♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"
Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Monday, December 28, 2015

BAMZ: Christmas, CH Breakaway

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera

First of all, aku nak berterima kasih yang tersangat-sangat untuk Puan Boss aku yang membenarkan kami bercuti bersama-sama. Jarang kami dapat peluang sebegini. Walaupun dalam waktu yang singkat, cuti yang diberikan kepada kami bertiga dapat kami maanfaatkan bersama-sama keluarga dengan sebaiknya. Ya, waktu kerja kami bukan office hour. Bila dapat peluang, alangkah syoknya. Alhamdulillah...

Memandangkan aku dah berkali-kali pergi Cameron Highlands, makanya aku yang akan lead perjalanan mereka. Dan tugas mereka berdua pulak, cari homestay dan tempat yang ingin dilawati. Simple. Masing-masing punya kerja sendiri. Hihii sepakat membawa berkat, InsyaAllah. Alhamdulillah

25/12/2015 - Hohohoooooo Merry Christmas
Bermula seawal 6.00pagi, aku sudah pun berada di hadapan klinik, tempat yang dijanjikan untuk berjumpa. Meet point ni memang dah jadi tempat rasmi kami. Biasala, memahami keadaan mereka yang dah berkeluarga, lambat setengah jam itu perkara biasa. Top up touch n' go sudah, minyak sudah, prepaid phone sudah, bekalan kudap-kudap sudah, tunggu apa lagi marilah kitaaaaaaa. Hihiii.


Marilah sarapan dahulu di Perhentian Tapah.

Atas, anak sulung, bawah kiri no3, bawah kanan no4. Anak no2 sibuk main ditaman.

Kebiasaannya, aku akan melaui jalan Tapah. Iaitu, jalan lama aka jalan orang asli yang berliku-liku. Tetapi, kali ni disebabkan aku fikir aku bawa 2 orang bayi yang baru berusia 4bulan, maka aku pilih jalan yang jauh sedikit, iaitu mengikuti Simpang Pulai. Berliku-liku juga, cuma beza keadaan jalannya lebih selamat berbanding jalan lama. Lama atau baru, bontot tetap terasa kekebasannya. Uppps

Here we are!!!! Ambil gambo dari luar ajelah

Right! And yeay! It's a public holiday. Maka dengan ini, jalan saaaaaaaaaaaaaaaaangat jem. Aku memang dah tau. Jadinya, perjalanan kesini lebih kepada keredhaan dan kesabaran. Awal-awal lagi, aku dah set dalam kepala hotak, tak payah nak stress layan jem kat sini. Cuma, suami adik-adik aku ajelah, jangan membebel tak tentu pasal sudah. Lagi besar harapan, anak-anak tak merangam ajelah. Hiiiiihiiii

Okey! 12.30pm check point yang pertama kita singgah Lavender Farm. Lama kannnnnn. Ye, jem melekat bak ang!

Sue Family 

Kedah+Johor dan Sabahan Family. Eh orang PJ pun ada huhuuuu

Me and housemate aka bff

Mommy dengan anak no2, baru warm up

Selesai selfie, wefie, kudap-kudap kat sini teruskan perjalanan. Terus cari makanan yang agak berat untuk diisikan dalam perut. Datang Cameron, aku mesti singgah Nik Ikan Bakar dan Tomyam. Tak tahu la kenapa, mungkin makanan kat situ dah biasa dengan tekak. Hahhaaa 

Anak sulung Eunice dah berlinang mata kena marah dengan Momy. Anak no2, Qaid baru lepas kena jegil dengan Momy. Ye Momy garang tapi sayanggggggggg 

Terus terang dek kerana sangat melekat jalan jem, makanya gambar makanan memang tak sempat nak tangkap. Yang tahu, tangkap masuk mulut terus. 

