♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"
Showing posts with label MeMori. Show all posts
Showing posts with label MeMori. Show all posts

Friday, February 24, 2012

Cinta Terlarang

No comments:
السلام عليکم

Holla,

Back to my love story. Today I nak share story cinta lagi. Seronokkan dengar cerita cinta orang lain. Hahahaaa

Cerita kali ni cerita cinta I yang menyedihkan. Tajuk pun dah sedih. I mula terasa nak merembes air mata dalam hati ni mengenangkan cinta yang terlarang ni.


Thank's Google

Mengapa cinta ini terlarang, saat ku yakini kau lah milikku <---- kasi intro

I mula kenali si dia disebuah majlis keramaian. I mula menjeling2 jauh dan si dia turut menjeling dari jauh. Tak keruan dibuatnya saat mata bertentang mata. Saat itu, I mula menyibukkan diri dengan keadaan, kerana tidak mahu melihatkan perasaan yang mula menyerang. Nampak juga si dia pun tak keruan mundar mandir. Dari khabar yang I dengari, si dia telah pun berpunya.  Robek hati bila mengetahuinya, tapi disembunyikan tanpa pengetahuan sesiapa.

Perasaan itu kian menebal, namun ku tahan jebat <--- saja kasi selingan tak terlalu sedih. Entah macam mana, telephone I berbunyi...

Dia: Hai..
Me: Hai? Siapa?
Dia: Dia (nama dirahsiakan atas sebab menjaga hubungan orang)
Me: GLUP
Dia: Jom, I belanja makan.
Me: Okey.

Pertemuan pertama empat mata di sebuah restoran di Shah Alam. Saat tu, gugup tak terkata. Entah kenapa, I yang bermulut becok tiba2 jadi kelu dan kaku. Mungkin belum kenal lagi kot. Jadi warm-up dulu. Beberapa jam berbual, tiba waktu untuk pulang. Rasa sangat malas untuk melepaskan saat2 yang dirasakan manis. Lagi manis dari gula tau. Ayat kena gempak, baru feel hehe. Teruskan bacaan yerp. Yang geli geleman, boleh tinggalkan blog ini. Mekasih :D

Sejak dari pertemuan itu, bermula la bunga2 cinta dari FB, berchat, berYM dan bertemu. Eh macam lagu Be Mine pulak. Klik sini kalau nak dengar lagu tersebut. Diam tak diam, perkenalan yang singkat membuahkan rasa rindu, rasa sayang dan rasa cinta. Bulan ke bulan tahun ke tahun, makin kuat rasa rindu. Ajaibnya cinta pandang pertama ni kan. Sehari tak berhubung antara satu sama lain, tak lengkap kehidupan. Sehari tak berceloteh cerita sesama sendiri, macam tak tahu perkembangan. Sehari tak bertanyakan makan minum, macam tak makan sehari. Begitulah ajaibnya cinta pandang pertama <--- saja nak kasi repeat banyak kali.

Sepanjang perkenalan, kami jarang bertemu. Lebih kepada berbual dia FB (chatting), sms dan juga call. Istimewanya dia dimata I, dia tidak mewah, tapi berhati ikhlas. Dia yang berjaya mencuri hati I. Dia yang berjaya mencuit hati I dengan lawak bodohnya. Yang berjaya membuat I tertawa, takkala kesedihan. Dia yang berada disisi I saat I memerlukan. Dia yang sentiasa memberi semangat diatas kekecewaan I. Dia yang menghulurkan tangan saat I jatuh terduduk. Sehingga kini, tangan itu masih terbuka untuk I. I tahu...

Tapi I, I berada dalam situasi yang complicted. I tak tahu nak buat apa. Mengakui I menyukai dia, membuatkan I melukakan hati orang lain. Hati siapa yang I lukakan?! Hati mereka yang tak mahu menerima kenyataan. Yang tak mahu melihat I bahagia dengan apa yang I buat. Akhirnya, I biarkan sahaja rasa ini, dan membuatkan I menjauhkan diri dengannya. Maafkan I...

Okey I pergi cuci muka.. Aduh sedih

Tatta

Thursday, February 16, 2012

Cinta Dewasa... Cinta Ter-lama..

No comments:
السلام عليکم

Kita berpisah bukan direncana, bukanlah kehendak kitaaaa <--- nyanyi okey. Kali ni, I nak cerita pulak tentang cinte terlama I. Ada soksek soksek yang kata "takde modal la tu nak buka pekung sendiri". Bukan bukak pekung, tetapi share cerita cinta I dengan sebenarnya. Bukan tokok tambah okey. Well, I tak berminat nak bermulut longkang ni.. Opsss


Selepas I kecewa dengan mamat pantai timur, I jatuh hati dengan jiran sekampung. Nah! Buka pintu rumah I, nampak la pintu belakang dia. Tak percaya? Percayalahhh, tak tahu macam mana leh tersangkut dengan dia ni. Ya, cinta itu buta. Yang pasti, segala2nya bermula dari satu panggilan telephone.

