♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"
Showing posts with label World Cup. Show all posts
Showing posts with label World Cup. Show all posts

Sunday, July 4, 2010

Yehaaaaa

No comments:
السلام عليکم
Best.. Itu yang YY leh kata bila meyaksikan perlawanan antara..


YY sebenarnya lalang tau, mana2 YY sokong. Tapi hakikatnya, dalam hati YY, YY rasa Argentina leh bungkus Germany pada game semalam. But, bila YY dapt information dari sesorang yang leh YY percayai, Germany pulak yang akan bungkus Argentina. Alamak... Takpe2, YY kan lalang (",)

Sudahnya, Germany-4; Argentin-0 

P/s mula minat bola lak ni.. huhuu


Saturday, July 3, 2010

Alaaaa

No comments:
السلام عليکم
Chak... YY sedikit moody pagi ni, tapi tetap cuba lawan perasaan. Weeee jangan ikut sangat perasaan tol tak...? Ikut perasaan kang semua tak jadi je dok.. Chup chup.. Jangan diteruskan, kang migraine lagi. Weeeeeee

Well, semalam, semua tahu perlawanan antara...


Pertarungan sengit antara dua negara (statement bajet pro). Sejak demam World Cup (WC) ni, YY yang tak pernah ikut, dah terjebak ikut la. Nak kata apa, semua teman2 YY suka kan bola, dan YY pun berjinak2 la. Melalui saat2 seram sejuk, bila setiap kali penyerang berlari nak masukkan bola dalam gol. Waaaaa seperti YY pula yang sedang bertaruh dalam tengah padang tu. Hakhak, baru la YY faham perasaan peminat2 fanatik bola, yang asyik tunggu kedatangan WC setiap 4tahun sekali ni (seperti YY pun nak kena follow gak heheheee)

Endup game malam tadi, Belanda 2 ; Brazil 1...

P/s Tunggu game ini malam pulak weeeeeee

Monday, June 28, 2010

Lagi Cerita Bola..

No comments:
السلام عليکم

Sebenarnya sejak kebelakangan ni, banyak benda yang saya fikirkan dan saya mahu lakukan. Saya mahu beli itu, saya mahu tukar ini, saya mahu cari itu. Mungkin keserabutan dalam kepala yang datang sejak kebelakangan ni, membuatkan saya mahu lakukan sesuatu pada sesuatu. Alamak apa ni. Hikhikkk biar menjadi tanda tanya tentang apa yang saya mahu lakukan. Kalau dah jadi semuanya, akan saya share dengan kalian semua. Semalam, saya pergi berjalan2 bersama teman2 saya. Saja dah lama tak jalan2. Lagipun, macam yang saya cakap tadi, saya mahu lakukan sesuatu pada sesuatu., jadi kena buat survey untuk sesuatu itu la. Huhuuu

Okay, saya stop ceita pasal sesuatu itu terlebih dahulu. Masih musim bola kan, jadi saya nak cerita kisah bola malam tadi. Seperti N3 saya yang sebelum ini, saya bukanlah peminat bola yang tegar. Setakat terjebak2 tu ada la (mana taknya, tv kat rumah tu satu jew). Tapi kali ni, memang takde pilihan nak tengok cerita lain. Mana taknya, kalau pergi kedai makan, keseluruhan kedai yang ada dalam muka bumi ni, semuanya akan tayang bola. Lagi2 kalau keluar favorite team yang main. Siyhh jadi saya kena layan.

Nak di pendekkan cerita (tapi macam panjang je hihii), game malam tadi, antara


Seperti yang saya maklumkan tadi, saya bukan peminat bola yang tegar. Jadi, sewaktu di meja makan, di sebelah kiri saya, Ej, penyokong kuat England, dan di sebelah kanan saya Yart penyokong kuat German. Di hadapan saya pula, adik angkat kesayangan saya, Cda, sama seperti saya tidak menyokong mana2. Hehehe jadi  saya dan adik, lebih suka menjadi lalang. Wahh dah lama tak keluar perkataan ni. Sangat seronok melayan karenah mereka berdua, pada malam tadi. Sorang terkinja2 dok happy bila score, sorang lagi mula muncung. Hakahak, jadi saya yang lalang ni, meriuhkan suasana je la. Kesudahannya, German 4 - England 1 (",)

