السلام عليکم
Menanti hari2 pembedahan semakin hari buat Yy semakin tidak kuat. Biarpun kata2 positive dari keluarga dan kawan2 belum buat Yy rasa yakin. Entah kenapa, perasaan negative dalam diri membuak2. Cuba tenangkan diri pada yang Esa, perasaan gementar semakin kuat menghantui diri.Bila terkenangkan wajah tenang Mama, melayan karenah anak perempuan tunggalnya ini, terasa sayu dihati. Seboleh2nya permintaan anak perempuan tunggalnya ini dipenuhi. Sebut sahaja mahu makan apa, sudah semestinya Mama akan sediakan. Tanpa banyak karenah, bila si anak meminta Mama memanaskan air untuk dituamkan ke pipi yang membengkak, walau mengeluh sakit lutut, tetap bangkit dan lakukan. Oh Mama, seandainya pembedahan itu tidak berjaya, ampunkan salah silap anak perempuan tunggalmu ini.
Kasihnya Ayah, walau tidak menunjukkan rasa yang tersirat dihati. Namun sebagai anak yang lebih memahami, walau segunung tangisan yang disembunyikan, tetap juga dapat merasakan. Jelas terdengar keluhan si Ayah, merintih selepas satu, datang lagi satu ujian yang menimpa keluarga ini. Yy anak perempuan tunggalnya hanya mampu tersenyum dan terus tersenyum. Dugaan hidup Yy terima dengan penuh redha.
Mungkin tanpa sedar, Yy telah melakukan kesilapan. Dan mungkin ini adalah pembalasan. Mungkin tanpa sedar, mulut ini lancang berkata2.
Sepanjang mc 2minggu Yy dok dengar lagu ni aje. Best..
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^