♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"
Showing posts with label RaMaDHan. Show all posts
Showing posts with label RaMaDHan. Show all posts

Sunday, July 28, 2013

Persiapan Raya 2013.. Sederhana

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera...

Cepatnya masa berlalu, Ramadan pun semakin hampir meninggalkan aku dan seluruh umat Islam di muka bumi ini. Sayu pula rasa dihati. Ramadan kali ini, aku memilih untuk relax dari urusan perniagaan. Seperti tahun-tahun yang lepas, aku lebih suka untuk challenge diri aku sendiri dengan membakar dan menguli biskut raya dengan tangan serta tenaga aku sendiri. Macam yang Mama aku selalu cakap...

"Kalau minat/suka sesuatu makanan itu, adalah lebih baik kita tau cara nak buatnya. Walaupun jauh rasanya dengan orang lain buat, sekurang2nya kita mencuba". 

Kata-kata itu aku semat dalam otak, dan practik-kannya. Aku buat sekadar mencuba skill diri sendiri. Tak main la nak follow/tiru/challenge dengan orang lain. Kepuasan untuk diri sendiri itu kena ada.

Dalam banyak-banyak resepi biskut yang ada sekarang ni, aku lebih suka dan teruja dengan biskut-biskut raya dahulu kala. Siapa tak kenal dengan biskut mazola/kacang. Macam nak buatnya pun kacang baitu. Kacang tak kacang, aku tepekkan resepi kat sini gak.


Resepi Biskut Kacang Mazola
500 gram kacang tanah
480 gram tepung gandum 
20 gram Tepung jagung 
380ml minyak jagung (Mazola) 
280 gram gula castor 
1 sudu kecil baking powder 
1 sudu kecil garam 
1 biji kuning telur dicampur dengan pewarna kuning ( untuk di gliss ).


Cara-caranya
1. Kacang tanah ( goreng tanpa minyak- disangai) , blender hingga hancur.
2. Satukan gula castor, kacang tanah, baking powder dan tepung gandum, kemudian masukkan minyak jagung sedikit demi sedikit, gaul sebati. pastikan adunan boleh dikepal.
3. Bentukkan bulat-bulat kecil dan tekan permukaan biskut ini dengan jari, ulang langkah tadi sehingga semua adunan habis, akhir sekali gliss dengan kuning telur dan lekatkan dengan kacang tanah sebagai hiasan, Bakar pada suhu 175 - 180 darjah selama 25minit atau sehingga permukaan biskut perang.
4. Sejukkan atas redai
5. Simpan di dalam bekas yang kedap udara


Hasilnya, dapat la menyiapkan satu balang botol. Anggaran dalam 100biji gitu. Ikutla acuannya kau orang juga.

Yang keduanya, aku pilih untuk mengulii biskut semperit.


Biskut Semperit
Bahan-bahan
300gm mentega
160gm gula aising
100gm tepung jagung
160gm tepung kastard
240gm tepung gandum
2 biji kuning telur

Cara-cara
1. Pukul mentega dengan gula aising sehingga kembang
2. Masukkan kuning telur dan kacau sehingga sebati
3. Masukkan semua tepung, gaul & uli sebati
4. Terap adunan dan bakar pada suhu 150c untuk 20minit

Hasilnya, aku dapat 1balang juga. Lebih kurang 100biji juga. Bergantung pada saiz yang kau orang mahu.

Jumpa lagi dilain cerita. Bye-bye ;)

Monolog: Sempurnaaa

Thursday, July 18, 2013

July Dan Ramadhan 2013

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Hai there *lambai-lambai mesraaaa...

Sihat uolls????? Harapannya sihatt walafiat lah hendaknya. Aku??? Sebelum jerebu, sedang jerebu, dan jerebu dah menghilang masih lagi diserang asthma yang entah macam mana leh melekat lama kat dalam badan ni. Pun begitu tidak la menjadi penghalang untuk aku datang kerja dengan rajinnya tanpa minta medical certificate yang aku boleh dapat bila-bila masa. Well kerja pun kat klinik kan. Senang aje nak dapatkan sijil tu. Tapi aku tak kuasa sangat la nak mengada-ngada nak mc. Cukup la merasa 6bulan mc beberapa tahun yang lepas. Dah cukup puas rasanya. Eceh... Yang sebenarnya selagi gagah, datang la kerja tak gitu :D.


