♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Sunday, January 20, 2013

Mandi Bunga : (+) ATAU (-)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Pengelodakan, bergelodak, tergodak, mengelodak...

I pun tak pasti ada ke tak istilah-istilah diatas. Kalau pihak-pihak dewan pustaka merasakan kata-kata itu tiada dalam kamus dewan bahasa dan pustaka, dan menganggap I perosak bahasa, maafkan lah diri ini. Yang pasti apa yang tertulis itu, adalah faham dari diri I sendiri. Eh boleh ke tulis begini. Maafkan saya.

Tapi yang pasti tergelora ini menghimpit sanubari. Erk tekanan!

Apabila diminta mandi bunga oleh si Mama, pasrah dan redha dengan kehendaknya. Dituruti tanpa kata-kata walau sebenarnya, dalam hati membebel tanpa henti. Eh, sungguh I lakukan dengan ikhlas, tapi bubbling tu terus terusan berlaku dalam hati. Hanya Tuhan yang tahu rasa dihati ketika itu.

Kenapa ini semua terjadi? Hanya kerana mandi bunga. Mandi bunga dan hasil dari peng-Google-lan.

Credit Google

Di sudut tradisional, mandi bunga, bagi setengah orang adalah sebagai tanda permulaan untuk mencari jodoh. Disebabkan jodoh yang susah nak lekat, mandi bunga dikatakan mampu menaikkan seri muka, dan mampu untuk menjadikan diri yang 'terlindung' boleh 'dilihat'. Pembuka dan penutup kata yang bertanda harapnya dapat difahami oleh uolls pembaca-baca yang sudi membaca. Tidak la mahu mengrungkaikan apa yang tersirat. Kerana, I memang suka menulis dengan cara yang tersirat.

Di sudut yang moden, mandi bunga juga dapat mengembalikan keaslian dan kewangian tubuh badan secara semulajadi. Dapat mengembalikan kesegaran tubuh badan apabila tekanan kerja yang membuak-buak. Dengan merendamkan badan yang dikelilingi dengan debungaan, dikatakan mampu merenggangkan tubuh badan yang serabut dek bebanan kerja. Tu sebab, kebanyakan spa-spa ada menyediakan khidmat ini. Tak percaya cuba.

Disudut yang negative, I rasa kalau bab-bab jodoh ni kerja yang Esa. I tak rasa dengan mandi bunga ni terjadinya perkara-perkara yang tak terduga. But well, back tu jodoh, ianya masih lagi kerja yang Esa. Redha. Tapi I belum lagi rasa terdesak. Eh kata-kata yang nampak ego. Taaaak taaak I tak ego. How to describe??

Disudut yang positive, ye betul badan terasa wangi dan segar. Jadi tidak salah rasanya untuk mandi bunga setiap bulan. Bagi I, dua-dua benda ni sama aje. Kalau bukan bunga-bungaan tu datang dari bidan, bunga-bunga tu datang dari spa. Asalkan ianya tidak memudaratkan I oke je.

Sekian.

Bye!

Monolog: Kesan dari peng-Google-lan itu, pengelodakan berkurangan :D

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

Related Posts with Thumbnails