♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"
Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts

Monday, September 3, 2012

SDF beraya 2012

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Masih mood raya kaaaan.

Jadinya, I pun nak tepek la muka raya I dengan my buddies ini. Tema tahun ni berkaler-kaler. Lokasi pengambaran, Putrajaya.


Intro, mesti up muka sendiri terlebih dahulu. Oh ya, baru je highlight rambut setelah setahun bertahan dengan warna rambut asal. Nak masuk bakul angkat sendiri sekejap, "Eh anggunnya". Weeee


Di lokasi yang sama, boleh pulak terjumpa dengan dua budak comel ni. Sebelah kanan I, memang dah kenal 3tahun lepas. Satu-satunya adik terangkat I yang masih kekal dengan I. Seorang lagi, I kenal dari FB dan Twitter dekat 2tahun jugak tapi tak pernah berjumpa. Kebetulan berjumpa disini. Sesi kenal mengenal pun berlaku. Nasib baik korang kepung aku, nampak gak aku kurus. Hahaa


Cute kan..? Ya weolls memang cute. Sila jangan jeles. Bajet retis sangat ni. Comel-comelkan weolls. Dah lama weolls tak berjumpa. Masing-masing sibuk dengan jadual masing2. Bila berkesempatan berjumpa sebegini, memang tak dilepaskan. Siap tumpang tidur oke. Terima kasih tuan rumah, menjemput Iolls ni. Makanan semuanya sedap-sedap. Home made cook. Lepas ni boleh buat catering. Yes!! Sokong 200%. Secara tak langsung, product MK's Home Cook pun tumpang sekali. Ngeee. Tauceeee tauceeee.

Credit photo buat Ej, Chieyo Sean dan Gyena Armani.

Itu sahaja sekian terima kasih.

Monolog: Tunggu rumah aku plak :p

Saturday, June 23, 2012

Teka-teki = Kira-kira

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Positive + Positive = Positive
Negative + Negative = Negative
Positive + Negative = ??
Negative + Positive = ??

Kalau diberi pilihan. U olls nak yang mana? Positive? Negative?

Monolog: ...

Wednesday, March 14, 2012

Bila bunyi bersatu..

No comments:
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Cerita ini cerita dua minggu yang lepas. I gelarkan cerita ini sebagai, a bachelor day for becoming bride.


We olls bertemu setelah berpisah dengan haluan masing2. Mereka2 adalah ex-housemate I. Dulu, pernah susah dan senang. Pernah menangis bahu ke bahu, pernah pertepuk tampar sesama. Ngeee sonok kalau diingatkan hal remaja bersama mereka. Dan bila berpeluang berjumpa, flash back all memories, memang pecah perut la kan.

Jadi, we olls bertemu sebelum si bakal pengantin di ijab dan kabulkan. Atas permintaan bakal pengantin, we olls turun Segamat beramai2. Ngeee

Dimulakan hari dengan lunch bersama2. Mencari asam pedas sepatutnya, tapi bila lauk pauk dah tak hado, tak jadi la makan asam pedas yang sedap tu. Bakal pengantin yang bayo. Mekasih yerp. Murah rezeki hendaknya. Cerita ini tak ada gambar. Kebulur terus ngap!

Teruskan destinasi mencari buah2an. Pencuci mulut katanya. Kemudian terus ke kelas test vokal. Kan entry yang lepas I dok post I sedang menyanyi. Hah ini la hartisnya. Pun begitu yang selalu kena abiskan lagu adalah I. Ngeeeee


Lepas puas melalak, laparkan? Pergi makan Pizza Hut pulak. Gebang dan gebang, waktu untuk pulang. Mekasih daun keladi, pada yang membayonya juga. Pun tak ado gambar. Sebab I dok check in kat toilet! Ngeeeee


Pulang berehat2 sebelum pi makan cekodok dan lempeng kelapa. Sudah kenyang tiba waktu untuk berpisah. Panjang umur jumpa lagi. Ngeee

