♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"

Friday, February 24, 2012

Cinta Terlarang

السلام عليکم

Holla,

Back to my love story. Today I nak share story cinta lagi. Seronokkan dengar cerita cinta orang lain. Hahahaaa

Cerita kali ni cerita cinta I yang menyedihkan. Tajuk pun dah sedih. I mula terasa nak merembes air mata dalam hati ni mengenangkan cinta yang terlarang ni.


Thank's Google

Mengapa cinta ini terlarang, saat ku yakini kau lah milikku <---- kasi intro

I mula kenali si dia disebuah majlis keramaian. I mula menjeling2 jauh dan si dia turut menjeling dari jauh. Tak keruan dibuatnya saat mata bertentang mata. Saat itu, I mula menyibukkan diri dengan keadaan, kerana tidak mahu melihatkan perasaan yang mula menyerang. Nampak juga si dia pun tak keruan mundar mandir. Dari khabar yang I dengari, si dia telah pun berpunya.  Robek hati bila mengetahuinya, tapi disembunyikan tanpa pengetahuan sesiapa.

Perasaan itu kian menebal, namun ku tahan jebat <--- saja kasi selingan tak terlalu sedih. Entah macam mana, telephone I berbunyi...

Dia: Hai..
Me: Hai? Siapa?
Dia: Dia (nama dirahsiakan atas sebab menjaga hubungan orang)
Me: GLUP
Dia: Jom, I belanja makan.
Me: Okey.

Pertemuan pertama empat mata di sebuah restoran di Shah Alam. Saat tu, gugup tak terkata. Entah kenapa, I yang bermulut becok tiba2 jadi kelu dan kaku. Mungkin belum kenal lagi kot. Jadi warm-up dulu. Beberapa jam berbual, tiba waktu untuk pulang. Rasa sangat malas untuk melepaskan saat2 yang dirasakan manis. Lagi manis dari gula tau. Ayat kena gempak, baru feel hehe. Teruskan bacaan yerp. Yang geli geleman, boleh tinggalkan blog ini. Mekasih :D

Sejak dari pertemuan itu, bermula la bunga2 cinta dari FB, berchat, berYM dan bertemu. Eh macam lagu Be Mine pulak. Klik sini kalau nak dengar lagu tersebut. Diam tak diam, perkenalan yang singkat membuahkan rasa rindu, rasa sayang dan rasa cinta. Bulan ke bulan tahun ke tahun, makin kuat rasa rindu. Ajaibnya cinta pandang pertama ni kan. Sehari tak berhubung antara satu sama lain, tak lengkap kehidupan. Sehari tak berceloteh cerita sesama sendiri, macam tak tahu perkembangan. Sehari tak bertanyakan makan minum, macam tak makan sehari. Begitulah ajaibnya cinta pandang pertama <--- saja nak kasi repeat banyak kali.

Sepanjang perkenalan, kami jarang bertemu. Lebih kepada berbual dia FB (chatting), sms dan juga call. Istimewanya dia dimata I, dia tidak mewah, tapi berhati ikhlas. Dia yang berjaya mencuri hati I. Dia yang berjaya mencuit hati I dengan lawak bodohnya. Yang berjaya membuat I tertawa, takkala kesedihan. Dia yang berada disisi I saat I memerlukan. Dia yang sentiasa memberi semangat diatas kekecewaan I. Dia yang menghulurkan tangan saat I jatuh terduduk. Sehingga kini, tangan itu masih terbuka untuk I. I tahu...

Tapi I, I berada dalam situasi yang complicted. I tak tahu nak buat apa. Mengakui I menyukai dia, membuatkan I melukakan hati orang lain. Hati siapa yang I lukakan?! Hati mereka yang tak mahu menerima kenyataan. Yang tak mahu melihat I bahagia dengan apa yang I buat. Akhirnya, I biarkan sahaja rasa ini, dan membuatkan I menjauhkan diri dengannya. Maafkan I...

Okey I pergi cuci muka.. Aduh sedih

Tatta

No comments:

Post a Comment

Comment please ^_^

♥ Aurora Follow3rs