♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"
Showing posts with label Work. Show all posts
Showing posts with label Work. Show all posts

Wednesday, June 3, 2015

BAMZ: Farewell PRINCESS

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Holla babies! Dah masuk bulan June... Tut tup nak puasa dah kaaaan.

Harapanya tidak la menanti updates dari aku eh.. Hahhaa! Kita cerita kisah throwback back to back okey. Sayang sikitttttt muaaaah

31march2015

It's been a long day without you my friend
and I'll tell you all about it when I see you again
We've come a long way from where we began
Oh, I'll tell you about it when I see you again
When I see you again....

Majlis perpisahan secara kecil kecilan oleh keluarga kecil kami. Berakhirnya karier si cili padi Bamz yang aku gelarkan Princess. Kenapa Princess??? Kerana itu memang nickname dia. Walaupun dan bertukar title dari Miss ke Mrs, tetap juga Princess tu kekal. Okelah ikutkan aje... Jom layan gambar.


Pilihan menu untuk majlis ini, Dominos! Yeay! Kenapa Dominos?? Pada kami di Bamz, Dominos ini lagi menyelerakan dari pizza yang lain. Lebih lembut dan menyelerakan. Dan antara sebab utamanya adalah ikan bilis! Kami semua giler meroyan dengan ikan bilis. Kau jamu kami hehari ikan bilis pun sure tak rugi punyaaaaaaa. Pehtu kena gout tanggung sendiri oke!


Princess ni kuat semangat orangnya, dia sedih ke dia susah hati ke, memang pandai dia cover. Salute walau apa jua situasi, dia tetap tabah. Suka tersenyum, suka bercakap (ramah orangnya), suka menyanyi (kalau takde berbunyi radio, dia akan on, tak kisahlah kalau kelaut siaran radio tu tetap dipasangnya). Apa lagi tentang Princess?? Of sure cantik dan manis orangnya. Dari menembam, hingga kurus tetap mantain ayu.


Pose untuk kali terakhir bersama Princess. Harapnya hubungan kita tak putus. Tetap berhubung sesama sendiri. Moga Princess berjaya dalam apa bidang yang diceburi. Jenguk-jenguk lah kami disini. Hihii

Xoxo

Wednesday, March 18, 2015

BAMZ: Pocket Calender

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera,

Kasih sayang yang melimpah-ruah cuma tidak terluah buat pembaca belog kusam aku ini. Terima kasih kerana masih singgah dan secara tak langsung rating traffic juga naik. Tiada kata lain, hanya ucapan terima kasih. Singgah la lagi.

Baiklah, memandangkan secara kasarnya aku lebih suka share cerita tentang kerja aku, dan aku akan terus terusan bercerita satu persatu project yang ada di tempat aku bekerja. Nama sahaja kerja sebagai pembantu di klinik, bukan hanya kerja-kerja klinik sahaja, dan aku akui kerja disini bukan seperti kerja di klinik yang lain. Aku tidak punya site diluar untuk aku terjah, aku tidak punya kertas kerja yang dirangka oleh orang atas, aku cuma perlu fikirkan cara mana untuk menjadikan klinik aku bekerja ini, adalah klinik lain dari klinik yang lain. Tengok branding warna yang lain pun dah tau, kami memang lain dari yang lain.

Baiklah, cukup aku up kisah belakang tabir kerja aku. Tak perlu nak terlalu detail.

Dah baca entry yang sebelum ini BAMZ: Happy 10th years!???? Okey ini kesinambungan cerita itulah.


Tak pernah nak berangan pun jadi model. Sekali terjadi pulak "model terjun" pocket calender 
.
.
Ini semua sebagai penghargaan kepada semua pelanggan/pesakit yang datang ke Klinik Bamz Healthcare


Instagram Orchid_Anne

Itu je Bye!

XOXO

Wednesday, March 11, 2015

BAMZ: Happy 10th years!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

#throwback

Holla!!!!

Happy 10 years anniversary Klinik Bamz Healthcare!!!