Itu aje ceritanya. Tatta

Tuesday, August 23, 2011

Al-Fatihah - Shah Rezza

No comments:
السلام عليکم

''As u go to take ur leave, let me tell you that I am, have always been, and will always be so proud of you... You are simply the best sibling anyone can have... You never fail to spur me on, u never fail to be there for me dik... Tho it breaks my heart to see u go without saying goodbye, i know that u are at a better place, where u will be happy, and Norah Jones sings to you live... I Love You Shah Rezza, and i promise you to try my best and fulfill our promise... Till we meet again''

Sedihkan. I baca dari salah satu shout out kawan I. Adik beliau disahkan meninggal semalam setelah ditimpa kemalangan yang teruk akibat bermain long board. Adik beliau jatuh, dan mengalami pendarahan dalam otak. 3hari bertarung nyawa, dan Allah lebih menyayanginya.

Kepada keluarga mangsa, banyakkan bersabar. Allah sentiasa menguji. Al-Fatihah

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 7, 2011

Iftar..

No comments:
السلام عليکم
Holla, selamat berhujung minggu semuaaaaa

Hari minggu adalah hari yang ditunggu2 oleh semua orang. I pun tunggu juga. Dimana hari minggu adalah hari bebas dari tekanan kerja. Wooot wooot happy sangat2 bila jauh dari kertas2 dan claim yang nak kena claim, tapi kena cepat claim. Hehehe kalau tak, mau makan apa da. I kerja kuat untuk dapat gaji oke!

I ada jemputan hari ni. Jadi I tak berbuka dirumah. Sorry Mama, tetamu jauh I nak ajak I berbuka dirumah kazen dia. Esok kita buka sama2 k. Akan I teman Mama. Love u mama.

I tak pernah pergi rumah kazen kawan I ni. Bila I tanya kawan I ni, dia kata dia tau. Pusing2 jadi tak tahu. Haiyak, but I pandai control emosi I. I hanya senyum aje. Heheh

Pusing punya pusing, sampai jugak kat rumah yang dituju. Perut dah nyanyi keroncong, lapo hahha

Ok la time berbuka sudah. Jom makan!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, November 22, 2010

Kayu Ara!

No comments:
السلام عليکم
Late lunch! Selesai makan tak tahu nak kemana. Sudahnya, saja nak melawat kengkawan. Asyik kengkawan datang umah nak jugak datang umah kengkawan pulak. Zasss terus pergi Kayu Ara, Damansara. Nak pergi shoping mooping pun, macam terkejar2 pasal sibuk nak tengok badminton! Again, sukan asia belum habiskan. Hurm

Sesampainya Yy terus sms tuan rumah 

"Kami berada di depan rumah kamu"

Tercengang2 kawan tu tengok kelibat kitorang. Dengan berbekalkan limau sepeket, kami lepak kat umah beliau. Sambil menantikan game hoki dan juga badminton habis, ini la kerja Yy...

Snap pic sendiri.. Eh somel la Yy...

Menganggu emosi Ej yang stress bila badminton kalah. Terserlah muka stress...

Menganggu bacaan Cda. Kalau tau bosan begini baik kita pergi jengjalan kan deq...

Menganggu santapan Yart yang sedang makan bubur. Yy kurang pasti kenapa perlu dia makan kat tangga...

Yeah!! Hampir 3 jam menunggu, akhirnya habis juga game untuk malam ni. Lapar laaa, jom makan..

P/s Sweet dream..

Saturday, November 20, 2010

Kentut!

No comments:
السلام عليکم
Pernah kentut tak..? Bohong la kalau tak pernah kentut kan. Ada yang jenis kentut kaber2. Ada yang kentut bersepah! Seperti Yy, nak kentut ni takde la nak kaber2. Kentut merata je tak kesah la di mana2 aje berada. Asalkan perut Yy tidak berasa sebu dikemudiannya. Ngeh pengakuan benar ni!

Apahal la cerita pasal kentut ni kan..? Huhuu sedang Yy menaip ni, tersenyum2 kambeng Yy dibuatnya. Ye la teringat insiden pagi tadi.