P/s Hari ni saya berpuasa

Monday, June 14, 2010

2.30 am ~

1 comment:
السلام عليکم


Singah blog sana, cerita bola, singgah blog sini, pun cerita bola, singgah yang situ cerita bola.Jengah sana sini cerita bola. Huhuuu musim world cup ni, semuanya cerita bola. Bukan hanya di blog, muka buku saya pun, kebanyakan kawan2 saya cerita pasal bola. Lagi la masing2 dah create nama kat jersey negara dan no kesukaan diorang. Sehinggakan ada kekeliruan untuk saya bila nak baca update kawan2 yang lain (mungkin mata saya kena tambah power hehehe). "Bukan senang nak tunggu world cup datang setiap 4 tahun sekali tau" kata housemate saya. Saya bukan la seorang peminat bola yang tegar. Takat main chak2 bila tersiarnya siaran bola kat tv (habis tak tahu nak buat apa dah) yela nak berebut2 pun saya tak kuasa. Huhuuuhuu

Okay disebabkan musim bola, saya pun nak cerita la kisah teman saya ni yang sanggup kunci jam pukul "2.30 pagi", semata2 nak tengok bola. Al-maklum la, peminat setia la kononnya (jangan marah ye, pada yang berkenaan). Nak dijadikan cerita, malam tadi, saya tidur di ruang tamu bersama teman2 saya yang lain (macam sardin dalam tin daaaa). Sengaja nak tidur berhimpit2, bukan takde bilik. Mula2 layan cerita kat tv, lama2 saya layan mata dan zzzzzzzzzzzz (penat siang tadi kerja).

Terus terang tidur saya tak lena pada malam tu. Entah kenapa dan mengapa, saya asyik kena gigit dengan semut. Huh sejak bila lak rumah saya ni bersemut. Yang bestnya, bila saya tanya pada yang lain2, tidak pulak kena gigit, hanya saya je yang kena gigit dek kaum2 semut tersebut. "Mungkin badan sis ni manis agaknya" kata adik aku berseloroh. Takde maknanya manis, saya bukannya suka makan benda2 manis. Mungkin sudah nasib saya menjadi mangsa semut2 tersebut (pasrah sahaja). Dah la tak lena tido dek serangan itu, saya juga tak lena tido gara2, teman saya yang kunci jam tadi. Yang asyik masyuk menonoton perlawanan antara....
German vs Australia
Baru nak lena dari serangan semut2 tadi, saya yang sedang lena beradu (kalau dah tidur tak hingat apa2 dah, dengkur pun dengkur la), asyik terjaga dan terperanjat tiap kali "gol" pada perlawanan tersebut. Adeh la, sabar je la (kalau perasan N3 sebelum ni, datangnya world cup, memang menguji kesabaran saya). Memang saya perasan, dia ada tekup dengan bantal, namun tetap kedengaran suara beliau (tak mau sentap kalau baca yeah). Sudahnya, saya katup2 (tutup2) muka saya dengan bantal supaya tak dengar apa2 bunyi2an, akhirnya saya pun zzzzzzzzzzz (",)

Bangun pagi, saya dok bebel ngan teman saya tu (saya suka cakap direct). "Eh ye ke, sorry2, aku dah tutup muka aku ngan bantal". "Ye, walau tutup tetap bising tauu". Nasib baik dia say sorry, kalau tak, menanah telinga kena bebel ngan saya (hehehee) dan lagipun saya tak suka marah2 di waktu pagi. Rezeki tak masuk, kata orang tua. Berbaloi la teman saya bersengkang mata malam tadi, keputusan perlawanan, German (4) - Australia (0). Huhuuuu

P/s Bila world cup nak habis ni...

Thursday, June 10, 2010

Bola

No comments:
السلام عليکم

Demam bola dah start. Past ni, makan minum tidur semua tentang bola. Silap2 klinik (tempat saya bekerja) penuh dengan orang pasal nak ambil mc, terlajak bangun kerana tengok bola. Tetapi, kenapa tidak ditakdirkan saya meminati bola seperti mana orang2 lain (cuba juga paksa diri untuk meminati, tapi tak berjaya)


Saya rasa saya bakal :-
  • Bergaduh dengan housemate ~ berebut tv
  • Tak lena tidur ~ bila mamak bawah rumah penuh ******
  •  Rimas ~ mana2 pergi cerita bola bola bola
Kesimpulan, saya pasrah ~

P/s Bawa diri lah (--')

♥ Aurora Follow3rs