Dah masuk July. Aku belum buat apa-apa entry. Rasa malas nak menulis pun ada. Sebabnya, kerja-kerja aku banyak yang nak kena urus kat klinik ni. Nak sediakan dokumen-dokumen yang perlu disediakan menjelang waktu-waktu penutupan account tahunan. Sigh! Lemau aku kalau kira-kira nombor, ubat dan blablablaaa. Dah rezeki caranya begini. Alhamdulillah syukur.


Bulan puasa pulak kan. Its Ramadhan. Sedar tak sedar dah sembilan hari kita berpuasa. Amacam? Seronok??? Mesti la seronok ye kan. Dapat singgah bazar hari-hari mencari pelbagai juadah untuk berbuka dengan senangnya. Main tunjuk-tunjuk tak gitu. Tak kurang juga, pada yang nak menambah rezeki dengan berniaga. Time-time begini la nak dapat income extra ye kan. Tak lupa gak, yang bersungguh-sungguh nak beribadah. Yang mana satu pilihan kalbu????

Pada aku tahun ni aku berazam tak berapa nak jejak bazar. Kalau boleh berbuka dengan family dan masak aje kat rumah. Jemu lah makan kat luar. Lagipun masak sendiri kan puas hati. Banyak masa pun aku berbuka dekat klinik. Klinik ni dah jadi rumah kedua aku dah. Huahahahaa

No business for this year. Berbeza dengan tahun yang lepas, aku pun ligat mencari income yang lebih, tapi tahun ni aku freeezekan diri. Aku tak buat apa-apa business pun. Bukan tidak mendapat sambutan business aku tu. Alhamdulillah mereka yang pernah membeli dengan aku ada bertanya gak. Tapi, aku takut kalau aku buat, aku tak cukup masa, kerana aku ni di kira standby kat klinik ni. Ye la, salah satu staff aku ni tengah sarat nak bersalin dah. Bila-bila masa baby akan kerluar. Kalau aku teruskan juga mengambil order, aku takut tak terbuat. Adalah lebih baik aku freezekan diri tahun ni. Tahun depan Insyaallah.

Itu ajelah nak cerita. Bye!!!

Monolog: Bersyukur. Alhamdulillah 

Friday, July 20, 2012

Doa berpuasa

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.



Masih ingat doa untuk berpuasa? Pada yang ingat, Alhamdulillah. Pada yang lupa, meyh I ingatkan balik.

Rasanya, rata² ingat niat puasa untuk hari²kan. Yang sebulan, jarang² orang buat. Mari la sama² mengingati. I pun tak berapa ingat niat sebulan tu.

Malam ni dah start terawih. Jom kitee.

Monolog: Seronok

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Esok Puasa!

1 comment:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Semalam dah keluar pengumuman bermulanya puasa. Confirm, 1Ramadhan jatuh pada hari esok. Ya Ramadhan, tersangatla rindunya.

Jadi, kepada yang mengenali I, jauh atau pun dekat, selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelumnya.

Maaf Zahir Batin.

Jom kerja!

Bye!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 29, 2011

Rezeki siapa ni..

No comments:
السلام عليکم


Okey, semua dah siap. Jom masukkan wang raya. Ini bahagian Mama. I punya awal2 I dah masukkan. Berapa isi didalamnya, hanya penerima yang bertuah je tau. Hehehe..

Lepas ni, ada kerja lain yang I nak buat. Cepat2 masa semakin cepat berlalu.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kek Marble

No comments:
السلام عليکم


Seperti yang I janjikan, inilah kek yang I buat petang tadi...

I bangga dengan diri I. Dah lama I tinggalkan minat I dengan dunia kek ni. Bila Mama dah request, I pun buatkan la. Nanti kalau tak buatkan, kecik pulak hati Mama. Dalam masa yang sama, I buatkan juga biskut honey star untuk adik I. Semua permintaan I cuba tunaikan.

Inilah hasilnya. Hasil dari tangan I. Not only talk! Weeee

~ I dapat puji2an tauuuuu bangga seyh!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Kek Raya!