Boy: Nak minta tolong boleh.
Girl: Tolong apa?
Boy: Nak mc, patutnya balik UiTM hari ni, tapi terbangun lewat.
Girl: Tak boleh la, kena jumpa doctor.
Boy: Alaaaaaa boleh la (serious time ni, suara dia menggedik merayu)
Girl: Boleh, tapi kena jadi partner aku dulu (yes! I yang offer dia, nampak desperatekan main2 je la)
Boy: Boleh laaaaaa
Jadi, dapat la dia mc tu. Ya, I minta kat boss I untuk cousin I kononnya. Dan I lupa sebenarnya pasal partner tu, sampai la esoknya dia jumpa I dan bertanyakan tentang itu. Eh, dia serius ke? I rasa I main2 aje. I pun explain la keadaan tu, yang I hanya bergurau. Seminggu lepas itu, dia bertanya lagi dan katanya dia serious. Me? Cuba la apa salahnya.

Tahun pertama, tahun perkenalan walaupun berjiran. Dia pun study lagi kat Uitm Melaka. Sejak menjadi partner I, seminggu sekali atau 2minggu sekali dia akan balik KL. Dia kata dia rindu, walau hari2 dia pemegang setiap public phone semata2 nak kol I. Ya la, masa tu belum pakai telephone bimbit. Bila dah balik KL, jarang pulang berdating. Kalau keluar pun setakat makan dan balik. Belum pernah nak jejak taman bunga bersama2. Kedua2nya bukan kaki taman bunga. Sorry ya. Walupun sekentut je jarak rumah I dengan dia, bila balik je mesti bergayut kat telephone. Sampaikan pernah bil telephone mencecah 1K. Ingat lagi tak boy?

Tahun kedua, tahun cabaran. Masih dikategorikan sebagai remaja. Dan, masih macam2 la benda yang jadi. Membawa ke tahun ketiga, empat dan kelima. Sambunag putus, sambung putus dah jadi makanan. I mula give up dan bawa diri. Cerita sebenar yang berlaku hanya I dan boy je yang tahu. Kan boy? Tak perlu nak cerita kat orangkan? 

Wednesday, February 15, 2012

Cinta Dewasa... Cinta Pantai Timur

2 comments:
السلام عليکم

Kisah cinta lagi? Takde entry lain. Ha! Bagi yang dok sumpah seranah tak sudah tu, takpe "Aku maafkan kamu". Ini tulisan I, jadi suka hati I nak menulis apa sahaja. Tak ada kaitan dengan yang hidup atau mati. Kalau rasa tak berminat jangan teruskan bacaaan ye. I ada sebab kenapa I entry I penuh dengan kisah cinta. Bulan February kan dikatakan bulan cinta, so entry pun semuanya sebab cinta. Tapi bukan bermaksud I meraikan hari cinta tersebut <---- sendiri faham hari apa yang I maksudkan.

Thank's Google

Jatuh cinta dengan orang jauh. Nun jauh dari pantai timur. Mula2 hubungan yang tiada restu keluarga. Keluarga tak suka. Bukan tak suka apa, tapi kampung dia jauh. Susah katanya. Itu di awal perhubungan I dengan mamat pantai timur. Lama kelamaan I cuba yakinkan family, dan mereka merestui.

Berhubungan dengan seseorang yang tidak mempunyai kerja tetap amat memayahkan. I bukan complain, tapi agak sukar untuk jalani hidup apatah lagi ke peringkat seterusnya. Tapi, mamat ni bagus, berniaga sendiri. Burger, itu je la yang mampu. Alhamdulillah rezeki juga la kan.

Mungkin dah rezeki, mamat ni dapat kerja sebagai technician. Memang itu pun kemahiran dia. Jalani la kehidupan macam orang2 yang lain, berdating bersemes, bercalling2. Dengan mamat ni la I belajar bawa kereta tanpa lesen. Tetap sabar dengan I yang suka menjahanamkan kereta, walau dah dua kali I dok cium kereta dia dengan kereta dengan orang lain. Time tu musim ber-daddy mummy. Mamat ni panggil I daddy, dan dia panggil I mummy. Yes, we are planning to next step.

3tahun bersama, sudahnya punah. Bila masing2 sudah berubah hati.

I harap dia bahagia dengan pilihannya.

Daaaaaaaaaaaa

Thursday, February 9, 2012

Cinta Dewasa... Cinta Sekelip Mata...

No comments:
السلام عليکم
Instructor: Adik, boleh tolong tak, loker budak ni terkunci pulak.

I: (terkebil2 dok pandang beliau yang dipanggil Adik) Leh tolong?

Abang: Kojap. (nah slang dia dah keluar)

Hollaaaaaaaaaaa. Ya, I miss u too.

Rindu ke nak baca cerita cinta I? Sebelum ni dok cerita cinta monyet dan cinta ke arah dewasakan. Kali ni up lagi story tentang cinta I yang lebih ketahap dewasa. Dikategorikan cerita dizaman remaja. Seronokkan cerita remaja.

