetamu Yy share chicken pox yang dah menyerang keluarga Yy tu.

P/s Sharing is Caring sanggup ngan tak sanggup je hekhek

Wednesday, September 22, 2010

Kad Oh Kad

No comments:
السلام عليکم
Selamat Hari Raya semua. Masih mood raya kan. Yea ada yang setuju dengan kata2 Yy. Masih dalam mood hari raya. Mana taknya tiap2 datangnya hujung minggu, Yy masih lagi menerima jemputan rumah terbuka atau dalam bahasa englishnya Open House. Alhamdulillah syukur2 murah rezeki hendaknya buat mereka2 yang sudi jemput Yy datang untuk perabih makan weeeeeeee

Hari ni Yy sedikit migraine. Cholesterol banyak sangat ni, tu yang buat Yy mudah sakit kepala. Huhuuu mulakan semula apa2 yang patut Yy pantangkan. Untuk kesihatan juga berpantang tu.

Sedang asyik urut kepala kat bilik belakang [tempat Yy buat kerja la]. Tt mai dengan dua kad ditangan. "Untuk akak" katanya. "Uh.. Apa ni. Terima kasih Tt" blur jap Yy bila pegang 2 sampul ditangan. Kad jemputan kah? Siapa pulak yang nak kawin kan. Kenapa pulak dihantar kat tempat kerja Yy ni. Jengjengjeng.

Dengan penuh tanda tanya, Yy buka kedua2 sampul tersebut dengan lemah lembutnya. Taraaaa

Yy dapat kad raya rupanya hekhek

Dari siapa la kan. Yy dapat kad raya ni satu dari adik Yy sendiri yakni Lye, satu lagi kawan Yy, Baby Puteri. Terharu Yy rasa, dah lama tak dapat kad hari raya ni. Yela sejak2 zaman dah canggih ni, dok email, sms, mms jerk. Kad2 ni dah semakin dilupakan. Weee

 Kalau dilihat pada tarikh setem tu dicop, kad2 ni sepatutnya dah sampai di tangan Yy awal lagi. Mungkin bayak sangat surat yang perlu dihantar, jadi lambat la sampai di tempat Yy ni. Tapi takpe la, janji sampaikan hehhee

P/s Tak terkata dibuatnya

Sunday, September 19, 2010

SDF di I-City

No comments:
السلام عليکم
Setelah puas menerjah rumah kawan2, SDF berjalan lagi. Kali ni nak sambung shadow yang berjalan separuh jalan. Berikut adalah sebahagian dari picture yang diambil. Teruskan bacaan.. Yehaaa

Ready.. Ngah warm up ni...

Tu dia, walau penat masih boleh senyum...

 In Yellow...

 SDF ~ Super Duper Friend...

Always in character  

Puas sudah.. Mari makan walaupun dah banyak makan weee

P/s Insyaallah

SDF Beraya!

No comments:
السلام عليکم
Raya raya raya... Masih lagi beraya kan. Takde la cerita yang menarik sangat. Nak update la cerita jerk. Hari ni, Yy nak beraya rumah kawan2 YyYy tidak keseorangan beraya, tetapi Yy ditemani SDF

Tak mau cerita panjang2 shortcut aje la yeah hehehe

Rumah pertama yang dikunjungi

Rumah keluarga Yy. Menu simple aje, Bihun Goreng dan juga Air Oren.

Rumah kawan Ej. Menunya pula, Nasi Kuning, Ayam Masak Merah dan Air RibenaTak sempat nak bergambar daaaa.

Rumah kawan Mysta n Gyena, rumah artis hahahaa. Eh Mysta tiada dalam gambar la. Menu rumah yang penghabisan ni banyak sikit makanannya. Jadi Yy tak berapa nak ingat la menu dia apa. Cuma yang penting Mee Goreng dia memang pedas giler.

Yang penting anak tuan rumah ni, boleh makan Mee Goreng yang pedas tu. Nama si comel sorang ni, Cahaya Raisya Binti Luqman Hakim. Sangat berat untuk tersenyum, mungkin belum warm up. Budak kecil la kan, amik masa untuk kenal2 orang. Sangat comel dak mushroom sorang ni. Penat2 we olls yang dok pusing2 ni, terubat juga dengan gelagat dak mushroom ni.

Fuhhh walaupun 3 buah rumah, kepenatan tu tak dapat nak dijelaskan macam mana. Nasib baik la 3 rumah ini berjauhan, masih ada ruang kasih sayang dalam perut ni, untuk di isikan.

Mana mau pergi lepas ni. Tunggu N3 Yy yang seterusnya.

P/s Masih Jelas... 