Kekecewaan bermula, apabila sedikit kekeliruan telah berlaku, apabila homestay yang telah kami booking telah diberikan kepada orang lain. Elok-elok kami dapat homestay yang berharga Rm350, agent berikan kami rumah yang harga dekat sebulan sewa Rm800. Mana boleh macam tu. Deposit separuh harga telah kami bankin, resit transfer pun ada dibawa bersama. Alih-alih nak kasi harga yang lebih mahal. Amboi-amboi. Nak tak nak secara last minute itu, kami mencari juga homestay lain yang masih kosong. Dalam masa yang sama, kami minta agent yang bertanggungjawab mengantikan kami dengan penginapan yang lain. Dah nekad, tak dapat juga rumah pulang ke KL, atau stay hotel. Tapi rate, sendiri mahu ingat. 

Sementara menunggu rumah baru yang dijanjikan oleh agents, merayaulah kami di pasar Brinchang ni. 

Muka ganas, tapi kalau jumpa bunga terus ada taman astakona dalam hati 

Banyak-banyak gambar yang aku snap, gambar ni je yang aku up. Nampak bunga tu? Menurut penjual bunga tu dikatakan bunga ni telah diawet. Dimana dia takkan mati atau layu selama 2tahun. Aku ulang sekali lagi 2tahun. Hanya mengenakan syarat, jangan kena air. Okey fine, dah suka sangatkan housemate aku ni pun belilah. Sampai KL, harapan tidak kesampaian. Mana taknya, cuaca kat Cameron sejuk. turun KL panas. Dah tu pulak. bunga tu jadi lembab dah tentunya bila lembab ada air. Bila ada air, takkan sampai 24jam pun berguguran bunga. Dah tu pulak kami balik keesokan harinya. Pandai penjual cari makan. Sesiapa pergi Cameron dan ada satu-satunya penjual bunga awet jangan terpedaya okey. Beli 4pek free satu pek Rm40. Tak berbaloi. Baik lagi beli bunga plastic. Hahahaha

Alhamdulillah berkat kesabaran, dapat juga rumah untuk kami berteduh. Ada 2bilik yang siap dengan queen bed dan single bed disetiap bilik, 1bilik queen bed, dan dua bilik air. Memang ngam-ngam untuk kami 5keluarga ni. Hujung-hujung nanti aku up gambo ok. Sampai je rumah, aku bantai tidur-tidur ayam dulu . Malam nak jalan lagi. Pergh sejuk giler! Nasib baik ada water hitter.

Sebahagian je ada, yang lain stay kat rumah

Dah malam, ingatkkan jalan dah susut. Tidaaaaaaak jangan fikir begitu, masih juga tersekat dijalan. Yang dirumah sudah kelaparan. Pasrah ajelah meredah keadaan. Cepat-cepattttt kedai tutup pukul 10malam.

Okey anak-anak memang kebal. Hahhahaa

Nak juga aku up muka sendiri

Selesai shopping, tapau makan moh la kita balik. Tetapi, kebanyakan kedai sudah tutup. Jadinya dimalam yang sejuk ini kita bantai megi dan biskut ajelah. Hahaha!!! Aku yang sengal, tak terfikir boleh masak kat rumah. Padahal semuanya lengkap, ada fridge, dapur masak, microwave, rice cooker. Aku pun tak terfikir la nak bawa barang masak bagai dari KL. Al-maklum ajelah, last minute plan pun sebenarnya. Hihiiii

26/12/2015 
Selamat pagi CH!!! Okey waktu untuk pulang. Check out jam 9pagi. Awalkan hihii. Seperti yang aku janjikan tadi, aku akan up gambar rumah ni.

Muka blur kena bangun pagi

Okey, rumah ni dah siap renovate. Wet kitchen dengan dry kitchen dia asing. Belakang Ej, tu dry kitchen terlindung sikit hahhaa. Sambil masak, sambil boleh hidu la bau masakan rumah sebelah. Hihii

Lynn Family, sorang lagi memerhati mood off 

Belakang Lynn dry kitchen. Korang sendiri nampak ada rice cooker dengan microwave. 

