السلام عليکم
Tertawa sangat apabila membaca link yang di tag pada polan dan polan. Dengan cerita yang makin panas, sangat terang terangan perkara ni ditujukan pada aku. Hmmm tentang apa..? Mari la kita lihat... Klik je link tersebut, maka kalian akan tahu sesorang cuba mengatakan yang aku ni berpenyakit seperti yang tertera dalam link tersebut...
Psychoe
Kesimpulannya apa yang boleh aku rumuskan, SILENT is GOLDEN. Makin aku diam, makin banyak manfaat yang aku dapat. Makin mereka bersuara, makin banyak dosa yang diorang terima. Sesungguhnya, apa yang berlaku sebenarnya adalah hak milik antara aku dan 'dia' yang banyak selindungkan pekung didada. Hanya aku tahu apa yang tersirat di dalam hati 'dia'. Aku simpan kata2 yang pernah dilemparkan pada 'mereka' suatu ketika dahulu. Dan juga segala perancangannya akan datang. Silap la hendaknya, andai aku yang bertindak lebih kejam, kerana aku masih punya hak untuk menentukan. Mahu biarkan kalian merempat dimana2, anytime I will do. Cuma aku belum terfikir untuk buat semua itu, kerana aku masih punya akal. Walau apa yang 'dia' lakukan pada aku sangat la kejam.
Aku tak perlukan kawan yang berat sebelah. Aku juga tak perlukan kawan yang berpura2. Kerana aku bukan hypocrite yang sesuka hati leh main umpat mengumpat di belakangnya. Jadi aku lebih suka menyendiri. Lagi bagus dari beramai2 yang suka ambil kesempatan atas kebaikan. Lagi2 yang tak kenang budi. Tak kesah la budi yang aku dah bagi, yang penting aku ikhlas.
Sekarang aku mencari keikhlasan atas kekurangan diri aku. Moga aku menjumpainya Insyaallah