السلام عليکم
Jengjeng, cerita bab kahwin pulak.
Nak dijadikan cerita, I ter-migraine pulak hari ni. Dapat pulak balik awal, nah peluang nak rehat cukup2 dan secukup2nya. Berharapnya begitu la. Masuk je kerumah, Mama dok layan cerita sinetron . Amboi kusyuk. Dan I pun dok menganggu kekusyukan Mama tu. Merengek la I minta dipicitkan kepala.
Mama: Cari la laki nak oi..
Anak: Nape, dah bosan eh tengok muka kiteee.. (konon2 nak tersentap latu)Mama: Takde la, umur dah berapa. Orang dok tany bila.. Bila..Anak: Calon pun takde, macam mana..Mama: CarilaaaAnak: Okey nak mandi
Yes!
Suatu ketika dahulu, I telah menetapkan 25tahun I kena kahwin. Malangnya waktu umur 25tahun tu, I sedang sibuk mabuk masyuk bercinta dengan BF I. Takkan la baru in a relationship, I nak jump ke isu kahwinkan. Well, kasi peluang kasi peluang dan kasi peluang. Tapi habuk pun tarak. Last2 tak ada jodoh, jadinya, jodoh tak de la kan. Tunggang langgang ayat.
Mama sudah mahu menantu, lagi sakit kepala I u olls.. Bye!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^