Al-kisah, Yy menumpang kereta teman Yy pergi kerja. Maklumla tiada kereta. Mana pergi baby Yy.? Kalau bukan dengan Yy itu bermakna, beliau bersama dengan atoknya. Huhu, parents Yy guna la. Stop disitu, sambung kisah kentut tadi. 

Sedang memanaskan enjin kereta, teman Yy dok jejauh. Biasanya duduk dalam kereta je. Ni tetiba jejauh. Ada la tu. Lalalaaaaaaaa apa lagi nak kentut la tu.Teman Yy ni, kalau nak kentut main kaber2. Ceh! Boleh belah la kan. Nah! tau2 Yy dengar bunyi Prrrrooooooooooooooottttttt gitu. Ceh! Kaber la sangat. Nak kaber tu tengok la kiri kanan. Sehinggakan, kakak yang lalu selang 3biji kereta boleh dengar. Kakak tersebut siap menoleh dan menjeling ke arah beliau yang melepaskan kentut tadi. Tersipu2 beliau. 

MORAL : TAK YAH LA NAK KABER2

P/s Mamaaaa im in pain uhuk 

Friday, July 30, 2010

Puchong>Petaling>Bukit Jalil>LCCT>Gasing>Puchong

No comments:
السلام عليکم

YY diminta untuk menghantar kawan YY ke LCCT. YY fikirkan tak apa la, cuma 1 jam je pergi balik dari Puchong > LCCT, lagipun hari ni hari Jumaat, rehat agak lama sikit. Tapi, kerja YY mana ada time rehat. Kalau rasa lapar makan, kalau tak, curi2 time rehat je. Kerana kawan, YY tak kesah nak tolong waktu kawan YY susah, atau minta bantuan. Tak mendatangkan  masalah buat YY, YY akan bantu. Mana tahu, time YY susah pulak ada yang bantu. Ada ke..? Jangan mengharap balasan orang la YY. Hehehe

Gambar dipetik dari Mr/Mrs Google

YY sebenarnya agak terasa hati dengan kawan YY ni. Meh YY share perasaan YY terhadap kawan YY yang sorang ni. YY bukan complain, tapi tanya la pada sesiapapun, YY sure2  diorang pun rasa benda yang sama. Ya, perubahan dan ragam orang kita tak leh nak jangka. YY tetap nak cakap, YY kecik hati dengan perangai kawan YY yang seorang ni, yang YY sendiri tak sangka2. Apa la yang YY kecik hati sangat dengan kawan YY tu...? (",)

Gambar dipetik dari Mr/Mrs Google
YY tak suka sikap dia yang tak berterus terang. Kenapa mesti sembunyi2...? Kenapa mesti nak cakap last minit...? YY takkan sibuk hal orang, dan YY bukannya macam tu. Cuma YY minta terus terang sahaja. Mana taknya, minta 1jam masa YY, YY okay je. Tapi 1jam masa YY dibawa ke 3jam, apa cerita pulak. Sampai YY tak boleh nak kata apa, bila kawan YY bersuara, "Sebenarnya tengah tunggu bla bla bla bla bla" YY tersentak sekejap. Malas nak bertelagah atau bersuara, YY iyekan aja. Walaupun, teman YY yang sorang lagi mula nak bertanya itu ini, YY cuma boleh kata, "Jangan masuk campur hal orang la", sebab apa..? Sebab YY dah sakit hati kat situ. Kenapa tak berterus terang bila YY tanya, pada awal dia minta tolong. Tak mahal pun terus terang tu.

 Gambar dipetik dari Mr/Mrs Google

Sakit hati YY terbawa2, sampai sakit kepala. Kenapa la boleh jadi macam ni???!!! YY paksa pejam mata, tapi tak boleh kerana Baby YY dipaksa pecut semata2 nak kejar flight orang lain. "Maaf terpaksa pecut kalau tak bla bla bla bla" kata teman YY yang drive Baby YY saat itu. YY memang tak boleh nak kata apa, cuma yang terkeluar, "Takpe, kalau tak lambat flight orang". 1jam YY telah pun berlalu.