Bilik queen bed siap bilik air

Family photo

Aku memang recommend korang untuk pilih rumah ni. Memang semuanya lengkap, Kalau rasa nak bbq, dekat balkoni dia korang leh bakar. Tapi pandai2 la jaga kebersihan ye. 

Hubungi nombor yang tertera 

Done!!!
Xoxo

Thursday, March 5, 2015

FAMILY: Happy 34th Anniversary MK!

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

#throwback

Venue: Chop N Steak, Kampung Baru

15 January 2015, genap 34tahun Ayah dan Mama hisup bersama. Selama 34tahun ni la, aku sebagai anak yang paling sulung dah faham ragam kedua-duanya. Dah masak sangat dengan sekilas kelakuan setiap mereka. Pun begitu, dalam kesederhaan, aku bersyukur masih punya peluang untuk menatapi dan melayani kehendak mereka selagi mampu. Terkadang, aku sebagai anak, mahukan macam-macam aktiviti nak buat bersama mereka. Tapi, yela kalau mereka pun sudah mempuyai aktiviti yang mereka tentukan sendiri. Terkadang, aku akur. (eh kenapa macam sedih je bunyinya, tak tak aku tak sedih lah)


Insan terpenting dalam hidup. Jauh dimata dekat dihati. Pun begitu, seorang dari antara kami on duty, jadi korum tak penuh la hari ini.

“Siblings: children of the same parents, each of whom is perfectly normal until they get together.”– Sam Levenson


Now, aku ikut muka siapa? Ayah atau Mama??? Hiks


Thank You Ezzy for making our tummy happy! And of sure, our PARENTS happy too!!! Syukur Alhamdulillaaaah.

XOXO

Tuesday, December 3, 2013

Wedding: Tahniah Qid & Amalina

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Kejadian: 30November2013/Sabtu

Yeay yeay cuti sekolah. Yeay yeay...

Kalau dulu-dulu, cuti sekolah adalah perkara yang paling best dalam hidup aku. Waktu tu la aku berkampung di kampung bersama dengan Ninda dan Atokda selama sebulan. Waktu itu la aku merayap ke rumah makcik dan pakcik aku kat sana. Waktu itu juga la aku pandai naik motosikal. Waktu itu juga, aku tau susahnya nak cari duit sebab, aku juga turut membantu Ninda di tempat kerja. Kalau berada dirumah makcik dan pakcik aku, aku tolong mereka berniaga. Waktu itu juga aku pandai berenang, bila mana aku akan berkubang dekat kolam yang Atokda buat sendiri. Pun begitu, sejak Ninda dan Atokda berpindah dikawasan yang lebih lapang, tiada lagi kolam untuk aku berkubang. Walaupun aku suka air, aku tetap akan fail bila memancing. Aku tidak punya kesabaran yang tinggi untuk menunggu ikan makan umpan. Berikan aku perkara yang lain, tapi bukan memancing. Itu cerita aku ketika menghabiskan cuti di kampung sebelah Mama di Sabak Bernam.

Lain pula kisahnya sewaktu cuti sekolah di kampung sebelah Ayah. Aku jarang bercuti di rumah Embah di Sekinchan. Mungkin kerana, aku kurang rapat, dan dikalangan aku dan sedara-sedara aku, usia aku agak berbeza dengan mereka dan aku jarang berjumpa mereka, kecuali waktu raya. Pun begitu, aku pernah menghabiskan masa bercuti di rumah Embah. Ada kalanya, membantu Embah membuat kuih muih. Embah sangat pakar dalam segala jenis kuih tradisional. Pulut panggang buatan Embah memang sangat sedap. Cuma aku tidak berkesempatan untuk mencuri resepi dariNya. Allah lebih menyayanginya. Al-Fatihah.

