Entry ini panjang berjela... Baca sampai habis
Kenapa pilih Krabi? Majority dari weolls mahukan Krabi. Aku, hanya follow majority. Lagipun, ini juga pilihan Boss selepas weolls balik dari Bali tahun lepas. Pi godek entry-entry yang lepas ye kalau nak tau cerita Bali. I is malas nak tepek banyak-banyak kali. Buat kerja lebih sikik EnCik bawang kalau nak tau cerita terkini I hahaha.
27/7/2017
Selepas settle some paper work, masing-masing dah bersiap nak meronggeng. Jam 1petang waktu Malaysia dah bertolak ke KLIA2, untuk flight jam 4petang. Kali ini chillax je, sebab takde yang mengandung. Tetapi family BAMZ bertambah. Kalau tahun lepas 4orang aje. Tahun ni family dah growing up jadi 6orang. Syabas! Oleh kerana family dah besar, aku dengan rela diri surrender tak mahu masuk campur pasal accommodation. Biar adik-adik yang buat. I is follow, what they choose and agree with any plan. Gituuuuuu. Macam biasa, kalau company trip, memang we olls pakai khidmat Kimi untuk hantar we olls. Jadinya, tak perlu risau-risau. Ngeee
Wefie depan pintu KLIA2
Masing-masing lapar, jadi kita singgah makan Subway dulu sebagai alas perut. Sebabnya, sampai sana pun dah malam. Jadi kita isi perut ala kadar. Biasalah tu kalau pi holiday, tidur tak lena, makan tak selera, exited kata ko. Tapi bila flight dah take off tidur juga ye kan....
*********************************** Here we go, Krabi Thailand ***********************************
The Palace Aonang Resort
Sampai sahaja resort, aku mula tergamam. Aku pandang Boss, Boss pandang aku dengan unhappy face, but aku cuba kawal keadaan dengan baiknya (eh jangan cakap aku kipas susah mati eh....). Tapi itulah, nama sahaja resort, but is more like hotel budget sahaja. Tapi pada aku hotel budget ke motel ke, as long aku boleh tidur, mandi dan rest as much as I can sudah memadai. Yang penting depan resort ada massage centre bersepah hahahha. Yaaaa, travelling is all about experience. Tak cuba tak kan dapat pengalaman kan. Therefore, don't stop exploring, the world is waiting for you. Eceeeh. Check-in settle, kasi refresh 1jam pergi cari makan, dan plan activity untuk keesokannya. Yeeeeeeha
Bangboo Halal Seafood
The Food : Bangboo Halal Seafood
Fuhhhh sedap giler makanan kat sini. Recommended sangat. Lagi-lagi ikan siakap masak lemon tu perghhhhh. Aku dok menaip ni terkecur-liur dibuatnya. Tak menyesal jalan jauh-jauh hahahah. Selesai makan, weolls ada buat game sikit lar, so siapa menang dapat reward. Make some fun, dan yang paling penting table weolls yang paling riuh.
Settle makan, walk back to resort, tidur dan tunggu hari esok. Yeay!
------------------------------------------ The End -----------------------------------------
28/07/2017 - Write the caption... In love with mother nature
Get ready for breakfast !!! Untuk hari yang pertama ni, weolls pilih untuk island hopping and snorkeling. Semalam dah jalan-jalan dah collect pamphlet bagaikan, so weolls decided amik package dari Ao Nang Winner Travel. So we're ready for today woot woot
#kaklongtravel
Ao Nang Winner Travel
Chicken Island - Sebuah pulau yang bila korang sampai je, ada structure batu dan pulau itu sendiri seperti ayam belanda. Mungkin sebab itu dipanggil Chicken Island. Kat sini, tak boleh buat, hanya untuk selfie je. Tak jauh dari sini, baru port untuk snorkeling. Nasib baik takde yang lemas, sebab panic dengan air. Macam biasa, snorkelling untuk 45min.
Poda Island - Waktu lunch, dan kat sini boleh mandi. Lunch weolls dah termasuk sekali dengan package. Jadi jimat, memandangkan masing-masing dah penat dengan snorkelling tadi, kat sini lebih santai sikit, dan lebih kepada banyak selfie. Dunia gadget, semuanya nak simpan sebagai memori.
Phranang Cave, Railay Beach - Di pintu masuk gua dikatakan tempat para nelayan meninggalkan offering untuk mereka memancing, supaya perjalanan selamat. Disini juga terdapat kaki-kaki rock climbing, yang gigih memanjat batu-batu. Syok pulak aku tengok. Dan tak jauh dari sini, dikatakan tempat untuk meningkat kesuburan para pasangan yang sudah berkahwin. Itu kepercayaan disini ye. Terpulang pada diri uolls nak follow atau tidak. Pun boleh juga kalau nak mandi manda disini. Air agak deras rrrr.