No comments:
السلام عليکم
Kletang kletung srengg sroooong

Nah! Itu la bunyi2 yang ada kat dapur Mama sekarang ni. Sibuk nak menyiapkan juadah hari raya esok pagi. Persoalan yang bermain dalam kepala I ni;

'Confirm ke esok raya?'

'Dah ada pengumuman mohor2 besar ke?'

I tanya Mama, Mama kata malam ni baru pengumumannya. Lorh, kalau esok tak jadi raya, tak best la lauk2 ni. Tak fresh! Itu la I, kalau lauk semalam, memang I tak sentuh. Tak sedap tau.

Mama minta I buat kek. Oke2 I buat.

Nanti I update lagi. Bubye!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, August 27, 2011

Decoration Raya!

No comments:
السلام عليکم


Hello Darlings,

Counting hours! Another 4 hours more to go. Then start longggggg holiday. Hurey!

Decoration yang simple kat tempat kerja I. Hasil kerja adik2 I yang comel2 belaka. Wah! Kakak senior bodek nampak. Eh bukan bodek, tapi appreciate tau. Weeee

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 24, 2011

Biskut Raya #3!

No comments:
السلام عليکم
Hello Darlings,

Currently I'm waiting for my buddy's. Seperti yang dijanjikan, selepas I abis kerja diorang akan datang rumah Mama. Masing2 nak tunjuk skill. But, I rasa. Skill I yang terlebih tunjuk. Hahaha giler kuasa tu biasa kan!

I'm ready to show off my skill wahahaha!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 23, 2011

Biskut Raya #2!

No comments:
السلام عليکم
M back!

Burp! Alhamdulillah, perut masih kenyang. Hari ni berbuka Nasi Ayam Hainam. Uh! Terangkat. Penat balik kerja pun masih terasa. Tapi berkat nescafe secawan, masih segar biji mata ni. Jadi masih bersemangat la I untuk teruskan aktiviti malam ni.

Taraaaa project in progress hehehe. Tahun ni memang ada mood nak buat sendiri. Biasa bertahun2 asyik tunjuk aje. Seingat I, last I buat biskut raya 10tahun yang lepas. Buat pun biskut simple2 aje.

Oke nak sambung skill :P

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, August 22, 2011

Biskut Raya #1!

No comments:
السلام عليکم
Holla!

Biskut raya yang pertama :P

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 21, 2011

Iftar SDF n gang

No comments:
السلام عليکم

M back!

Fuhh! Sunday yang padat dengan plan. Alhamdulillah. Tadi I ada cakap pasal plan Iftar kan. Nah! Port luck jadi pilihan.

Meriah tak?

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, August 17, 2011

Selamat Berbuka

No comments:
السلام عليکم

Sambil menunggu, tak tahu nak buat apa. Makanan pun da siap sedia ada depan mata. Update la apa menu I petang ni. Terima kasih buat kawan I yang menjemput I makan bersama. Siapa lagi nak berbuka dengan I, leh adjust time insyaallah. Weeee

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, August 11, 2011

Diet ON!

No comments:
السلام عليکم
Hello Darlings,

Dah seminggu lebih berpuasa. Rasa macam semalam je I start puasa. Baru I perasan, Ramadhan tahun ni, belum ada entry pasal menu berbuka. Kali ni I cerita k. Hehehe

Eceli, menu ni menu kedua kalinya I makan, yang tak sampai satu minggu pun. Memandangkan perut I tak menentu conditionnya, I memilih untuk tidak makan makanan kat bazar. I jadi takut. Dari heartburn yang biasa nanti heartburn yang luar biasa pulak. Uh ngeri! And sejak I dah ada pengalaman dok hospital, kalau boleh I tak nak masuk lagi. Simpang jauh2. Amin

Enjoy the picture. Selamat berbuka Darlings! Jangan lupa doa makan k. Kekeekeee

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ramadhan

No comments:
السلام عليکم

Hello Darlings,

Entry simple je pagi ni.