Bila dah meningkat dewasa ni, datang musim cuti sekolah sana sini ada kenduri kahwin. Waktu ini la aku susah nak jumpa dengan adik kesayangan aku Ezzy. Setiap minggu ada aje undangan photography untuknya di majlis-majlis kenduri kahwin. Tempahan photography yang diterima seawal awal tahun telah siap sedia terjadual. Jadual yang aku sendiri sedia maklum. Adikku dengan kerjaya yang dipilihnya. Alhamdulillah rezeki.


Aku bersama adik bongsuku. Sama tak muka kami??? Memang antara aku dan adik beradik yang lain, tidak mempuyai wajah yang serupa. Lebih kepada gabungan antara Mama dan Ayah. Memandangkan adik bongsuku ini agak ligat orangnya, antara yang sesuai dan mudah berkomunikasi dengannya adalah aku. Jadinya, aku banyak menghabiskan masa aku dengan si bongsu ini. Brain wash sehabis mungkin. Siap dengan clorox la aku cucikan. Aku kalau bercakap boleh tahan juga la. Budak remaja sekarang, pukul-pukul ni dah tak jalan. Reverse psychology dan komunikasi yang bijak aje dapat menawan diorang. Eceh itu pesan Puan Boss. Eheeeee. Oooocop!!! Kami dalam perjalanan pulang ke kampung. Kami nak pergi makan lauk kenduri. Salah seorang anak buah Ayah sudah sampai serunya. Jadi marilah meriahkan suasana. Mana tahu, bertemu jodoh disana, sampai pulak seru aku ye kaaaaan wakakakkaaa. Ooooooo balik kampung....


Tahniah buat kedua-dua mempelai. Semoga berkekalan sehingga ke anak cucu. Moga-moga cinta kalian sampai ke jannah. Amin. Sama pulak baju aku hari ni dengan pengantin. Walaupun sudah diberitahu untuk pakai warna biru sebagai tanda dari pihak lelaki, ketahuilah aku kurang gemar warna biru. Tidak mengapala ambil berkat ambil berkaaaaat. Hiks


Dikesempatan ini juga, bergambarlah aku bersama salah seorang makcik aku, yang merupakan adik ipar Ayah. Yang baju biru tu anak dia. Keluarga ni menetap di Klang. Yang baju hitam tu Mama aku. Dan yang baju kuning tu pulak, dah tentunya aku. Nasib baik aku mewarisi ketinggian Ayah, merasa la aku jadi tinggi dikalangan mereka-mereka ini. Tak lupa, dengan bantuan kasut wedges yang aku pakai, aku nampak lebih tinggi dari biasa. Hiks


Oke, di kampung dekat Sekinchan ni, memang ada sawah padi. Tapi, kami tidak punyai apa-apa tanah pun kat sawah ni. Merasa la jugak nak kena pacat seekor dua. Bosan-bosan, layankan view yang indah ni pun syok juga kan. Jarang sekali aku dapat view macam ni. Kebiasaanya kalau balik kampung je, padi dah kena tuai. Pulang ke kampung kali ini, terasa untung dan syoknya. Keindahan yang jarang-jarang aku perolehi. Bila aku tengok awan, sawah yang menghijau, mula la aku teringatkan seseorang. Wehuuuu Sayang... I'm thinking of you. Yes you kenyit mata sikit. Hahhahaa.

Sekian! Terima Kasih.