Februari, genap 10 tahun berkhidmat, satu jangka masa yang lama sepanjang aku berada dalam alam pekerjaan. Sedari awal permulaan, aku berseorangan dan diikuti keluar masuk rakan sekerja, sehinggalah bertemu dengan teman sekerja, yang aku anggap sebagai adik. Nama pun adik beradik, terkadang tu adalah salam faham, perkara biasakan.... Sedangkan suami isteri pun berkelahi, apalagi kami adik beradik kecik ni.

Venue: The Owls Cafe 

Dalam kesederhaan dan kecik kecilan, bila Puan Boss ajak makan waffles, kami pun joooom. Jarang kami dapat makan bersama walaupun ada waktu rehat. Waktu rehat pun ganti berganti. Bekerja yang berkhidmat untuk negara dan lebih kepada keprihatinan masyarakat dalam bidang perubatan ini, lain ragamnya dengan yang duduk office tau.


Walaupun hanya waffles, cukup sempurna bila kita dapat luang masa bersama. Time inilah macam-macam cerita dan luahan perasaan terkeluar. Sangat enjoy!!!


Team-fie! Tulang belakang, orang kuat, Klinik Bamz Healthcare. Memperkenalkan dari hadapan kiri, Dr.Sundra, Lynn, dan Siti. Sebelah kanan hadapan, Puan Boss Dr.Bhamini, me, dan Sue. Semua dah ada chop "mohor besar" kecuali aku. Nak tackle, tackle aku oke. Kahkahkah


We-fie dengan Puan Boss. Alhamdulillah, sangat bersyukur dengan perhubungan yang positive ini. Baru 10tahun, masih banyak tahun dihadapan untuk dikejar. In Sha Allah dengan izin-Nya. Terima kasih diatas jasa budi dan segalanya yang telah Puan Boss hulurkan tanpa mengenal erti perbezaan kaum.

Like Facebook kami Klinik Bamz Healthcare.

XOXO

Wednesday, March 4, 2015

BAMZ: First Aid & CPR Course with 7th & C Fort Sea Scouts Malacca

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

#throwback


Routine tahunan. Kalau tahun-tahun yang lepas pergi MRO training,  dan kali ini berpeluang untuk mengikuti programme First Aid & CPR , anjuran Klinik Bamz Healthcare. Oh yes! Satu lagi ilmu.

"First Aider in every family" First Aid & CPR Cource at Klinik Bamz Healthcare under CSR (coperate social responsibility) programme. 
.
.
Million thank you to Mr. S. Ramanuja Muniandy Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) for conducted the courses last weekend. Another great experience, and another certificate in hand too. Insya Allah. Aamiiin

.

.
Thank you 7th & C Fort Sea Scouts Malacca for joining us. You r rock!!!!! 


Dan kali semua LULUS!!!


XOXO

Wednesday, May 14, 2014

Happy Birthday Boss!!!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

13/05/2014

Dear Boss,
It is rare to find a good employer and the same time a friend and sister. I am glad to be your employee. I wish you all the best. Hope you enjoyed the cake that you wish past 10 years.

For all the motivation and inspiration, for all those encouragements and good action. I thank you, Boss. I wish you nothing but the best!!!!

Sincerely,
Me


Monolog: THANK YOU

Saturday, February 1, 2014

CNY 2014 - Year of the Horse

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Let's sing the song!!!! Pi check kat youtube kalau tak tahu nyanyi. Hiks

Larilah…hai kudaku…Larilah…hai kudaku…
Larilah…hai kudaku…Larilah…ayuh lari…

Gerakkan keretaku
Kawanku tlah menunggu
Ayuh lari

Kudaku lari gagah berani
Ayuh lari…ayuh kudaku lari
Kudaku lari gagah berani
Ayuh lari…ayuh kudaku lari

Camkanlah duriku
Rasa hatiku

Larilah…hai kudaku…Larilah…ayuh lari…
Larilah…hai kudaku…Larilah…ayuh lari…

Gerakkan keretaku
Kawanku tlah menunggu
Ayuh lari

Kudaku lari gagah berani
Ayuh lari…ayuh kudaku lari
Kudaku lari gagah berani
Ayuh lari…ayuh kudaku lari

Camkanlah duriku
Rasa hatiku

(Lagu: Kudaku Lari Penyanyi: Sharifah Aini)

Sudah enjoy dengan lagu? Mari kita bercerita pulak.

