02 October 2012
Entry yang lepas, I ada bercerita tentang Panggilan Haji :). Bertempat di Tabung Haji Kelana Jaya, sebahagian keluarga di pihak Mama berkumpul untuk menghantar Ninda dan Atokda yang akan mengerjakan haji. I yang sedang berkerja, dan ditakdirkan shift full hari ini, sudah gundah gulana. Berharap agak dapat menjenguk Ninda dan Atokda walaupun sekejap.
Berkat berdoa, dan berharap dapat pulang awal, dimakbulkan olehNya. Alhamdulillah, bersyukur yang tak terhingga. Dengan segeranya, minta bantuan rakan baik untuk dihantarkan ke Tabung Haji.
Gambar Atokda tidak sempat dirakam, kerana sedang bersiap sedia dengan ikhram. Moga-moga mereka berdua selamat, dan memperoleh haji yang mabrur. Insyaallah.
Monolog: 26 days to go!
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^