Monolog: Heart you deep deep 

Thursday, November 7, 2013

Birthday: Mama 55years

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Aku menulis bukan kerna namaaaaa apa yang ada adalah kehidupan~~~~

Nah tetiba aku nak menyanyi pulak lol. 05November2013, Mama kesayangku genap berusia 55tahun. Masih ayu, comel seperti waktu muda muda. Oleh yang demikian, sepakat aku dan adik-adikku nak menyambutnya diluar. Tak jauh pun, dekat kawasan perumahan aku je. Jom nyanyi beramai-ramai

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan Mamaku sayang
Allah selamatkan kamu

Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi Mama
Selamat hari jadi


"Mama, selamat ulang tahun kelahiran yg ke-55tahun. Semoga diberikan kesihatan yang baik, sihat walafiat dan dijauhkan dari sebarang penyakit. Moga dipanjangkan umur, dipermudahkan segala urusan. I love u Mama. Malam nanti kita potong kek! Muaaah" status dipetik dari facebook milik aku. Ngeeee


Dua orang terpenting dalam hidup aku. Ayah yang akan mewalikan aku sewaktu aku berkahwin satu hari nanti, dan Mama yang akan duduk disebelahku sambil memegang era tanganku ketika aku dinikahkan. Mohon pada yang Esa, agar mereka masih ada bersamaku sewaktu aku diijabkabulkan. Yang penting, restu mereka dengan pakal suami aku nanti. Hamboi, macam nak kahwin esok aje bunyinya. Hahaha! Suatu hari nanti laaaa bukan sekarang. Bukan sekarang hehehee


Aku dan Mama. We are Scorpion, jangan cuba macam-macam nanti kami sengaaaaat haha. Serupa tak muka kami ni??? Tak serupa?? Ramai yang cakap muka aku ni lebih mirip kepada Ayah. Ramai yang kata aku anak Ayah. Anak Mama atau Ayah, yang pastinya wujudnya aku ni hasil gabungan Mama dan Ayah. Sayang kedua tetap serupa. Nasib ketinggian Ayah menyebelahi aku. Merasa la aku jadi tinggi ngeeee


The family in Mak Long Cafe, Puchong. Tengok, Ayah dah pandai nak buat peace hehee. Adik mana adik?? Adik yang snap gambar ni. Kawan baik pun ada sekali menyambut ulang tahun kelahiran Mama. Aku ada 4orang adik lelaki (seorang dah meninggal dunia), aku seorang je perempuan tunggal dalam keluarga. Orang cakap, aku anak mahal. Mahal laaaa sangat. 


Posing sebelum makan. Memang favourite aku buat rambut begini. Ikat-ikat sanggul. Senang, simple dan ringkas. Itupun terlintas kat kepala hotak aku ni nak potong rambut pendek. Sangat merimaskan rambut panjang dan tebal. Nampak sweetnya aku. Aku puji diri sendiri, kau orang tak suka pi muntah jauh-jauh. Wakakakaaa.

Cerita habis.

Bye!

Monolog: Dalam hati ada hati hahahah

Friday, June 14, 2013

11June2013=28years

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

"May you get even more than you nedd for your birthday. Remember Mom told you to ALWAYS share with me. Bappy Birthday brother :)"


Memandangkan, aku tak berapa pasti apa minat dan kegemaran adik aku yang seorang ini, maka aku pun menempah kek pelangi untuknya. Cantik diluar, teruja lagi melihat didalamnya. Eheee.


Wahaiiiii sang pelangi indah..... Eh terover plak aku termenyanyi ketika jari menari. Amacam? Tergodakah?? Sedap tauuuuu. 


Birthday boy. Eh kek pelangi dah mencondong. Cepat tiup dan makaaaaaaaaaaaaaan. Mama tak lupa untuk masak pulut kuning dan juga rendang daging. Kata Mama "Lepas ni pulut kuning mesti ada". Manisnya Mama ni.

Bye!

Monolog: Bersyukur. Amin

Friday, May 31, 2013

30Mei2013 = 23years

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

"On your Birthday I want to say that I'm thankful to God for letting me have such a caring brother in my life! May you get the best of everything in life. There's nothing in this wolrd that can compere to have the love of my dearest brother. Have a happy and fun-filled Birthday! I love u Ezzy ;)


Antara dua hobi yang memang disukai, drum dan camera. 


