♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"
Showing posts with label Mimpi. Show all posts
Showing posts with label Mimpi. Show all posts

Wednesday, July 11, 2012

Lempang

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

I mimpi lempang orang U olls... Serius, I lempang. Siapa??


Dikejutkan dengan mimpi ngeri. Ngeri pada yang kena tangan I. Sakit2 tangan pada yang kasi tangan. Yang best, siap masuk ICU. Upps giler marah tahap maximun tu namanya. 

Walaupun hanya mimpi, kesannya I terasa sehingga kini. Adakah I bergusti dengan bantal2 dikeliling? Wallahualam, tak dapat nak di pastikan. Tapi kalau ada yang tidur disebelah, besar kemungkinan kena lempang free. Haha

Siapa mangsa kena lempang tu? Jawapannya, samar je rupanya. Nama pun mimpi. Lalalaa

Moral of the story: Sila basuh kaki sebelum tidur dan baca la doa. 

Sudah pergi kerja!!!

Monolog: Dah buat da semua tu, siap minta maaf lagi. Hurm

Tuesday, March 20, 2012

Air itu Rezeki? Benarkah

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

Mimpi itu mainan tidur. Kenapa mimpi selalu, walaupun I ni manusia yang susah untuk mimpi.

Selang beberapa hari ni, I selalu bermimpi. Mimpi tu kadang2 menakutkan.

..........

Di satu pulau yang tenang dan setenang2nya, I berdiri dan bersyukur ke hadrat Illahi. Indah ciptaanNya yang tiada tolak bandingnya. Bertafakur seketika sambil memejamkan mata. Menikmati bau air laut yang segar. Desiran yang merdu. Burung menyanyi riang. Alhamdulillah, masih berpeluang bernafas dengan tenang. Amin.

Tiba2 datangnya angin yang kuat. Burung2 terbang bertempiaran. Datang satu bunyi yang amat kuat dihadapan. Bila dibukakan mata, Astagfirullah. Apakah ini tsunami?!


Thank's Google

Pandang ke kiri dan ke kanan tiada siapa. Hanya I sendirian. Mana pergi mereka? Panik dan...

..........

Terjaga dari lena. Degupan yang I rasa sewaktu menulis ni, serupa dengan sewaktu I terjaga dari tidur. Bila research2, mimpi air tu rezeki.

Benarkah? Wallahuallam

Tataaaaaa


Friday, March 16, 2012

Mimpi itu..

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Jumaat yang indah, sejuk2 pagi ni kan.
 
Thank's Google

Bangun tidur seawal 6pagi. Takkala itu azan subuh berkumandang. Alhamdulillah berjumpa lagi hari Jumaat. Dek kerana "off" mata yang dah tercelik itu, layu kembali.

..........

Dipagi hari yang indah, saat nak bersiap pergi kerja, seperti biasa I akan makeup sesimplenya. I tak suka makeup tebel2, rimas. Saat tengah makeup tu, ternampak la sesuatu yang kurang enak dipandang. Jari yang menggatal pun terus pantas nak tarik kulit yang mengelupas.

Bila da sedap tarik, tiba2 kulit tersiat seperti sepotong daging sebesar tapak tangan. Jadi nampak la rongga2 didalam, iaitu gigi dan gusi. Masyaallah. Kenapakah jadi begitu. Menangis tidak, meraung pun tidak, tergamam ya.

..........

Terus terjaga dari lena. Subhanallah, I bermimpi u olls. Apakah tandanya itu?

Oke bye

Friday, March 11, 2011

Bila saya ajak...

2 comments:
السلام عليکم
*Credit to Google*
"Awak jom kita tunang"

Kata Yy pada Si Dia. Terpinga2 Si Dia membalas.

"Apa mimpi ni, tiba2 je. Tak nak kenal dulu ke"

Dengan penuh mengada2.

"Tunang adalah proses pengenalan kita"

Si Dia hanya tersenyum.

Yy palingkan wajah ke sebelah kanan dan...

