♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Friday, January 11, 2013

Jumaat ke-2 2013

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Diam tak diam dah masuk Jumaat yang kedua ditahun yang baru. Apa khabar uolls? Harapnya sihat-sihat sahaja la.

Masuk tahun yang baru ni, makin bertambah pulak kerja I. Tak menang tangan, dan tak tahu yang mana satu  I nak kejar. Yang pastinya, I berjaya tutup account tahun lepas lebih awal dari tahun sebelumnya. Nampak perningkatan disitu. Yeah! Bangga dengan diri sendiri. :p

Dalam pada itu, datang 'sumadak' baru dalam kehidupan salah seorang Bamz Angels. Syukur, Lynn dah selamat bersalin baby girl. Yeay! Rezeki weolls (BAMZ) kata Puan Boss. Me? Me belum kahwin mana leh dapat baby. Dah kawin sok, baru dapat baby. Sok tu bukan esok, tunggu je la bila jodoh tu datang. Doa doa kan aje la.

Seminggu berlalu, I bangun awal dari biasa. Memandangkan MK's pulang ke kampung, I mengambil alih tugas Mama. Kejut dan sediakan sarapan pagi untuk adik bongsu pergi sekolah. Yang jarang-jarang sekali I buat dirumah. Biasanya lepas solat, mesti tidur dan jarang sekali buat sarapan pagi. Ya ya lagi pun I bukannya suka sarapan pagi. Ikut mood aje. Nak makan baru cari, tak cari tak makan la. :p

Menu-menu yang I sediakan dah tentunya makanan orang bujang. Nasi goreng, roti telor, roti peanut butter, naget dan blablabla. Adalah satu hari tu niat nak masak nasi lemak, tapi dek kerana terlajak tidur, makanya mimpi aje la nasi lemak tu . Heeeeee.

Somehow, I rasa macam best pulak sediakan sarapan pepagi. Dengan muka mamai, yang belum dibasuh, capai ceret air untuk masak air, sediakan satu persatu, dan taraaa dah siap less then 20minute. Lama gak eh? Memang la lama, jerang air tu pun dah makan 10minit kot. Sure muka mamai tu cute kan. Oh puji diri tu takpe. Hew hew.

Target dalam hidup mesti adakan. Cakap sahaja tanpa buat apa pun tak guna juga. Sebelum menunding jari kepada orang lain, adalah lebih afdal I betulkan diri sendiri. Tak gitu? :D
Continue my work.

Bye!

Monolog: Redha :)

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

Related Posts with Thumbnails