Aku harap dia suka. Itu aje yang termampu. Mama siap masak rendang ayam, pulut kuning, dan apam untuk dihantar ke masjid, untuk majlis doa selamat untuknya. Moga-moga segala urusan beliau diberkati. Amin.

Bye!

Monolog: Red velvet coklat memang sedap ;)

Wednesday, May 15, 2013

Selamat Hari Ibu, Mama, Umi, Mami, Bonda...

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

12-May-2013

Lewat buat entry. Itu perkara biasa.

Awal pagi aku dah call Mama aku yang masih dikampung. Siap dengan nyayian kecil buat hiburan hatinya. Pun begitu, aku sedar situasi sedih dan tegang masih terasa disana. Ya masih berkabung bersama keluarga, diatas pemergian adiknya Rabu yang lepas. Maka dengan itu, aku yang sedari awal telah merancang sesuatu untuk Mama, terpaksa membatalkan niat itu. Tidak mahu mengguris hati Mama yang masih lagi bersedih.

Pun begitu, bagi aku bukan hanya tarikh ini yang aku sambut sebagai hari Ibu, malah setiap hari pun bagi aku adalah hari Ibu.

Buat Mama,

Terima kasih kerana Mama sudi berkongsi makanan bersama aku dan memberi nutrisi yang secukupnya semasa aku didalam kandungan selama 9bulan. Terima kasih Mama, yang sanggup bertarung nyawa sewaktu melahirkan aku. Terima kasih Mama, kerana melayani karenah aku waktu pembesaran, persekolahan, dan kedewasaan sehingga kini. Terima Mama kerana tidak pernah putus meminjamkan semangat, kata-kata nasihat, dan didikan yang sempurnanya. Tanpa Mama, siapalah aku. Mama, aku nak kau tahu, kau harta yang palaing bernialai dalam hidup aku. I love you Mama.



Juga selamat hari Ibu buat semua ibu diserata dunia, yang aku kenal dan tak kenali secara langsung.

Bye!

Monolog: Bersyukur pada yang Esa.

Tuesday, April 16, 2013

KLMU 5th and CiCT 18th Convocation Ceremonies

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Venue: Plenary Hall, Putrajaya International Convention Centre (PICC)
Day/Date: Saturday 13 April 2013

"A hearty congratulations on your Graduation, and wishing you a very good luck for the new beginning in life. May you reach all your goals. May اَللّهُ bless u... Love u brother :)"

Disebabkan, hanya AyahMama sahaja yang boleh masuk (cuma ada 2tiket aje sebenarnya) maka aku (dah malas nak pakai I, u I u, sebab aku rasa, aku lebih selesa dengan ber-aku aku aje) dan adik bongsu (mewakili Lye yang ada kelas pagi ini) tak dapat nak join duduk bersidang dalam hall. Oleh yang demikian, aku dan adik hanya melihat dari screen yang disediakan di Dewan 8, PICC. Pun begitu, terima kasih jugalah pada pihak penganjur, menyediakan dewan kecil ini untuk aku dan keluarga-keluarga lain yang tak dapat masuk, meraikan kejayaan mereka bersama-sama.



Bila nama yang disebut oleh MC yang bertugas (aku agak beliau merupakan salah seorang lecture di KLMU), iaitu nama adik aku, aku yang duduk keseorangan (adik aku pergi beli air untuk aku) mengelabah seluk handbag aku nak cari kamera. Korang tau apa yang best??? Ye paling best aku tak bawa camera oke. Terbaikkkkkk. Makanya aku guna ajela Blacberry aku yang dari subuh tak lekang dari tangan. Di-screen kecil itu, terpampang muka adik aku. Yeah!!! That's is my brother. Oiii oiii itu adik aku korang dengar tak. Eheerr sedikit poyo ye. He is My Hero, My Angel, My Everything, dan sudah tentu-tentunya My Soul. Yes! MK's is everything nobody can challenged. Psssst to my brother terserlah kegabraan ko waktu ko walk-in tau tak. Ajar berpuluh-puluh model cat walk, ko cat walk macam rimau. Kikiiii just kidding bro. Nyatanya sedikit sebak bila aku tengok ko genggam Ijazah Diploma Multimedia Application Art & Design itu. Aku dapat rasa, AyahMama kat dalam hall PICC tu senyum-senyum kambing+kerang busuk+bangga+seronok+beronok-ronok dan seantero dengannya. Kesimpulannya, KAMI BANGGA



