السلام عليکم
Tajuk best tak? Excited tak U olls nak tahu cerita cinta monyet I. Takpe la U olls, ada yang nak tahu ada juga yang tak nak tahu. Nak tahu teruskan membaca, tak nak tahu tunggu apa? Tutup je window tu. Nah! I kasi defininisi Cinta Monyet dulu.
"Cinta monyet adalah istilah informal yang berarti perasaan cinta yang terjadi antara sepasang anak muda yang masih dalam masa remaja. Istilah ini juga dapat digunakan sebagai kata sindiran, yang digunakan kepada seseorang yang kurang mencintai pasangannya. Cinta monyet, yang juga dikenal dengan "crush", bisa juga dideskripsikan sebagai cinta seorang anak atau remaja kepada orang yang lebih tua. Sebagai contoh, seorang murid yang "suka" kepada gurunya. Dalam hal ini, istilah "cinta monyet" menggambarkan sebuah cinta yang tidak akan mendapat balasan." (dipetik dari Wikipedia)
Thank's Google
Cinta monyet I bermula dari umur I, 12 tahun. Ye, I da mula gediks diwaktu itu. Well, statement gediks tu bukan la bermaksud seperti yang U olls dok sangka tu. No! No! I budak baik. Alah! Senang cerita, da pandai feelings2. Macam mana tu? Sewaktu zaman sekolah rendah I suka join koir, dikir barat (disini la I jumpa mamat tu), tarian dan blablablaaaa. Sport hanya satu iaitu bola jaring aje. Tak tahu la, sejak terjadinya insiden disekolah, budak sekolah kena kayu hoki, I jadi fobia dengan mana2 jenis sport sampai sekarang. Tapi I seorang yang kasar. Macam mana tu?! Uh! Okey da melalut pulak.
Perasan tak I ada tulis "disini la I jumpa mamat tu". Hekhek, belum type apa2, I dah tersenyum sorang2. Geli hati pulak bila teringatkan kenangan waktu kecil ni. Well, dalam group dikir barat tu, I jadi tukang karut kedua. Kenapa tak jadi tukang karut yang pertama?! Mungkin suara I tak sesedap tukang karut yang pertama kot. Hahahahaaa
Bila turn I menyanyi, sure la kena bangunkan. Bila dah bangun tu seperti biasa la, membawa diri dengan berinteraksi dengan penonton dan juga group yang sedang menghayun bunga2 tarian dikir barat. Mamat ni duduk kat mana?! Jengjeng, mamat ni duduk belakang sekali, dia dok asyik pulun kompang. Cara dia pukul kompang ada style tau. Nah! Budak kompang ko! Tengah I syok2 berinteraksi dengan penonton dan juga kawan2 tu, tiba2 mata we olls bertentangan, dan dia senyum. Senyuman dia buat I cair!!! Oh noooooo I melt!!!
Pendek cerita bila dah selalu naaa practice dikir barat. Selalu la jumpa kan. Bukan jumpa dating2 tau. Sebab masa tu sibuk nak masuk pertandingan antara sekolah. Jadinya, banyak kali la we olls bertemu. Usik mengusik dan makin lama, makin rapat, makin rapat dan makin rapat... We olls tak declare tau. Hanya rapat, dan feeling2 gitu. Dulu2 mana nak declare berani2 macam zaman sekarang. Gitu la kot yang dinamakan cinta monyet.
Kenapa I suka dia? Bila dia senyum, mata sepet dia pun turut tersenyum. Bila dia berjalan, langkah dia penuh gaya. Lagi comel, rambut g-Q dia. Yang penting, kulit hitam manis haaaai menawan kalbuku. Hahaha!!
Masuk tingkatan satu, walau satu sekolah, dia mula rapat dengan seorang gadis berkulit putih melepak. I ni pulak kuning langsat. Tak ada link kot. Lama2 hubungan I tak serapat dulu. Dan makin lama, I semakin menjauhkan diri sebab I rasa I tak setanding nak lawan dengan gadis putih melepak tu.
Sedih tak tang hujung tu? Begitu la cerita cinta monyet pertama I. Nak tahu yang kedua? Mungkin yang ketiga?
To be continue.... Bye2
menariknya!!!
ReplyDelete