Bunyi alarm pun berbunyi. Tanda suruh bangun pergi kerja.

Ceh...! Mimpi daaaaa

Siapa Si Dia...?

Pssstttt... Yy dok Google gambar cincin, tapi tak jumpa pun cincin yang berkenan ahahhaaa.

Wednesday, March 2, 2011

4210.. ehek

No comments:
السلام عليکم
Bangun pagi..

Terbayangkan pulau... Mengidam dah lama tak pergi2 eh sedih la pulak...

Teringat pulak mimpi malam tadi...

Boleh lak mimpi no 4210... Hah pergi la beli sapa2 yang kaki nombor tu. Tapi ingat, haram tau.. Hehehhe

Okey, sila sambung kerja weeeeeeeeeeeee

Friday, February 25, 2011

Ish TAK NAK LA!

No comments:
السلام عليکم
Tak nak apa..?

Hurm... Hurm.. Sejak seminggu ni., Yy sering mengalami mimpi yang merepek. Mmm mmm mana nak mula? Mulakan je la..

Situasi yang pertama;
Beramai2 bersama keluarga menghadiri majlis bertandang ke rumah pengantin. Siapa pengantin tu? Entah kurang pasti la pulak siapa. Lupakan bab pengantin tu. Fokus pada diri Yy ni. Diwaktu malam, walau diapit kiri dan kanan, Yy telah di- teeeettttt!!! Terus bangun dan Astaghfirullahalazim. Mengucap panjang Yy dibuatnya. Siapakah durjana itu? Cis bedebah!!!

Situasi yang kedua;
Beramai2 melancong bersama keluarga, destinasi tempatan sahaja, Yy telah ditarik oleh seseorang yang tidak dikenali dan teeeettttt!!! Astaghfirullahalazim. Siapakah si durjana itu? Yang penting orang yang berlainan. Cis bedebah!!!

Situasi yang ketiga;
Berjimba bersama2 rakan2 dan mengalami 'ting tong' tanpa kawalan dan teeeettttt!!! Astaghfirullahalazim.

Apakah makna semua ini...?

Monday, January 18, 2010

Kisahnyer...

2 comments:
Yeah... Betul kata orang penantian itu satu penyiksaan kan. Setelah sekian lama mengidam, akhirnya tercapai juga hajat aku. Alhamdulillah aku bersyukur pada yang maha Esa, kerana diberi kesempatan, sementara aku masih bernyawa untuk menjejaki salah satu kawasan yang indah ini. Aku bersyukur kerana aku masih punya peluang ini. Amin... (",)

Seawal jam 5.00 pagi, aku da bangun dari tidur. Memandangkan perjalanan agak jauh, jadinya aku suruh mereka tidur kat rumah aku. Walaupun rumah aku kecik, masih boleh memuatkan mereka yang hampir 10 orang ini. Senang bagi aku untuk gerak sama2 supaya tak terlewat. Maklum sahaja la naik bas. Jadinya tak leh nak lewat2kan. Kalau terlepas bas, ha kan rugi duit tu. Seorang demi seorang aku kejutkan. Bilik air cuma 1, jadinya memang beratur panjang untuk sampai giliran(-_-"). Maaf kawan2 ini yang termampu ubtuk aku tinggal buat masa ni. Nak tunggu banglo aku lama lagi. (bila la banglo aku ni nak siapkan. hehehehee)... (",)

Jam da menunjukkan jam 7.00pagi. Semuanya da bersiap sedia untuk ke destinasi yang ditujui. Aku la orang yang paling happy kerana aku memang da lama sangat mahu kesana. Walaupun aku tahu, ada dikalangan kawan2 aku ni da pergi, aku tetap juga rasa bersyukur kerana meraka sudi menemani aku. Aku sayang korang mekasih eh teman aku. Moh sama2 kita release tension... (",)