Thank's Google

Cinta remaja I bermula dengan Abang yang asalnya dari Rembau. Macam mana I boleh tercampak kat sini? Mengenali Abang ni sewaktu I bekerja di Motorola yang sekarang ni dikenali sebagai Freescale Semiconductor. Ye, sebelum I berada di line perubatan ni, keringat I digunakan untuk mencantumkan satu cip ke satu cip. Bukan chipsmore yang biskut tu eh. Maksud I ni adalah component2 kecil. Teringat lagi, bila masuk line kena pakai smoke (yang I panggil baju bulan), face mask, dan kasut getah yang berwarna putih. Itu adalah costume waktu kerja. Seronok kerja kilang. Banyak kawan2, yang tak best, banyak juga makcik2 yang memang makcik2. 


Back to story...


Intro kat atas tu adalah detik perkenalan I dengan Abang. Masa tu, I bekerja di Seremban. Buat pertama kalinya dok bujang dan berjauhan dari family yang berada di Kuala Lumpur. Orang luar KL nak mai KL, tapi I, orang KL mai luar KL. Huhuuu. I ingatkan Abang berbangsa cina. Tak hairan la juga kalau ada cina kat kilang, mungkin technician. Tak hairan la sangat kalau rupa Abang macam cina, mungkin juga keturunan dia ada mix cina kot. I pun kalau free hair orang kata I ni macam cina. tak pun Sabahan. Tapi I jawa. Hehhe. Eh merepek apa pulak ni. Sambung balik, disebabkan kejadian locker terkunci (tak tahu macam mana leh terjunci dengan sengalnya), membawa kepada penukaran no telephone. 


Bila dah tukar no phone tu, terus la rapat. Bila dah rapat, bibit2 cinta mula bermula. Tapi masa tu I remaja. Nama pun remaja, jadi banyaknya ranjaunya. Dengan diri I yang mudah mesra dan agak lincah, buat Abang rasa give up. Sehingga suatu hari, Abang rasa Abang tak diperlukan dan membawa dirinya jauh dari diri I. I tahu mungkin ada silap I, tapi I juga salahkan Abang. 


Akhirnya I buat keputusan untuk berhenti dari kilang. Bukan sebab frust dengan Abang, tapi I dapat better offer. Sepanjang peninggalan I, I dengar Abang sudah berkahwin dengan salah seorang kawan dia, yang turut I kenali sewaktu I bercuti beramai2 dengan Abang dan rakan2nya. Tahniah.


Puncanya keretakan hubungan?! Tak perlu la I tuliskan kat sini, biar ianya jadi sejarah dan cerita I. Kan Abang? I tahu Abang adalah salah seorang pembaca tetap belong I ni. Thank's Abang kerana masih nak tahu hal I. Hubungan kami tetap rapat, walau tak rapat macam dulu.


Jumpa lagi bye. 

Wednesday, February 8, 2012

Percintaan Monyet Ketigaku

2 comments:
السلام عليکم
Chak!!!

Rindu nak baca cerita I tak U olls?

Dah baca ke belum entry bab cinta ni? Kalau belum, baca la Percintaan Monyet Pertamaku, diikuti dengan Percintaan Monyet Kedua. Kali ni, I nak story yang ketiga pulak. Yang terakhir dalam sejarah cinta monyet. Ready?! 1....2....3.....

Thank's Google

Time tu tingkatan 4, I dah pandai blonde rambut okey. Konon2nya selamat la kan cover dengan tudung kaaaan. Sekali sport check, nah! Terang ko. Terus kena hitamkan rambut, dan tak boleh pakai tudung (menunjukkan yang I takkan kaler rambut lagi) oleh pengetua, masa tu zaman Cik Kamaloney. Time nakal2 tu, I jatuh hati dengan si dia yang dikategorikan paling handsome kat sekolah. Handsome ke (tangan dibahu, mata ke atas). Mula dari cabar mencabar oleh seorang rakan rapat I, membawa ke jatuh hati :p.

Bermula dengan penyemakkan (ada tak ayat ni) diri  I dengan group lelaki yang sibuk nak pi jamming lepas sekolah. Kata, dicabar jadi kena pandai la kan. Sekali dia kata "JOM". Erk! Jerat mengena. Hahaha. Diorang ada motor sendiri dan untuk kesenangan masing2, mereka nak naik motor je ke studio jamming. I nak letak mana?! Mana ada motor?! Habes nak naik apa?! Mana ada helmet nak main tumpangkan... So, kata2 si bunga sekuntum ni berjaya membuatkan mereka semua naik bas. Pakat ramai2 naik bas. Sorry guys, kita port kat kerusi paling belakang okey. :p

Distudio: Melayan lagu2 yang diorang dok jamming tu. Oh dia menyanyi. Oh merdunya suara diaaaaaaa! Melt!!!!! Oh dia pukul drum! Ohhhhh Melt again <---- penuh gaya membaca k

Pulang.. Mari la pulang mari la pulang bersama2 <--- tang ni kena nyanyi. Dah puas memukul, mengoreng, melalak, balik la kan. Takkan nak berkampung dekat studio tu. Mukadimah nak berborak masa balik dari studio..

