♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"
Showing posts with label Marah. Show all posts
Showing posts with label Marah. Show all posts

Sunday, August 26, 2012

Cara jiran baru menyapa :))

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Zaman dah moden. Tapi cara menegur tak moden.
Well, sebagai jiran baru di kawasan yang baru, dah tentunya I belum kenal peel dan karenah manusia baru. Wah semuanya baru. Mungkin juga environment baru. Yea, serba serbi baru (but bukan seratus peratus baru). Eh banyaknya baru. Pun begitu, I tetap I yang dulu. Percayalah diikuti dengan lagu Dato' Siti Nurhaliza.
Okey I merepek.
Entry ni bukan nak lepas geram, but somehow I rasa I geram. Eh bukan geram, tapi marah. Eh tak marah, tapi frust. Eh bukan frust, tapi sakit hati. Eh mana satu ni. Macam ini la, mungkin combinasi ketiga-tiga perkara diatas. Kesimpulannya? Terpulang pada uolls.
Semua kenal kan gambar di atas. Awesome! Kalau uolls memang bijak. Tak tahu kalu, pi google okey.
Apa gunanya?
Gunanya untuk menebuk lubang di dinding.
Nak dicarikan cerita, I ni menebuk la lubang. Bukan saja-saja nak tebuk. Tempat baru ni, takde rill untung langir. Makanya, I menebuk la dinding. Dinding batu, makanya I gunakan drill untuk memudahkan kerja. Kalau dah namanya drill, sure la agak bising. Mana ada drill yang takde bunyi. Kalau ada, show it please.
Sedang kusyuk I men-drill, datangla seorang jiran yang datangnya dari tingkat atas (mungkin).
"Buat apa tu?"
"Tebuk lubang la bang"
"Malam tadi menukang, siang men-drill. Bising"
"Eh, mana ada saya menukang malam tadi"
"Takde ke?"
"Rumah sewa ke rumah sendiri"
"Rumah sendiri. Kenapa bang ada masalah"
"Telinga saya ni binggit, kepala pun goyang-goyang" siap dengan mimik muka berkata-kata
"(Muka hairan++++)"
"Jangan over sangat"
"Apa pulak over bang, tebuk lubang dinding saya kot, saya buat waktu siang kot"
Jiran tersebut berlalu dengan jelingan. Wah! Begini caranya ke menegur? Panas hati I ni tak terkata. I tak pedulik, tetap teruskan men-drill. Disebabkan combinasi ke tension tadi datang sekali, terus tak menjadi tebukan tersebut. Argh! Damn u neighbour (nangis dalam hati).
I buat time siang kot. Pukul 3petang. Kalau 3pagi I kena sound gitu okey la. Terus mood out.
Sekian.
Monolog: Terbantut
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.











Tuesday, March 29, 2011

Cerita semalam belom abes.... Dusshhh

No comments:
السلام عليکم

Dari rumah, sampai FB sampai ke SMS, penat nak melayan karenah adeq manja yang tak berapa nak manja. Haissshh apa la salah dan silap yang telah Yy lakukan terhadap mereka berdua ni. Ish2..

Nak kata Yy ni kurang beri perhatian, Yy cuba gak la selit2kan diri dengan kata lain menyibuk, tapi kalau sering kali dijawap...

"Tak ada apa, okay aje sibuk dengan kerja dan study"

Nak kata Yy tak pernah tanya, apatah lagi memperli akan dijawap...

"Sibuk la sis, sorang2 handle kedai"

Tapi, bila munculnya adik bongsu yang pernah tinggalkan Yy satu ketika dahulu, atas sebab2 yang tertentu, keluar pulak perasaan lain dengan mereka2 ni. Aishhh pelik, sejak bila pandai nak meroyan dengan Yy ni. Bila cakap gitu tak ngaku plak!

Heeeeeee apa korang nak sebenarnya.. Cuba cakap..!

Friday, December 17, 2010

Respect Sikit..

No comments:
السلام عليکم
~ Kalau rasa tidak hormat dengan saya, minta hormat kedua orang tua saya.. Haiiish ~

Yes, memang Yy bermaksud pada kamu, kamu, kamu yang baca + terasa. Tak kesah la walau tinggi mana darjat atau darah yang mengalir dalam diri tu, kalau di kerat potong, sure merah juga kan. Melainkan kalau la kamu, kamu, kamu ni seperti Mahsuri..

Sejarah Mahsuri

"Mahsuri bersumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan. Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah."
dipetik dari Wikipedia

atau 

berpenyakit lukemia yang mempunyai darah putih berlebih2han.. 


