♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"I'd rather treasure an enemy than to keep a friend who's passion is to put me down SECRETLY...." -------------------------------------------------------------- "You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, So I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Wednesday, January 1, 2014

SELAMAT TAHUN BARU!!! 2014

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Hai kau orang. Apa cerita????

Cerita aku cerita yang sama yang berulang-ulang cuma berbeza waktu masa dan perkara. Tahun baru atau pun tahun yang sebelumnya, aku masih berada disituasi yang sama. Cuma sedikit berubah untuk kebaikan dimana aku akan bangun awal pagi untuk pergi kerja. Dengan kata lain aku mahu lebih berdisiplin. Aku harap aku kekalkan disiplin ini sehingga ke hujung tahun. Aku sedikit susah untuk mendapatkan punctuality yang tepat. Kalau lewat pun, akan lewat 9.01am paling teruk 9.15am. Tidak bagus kan. Erk....


Nah! Pembuka kata yang akan menjadi bahan gelakan kau orang. Gelak la supaya rahang-rahang pipi itu memperoleh sedikit pergerakan awet muda. Aku tidak menetapkan apa-apa azam untuk tahun ini, lebih kepada ikut keadaan semasa. Yang pastinya nak jadi yang lebih bagus dari sebelumnya tanpa rasa diri dah bagus. Tidak bagus untuk kesihatan. Hehehhee.

Aku akan pastikan aku tidak lari dari rutin harian aku. Dimana aku akan tetap teruskan aktiviti aku yang telah mengubah corat kehidupan aku. Menjadi lebih sensitif dengan perkara-perkara yang melibatkan kesihatan. Logiknya yang sentiasa aku fikir, "Kalau bukan diri aku sendiri yang menjaga setiap inci kesihatan aku ni,adakah aku peroleh kesihatan yang sempurna dari orang lain?" Kesihatan bukan boleh dibeli-beli, tidak boleh ditukar ganti. Jadinya, adalah lebih baik aku memperliharakan diri dengan sebaik mungkin. Tidak akan aku benarkan kejadian yang pernah menimpa aku berulang lagi. Selari dengan rutin, aku akan pastikan apa yang aku makan pun lebih kepada makanan yang berkhasiat. 


Di tahun yang baru dapat pulak bertambah koleksi mutiara dan key chain aku dari Puan Boss dan Azlin yang baru balik bercuti. Oh oh seronoknya bercuti. Nah! Tahun ini, tahun aku untuk bercuti makanya, aku sebaik mungkin merancang perjalanan percutian aku dengan lebih bermanfaat dan lebih relax. Yang penting, aku tak perlu nak menjadi shopaholic ketika aku bercuti. Tetapi lebih kepada menikmati journey yang indah disamping mencari pengalaman yang baru untuk "kerja" yang baru. Cliche.... Hahaha


Pastikan performance berada ditahap yang memuaskan supaya tidak tergolong dalam golongan yang tidak sihat. Yang penting, aku kena sihat untuk terus menikmati kehidupan yang sihat. Sihat dan kuat.

Sebahagian yang mampu aku harapkan dalam kehidupan.

Bye!

Monolog: With you I wish...

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

Related Posts with Thumbnails