Hari ni da masuk hari ke 11 Ramadhan. Pejam celik pejam celik, dah nak raya. Radio pun dah main lagu raya. Haish, terasa plak nak bershopping2 sakan. Tapi kena hold dulu. Road tax my Baby semakin tamat tempoh. Dah settlekan hal Baby, baru la I mulakan langkah bershopping.

Well Darlings, bulan Ramadhan ni bulan beribadah. Sama2 la kita beribadah dan menjaga segalanya agar tidak cacat amalan puasa kita.

Chow Darlings muaaah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 8, 2010

29th Day Ramadhan ~ Semangat Raya

No comments:
السلام عليکم
Sunyi sepi je klinik ni takde orang datang amik medical certificate [mc]. Lallaa kalau ada yang datang tadi pun sorang. Mungkin tak dapat cuti, so amik mc je. Pun begitu, Yy rasa sunyi la sikit. Yy tinggal sorang2 je kat klinik ni bertemankan Dr. Jez yang dok kat dalam consultant room tu. Siti dah pun selamat terbang ke Sabah. Dan kejap lagi Sue pulak balik Kedah. Tinggal la Yy sengsorang kat klinik ni. Waaaaa

Pun begitu, Yy rasa amat2 bersyukur, kerana Family Yy faham akan situasi Yy, yang tak dapat nak cuti tahun ni. Sangat2 bersyukur, sampai tak tahu nak jelaskan macam mana

P/s Amin

Saturday, September 4, 2010

25th Day Ramadhan ~ Al- Fatihah

1 comment:
السلام عليکم
Takziah
Buat teman baik Yy 
Untuk Ej sekeluarga
Atas pemergian 
Pak Ndak tersayang
Moga2 rohnya dicucuri rahmat
Insyaallah

Al- Fatihah

"Yang pergi tetap pergi, dan ia tak kan kembali"

P/s Adeq... Sis rindu

Iftar ~ Boston Cheesecake ~ Uno ~ Cekodok

No comments:
السلام عليکم
Yeah... Iftar bersama SDF di Putrajaya. Pakat nak memasak sama2. Sedikit rushing, tapi alhamdulillah sampai sebelum waktunya. Chef Yart n Chef Ej nak jamu we olls dengan masakan dorang. Ops tak lupa juga Chef Gyena dan juga Chef Mysta. Yy buat apa? Yy tolong2 potong jerk. Kikikiii


Allahuakbar... Allahuakbar.. Azan Maghrib kedengaran, kelam kabut baru nak hidang makan kikiii. Masing2 senyap sunyi menjamah makanan. Maklum la seharian berpuasa, laparkan. Yybertambah2 nasi. Bukan sebab lapar je, tapi makan reramai ni berselera la pulak. 

Alhamdulillah kenyang. Apa nak buat...? Mari tengok berita dulu.

Suprise2 Happy Belated Birthday Gyena (",)

Boston Cheese Cake 

Sedap sungguh melayan kek di atas. Tetiba, "Jom main Uno" disahut beramai2, "Tak reti laa" hahahaa.

Reti atau tidak redah je. Sapa kalah buat cekodok. Tik tok tik tok tok Yy kalah 2x [dorang main teypoo, memang berpakat nak kenakan Yy Uhh]. So kena denda la. Denda buat cekodok di ikuti dengan air mirinda merah [tradisi bila jumpa kot] wahahaa


Makan2 sambil layan Transformer kat TV2. Habis je kat TV2, sambung lak tengok cd Transformer. Yy layan2 juga, lama2 mata Yy terlayan zzzzzzzzZZZZZZZZ

Sekian

P/s Sok nak bawa Mama Shoping

Friday, September 3, 2010

24th Day Ramadhan ~ Adeh la

No comments:
السلام عليکم
Adeh la...
Bengang melanda dihati..
1 1/2 jam je lagi nak berbuka..
Sudahnya..
Arrggghhhh...
Kenapa time2 gini..
PASRAH


P/s hurm

Thursday, September 2, 2010

Karipap ~ Tempayaki

No comments:
السلام عليکم
Menu berbuka tok ari ni
Karipap

Tenpayaki Beef

Syukur alhamdulillah ada rezeki. Nak masuk IKEA pulak. Hekhek

P/s (",)

♥ Aurora Follow3rs