Bunga: Aku dengar ko dengan si polan (the hot student dari sekolah lain, yang baru masuk ke sekolah I).
Handsome: Eh! Mana ada?! Mengarut laaa (weyh aku teringat plak cara dia bercakap time ni :p)
Bunga: Oooooooo (cuba cari soalan lain)
Handsome: Ko aje la jadi awek aku.
Bunga: BLUSH! (sambil aku pandang kawan2 yang lain. Alamak melamar dengan saksi dowh!)

Mereka yang lain dok pandang2 jeling2 angguk2 geleng2. Yang best boleh lak kata "Jangan risau, takkan ada siapa tahu, kecuali kitorang". Ye, la tu kata I dalam hati. Disebabkan, bas yang we olls naik tu tak lalu kat kawasan perumahan we olls, jadi I dengan si handsome berjalan kaki. Rumah dia tang sana, rumah I tang sini, BUT he willing to send me home okay. Oh baiknyaaaaa. Dush!!!

Sepanjang perjalanan tu, he keep on mention yang dia serius dengan apa yang dia cakap dalam bas tadi. Oh no!! I tak serius, but dia serius. Macam mana ni!! Teringat akan cabar mencabar antara I dengan rakan baik I. I say "YES". Dah dicabar mesti nak menangkan. Peluang apa. Huhuu

Keesokan harinya, sudah kecoh satu sekolah la. Ada sok sek sok sek berkata, I berjaya membuka pintu hati seorang handsome yang sangat la menjual mahalnya. Rata2 budak perempuan yang minat dengan si handsome, pandang I jeling2 sindir. Oh no!!! Macam mana nak cover ni, takkan nak cakap I dicabarkan. Nanti kata I player pulak. Ini mesti mulut budak2 semalam yang dok kepochi. So, siapa2 yang datang kat I untuk tahu kesahihan cerita, I just say NO. But, reaksi si handsome ni lain pulak. Mesra semacam dengan I, walau sebelum ni tak pernah nak rapat sebegitu. Jadinya, yang mana I jawap NO, jadila YES. Argghhh!!!

Makin lama, makin rapat dan makin rapat, makin sayang, buat I lupa tentang cabar mencabar tu. Takut ada cerita yang kurang enak sampai ke telinga si handsome, I terus terang dengan dia tentang cabaran tu. Dan si handsome pun buka cerita dia, dimana dia pun dicabar. Damn!! Cabar mencabar buat we olls jatuh hati betul2.

Hubungan ini, berlanjutan sampai la dia naik tingkatan 6. Nasib tak menyebelahi I untuk ke peringkat seterusnya. Bila dia masih bersekolah, I pula sudah pun bekerja, tentu saja ada halangannya. Tak tahu mana ribut mana taufan, dia minta I lupakan sahaja hubungan I dengan dia. Sooob Soooob. Walau I kerja jauh sampai ke Seremban, hati I tetap untuk dia. Tapi dia, sudah jatuh hati pada si gadis kecil molek yang selalu letakkan bunga kat motor dia...

Kisah cinta monyet I yang terakhir ni, I kategorikan sebagai Cinta Dewasa. Saat ini la I tahu erti frusttt oooooooooooooo

Ada lagi ke kisah cinta? Ikuti la selalu blog I ni k...

Bye2!!

Tuesday, February 7, 2012

Percintaan Monyet Kedua

No comments:
السلام عليکم

Holla!

Berminat nak tahu kesinambungan Cinta Monyet I?! Tapi dah baca tak yang pertama?! Kalau belum baca, jengah la Percintaan Monyet Pertamaku baru teruskan bacaan untuk yang ini yerp. Tak syok la kan tak baca yang pertama. Nak kata I banyak sangat bergayut kat dahan, tidak la sangat. Tapi... Feeling gediks tu memang kebetulan la. Haha!


Thank's Google

Cinta Monyet Kedua I...

Dengan si dia yang bukan satu sekolah. Ehem! Ye bukan satu sekolah. Kalau disekolah, I dikatakan super gediks (well I pun kurang pasti la kenapa diorang panggil I gediks), but I behave okey. Maybe, the way I walk kot...? Weyh!! I memang jalan berlenggang okey. Dengan kain yang menyapu lantai, terkonyak ditepi (bahagian bawah kain), dengan terconteng2 kain (diatas kain, yang ditutupi oleh baju kurung). Tak boleh blah. Nakal time2 sekolah itu biasa kaaaaan. U olls tak pernah nakal ke?! Oh penaaahhhhh geng la kiteeeeeeee.

Back to the story...

Mana we olls jumpa?

Kami berjumpa sewaktu menghadiri majlis motivasi anjuran "teeeeeeeeeeeeeeet" (dirahsiakan). Beliau dari sekolah, sekolah, sekolah (alamak I lupa sekolah mana <---- tak penting memang tak ingat haha). Hubungan jarat jauh, hanya dengan menalifon sesama sendiri. Telephone la cara we olls berkomunikasi. Kalau I rindu, I kol dia pakai public fone. Kalau dia rindu, dia kol I pakai fone umah dia. Kenapa I kol pakai public fone?! Kalau I pakai fone rumah, nanti bill naik, segala kemudahan ditarik serta merta. Parents dia tak banyak soal, so dia pakai la fone rumah. Senang cerita, parents dia sporting, parents I tak...