 Gambar dipetik dari Mr/Mrs Google

Hilang mood YY saat dan ketika itu, YY hanya mampu diam dari bercakap. Kalau YY bercakap, makin panjang pulak cerita. YY tetap fikir perasaan orang. Tak mahu susahkan hati kawan yang nak fly jauh. Terfikirkah kawan YY tu tentang perasaan YY..? Tuhan je yang tahu semua itu. Memang, kawan YY ada hulur duit untuk minyak dan tol. Alhamdulillah, terima kasih ye, syukur ada rezeki tolong kawan. Tapi, dengan cara kawan YY hulur duit  kat YY lagi buat YY sakit hati. YY tak minta la nak layan YY dengan cara baik, tapi cukup kalau ikut sopan dan santunnya. Bukankah kita penuh dengan adat dan tatasusila yang tersendiri...?

Walaupun dalam keadaan kelam kelibut, Alhamdulillah selamat sampai sebelum waktu penerbangan. Kisah tak puas hati YY belum habis lagi ni. Sampai ke petang, bawa ke malam, bawa keesokan hari dan sampai saat ni, YY tak dapat info dari kawan YY tu. Dah selamat sampai ke, flight delay ke, tak jadi fly ke langsung tak dikasi tahu. Aiseeeh.. Bahasa YY dah tunggang langgang dah ni. Susah ke nak sms, "Dah sampai bla bla bla. Mekasih ye bla bla bla bla". Haishh marah marah marah buat YY tertanya2. YY tahu dia akan baca N3 YY ni, biar dia baca, bukan niat nak kondem kawan, niat YY baik. Cuma minta dia buka hati dan fikir balik perasaan orang. Letakkan diri dia di tempat YY. Apa agak2nya dia rasa...? 

YY tak mampu nak berterus terang depan dia. YY akan terasa sebak.

P/s Tepuk dada tanya selera.

Monday, April 12, 2010

Semerah Cinta Stiletto ~ LEPAKING ~ POOL ~ Nyum2.. (",)

2 comments:
Cerita hujung minggu. Lepas satu destinasi, ke satu destinasi. Moh baca N3 aku. Rasa nak menulis, tapi kekeringan idea. Hahha jiwaku kacau... Yok layan pixca...

DESTINASI PERTAMA:- MENONTON WAYANG ~ CATHAY CINELEISURE (",)

With IRMA, KAMIKAZE, YART, ME n EJ
Sinopsis...
Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.
Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana. Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila.
Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah. Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.
Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja. Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).
Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto. Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya. Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual.
Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila. Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto.
Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya. Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu. Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang.
Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih. Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup. Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.
Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula? Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto? Segalanya terjawab dalam filem “Semerah Cinta Stiletto” terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham.
(dipetik dari kotak music)
RUMUSAN : Cerita ini biasa aje... (",)
DESTINASI KEDUA :- LEPAKING ~ LITTLE PENANG THE CURVE (",)
With YART, EJ, IRMA, KAMIKAZE n ME
Sembang sembang, sambil pekena Char Kuey Teow, Ice Kacang, Prawn Mee.. Nyum2...
DESTINASI KETIGA : POOL (",)
With YART, EJ, IRMA, KAMIKAZE, CYICAK, KEYSHA n ME
Ngeh2 da lama tak main, sekali main tetap maintain ayu.. Wahahaa
DESTINASI KEEMPAT : NYUM2  (",)
With KAMIKAZE, IRMA, CYICAK, KEYSHA, EJ, YART n ME
Dah lama tak makan Nasi Goreng Ikan. Waaaa tgugat diet ku... (",)
P/s Terima kasih kerana sudi hangout dengan aku, dapat juga aku kenal korang in person next time kuar lagi k...(",)

Thursday, March 25, 2010

R.I.M.A.S LA WOI!

No comments:

Sungguh merimaskan, bila sedang sibuk membelek paperwork yang bertimbun2, telefon berbunyi. Bila berlari2 anak mencapai ganggang telefon itu, yang memanggil tadi meletaknya pulak, atau tak bercakap. Sekali dua kali ok la kan, tp kalau berpuluh2 kali, tahap temperature aku mula meninggi. Setinggi KLCC...? Atau mungkin lebih dari itu. Kemarahan mula menebal, timbul rasa benci. Sangat2 benci dengan ketidak fahaman bahasa yang pernah aku warning sebelum ini. 