Thursday, September 16, 2010

Shadow In Penang

No comments:
السلام عليکم
Jam sudah 9 malam, kami masih lagi di Penang. Esok kerja ni, macam lupa diri jerk. Begitu la kami, kalau berjumpa memang lupa waktu sesaja. Cepat benar la waktu tu berusing, tik tok tik tok dah nak masuk hari baru kan. Hehhehee

Sebelum pulang, perlu tinggalkan kenangan. Dek kerana kesuntukan waktu, hanya kawasan2 ini je yang sempat di jejak. Takpe, qada' dilain hari pun boleh

Singgah Padang Kota lama, mari makan dulu. Tak kenyang2 agaknya makan kat rumah tadi. Weeeee Mee Udang tu sedap, tapi Yy tak boleh makan. Masih dalam pantang. Kerang itu, kerang itu membuatkan mata Yy bengkak, selama ni makan kerang takde apa puh. Ceh. Hekhek yang penting laut jadi saksi.

Bruuupppp selesai sudah, jom jengjalan kawasan berhampiran.

Kami memang giler...

Masa amat mencemburui kami. Happy together


Super Duper Friend

Terbaik seyh! Yy takde, pasal pic xsantek r

Sudah 12malam, jom balik KL...

P/s Tenang aje 

Happy Malaysia Day~ SDF at Penang

No comments:
السلام عليکم
Horey Public Holiday lagi. Rata2 semua yang masih mood beraya dan masih bercuti panjang. Elehh Yy jeles tahap KLCC pasal tahun ni Yy tak berpeluang nak merasa cuti lelama macam korang2 yang cuti lama tu. Huh mana nak Yy campak perasaan jeles ku ini. Acah mak enon, Yy bila bercakap memang gempak lebih bukan. BUT ketahuilah apa yang Yy cakap, itu la dia. Takde simpan2 dalam hati yeah. Sesungguhnya apa yang Yy boleh cakap "Ye Yy jeles bila orang bercuti lelama ni"

Dengan bangganya Yy dapat bercuti hari ini. Maklum la, kerja Yy ada masanya tak dapat nak cuti walaupun ianya Public Holiday. Bila berpeluang cuti wahahaha gelak setan. Dengan itu juga, kerja giler pun bermula jengjengjeng.
Geng t-shirt hitam memulakan operasi menerjah
Seawal 4pagi Yy, Ej n Yart da bangun dari tidur. Walaupun tidur kami hanya 3jam , tapi dek kerana plan giler muncul tetiba, gagahkan diri bangun juga. Yang best tu, bangun tido je dah ada orang buatkan breakfast. Thank to my lovely sista, Cda yang buat nasi lemak tok we olls. Hahhaa, statement tak bleh blah. Correction, dia masak nasi lemak tu, pasal dia nak bekal tok pi meniaga la. Apapun, adeq sis pandai memasak. Sedap!

Bukan dekat2 nak pergi okey, kami nak pergi nun jauh di utara. Pun begitu, Yy tak merasa risau kerana kami bertiga boleh gilir2 drive. Cuma kalau Yy yang drive, mulut akan bising sikit. Hahaha jalan tak familiar susah Yy nak redah je. Belum ada keyakinan ditahap mereka2 lagi. Oleh yang demikian, tugas utama di serahkan pada Ej, di temani Yart untuk membawa kami ke Penang. Berhenti di Tapah shift bertukar kepada Yart, dan ditemani oleh Yy
9.30pagi Alhamdulillah, selamat sampai di Penang. Cari makan dulu. Dan suprise.. Hehehe. Sesampai je di rumah yang mahu kami terjah, Yy dan yang lain2 dok rehat2 dan tidur2 dulu. Rehatkan badan yang tegang2. Dapat la tidur selama 3jam. Kalau bagi Yy tidur, Yy tak bangun lagi. Nikmat tidur yang tak terkata. Maklum aje la kan, Yy memang tak cukup rehat dan tidur. 

Kami dah siap untuk melayan tetamu

Tujuan utama Yy datang Penang ni, selain dari buat suprise, selain daripada menghadiri kenduri, Yy amik peluang ini juga, untuk bawa diri selama 24 jam jauh dari KL. Statemant tak boleh blah lagi. Yy akui, kerja Yy agak stress sekarang ni. Jadi, elok la kiranya, Yy kuar jauh seketika. Walaupun kat KL sendiri banyak tempat yang Yy boleh hilangkan stress, tak sama dengan melawat tempat orang. Yy da bosan dengan environment KL.

Rumah sapa yang Yy terjah eh...?
Berkat dari pakatan sulit Yy dengan kawan Yy ni, suprise ini menjadi juga.