Dah kenapa start-start penulisan ajak menyanyikan. Harus la ada kena mengenanya dengan cerita yang nak ditulis. Well, well well belum terlambat rasanya untuk aku ucapkan...

"Gong Xi Fa Cai!! Wish you luck in the Year of Horse"

Haaaa kan tahun baru cina dah lepas. Tahun ini pulak tahun kuda. Sebab itulah aku mulakan penulisan dengan menyanyi lagu kuda. Bijak tak bijak tak. Yes! Aku memang bijak. Bijak cikit. Ahaaaa syok sendiri aku ni.

Seperti tahun-tahun yang lepas, Klinik Bamz Healthcare tempat aku bekerja akan mengadakan acara ini. Kiranya dalam jadual tahunan tu antara yang wajib kena buat la. Kalau tak buat tak lengkap rasanya perjalanan aktiviti tahunan kami. Oh ya, jangan lupa klik "LIKE" dekat facebook Klinik Bamz Healthcare ye untuk mendapatkan info-info dan sebarang pertanyaan. Visit our clinic website too Klinik Bamz

Bamz Angel in RED!!! Mohon ada 'ong' tahun ini heheee. Bamz Angel kurang satu orang, sebab sorang lagi bercuti. Harapnya tahun hadapan lengkaplah kami berempat. Termasuk Puan Boss, kami berlima la yang menerajui Klinik Bamz Healthcare. Tanpa sokongan dari patient/customer kami, kami tidak akan kekal sehingga hari ini. Dengan ini jutaan terima kasih atas sokongan anda. Macamkan sedang ambil anugerah pulak aku ni hehheee.


Memang ada 'ong' kalau singa yang datang menari pun berwarna merah. Amboi la. Amin amin amin moga-moga dipermudahkan segala urusan ditahun kuda ini.



Dung dung cheng dung dung cheng dung dung cheng. Aku pun tergedik-gedik la ikut joget sama dengan singa ni.


Muka happy Puan Boss. Nah! Dia pun pakai merah. Serasi bersama kami ni. Insya Allah, dengan izinnya dan semangat bekerjasama antara kami, kami kekal sehingga sampai tiba waktunya. Mohon diteguhkan tali ikatan yang kuat ini. Amin.

Lagi 'ong' bila dapat angpau. Taucheeee.


Oke! Itu aje cerita singa menari ditahun baru 2014. Tunggu cerita yang seterusnya.

Bye!

Monolog: Menari la la la lalalaaaaa

Wednesday, May 1, 2013

Selamat Hari Pekerja

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Friday, March 15, 2013

BAMZ:Annual Dinner 2013

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Date: 10 March 2013
Event: Bamz Annual Dinner 2013
Venue: JAKE's Charbroil Steaks, Starhill Gallery






Seperti yang terlihat, annual dinner kali ini lengkap dengan keluarga masing-masing. Terkecuali la Puan Boss I yang selalu simpan suami dan anak-anak beliau dirumah. Katanya...

"Ini makan malam bersama staff bukan keluarga I"

I yang bujang trang tang tang, seperti biasa, diberikan quota yang lebih dari satu. Maka dengan itu, I heret dua beloved brother I dan juga kawan baik I join makan sekali. Tak terfikir nak bawa sekalipun, Puan Boss akan request sendiri. Lagi meriah suasana katanya.

Bila dah duduk semeja, memang la bercampur aduk cerita. Dari yang sudah punya anak, yang bakal dapat anak, dan seterusnya yang masih dalam honeymoon mood. Yang bujang, yang sudah ada business sendiri, yang masih study tak terlepas jadi bahan borak. Itulah dia family BAMZ. We share everything.

Diam tak diam, hampir 9tahun I kerja kat sini. Dah masak dan rentung dengan segala kerja rasanya. Alhamdulillah selesa rasanya sepanjang berada disini. Cuma biasa la kalau stress sana sini tu. Nama pun kerja kan. 

Terima kasih Puan Boss, untuk dinner kali ini. Moga-moga ditahun ini, akan lebih melimpah ruah hendaknya rezeki kita. 

