السلام عليکم
Horey Public Holiday lagi. Rata2 semua yang masih mood beraya dan masih bercuti panjang. Elehh Yy jeles tahap KLCC pasal tahun ni Yy tak berpeluang nak merasa cuti lelama macam korang2 yang cuti lama tu. Huh mana nak Yy campak perasaan jeles ku ini. Acah mak enon, Yy bila bercakap memang gempak lebih bukan. BUT ketahuilah apa yang Yy cakap, itu la dia. Takde simpan2 dalam hati yeah. Sesungguhnya apa yang Yy boleh cakap "Ye Yy jeles bila orang bercuti lelama ni"
Dengan bangganya Yy dapat bercuti hari ini. Maklum la, kerja Yy ada masanya tak dapat nak cuti walaupun ianya Public Holiday. Bila berpeluang cuti wahahaha gelak setan. Dengan itu juga, kerja giler pun bermula jengjengjeng.
Geng t-shirt hitam memulakan operasi menerjah
Seawal 4pagi Yy, Ej n Yart da bangun dari tidur. Walaupun tidur kami hanya 3jam , tapi dek kerana plan giler muncul tetiba, gagahkan diri bangun juga. Yang best tu, bangun tido je dah ada orang buatkan breakfast. Thank to my lovely sista, Cda yang buat nasi lemak tok we olls. Hahhaa, statement tak bleh blah. Correction, dia masak nasi lemak tu, pasal dia nak bekal tok pi meniaga la. Apapun, adeq sis pandai memasak. Sedap!
Bukan dekat2 nak pergi okey, kami nak pergi nun jauh di utara. Pun begitu, Yy tak merasa risau kerana kami bertiga boleh gilir2 drive. Cuma kalau Yy yang drive, mulut akan bising sikit. Hahaha jalan tak familiar susah Yy nak redah je. Belum ada keyakinan ditahap mereka2 lagi. Oleh yang demikian, tugas utama di serahkan pada Ej, di temani Yart untuk membawa kami ke Penang. Berhenti di Tapah shift bertukar kepada Yart, dan ditemani oleh Yy.
9.30pagi Alhamdulillah, selamat sampai di Penang. Cari makan dulu. Dan suprise.. Hehehe. Sesampai je di rumah yang mahu kami terjah, Yy dan yang lain2 dok rehat2 dan tidur2 dulu. Rehatkan badan yang tegang2. Dapat la tidur selama 3jam. Kalau bagi Yy tidur, Yy tak bangun lagi. Nikmat tidur yang tak terkata. Maklum aje la kan, Yy memang tak cukup rehat dan tidur.
Kami dah siap untuk melayan tetamu
Tujuan utama Yy datang Penang ni, selain dari buat suprise, selain daripada menghadiri kenduri, Yy amik peluang ini juga, untuk bawa diri selama 24 jam jauh dari KL. Statemant tak boleh blah lagi. Yy akui, kerja Yy agak stress sekarang ni. Jadi, elok la kiranya, Yy kuar jauh seketika. Walaupun kat KL sendiri banyak tempat yang Yy boleh hilangkan stress, tak sama dengan melawat tempat orang. Yy da bosan dengan environment KL.
Rumah sapa yang Yy terjah eh...?
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^