Datang jejauh kerana dia..

Sambung nanti yeah ada kerja la.

P/s Nobody 

Wednesday, September 15, 2010

Bicara tentang hati

No comments:
السلام عليکم
Yy hanya wanita biasa
Yang punya kelemahan Yy sendiri, 
Yy hanya ada 2 tangan 2 kaki untuk bergerak,
Dan 1 perasaan untuk Yy jaga, 
Iaitu hati Yy sendiri. 
Yy tak mampu nak bahagiakan semua orang yang minta dibahagiakan,
Yy tak mampu untuk pastikan kebahagiaan itu menjadi milik kekal seseorang,
 Yy tak mampu untuk berikan yang terbaik
Tapi Yy teruskan usaha ke arah itu..
Biar apapun, 
Yy tetap senyum walau Yy seringkali terima rungutan dan keluhan ,
Yang membuatkan Yy tidak berdaya apa2,
 Yy tidak pernah menetapkan sesuatu perkara,
Yy akan ikut apa aje yang berlaku,
Berfikir itu penat
Makan hati itu rebah,
Lebih baik bagi Yy untuk tidak pikirkan apa saja kemungkinan,
Yang Yy mampu hingga saat ini,
Lebih kepada menjaga hati Yy sndri,
Maaf la Yy tak cukup sempurna di mata kamu, 
[jangan lakukan sesuatu yang memungkinkan buat Yy brubah]

P/s Lotsaluv

Sunday, September 12, 2010

U left me with no CHOICE

1 comment:
السلام عليکم
Setiap yang berlaku, Yy tak pernah nak amik pusing pun. Walau Yy tahu, Yy dikelilingi oleh teman2 yang mungkin sukar diterima pakai, tapi Yy tetap bersyukur dengan kedatangan diorang dalam hidup Yy. LOVE ALL OF U SO MUCH. Ya, mungkin ada yang mengatakan Yy dah songsang. BUT, please ya Yy nak kasi tau, Yy songsang atau tidak, hanya Yy je yang tahu. Dan U, please jaga dan betulkan dulu tingkah laku. Opss bukan mendabik dada dengan berkata begitu, BUT apa lah salah kalau berfikiran lebih terbuka...?

Yy sedar tanpa mereka2 ini, Yy mungkin takkan ada ditahap sekarang. Semangat dan pemikiran diorang yang jauh lebih terbuka dan boleh diterima akal [bukan pulak berpihak pada mereka], buat Yy makin bersemangat. Kenapa mereka mampu memiliki, dan kenapa pula tidak pada Yy. Kasih sayang yang ditunjukkan, dan lebih kepada memahami keadaan, buat Yy makin sayang pada FAMILY Yy. Meskipun Yy duduk berasingan dengan keluarga. Tapi Yy agak terkilan, kepada mesti dipandang hina kawan2 Yy, yang Yy rasa tiada salah itu?

Apa yang Yy tulis bukan memandang rendah akan kebolehan kaum Adam. Ya kaum Adam juga ada kehebatan dia sendiri. Yy juga percaya, kaum Adam juga ada cara yang tersendiri. Tapi ini la cara Yy.

He said "U left me with no CHOICE"

Am i wrong dear, if i want to make my life better...?

P/s All the best

Friday, September 10, 2010

Harus!

No comments:
السلام عليکم
Menu di pagi Raya
Sambal sotong
Kari kambing
Sayur Goreng
Nasi Impit
[Yy tak makan Nasi Impit, tapi terpaksa]

Bermaafan dengan Ayah dan Mama

Potret keluarga di pagi Raya

Menziarahi kubur 

Settle zassssssssssss balik kampung yeah!

P/s Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya

No comments:
السلام عليکم

Yy ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin 
Yang mengenali Yy secara langsung dan juga tidak langsung
Pada yang rapat dan yang jauh
Pada yang suka dan tak suka
Pada yang tak sayang dan juga sayang
Pada yang ikhals dan tak ikhlas
Weeeee
Mengenali Yy, inilah Yy
Maaf terlanjur kata tersilap bahasa
Moga berbahagia dihari raya

P/s Suka2 juga tapi beringat la

Thursday, September 9, 2010

KesayanganKu ManjaKu

No comments:
السلام عليکم
Kalau jumpa tepi jalan tengok mereka tidak berperangai senonoh, leh report kat Yy yeah. Nanti ku cubit2 mereka. Ewahh suka2 Yy je kan nak cubit anak orang. Hehehe. Sapa mereka ni...? Meh Yy share sedikit. Mereka adalah adik2 angkat Yy. Maklum aje la, Yy takde adik perempuan. Jadi, mereka2 ni tempat Yy bermanja...