Nak tahu detail..? Ngeh, tak perlu la Yy nak hebah. Cukup la kalau yang baca, terasa kepedasannya. Yy dah tahap tak kuasa nak melayan karenah2 orang yang entah apa2 ni. Lantak la nak jadi apapun.


Cuma, minta la respect orang tua Yy seperti mana Yy respect keluarga kamu, kamu, kamu. Minta lapik cara kamu, kamu, kamu berkata2, berpakaian, tingkah laku dan yang sepatutnya. Dah besau ada akal bukan. Kalau takde akal, tak tahu la nak kata apa. Penat Yy mengomel jerk. Haisssh 



Geeeeeeeeeeraaaaaaaaaaaaaam

Friday, July 16, 2010

I HATE U!! LIAR!!

No comments:
السلام عليکم
Wah post yang amat membuatkan YY terjerit sakan terlebih dahulu. Arggggghhhhhhhhhhhhhh dengar tak YY jerit. Sungguh memang YY baru selesai jerit. Geram rasa di hati, lepas satu, satu  dugaan datang dalam kehidupan YY. Bak kata pepatah melayu, "Sudah jatuh ditimpa tangga" (@_@)

Sebenarnya, YY terasa amat sakit hati dengan seorang manusia ni. Siapa manusia yang YY maksudkan. Tak payah la YY nak nyatakan kat sini. YY masih ada hati perut, dan punya akal untuk jaga maruah orang. Cuma YY dah tak sanggup nak simpan ketidakpuasan hati YY yang dah bertahun2 YY simpan. Bertahun2 tau, bukan setahun dua. Bukan juga niat YY nak malukan dia dengan post YY kali ni, tapi dia masih tidak faham apa yang YY cuma nyatakan. Persoalannya siapa... (^_^)


Apa yang YY bising2 pasal dia ni...? Ni kisah manusia yang liat nak bayar hutang. Ccccc YY dah lazer kat sini. YY ni boleh dikategorikan dengan manusia yang pemurah <---cewah. Bukan YY nak bangga diri atau apa. Tapi itu la hakikatnya. Bila orang bertanya, YY jarang sekali nak kata tidak. Paling kuat pun YY akan kata "Akan diusahakan" tengok betapa baiknya YY. Tapi, sekarang, bila orang bertanya, YY belajar untuk bercakap tidak. Cukup2 la berapa ramai yang sudah YY tolong. Macamkan YY orang kaya pulak boleh tolong2 orang. Sedangkan YY sendiri hidup dalam kelam kabut <--- tak ada la kabut mana pun. Tapi sekurang2nya, YY masih boleh bernafas. Yang penting baby YY adalah hasil titik peluh YY, takde sponsor ok. Syukur belum pernah sesak dalam kehidupan, tapi serabut itu tetap ada weeeee (*_*)


Hidup umpama Ah long. Call tak jawap, masej tak balas, ym tak reply, fb apatah lagi. Bezanya, YY tak main baling2 cat (^_^). Bikin panas dan hangin bila orang yang dicari2 susah naaa nak jumpa. Nak suruh bankin pun susah. Time sesak tau pulak cari YY ni. Beribu2 alasan yang kuar, bila YY bertanya soal duit buat YY makin hari makin jemu nak bertanya. YY seorang yang amat simple untuk difahami. Kalau YY boleh pegang dengan janji or kata2 yang pernah di suarakan <---setelah dapat apa yang dihajatkan, kenapa tidak dia juga berpegang pada janji dan kata2 diaYY lupa pulak, zaman sekarang mana leh pakai dengan kata2 ye dak (>__<)

Moral yang YY dapat dari pengalaman dan pengajaran ini, "Jangan mudah percaya orang". Sendiri faham kalau YY walk away. Trust dah takde lagi. Boleh jalan...!

P/s Still can LIVE without U.. Heh!

Wednesday, January 6, 2010

PerHatian Ini BLOG SAIA...

No comments:
Suka hati SAIA ler NAK BUAT APA dengan BLOG SAIA...
KAMU...Saia tak pernah ganggu KAMU tau...
KAMU mahu saia INGATKAN KAMU tentang SESUATU...
KAMU pernah rasa BERSYUKUR tak...
SAIA MASIH BOLEH TERIMA KAMU DALAM KEHIDUPAN SAIA...
Kerana SAIA tak MAHU CARI MUSUH...
Walau HAKIKATNYA...
KAMU yang MENCARI PASAL DENGAN SAIA...
Dah berkali2 SAIA katakan...
JANGAN PERTIKAIKAN APA YANG SAIA LAKUKAN...
Tapi...
KAMU TAK FAHAM...
Kenapa KAMU tak faham SAIA...?
Kenapa SAIA boleh FAHAM KAMU...

P/S Sedar tak KAMU yang PRESSURE SAIA

♥ Aurora Follow3rs