Kalau orang datang menyinggah blog aku ni, mesti diorang dok cakap, "N3 dak ni, asyik marah2 meluat2 je". Hah untuk pengetahuan aku pun menyampah nak menulis, nak bercerita tentang hal yang sama. Dan lagi rimas kalau perkara yang sama berlaku. Apa, aku tak leh nak hidup aman...?

Kalau sebelum ni, aku bukan merayu, tapi mengharapkan keadaan kembali seperti biasa. Satu persatu langkah aku cuba untuk merapatkan hubungan itu. Cukup takat 3 kali mencuba, tapi satu pun tiada balasan. Dan cukup aku faham, rasanya tak perlu lagi untuk aku meminta2 dan berusaha. Kenapa tidak kau duduk diam2 dan jangan kacau2 aku lagi kan? Cukup apa yang dah dan pernah berlaku. Lupakan. Bolehkan...?

Kau boleh ingat aku sampai bila2 tiada paksaan...
Kau boleh terkenang2 tentang aku bila2 kau suka...
Tapi jangan kau harap aku akan buat macam mana kau buat...

P/s Muka aku da tebal sangat kat tempat aku ni, gara2 perangai kau... Sure lepas ni SMS tak putus2 sampai... Haish

Saturday, January 23, 2010

Farid... Awak da tua r....

No comments:

Hari ni, 23 January 2010...
Hari lahir BEEJAY a.k.a FARID RAMLY...

Ni la budaknye...
Moga panjang umur eh...
Sudah 29 tahun...
Bila nak makan nasi minyak...?
Heheee

P/S Jangan lupa aku...

Friday, August 7, 2009

KiSaH HuTaNg

No comments:
Kisah ni adalah kisah benar. Sesorang bercerita pada aku. Kalau tak silap aku, dalam bulan APRIL 2009. Kalau tak silap aku la. Sahih mana tentang perkara ni, belum aku pastikan. Sebab aku tak suka nak amik port hal orang. Tetapi sebagai seorang yang boleh berfikir secara rasional, aku tau mana betul mana yang salah. 
Apa jua pandangan dan fikiran SI DIA yang membaca N3 aku kali ni, aku minta maaf la banyak2. Bukan niat untuk menjatuhkan atau pun sebaliknya.... 

Pinjam dengan alasan, untuk menyelesaikan masalah peribadi. Logiknyer bila kawan tengah susah, kita sebagai kawan, kalau kita berkemampuan untuk membantu, da tentu2 kita bantu kan. Betul tak? Kalau berniat meminjam tok settlekan hal peribadi, seharusnya, bila da settle hal peribadi itu, hutang perlu dilangsaikan. Sebagai seorang kawan yang berhati mulia, da tentu2nya akan membantu kawan yang tengah susah. Dengan harapan bila da senang, jangan lupa pada kawan2 yang membantu bila susah. Bukan minta balasan, cuma KENANG DAKU DALAM DOAMU, ADA DUIT BAYAR LA HUTANGKU...

Macam mana pulak, kalau SI PENCERITA yang memberi pinjam, mendapat caci maki oleh SI DIA bila di minta untuk pulangkan apa yang da di pinjam? Ha giler dasyat bila aku dengar dan baca semua yang diberi oleh SI PENCERITA. Mengucap panjang aku dowh. Bagi aku, kalau pun tak mampu, ataupun takde sen untuk pulangkan apa yang telah diberi, ayat2 yang perlu kita cakap itu perlu la berlapik. Jangan ikut sedap mulut je yang bercakap. Sedar dulu, bahawasanya, KITA dah pakai sen orang... Kenapa mesti berbudi bahasa dengan agak kasar. Hm... Tak paham kenapa perkara ini terjadi. Memang tak paham.

Kesimpulan nak cakap, kalau berhutang tu bayar je la yerk. Oke tatattaaa

♥ Aurora Follow3rs