Sayang korang ketat2. Jangan noty2 yeah.. 

P/s Muahh

Wednesday, September 8, 2010

29th Day Ramadhan ~ Semangat Raya

No comments:
السلام عليکم
Sunyi sepi je klinik ni takde orang datang amik medical certificate [mc]. Lallaa kalau ada yang datang tadi pun sorang. Mungkin tak dapat cuti, so amik mc je. Pun begitu, Yy rasa sunyi la sikit. Yy tinggal sorang2 je kat klinik ni bertemankan Dr. Jez yang dok kat dalam consultant room tu. Siti dah pun selamat terbang ke Sabah. Dan kejap lagi Sue pulak balik Kedah. Tinggal la Yy sengsorang kat klinik ni. Waaaaa

Pun begitu, Yy rasa amat2 bersyukur, kerana Family Yy faham akan situasi Yy, yang tak dapat nak cuti tahun ni. Sangat2 bersyukur, sampai tak tahu nak jelaskan macam mana

P/s Amin

Saturday, September 4, 2010

25th Day Ramadhan ~ Al- Fatihah

1 comment:
السلام عليکم
Takziah
Buat teman baik Yy 
Untuk Ej sekeluarga
Atas pemergian 
Pak Ndak tersayang
Moga2 rohnya dicucuri rahmat
Insyaallah

Al- Fatihah

"Yang pergi tetap pergi, dan ia tak kan kembali"

P/s Adeq... Sis rindu

Iftar ~ Boston Cheesecake ~ Uno ~ Cekodok

No comments:
السلام عليکم
Yeah... Iftar bersama SDF di Putrajaya. Pakat nak memasak sama2. Sedikit rushing, tapi alhamdulillah sampai sebelum waktunya. Chef Yart n Chef Ej nak jamu we olls dengan masakan dorang. Ops tak lupa juga Chef Gyena dan juga Chef Mysta. Yy buat apa? Yy tolong2 potong jerk. Kikikiii


Allahuakbar... Allahuakbar.. Azan Maghrib kedengaran, kelam kabut baru nak hidang makan kikiii. Masing2 senyap sunyi menjamah makanan. Maklum la seharian berpuasa, laparkan. Yybertambah2 nasi. Bukan sebab lapar je, tapi makan reramai ni berselera la pulak. 

Alhamdulillah kenyang. Apa nak buat...? Mari tengok berita dulu.

Suprise2 Happy Belated Birthday Gyena (",)

Boston Cheese Cake 

Sedap sungguh melayan kek di atas. Tetiba, "Jom main Uno" disahut beramai2, "Tak reti laa" hahahaa.

Reti atau tidak redah je. Sapa kalah buat cekodok. Tik tok tik tok tok Yy kalah 2x [dorang main teypoo, memang berpakat nak kenakan Yy Uhh]. So kena denda la. Denda buat cekodok di ikuti dengan air mirinda merah [tradisi bila jumpa kot] wahahaa


Makan2 sambil layan Transformer kat TV2. Habis je kat TV2, sambung lak tengok cd Transformer. Yy layan2 juga, lama2 mata Yy terlayan zzzzzzzzZZZZZZZZ

Sekian

P/s Sok nak bawa Mama Shoping

Friday, September 3, 2010

24th Day Ramadhan ~ Adeh la

No comments:
السلام عليکم
Adeh la...
Bengang melanda dihati..
1 1/2 jam je lagi nak berbuka..
Sudahnya..
Arrggghhhh...
Kenapa time2 gini..
PASRAH


P/s hurm

Thursday, September 2, 2010

Karipap ~ Tempayaki

No comments:
السلام عليکم
Menu berbuka tok ari ni
Karipap

Tenpayaki Beef

Syukur alhamdulillah ada rezeki. Nak masuk IKEA pulak. Hekhek

P/s (",)

23rd Day Ramadhan ~ M.A.L.A.S

No comments:
السلام عليکم
Aduh...
Penyakit dah sampai
M.A.L.A.S
Sangat2 malas
Nak buat kerja pun takde mood
Apasal lah kan..

P/s Baju raya dah siap ke


Wednesday, September 1, 2010

22nd Day Ramadhan ~ September

No comments:
السلام عليکم
Yeah September datang lag
Banyak kerja kena settle ni
Invoice lagi dan lagi dan lagi
Medicine stock nak dikira nak dikira
Adeh laaa
Apa pun
Welcome September
Adeh

P/s Kueh raya dah buat??

♥ Aurora Follow3rs