Bila we olls dating?

Dating?! Mmmm ada dating ke? Macam takde kot. Tapi kalau keluar makan tu ada la. Tu kira dating ke? Haha.. Port budak2 sekolah dulu2. KFC la takde tempat lain nak date. Bukan macam zaman sekarang ni. Super canggih dari dulu. Tu pun jumpa dua tiga kali je. Lebih banyak bergayut kat fone dari jumpa.

Lama2, hubungan tu tak kemana pun... Masing2 senyap dan membawa haluan masing2. Mungkin sebab we olls jauh kot. Dia di tengah kota, I dihujung kota. :p

Okey! Tu aje ceritanya. Nak tahu ada lagi ke tak cerita cinta monyet I. Tungguuuuuuuuuuuuuuuu

Bye!!

Friday, February 3, 2012

Percintaan Monyet Pertamaku

1 comment:
السلام عليکم

Tajuk best tak? Excited tak U olls nak tahu cerita cinta monyet I. Takpe la U olls, ada yang nak tahu ada juga yang tak nak tahu. Nak tahu teruskan membaca, tak nak tahu tunggu apa? Tutup je window tu.  Nah! I kasi defininisi Cinta Monyet dulu.

"Cinta monyet adalah istilah informal yang berarti perasaan cinta yang terjadi antara sepasang anak muda yang masih dalam masa remaja. Istilah ini juga dapat digunakan sebagai kata sindiran, yang digunakan kepada seseorang yang kurang mencintai pasangannya. Cinta monyet, yang juga dikenal dengan "crush", bisa juga dideskripsikan sebagai cinta seorang anak atau remaja kepada orang yang lebih tua. Sebagai contoh, seorang murid yang "suka" kepada gurunya. Dalam hal ini, istilah "cinta monyet" menggambarkan sebuah cinta yang tidak akan mendapat balasan." (dipetik dari Wikipedia)
Thank's Google

Cinta monyet I bermula dari umur I, 12 tahun. Ye, I da mula gediks diwaktu itu. Well, statement gediks tu bukan la bermaksud seperti yang U olls dok sangka tu. No! No! I budak baik. Alah! Senang cerita, da pandai feelings2. Macam mana tu? Sewaktu zaman sekolah rendah I suka join koir, dikir barat (disini la I jumpa mamat tu), tarian dan blablablaaaa. Sport hanya satu iaitu bola jaring aje. Tak tahu la, sejak terjadinya insiden disekolah, budak sekolah kena kayu hoki, I jadi fobia dengan mana2 jenis sport sampai sekarang. Tapi I seorang yang kasar. Macam mana tu?! Uh! Okey da melalut pulak. 

Perasan tak I ada tulis "disini la I jumpa mamat tu". Hekhek, belum type apa2, I dah tersenyum sorang2. Geli hati pulak bila teringatkan kenangan waktu kecil ni. Well, dalam group dikir barat tu, I jadi tukang karut kedua. Kenapa tak jadi tukang karut yang pertama?! Mungkin suara I tak sesedap tukang karut yang pertama kot. Hahahahaaa

Bila turn I menyanyi, sure la kena bangunkan. Bila dah bangun tu seperti biasa la, membawa diri dengan berinteraksi dengan penonton dan juga group yang sedang menghayun bunga2 tarian dikir barat. Mamat ni duduk kat mana?! Jengjeng, mamat ni duduk belakang sekali, dia dok asyik pulun kompang. Cara dia pukul kompang ada style tau. Nah! Budak kompang ko! Tengah I syok2 berinteraksi dengan penonton dan juga kawan2 tu, tiba2 mata we olls bertentangan, dan dia senyum. Senyuman dia buat I cair!!! Oh noooooo I melt!!!

Pendek cerita bila dah selalu naaa practice dikir barat. Selalu la jumpa kan. Bukan jumpa dating2 tau. Sebab masa tu sibuk nak masuk pertandingan antara sekolah. Jadinya, banyak kali la we olls bertemu. Usik mengusik dan makin lama, makin rapat, makin rapat dan makin rapat... We olls tak declare tau. Hanya rapat, dan feeling2 gitu. Dulu2 mana nak declare berani2 macam zaman sekarang. Gitu la kot yang dinamakan cinta monyet. 

Kenapa I suka dia? Bila dia senyum, mata sepet dia pun turut tersenyum. Bila dia berjalan, langkah dia penuh gaya. Lagi comel, rambut g-Q dia. Yang penting, kulit hitam manis haaaai menawan kalbuku. Hahaha!!

Masuk tingkatan satu, walau satu sekolah, dia mula rapat dengan seorang gadis berkulit putih melepak. I ni pulak kuning langsat. Tak ada link kot. Lama2 hubungan I tak serapat dulu. Dan makin lama, I semakin menjauhkan diri sebab I rasa I tak setanding nak lawan dengan gadis putih melepak tu. 

Sedih tak tang hujung tu? Begitu la cerita cinta monyet pertama I. Nak tahu yang kedua? Mungkin yang ketiga? 