Dah seharian di laut, kulit pun dah legam Kikiiii, jadi marilah balik ke resort berehat dan get ready untuk makan malam.
The Food: La Casa
Kali ni, kita berjalan di area beach. Sambil-sambil kita husha barang untuk dijadikan souvenir, sambil husha barbie doll yang bersepah depan Mcd kat sini, sambil tu juga lah kita husha kedai makan. Mabuk laut tadi tak habis lagi, rasanya nak pulak makan malam beranginkan angin laut. Eceh.... Makanya we pilih lah La Casa Restaurant. Restaurant ni, lebih kepada Italian food, tapi weolls ni tekak kampung nak makan la seafood. Tapi rasa makanan kat sini hampeh oh, mungkin bukan signature diorang. Tapi syukurlah ada makanan untuk dimakan malam ini. Macam biasa, ada game lagi malam ni. dan seperti semalam ada rewards menanti creativity masing-masing uhuuu
Family Massage
Dah penat snorkeling dan rescue orang tadi kan? Marilah kita longgarkan urat-urat yang mengejang. Kat sini bersepah massage centre, tak perlu nak pening-pening, masuk je sure kena layan hihiii.
Sudah sedap badan? Pulanglah ke resort dan tidur haha
------------------------------------------ The End -----------------------------------------
Bangun pagi gosok gigi cuci muka dan mandiiiiiiiiiiii. Aktiviti di terukan masih lagi dengan taravel agensi yang sama, Ao Nang Winner Travel.
Wefie sementara tunggu transport
Perjalanan dari resort ke sini, mengambil masa kurang lebih 1jam. Sempat lagi la kalau nak tidur dalam van. Dan perjalanan dari tempat letak kereta nak ke Hot Stream, pun kurang lebih 30min. Ikut pada kepantasan uolls berjalan. Aku cuma takat rendam kaki aje kat sini, sebab nak berendam, semua area penuh. Tapi, aku ambil kesempatan berurut dalam hutan ni. Ada massage juga kat sini tau.
Lepas sahaja Hot Stream, masih lagi dikawasan yang sama, berjalan ke Emerald Pool melalui Sra Merakot. Kat sini lah bila kau berjalan tu kau dikelilingi dengan air warna hijau, tak pasti kalau air tu semulajadi atau pun buatan manusia. Kiranya berjalan kesini macam kau buat jungle trekking, trek yang disediakan oleh pihak management gak la.
Sampai Emerald Pool, nah penuh umat berendam dalam tu, aku macam biasa amik gambar semua orang je. Hahahaha. Adik-adik aku semangat la nak berendam, aku rasa malas nak berendam, peluh jantan pun menitik hebat masuk ke hutan ni. Lol. Sebelum ketempat yang seterusnya, lunch dah termasuk dalam package. So makan duluuuuuuuuuu
Selesai disini, naik van untuk ke destinasi yang seterusnya, Safari Elephant. Dan kali ini, kita masuk kawasan kelapa sawit yang menempatkan beberapa ekor gajah yang uolls boleh tunggangi. Seekor gajah boleh naik dua orang. Jadi bolehlah share bersama-sama. Selesai je pusing-pusing, uolls akan dijamu dengan nenas yang manis. Sungguh aku tak pernah rasa nenas semanis disini sepanjang kehidupan aku.
Selesai! Mari pulang untuk makan malam.
Sebelum makan, kita ambil angin petang di pantai Ao nang. Konon2nya nak tengok sunset, tapi cuaca agak mendung, makanya bantai bergambar ajelah. Oh ya, kalau scroll kat atas tu aku ada cakap pasal barbie doll kan? Sedikit berhati-hati dengan mereka, sebab kalau uolls nak bergambar dengan diorang boleh, tapi kalau diorang dah pegang handphone tu, diorang akan tengok berapa banyak gambar yang diambil dan berapa orang barbie doll terlibat dan dikenakan bayaran. Bukan sesaja ajak selfie ok. Sebab mulanya nak bergambar bersama, tapi bila setiap yang bergambar dengan diorang kena token, errrr ok lupakan. Hahhahaa
Bangboo Halal Seafood
Sebulat suara masing-masing nak makan kat sini, jadi seraaaaaaaaaaaaaang. Selesai makan selesai game, kami terus ambil tuttut untuk ke Krabi Night Market. Agak jauh dari tempat kami, dan rasanya dah lewat waktu kami sampai. Jadi kat sana masing-masing shopping!!!
------------------------------------------ The End -----------------------------------------
30/07/2017 -
Snorkelling sudah, shopping sudah, collect memoeri pun sudah, tiba masa untuk pulang. Waaaaaaaa sedih pulak ye kan.
We're Bamz Angels. Sawadikaaap
Sekian sahaja cerita Krabi. Kita jumpa lagi di cerita travel yang akan datang.
Xoxo