Jam 8.00 pagi, da sampai kat Pudu Raya, terus mencari bas Transnasional yang akan membawa aku serta mereka2 ini. Kemana...? Rahsia lagi. Memang sengaja aku pilih dan mencadangkan untuk menaiki bas. Supaya dapat merasakan feel perjalanan ni. Ada yang mencadangkan supaya naik flight je, menjimatkan masa dan juga senang, namun majoriti menyebelahi bas. Jadinya bas Transnasional ini, bertanggungjawab untuk membawa kami semua ke destinasi impian ni... (",)

Lebih kurang jam 9.00pagi, bas pun mula bergerak. Dalam perjalanan, awal perjalanan, masing2 aku tengok segar bugar. Mana yang dok berjiran bercerita sesama sendiri. Mana yang jauh dari kawan2, melayan perasaan sendiri. Aku mengagak je la kan aku pun tak nampak apa yang jadi pada diorang kat depan. Pasal aku pun da menatok. Ups sori... Kata ratu tido, jadinya aku tido je la. ZZZZZzzzzzZZZ. Mana taknyer perjalanan yang mengambil masa dalam 8jam. Huh lama tu. Kira la pukul berapa nak sampai. Mau kematu buntut. Ups... (",)

 Dipendekkan cerita, setelah berjam2 dalam bas, sampai juga kami di perhentian ini. Hentian apa? Rahsia. Nanti dulu tau. Jadinya, mana yang nak terkencing, pergi la kencing. Mana yang lapar, pergi la makan. Walaupun dalam perjalanan tadi, bas berhenti dua tiga kali juga. Buang tetap buang isi tetap isi. Ahaks.... Maklum la ada yang tak leh simpan kencing lama2 jadinya kesempatan yang ada, tetap mereka gunakan. Takut nanti ada yang pengsan. Lagi parah... (",)

Sampai pun da lewat petang, terus ke jeti tok li tiket. Haha da agak kat mana tak? Aku tak mau bagitahu tempatnyer lagi. Baca story aku sampai abis k. Dah beli tiket, naik feri. Pemandangan yang indah. Lagi2 waktu petang macam ni. Memang santek (",). Semua ambil peluang bergambar termasuk la aku. Bila da sampai di seberang laut, tanpa menunggu lebih lama, mencari kereta sewa untuk membawa kami semua ke resort yang telah dibooking lebih awal lagi. Hahhaaa... Time nak check in, masing2 macam perak jap. Maklum la mana yang da sampai akan cerita itu ini. Macam aku ni terpegun la jap. Hehehee... (",)


Masing2 da dapat kunci...? Bagus... So jom cari bilik masing2. Hehehee... Aku tengok muka sorang2 da layu. Aku pun tak terkecuali. Kata ratu tido kan. Kikikii... Sampai bilik, aku orang pertama merebahkan diri aku kat atas katil. Fuh.... Lega giler. Dalam kepala hotak ni, da pikir nak kemana lepas ni. Hik2... Sambil berfikir2 aku pun bergolek sana sini. Mana yang sebilik dengan aku ambik kesempatan untuk mandi. Melekit kata diorang. Aku masih lagi berguling2 atas katil. Sampai aku terlena... (",)

Tiba2... "Awak bangun, da pukul berapa ni..." Aku pun terjaga dari tido. Bila aku terjaga, aku terpinga2 jap. Eh bukan ke tadi aku kat resort...? Kenapa aku kat rumah lagi ni...? Aku pandang sekeliling. Memang rumah aku. Aku tersenyum seorang diri. Aku terus masuk bilik mandi. Aku masih tersengih waktu mandi tau. Aku ketawa sendiri bila mengingatkan kejadian yang berlaku sebentar tadi... Hahahaha... (",)

Korang nak tahu aku kemana. LANGKAWI. Punya la aku teringin nak pergi Langkawi, sampai termimpi2 aku. Lawak2.... Hihiii... Mimpi da sampai ni, realnyer bila lak nak sampai eh... (",)

P/S Huish kena plan nih... Sapa nak bawa aku ni... (",)


♥ Aurora Follow3rs