Sekian.

Monolog: .....

Wednesday, February 13, 2013

Singa Menari di Tahun Ular :))

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Hai hai haiiiiii semuaaaa. Ye ye uolls la semua tu.

Lamanya tak menulis. Tetiba rasa rindu serindu rindunya. Nampak tak disitu, bunga-bunga bicara dah keluar. Ahaaa takde apa nak cerita pun. Sebabnya, rutin hariannya serupa macam semalam. Sama macam kelmarin. Seperti esok dan seterusnya. Bangun pagi, siap-siap pergi kerja. Balik kerja pulang rumah dan berehat. Diulangi setiap hari. Syokkan. Syok gilerrrr *sigh.

Pada yang ber-boss-kan bangsa Cina, untungla uolls dapat cuti seminggu deretkan. Ada juga sesetangah company bangsa Melayu dan India pun turut follow juga tutup seminggu. Walaupun dipaksa ambil annual leave secara bergabung dengan mereka, takkan luak 3 hari tambahan ye dak. Bercuti la sepuasnya. Bulan ni kan February ada 28hari je. Sekejap je dah abis bulan, sekejap je dah gaji. Ewah *silang panggung.

Seperti tahun-tahun yang lepas, pastinya ada singa menari di tempat I bekerja. Oh ya, Puan Boss yang berketurunan Hindu, yang mempercayai fungsui, dan mengikuti setiap perayaan tak terlepas dengan aktiviti tarian ni. Jadi, I pun terkena tempiasnya bila ada yang datang dan bercakap cina dengan I. Cop cop I melayu laaaa berapa kali nak ulang.


Orang kuat Bamz. Mereka memang pantang. Yeye, pantang nampak camera. Laju aje. Gambar I siapa nak tangkap. Sendiri mau ingat tangkap gambar sendiri la. Pun begitu, weolls tak cukup korum. Si Lynn yang masih dalam maternity leave. 


Si singa memulakan tarian. Tung tung cheng. Tung tung cheng...!!


Lailai acara memasukkan 'gold' ke dalam premis. Kepercayaan mereka, moga-moga rezeki masuk. Insyaallah



Penat menari. Sekian terima kasih.


Weolls orang kuat Bamz dengan dua kepala singa. Kualiti gambar tak memuaskan. Maklum aje la, ramai na yang nak snap gambar weolls ni. Abaikan si gemok dalam gambar itu. Memang tak leh elak. Haha

Kata-kata akhir Puan Boss sebelum bersurai, katanya  "Moga-moga dapat bonus lebih tahun ini" Ahahaha ahahahaaa syoknya dengar.

Monolong: Bersyukur. Amin

Sunday, February 10, 2013

Gong Xi Fa Cai 2013

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Friday, January 11, 2013

Jumaat ke-2 2013

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Diam tak diam dah masuk Jumaat yang kedua ditahun yang baru. Apa khabar uolls? Harapnya sihat-sihat sahaja la.

Masuk tahun yang baru ni, makin bertambah pulak kerja I. Tak menang tangan, dan tak tahu yang mana satu  I nak kejar. Yang pastinya, I berjaya tutup account tahun lepas lebih awal dari tahun sebelumnya. Nampak perningkatan disitu. Yeah! Bangga dengan diri sendiri. :p

Dalam pada itu, datang 'sumadak' baru dalam kehidupan salah seorang Bamz Angels. Syukur, Lynn dah selamat bersalin baby girl. Yeay! Rezeki weolls (BAMZ) kata Puan Boss. Me? Me belum kahwin mana leh dapat baby. Dah kawin sok, baru dapat baby. Sok tu bukan esok, tunggu je la bila jodoh tu datang. Doa doa kan aje la.