To be continue.... Bye2

Friday, June 26, 2009

MJ dAlaM KenanGAn

1 comment:
Akhirnya, pergi jua lagenda pop dunia. Walaupun aku tak berapa amik tahu pasal MJ, tapi bila seharian setiap station radio pasang semua lagu2 dia best la pula...

Tuesday, June 2, 2009

SkooL TiMe

No comments:
Selamat morning semua... Takde cerita nak cerita... Cuma bila dok sendiri ni teringat lak zaman nakal2 aku masa sekolah dulu. Huhuu bila da teringat, mula la dok godek2 pic yang ada. Nah ni yang aku jumpa...
Ni la kawan2 aku dulu. Rakan2 seperjuangan aku yang sentiasa bersama. Erm bersama ker? Kira selalu ada la. Aku kenalkan dari kiri SUE (Lodan), LINDA (Lolot), YATIE (Loyang), ELFA (Lepok), LIEA (Lobo), LIESSA (Lodeng), ME (Loyen), ZETTY (Lojang). Kiranya kami ni muka wanted kat sekolah. Ala standard la nakal2 time sekolah dulu kan. Seronok giler time tu. Tapi sekarang majoriti kawan2 aku ni da kawin. Jadi pergerakan tu agak terbatas la. Tapi kami tetap juga berjumpa walaupun setahun sekali.
Ni pula pic aku form 5. Ni semua classmate aku. Mana aku..? Cari la.. Eh teringat cinta dulu2 la. Apa khabar dia ek.. Hahahaaa... Laki orang Farra jangan mengada... Apapun dia tetap jadi kenangan. Huhuu
Itu sahaja.. Sekian jumpa lagi ok..
DAAAAAAAAAA

Friday, May 29, 2009

A paRt Of Me...

2 comments:
Hehheee... Takde cerita. Moh view pic2 aku... Dulu2 dan sekarang..
Heheeee... Itu sahaja..Sekian DAAAAAAAAAAAAAAA

Thursday, May 28, 2009

Al-KisaH

4 comments:
Hai READER's aku nak share story ngan korang tentang kawan aku ni... Macam ni...
Kawan aku ni, aku gelar Ms D dulu dia kerja kat satu tempat (tempat terpaksa aku rahsiakan) Dia berkenalan dengan si polan yang aku gelar Mr M... Mula2 dia cerita kat aku, aku dengar macam kelakar gak la. Tapi tu la cinta pandang pertama, itu pun kata dia... Nak tau macam mana diorang kenal. Kat loker tempat kerja diorang. Hahahaaa... Mungkin juga namanya pun jodoh, leh jumpa kat mana2 je kan. Kisahnyer loker Ms D ni, hilang kuncinyer. Jadi tak boleh nak buka loker la kan. Kebetulan, Mr M ada kat loker tu juga. Ha teka2 apa yang berlaku. Aku da agak korang mesti dapat agak apa yang berlaku. Apa lagi Mr M menjadi hero la time tu. Tolong bukakan loker. Ye la Ms D baru je kerja kat situ. Orang2 situ pun belum pun dia kenal habis. Jadinya, Mr M tu orang pertama la yang di kenal. Jadi, upah sempena membantu Ms D membuka loker, apa lagi bertukar2 no fon la. Kalau la korang nak tau, Ms D ni memang la payah nak dapat no fon dia. Walaupun orang tu dia da kenal lama, katanya bukan sombong, tapi lebih kepada berhati2. Poyo tol minah ni...
Dalam pada jual mahal Ms D ni, tak layan mamat ni, Mr M tetap juga mendekati. Endup couple.. Hehehehe romantika la pulak. Destinasi pertama buat diorang merayap, adalah GENTING HIGHLAND. Ni lagi satu hal. Leh gi sana and tido dalam van. Cop2 bukan berdua sahaja tau dengan budak2 tempat keje diorang la. Aku bantai senyum je bile dia tunjuk kan aku pic2 masa tu. Huh jauh beza muka ko minah ngan sekarang. Jangan marah tau...
Nak dijadikan cerita, biasa la ada pasang surut time bercinta kan. Ada la seorang dua yang datang menggugat hubungan diorang ni. Yang best aku dengar tentang Mr M ni, dia cool je. Walaupun benda tu menyakitkan hati dia. Peh, susah nak dapat laki yang cool sekarang ni tau. Kalau la aku orang nyer, aku jaga baik punyer.. Lalalala merepek la ko farra... Penah sekali, Ms D ni naik motor ngan budak lain, walhal time tu Mr M da berjanji dengan dia untuk hantar Ms D balik kerja. Apa lagi, dengan cool dia tegur Ms D time kat trafic light. Cuak Ms D nak explain apa yang jadi. Muda ego menguasai diri, Ms D pandang dan buat tak tahu.
Yang sedih, ada satu hari, Mr M nak bawa Ms D keluar. Time tu da malam, Ms D kata dia malas nak keluar. Walhal sebenarnya, dia da janji nak keluar ngan orang lain. Tau tak, Mr M beriya2 ajak Ms D keluar, kerana Mr M nak sambut ulang tahun kelahiran dia masa tu. Boleh Ms D kata dia tak tahu. Aku rasa macam nak ketuk je kepala minah ni bila bercerita dengan aku. Boleh ke benda2 simple macam tu amik sambil lewa. Aku rasa la time tu Ms D tengah laku kot. Ramai yang nak dekat kat dia, tu yang dia layan Mr M acuh tak acuh je. Ego la...
Sudahnya, tak tahu macam mana diorang clash. Macam mana diorang clash pun Ms D tak berapa nak pasti. Aku pun tak tahu la apa dalam kepala hotak minah ni. Alasan dia, benda da lama la beb mana nak ingat, lebih 8 tahun da... Yela2... Nak dijadikan cerita lagi, dengan takdir ALLAH Ms D terjumpa Mr M. Ms D kata perasaan dia berbaur masa jumpa balik dengan Mr M tu. Segalanyer da berubah. Ms D masih sendiri, manakala Mr M da pun berkahwin. Uish bila Ms D fikir balik, dia kecewa bila kenangkan hal tu. Ms D fikir leh la dia repeat balik. Mana tau kesalahan leh dimaafkan. Tapi sayang sekali, semua tu mustahil... Ish sedih pulak...
Itu la cerita yang dapat aku kongsi dengan korang. Yang pasti Ms D ni, agak senang dengan kehadiran Mr M. Namun sebagai kawan aku nasihatkan dia. Kalau sekarang dia sanggup menduakan isteri dia, tak mustahil dia akan lakukan perkara yang sama terhadap ko. Tol tak korang. Aku bukan blame lelaki. Tapi itu la yang biasa terjadi. Aku tak menuduh sapa2, tapi perkara tu tak mustahil berlaku kan. Memang lelaki boleh kawin empat. tapi adil ke pada wanita2 yang lain. Ish minta jauh...
Moralyer untuk u all...
" HARGAI IA KETIKA ADA, JANGAN TANGISI TAKDIR YANG TELAH TERSURAT. SEGALA PERANCANGAN HIDUP TELAH DITETAPKAN TERLBIH DAHULU.. KITA HARUS REDHA DENGAN KETENTUANNYA. WALAUPUN DIA BUKAN JODOH SEKURANG2NYER HARGAI LA DIA..."
Sekian DAAAAAAAAAAAAAAAAAAA