Seterusnya, sambung Degree, dan seterusnya Master kaaaan???? Please don't stop. I always behind and support you. Promise??? Oke mari calit jari macam dalam drama Sehangat Asmara. Calittttt. Hiks



Family portrait yang tak formal. Eceeeeh. Cuma tak complete seorang. Sama tak muka kami???? Sama kaaaan. Hiks


Tetiba aku rasa, muka aku ada iras-iras ala-ala Erra Fazira bila tembam. Sungguh cuma korang tengok sekali, dua kali, tiga kali. Lebih baik tengok berkali-kali. Betul lah tak tipu. Tak percaya sila komen diruangan yang disediakan. Wakakaa. Tak lengkap kalau aku dan adik aku ni tak bergambar berdua. Dia yang bernama Ezzy. Hiks


Hey! Untuk dia, hey untuk dia. Adik bongsu memilih bunga, aku pulak pilih coklat kegemaran aku dan juga kegemaran Ezzy. Selera lebih kurang sama, cuma badan aku lebih kurus dari dia. Ahahaha

Exhausted day! Pulang ke rumah masing-masing dan kepengsanan sampai orang call pun aku tak dengar. 

Monolog: HAPPY MOOD

Monday, March 18, 2013

Official Opening: f8 Photography Studio

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

13/03/2013 - 8.00pm









Huraian..
1) Melangkah naik ke studio, uolls akan disajikan dengan gambar-gambar yang menjadi koleksi photographer profesional.
2) Pintu masuk f8 Photography Studio.
3) Selamat Datang :D. 
4) Lagi koleksi milik photographer menghiasi dinding didalam studio.
5) VVIP yang hadir. 
6) Talent yang mengayakan koleksi dari Angsa Putih Fashion House.
7) Orang kuat, penyokong-penyokong, rakan-rakan yang sporting.
8) Berada disini, jangan lupa check in :D.

Amacam? Cantik tak???

Permulaan cerita kali ni. I mulakan dengan sebahagian gambar yang I ambil dari laman Facebook milik f8 Photography Studio. Jangan lupa page like facebook ini.


Apa yang boleh I cerita tentang studio ini.

Ditubuhkan hasil gabungan idea 3rakan niaga, Zefri, Ezzy dan Nurul. Ya ya, Ezzy adalah adik I, yang sebelum ini menjadi freelance photography dengan Soulmate Photography.

Studio, yang menyediakan kelengkapan dan pelbagai kemudahan photography. Dari photo shoot, lighting, wedding photo dan seangkatan dengannya. Ya, video pun buat juga. I nak cerita panjang-panjang pun, bukan I reti sangat dalam bidang ni. Tang ini, uolls boleh contact Zefri dengan Ezzy sendiri. I dah tepek alamat dan no phone kat atas tu. Disamping itu, terdapat juga butik pakaian, yang dimiliki oleh Nurul, pemilik Angsa putih Fashion House. Jangan lupa like link tertera :D



Nothing much nak cakap pun. Cuma rasa bangga, at least adik I berjaya ke tahap yang seterusnya. Hopefully akan success sampai ke tahap yang diingini.




Sempat juga MK's merakamkan kenangan bersama. Bro tolong framekan satu untuk I. Hehehe

Bye!

Monolog: Ya Allah, aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Walau aku tidak sempurna mana. Amin.

♥ Aurora Follow3rs