Seminggu berlalu, I bangun awal dari biasa. Memandangkan MK's pulang ke kampung, I mengambil alih tugas Mama. Kejut dan sediakan sarapan pagi untuk adik bongsu pergi sekolah. Yang jarang-jarang sekali I buat dirumah. Biasanya lepas solat, mesti tidur dan jarang sekali buat sarapan pagi. Ya ya lagi pun I bukannya suka sarapan pagi. Ikut mood aje. Nak makan baru cari, tak cari tak makan la. :p

Menu-menu yang I sediakan dah tentunya makanan orang bujang. Nasi goreng, roti telor, roti peanut butter, naget dan blablabla. Adalah satu hari tu niat nak masak nasi lemak, tapi dek kerana terlajak tidur, makanya mimpi aje la nasi lemak tu . Heeeeee.

Somehow, I rasa macam best pulak sediakan sarapan pepagi. Dengan muka mamai, yang belum dibasuh, capai ceret air untuk masak air, sediakan satu persatu, dan taraaa dah siap less then 20minute. Lama gak eh? Memang la lama, jerang air tu pun dah makan 10minit kot. Sure muka mamai tu cute kan. Oh puji diri tu takpe. Hew hew.

Target dalam hidup mesti adakan. Cakap sahaja tanpa buat apa pun tak guna juga. Sebelum menunding jari kepada orang lain, adalah lebih afdal I betulkan diri sendiri. Tak gitu? :D
Continue my work.

Bye!

Monolog: Redha :)

Tuesday, September 11, 2012

We're on website (",

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Check us out at Klinik Bamz Healthcare.


Bye!

Monolog: Closing 

Thursday, August 16, 2012

Wish Raya sudah!!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Bila on Facebook dan Twitter, nah notification penuh. Bila klik, nah, kad raya online. Zaman canggih ni, takde lagi guna khidmat posmen/pos laju nak hantar kad raya. Kalau ada pun, diorang hantar parcel. Kuih raya pun pakai posmen uolls! Super malas nak hantar by hand. Huh.


Kan da cakap takde kad raya. Parcel raya ada la. Apa isi kat dalam ni. Tak payah nak sibuk sangat boleh. Kepoh la uolls ni. Dok dendiam kat ujung sana hokey. Muahahahaaa.

Bila kali terakhir uolls dapat kad raya? Me? MmmmMmmMmm paling last, last year la. Tu pun belum terbalas. Haiyak! Macam kena balas je tahun ni. Beli kad raya, beli kad raya. Hah kena beli. Wei apasal membebel ni T_T.

I dah setart membebel dari malam tadi tau uolls. Entah angin mana yang datang, I rasa sooo rimas and lemas, mula la I mengemas. Bila mengemas, mulut pun turut terkumat kamit macam tangan I yang dok capai campur campak barang2. La ni pun, I sedang mengemas klinik, masih lagi boleh setop tangok belog, dah tengok dok menaip semata2 nak membebel. Cayalah uolls yang menerjah ni menjadi pendengar bebelan terbaik I. Muacks!!


.:: Hasil pencarian Google ::.

Diam tak diam, dah nak habis Ramadan kaaaan. Sedih tak uolls nak tinggalkan Ramadan yang penuh nikmat ni?? Sedih kaann. Ya, me juga terasa akan kesedihannya. Alhamdulillah, Ramadan kali ini I dapat mengerjakan solat terawih walaupun hanya dua hari. Tetap I bersyukur dapat menjalaninya. Insyaallah, tahun depan dengan izin-Nya, I tunaikan lebih dari yang ada. Insyaallah. I'm so touched  :(

.:: Hasil pencarian Google ::.

Awal sangat tak nak ucap ni? Tak kesah la, I wish juga. Selamat Hari Raya!!

Monolog: NAK DUIT RAYA PLEASE 

Friday, August 10, 2012

Stock Audit

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Auto-Publish entry.

Pagi-pagi dah ada appointment...



Later I cerita banyak2. 

Monolog: Semak!

Monday, August 6, 2012

Kad Jemputan Dari Seberang

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Masuk kerja dalam keadaan lemau. Walaupun apply cuti dua hari, masa yang ada dimanfaatkan dengan sempurna. Bermain2 dengan minyak didapur satu kerja baru I kebelakangan ini. Diselang selikan dengan menconteng dinding dengan penuh ketekunan. Alhamdulillah, bersyukur masih sihat dan mampu lakukan segalanya dengan keredhaan-Nya. Amin.

