السلام عليکم
Seminggu lepas biopsy, kena la follow up dengan Dr. Thomas untuk tengok bahagian gigi/sel yang diorang ambil hari tu. Hurm.. Kelewatan sampai walau masih under appointment. Menunggu giliran itu sudah menjadi kebisaan kalau pergi ke HTAR. Ye dak. Hehehhee. Oh ya, result biopsy belum kuar. HuhuuuBengkak semakin susut nampaknya.
Oke, mekasih EJ teman Yy.
Dr. Thomas ni baik la juga kan. Mungkin disebabkan beliau dengan Dr. Bhamini satu batch masa belajar dulu, kira Yy ni beruntung la kot dapat treatment yang terbaik. Ye ke. Ahahaha berangan, ntah2 memang begitu cara Dr. Thomas melayan pesakit2 dia kot. Ehek
Sewaktu biopsy hari tu, Dr. Thomas dibantu oleh Dr. Yong yang cute miut orangnya. Walaupun berbangsa cina, tapi salute giler la bila beliau berbahasa melayu. Fasih ya amat. Sure kawan dengan orang melayu tulin, tak main celup omputih. Ahak
Tapi, hari ni tak nampak pulak kelibat Dr. Yong tu. Cuti kot. Sudahnya, setelah Dr. Thomas bertanya khabar dan melihat bahagian mulut Yy yang bengkak ni, kes Yy diberi pulak pada Dr. Mohd Nury Yusoff. Yy fikirkan Dr. Nury tu perempuan. Ye la nama pun Nury, apa u olls aspect...? Sudahnya lelaki da.... Lembut ko, macam nyah pun ada. Choi jahat Yy ni tau. Perwatakan beliau lembut la. Tetap lelaki sejati, cuma dia jenis lembut + sopan santun. Dan Yy tengok mejoriti Dr2 kat sini memang lembut lah. Hehehhe
Sebelum biopsy hari tu, Dr. Yong tak berjaya untuk ambil darah Yy. Well saluran darah Yy halus+menyorok, agak susah nak buat. Kali ni Dr. Nury mencuba nasib. Biasa la kalau tak cucuk 2-3kali bukan Yy la kan. Habis berlobang lengan2 ni waaaa. Tu la, Yy dah kata ambil darah dari tangan kiri, nak juga cuba sebelah kanan kan dah susahkan diri Yy terpaksa cucuk sebelah kiri. Sebelah kiri, sekali cucuk dah kuar darah. Huh
*Credit to Google*
Lepas tu, diberi surat untuk buat Chest X-ray. Gusi yang nak kena operate kenapa nak kena buat X-ray dada pulak. Prosedure katanya. Ikutkan aje...
Ada 5 X-ray didalam sampul tersebut.
Lepas tu pergi buat ECG. Biasanya ECG ni untuk 35tahun atau ada masalah jantung je yang kena buat. Ni sekarang 30tahun pun kena buat. Prosedure katanya. Buat aje la
*Credit to Google*
So, Yy tengok sendiri, dan dah di sahkan oleh Dr. Bhamini, kedua2 test tersebut normal. Cuma Chest X-ray tu penuh hitam2. Kesan asap rokok. Ahahha. Oke2. Yy dah stop smoking tau. Oh sudah baik. Hehhe
Oke la, Yy nak sambung buat kerja2 yang tertanggunh seminggu yang lepas..
Nah, 2beg kuning untuk Yy. Hehhe. Sebelom tu, makan ubat dulu. Chow bedah :p
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^