Friday, May 15, 2009

bilE DiA mUncuL LaGi

No comments:
Selamat pagi reader's.... Harap2 hari ni merupakan hari yang ceria wat korang. Ye la hari ni merupakan penghulu segala hari. Hari JUMAAT. Wah cantik baju kurung @ kebaya yang korang pakai tu. Mana beli? Ahaks... Yang lelaki plak, wah segak ngan baju melayu. Macam nak kawin jer... Huhuuhuuu. Jangan bang setia pada yang satu ok...Jeng2jeng tajuk kat atas tu... Hahaa korang jangan fikir yang bukan2 tau. Ada dua kisah nak share ni. Kisahnyer pertama, Ex bf aku EN. AZHAR BIN MAT NASIR tu nak g kolej. So dia lalu sini. Dijadikan cerita, dia ajak minum lagi. Kebetulan time tu pun tak de patient, jadinyer aku pun g la minum+makan. Borak2 kosong. Borak punya borak terbuka cerita pasal WAN. Aku pun tak tau macam mana aku leh share cerita aku pasal WAN. Sapa WAN tu? Patient aku yang penah menaruh hati pada aku. Tapi aku menolak cara baik. Lagipun aku rasa dia terlalu muda tok aku. WAN baru 25tahun. Dan usia aku da 2_tahun. Hehehe. aku tak kesah walaupun muda, tapi kalau fikiran matang, aku leh fikirkan balik. Tapi kalau perangai masih macam budak2 dan mahu aku ikut cara dia, aku rasa tak boleh kot. Ntah la. Yang penting sekarang. Berkahwin belum ada dalam list perancangan hidup aku. Sorry bukan takde perasaan, tapi aku lebih selesa dengan keadaan sekarang. Yang penting FAMILY aku. Rasa macam da lama je borak ngan AH CHONG ni, aku bila aku dengar bunyi loceng klinik banyak kali. Aku pun minta diri.... Kerana ada sesuatu yang menanti di klinik... Kisah kedua, 13 May birthday bos aku. Sehari selepas birthday EJ. Disebabkan dia tak masuk klinik hari tu, jadi aku plan beli kek untuk dia hari ni. Kebetulan juga, ex staff Dr Bee kirim gak tok li kek untuk dia. Jadiyer aku pun minta jasa baik EJ tok li kan tok aku. Tapi malangnyer EJ sibuk, tak dapat nak pergi tolong ambilkan kek yang da aku tempah tu. Frust2 kalau ada staff lain, aku sendiri yang pergi ambil. Kebetulan JESZ n KROL g makan kat tempat EJ. Jadinyer diorang yang tolong aku ambil kek tu. Terima kasih JESZ n KROL. Sayang korang... Reader's mesti nak tau kan kek apa yang aku li. Kek ni boleh didapati di SECRET RECEIPE k. Ahaks Nama kek yang warna putih tu CUPPOCINO CHEESE CAKE aku beli bagi pihak LKB CLINIC , BINTULU sedap giler. Dulu Dr. Bee keje sana. Yang warna coklat tu pulak MOIST CHOCOLATE CAKE aku beli bagi pihak BAMZ HEALTHCARE. Huhuuu nyum2 sedap heheee... Melantak je mana tak gemok. Makan selagi ada benda yang boleh dimakan. Daripada tu aku plan nak bagi bunga tok Dr. Bee. Jadinyer yang menjadi mangsa tok runner bunga tu sapa lagi kalau tak EJ. Thanks EJ. Malangnyer aku tak ambil plak gambar bunga tu. Da nak lupa nak buat macam mana kan.Aku stay back kat klinik sampai pukul 12 malam. Bertemankan bos aku Dr. Bhamini, aku settlekan kerja2 yang memang banyak giler pending. Aku pun tak tau la bila agaknyer keje2 aku ni nak settle. Eh tak baik bersungut. Itu da sumber rezeki tau. Alhamdulillah sikit sebanyak keje2 yang pending tu berkurangan la. Hm bukan tak de staff yang datang bekerja. Ada, tapi takkan aku nak hulur semua kan. Takat diorang bantu aku masa ada patient tu da cukup buat aku. Sekurang2nyer aku leh fokus pada paper work aku [fokus ker???????]. Bercerita pasal staff, ada sorang ni husband dia masuk ICU. Cian kan. Tapi dalam pada aku kecian tu, dari sehari tak datang masuk ke hari kedua, ketiga, sampai hari ni da hari ke empat. Dia tak muncul2 gak. Yang aku riso kan, kunci klinik aku ada kat dia. Kat situ juga la kunci rumah mak, rumah sunway. Aku ingatkan aku da asingkan. Rupanyer ada dengan set kunci klinik. Hm... Sengal da sampai la maksudnyer tu. Tak asing tapi fikir da asing. Huhuhuu penat dowh... Ahaks Erm, aku rasa tu ke kot cerita aku semalam. Aku akan update lagi tau... Tunggu... Jumpa lagi. DAAAAAAAAAA