Masuk kerja, ada kad jemputan. Dari seberang okey. Seminggu lepas raya. Nak pergi ke tak nak, nak pergi ke tak nak.... Kalau nak boleh tak?


Insyallah, kalau ada masa sampai la kan. Tahniah in advance Siti, salah seorang keluarga Bamz Angels yang melangkah ke alam perkahwinan.

Jadi, tinggal I je yang masih bujang. Hewhewww.

Monolog: MALAS!

Nuzul Qur'an

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Salam Nuzul Qur'an. Selamat bercuti warga Selangor, Terengganu, Penang, Perlis, Perak, Pahang dan Kelantan =')


.:: Hasil pencarian Google:.

Monolog: LANTAK!

Tuesday, July 31, 2012

BAMZ :: Happy Ramadhan

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Belum terlewat untuk wishkan. Seminggu sebelum menyambut Ramadhan, dengan kerjasama BrandThis and the geng. Kena sebut and the geng, sebab ramai yang datang untuk photo shoot dan juga video shoot. Ngeee.


Tulang belakang Bamz, Siti, Me, Lynn dan Sue. Bersama dengan Puan Boss we olls. Heheh 

Sila abaikan muka selenga we olls. Hahaha LIKE FB KLINIK BAMZ HEALTHCARE tau.


Bye!

Monolog: Sihat sihat :D

Monday, July 23, 2012

Aktiviti Malam Hari

No comments:
Assalamualaikum, Salam sejahtera.

Dipagi yang suam2 kuku dan menyamankan ni, memang boleh atau penyebab jadi malas. Apa tu, monday blues. Blues la sangat. Hari2 pun blues aje. Alasan malas nak pergi kerja. Atau sengaja nak amik mc. Atau dateline tak siap. Atau gaduh dengan bos blablablabla. Eh banyaknya atau. Buek!

Nak cerita pasal hal semalam...

Kesibukan tahap minimun, belum maksimum. Baru minimun, hari2 pun sudah menidur lewat. Kalau tak, jarum jam dah tunjuk pukul 11malam, mata minta dipejamkan aje. Tengok bantal dan tilam mengolek seksi, tak sabar2 ajak dating. Lately ni, segalanya dikorbankan. Semangat gitu!

Letih2 buat kerja, bila tengok semua dah terbongkang, I sorang je belum menidur. Selagi tak settle memang tak leh nak kasi tinggal. Kala itu, miow2 la menjadi penenaman. Yang dalam kandang dok lompat atas bawah bila dengar suara I. Eh korang ni tak tidur lagi ke. Cuma yang ada kat dalam seekor dua aje la. Asal tak mengusik kerja I, I okey aje.

Settle kerja, hati pun lega. Masa untuk beradu. For the first time, I tidur with one of my kucing. Nah ko, campur aduk bahasa melayu dan english. Pukul 3pagi pun masih berdandan Mimeco ni. Mana taknya, I mandi dia pun nak mandi. Jadi lepas mandi bersiap sendiri la.



Okey, now focus dengan kerja. Nak meng-adjust jadual bulan depan. Huhuu

Bye!

Monolog:.....

Thursday, June 28, 2012

Penjaga Pintu!

2 comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Panas cuaca hari ini. Alhamdulillah.


Tengok, klinik manusia tapi ada penjaga diluarnya. Ngeeee. Comel tak miau² ni. Comelkaaaan super geram dibuatnya. Miau²  ni dikesan sudah berada dikawasan shop lot area tempat kerja I ni dekat 2minggu. I jatuh cinta da ni. Macam mana eh... Nak bawa balik ke biarkan. Kat rumah tu dah sedozen. Nak tambah lagi ke?? Hehe

Fikirkan dulu laaa.


Tengok mata diaaaaaaa agrhhhhh. Pengsan.

Monolog: 2806 sudah. 10years tau ツ

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, June 18, 2012

Kerjaaa kerjaaa!!!

No comments:
Assalamualikum, Salam Sejahtera.

Selamat hari Isnin. Oh asal Isnin je malas eh. No no nooooo not good okey.

.: Hasil pencarian Google :.

Jom makan!

Monolog: Cari kerja, cari kerja...

♥ Aurora Follow3rs