Friday, May 8, 2009

Bile KEKASIH LAMA muncul tiba2

No comments:
Jumpa lagi...Wah tajuk diatas sungguh menakutkan. Takut ker... Kisahnyer boyfriend lama aku dulu kol aku tetiba. Terperanjat gak aku mula2 bile aku angkat fon. Aku ingat kan sapa. Ye la no tu pun aku tak simpan lagi. Nak watpe pun simpan. Wat sakit hati je. Erm, nama ex-boyfriend aku tu AZHAR BIN MAT NASIR@ AH CHONG. Aku kenal dia masa aku mula2 kerja dulu. Masa tu aku keje kilang je. Budak lagi, tak tau apa makna OPERATOR PENGELUARAN. So aku pun belasah je la datang interview. Itupun aku dapat masuk pasal makcik aku keje kat sana. Nama tempat aku kerja tu MOTOROLA. Ha korang mesti familiar ngan nama tu kan. Antara kilang yang famous diseantero dunia ni. Berbalik pada cerita ex-boyfriend aku tu. Aku kenal dia masa aku kena transfer kat SEREMBAN tok training. Heheeee...Teringat aku time aku kat sana. Mula2 belajar berdikari tau. Dan tok pengetahuan korang itu la pertama kalinya aku duduk jauh dari family, walaupun masih dalam negeri, aku rasa macam da g oversea.
Dipendekkan cerita, dia nak jumpa aku. Aku seperti biasa yang memamg penuh ngan alasan kalau nak jumpa org ni, bagi la macam2 alasan yang munasabah. Antaranya, staff tak de la, sibuk la, banyak keje la dll.....Erm bukan nak jadi orang yang sombong, tapi time keje. Agak payah gak la nak kuar. Sudahnya, dia muncul tiba2 kat klinik. Kebetulan plak time tu tak ramai patient. Jadinya, aku minta la kebenaran dengan BOS aku nak kuar jap. So aku bawa la dia pergi minum kat kedai sebelah. Erm, dia agak berisi sekarang ni. Rupa masih macam dulu...Ye la da anak tiga da tentu2nya berisi sekarang. Bila dikira2 balik, da dekat 10 tahun aku tak jumpa dia. Itupun bila aku dapat tau dia nak kawin, aku terus bawa diri...Nak tunggu apa lagi beb kalau orang nak kawin da kan. Belah je la...Borak punya borak, hampir 30 minit aku kat kedai ni. Aku pun pendekkan ceita. Aku pun risau gak kalau2 bini dia nampak ke apa ke. Ye la beb laki orang tu. Walaupun kita cuma berniat nak bertemu kawan lama, tapi pada pikiran orang lain kita tak tau...
Erm aku rasa itu je cerita aku tok ari ni. Aku akan update lagi....Daaaaaaaaaaaaaaaa

♥ Aurora Follow3rs