Assalamualaikum, Salam Sejahtera
First of all, aku nak berterima kasih yang tersangat-sangat untuk Puan Boss aku yang membenarkan kami bercuti bersama-sama. Jarang kami dapat peluang sebegini. Walaupun dalam waktu yang singkat, cuti yang diberikan kepada kami bertiga dapat kami maanfaatkan bersama-sama keluarga dengan sebaiknya. Ya, waktu kerja kami bukan office hour. Bila dapat peluang, alangkah syoknya. Alhamdulillah...
Memandangkan aku dah berkali-kali pergi Cameron Highlands, makanya aku yang akan lead perjalanan mereka. Dan tugas mereka berdua pulak, cari homestay dan tempat yang ingin dilawati. Simple. Masing-masing punya kerja sendiri. Hihii sepakat membawa berkat, InsyaAllah. Alhamdulillah
25/12/2015 - Hohohoooooo Merry Christmas
Bermula seawal 6.00pagi, aku sudah pun berada di hadapan klinik, tempat yang dijanjikan untuk berjumpa. Meet point ni memang dah jadi tempat rasmi kami. Biasala, memahami keadaan mereka yang dah berkeluarga, lambat setengah jam itu perkara biasa. Top up touch n' go sudah, minyak sudah, prepaid phone sudah, bekalan kudap-kudap sudah, tunggu apa lagi marilah kitaaaaaaa. Hihiii.
Marilah sarapan dahulu di Perhentian Tapah.
Kebiasaannya, aku akan melaui jalan Tapah. Iaitu, jalan lama aka jalan orang asli yang berliku-liku. Tetapi, kali ni disebabkan aku fikir aku bawa 2 orang bayi yang baru berusia 4bulan, maka aku pilih jalan yang jauh sedikit, iaitu mengikuti Simpang Pulai. Berliku-liku juga, cuma beza keadaan jalannya lebih selamat berbanding jalan lama. Lama atau baru, bontot tetap terasa kekebasannya. Uppps
Bermula seawal 6.00pagi, aku sudah pun berada di hadapan klinik, tempat yang dijanjikan untuk berjumpa. Meet point ni memang dah jadi tempat rasmi kami. Biasala, memahami keadaan mereka yang dah berkeluarga, lambat setengah jam itu perkara biasa. Top up touch n' go sudah, minyak sudah, prepaid phone sudah, bekalan kudap-kudap sudah, tunggu apa lagi marilah kitaaaaaaa. Hihiii.
Atas, anak sulung, bawah kiri no3, bawah kanan no4. Anak no2 sibuk main ditaman.
Here we are!!!! Ambil gambo dari luar ajelah
Right! And yeay! It's a public holiday. Maka dengan ini, jalan saaaaaaaaaaaaaaaaangat jem. Aku memang dah tau. Jadinya, perjalanan kesini lebih kepada keredhaan dan kesabaran. Awal-awal lagi, aku dah set dalam kepala hotak, tak payah nak stress layan jem kat sini. Cuma, suami adik-adik aku ajelah, jangan membebel tak tentu pasal sudah. Lagi besar harapan, anak-anak tak merangam ajelah. Hiiiiihiiii
Okey! 12.30pm check point yang pertama kita singgah Lavender Farm. Lama kannnnnn. Ye, jem melekat bak ang!
Sue Family
Kedah+Johor dan Sabahan Family. Eh orang PJ pun ada huhuuuu
Me and housemate aka bff
Mommy dengan anak no2, baru warm up
Selesai selfie, wefie, kudap-kudap kat sini teruskan perjalanan. Terus cari makanan yang agak berat untuk diisikan dalam perut. Datang Cameron, aku mesti singgah Nik Ikan Bakar dan Tomyam. Tak tahu la kenapa, mungkin makanan kat situ dah biasa dengan tekak. Hahhaaa
Anak sulung Eunice dah berlinang mata kena marah dengan Momy. Anak no2, Qaid baru lepas kena jegil dengan Momy. Ye Momy garang tapi sayanggggggggg
Terus terang dek kerana sangat melekat jalan jem, makanya gambar makanan memang tak sempat nak tangkap. Yang tahu, tangkap masuk mulut terus.
Kekecewaan bermula, apabila sedikit kekeliruan telah berlaku, apabila homestay yang telah kami booking telah diberikan kepada orang lain. Elok-elok kami dapat homestay yang berharga Rm350, agent berikan kami rumah yang harga dekat sebulan sewa Rm800. Mana boleh macam tu. Deposit separuh harga telah kami bankin, resit transfer pun ada dibawa bersama. Alih-alih nak kasi harga yang lebih mahal. Amboi-amboi. Nak tak nak secara last minute itu, kami mencari juga homestay lain yang masih kosong. Dalam masa yang sama, kami minta agent yang bertanggungjawab mengantikan kami dengan penginapan yang lain. Dah nekad, tak dapat juga rumah pulang ke KL, atau stay hotel. Tapi rate, sendiri mahu ingat.
Sementara menunggu rumah baru yang dijanjikan oleh agents, merayaulah kami di pasar Brinchang ni.
Muka ganas, tapi kalau jumpa bunga terus ada taman astakona dalam hati
Banyak-banyak gambar yang aku snap, gambar ni je yang aku up. Nampak bunga tu? Menurut penjual bunga tu dikatakan bunga ni telah diawet. Dimana dia takkan mati atau layu selama 2tahun. Aku ulang sekali lagi 2tahun. Hanya mengenakan syarat, jangan kena air. Okey fine, dah suka sangatkan housemate aku ni pun belilah. Sampai KL, harapan tidak kesampaian. Mana taknya, cuaca kat Cameron sejuk. turun KL panas. Dah tu pulak. bunga tu jadi lembab dah tentunya bila lembab ada air. Bila ada air, takkan sampai 24jam pun berguguran bunga. Dah tu pulak kami balik keesokan harinya. Pandai penjual cari makan. Sesiapa pergi Cameron dan ada satu-satunya penjual bunga awet jangan terpedaya okey. Beli 4pek free satu pek Rm40. Tak berbaloi. Baik lagi beli bunga plastic. Hahahaha
Alhamdulillah berkat kesabaran, dapat juga rumah untuk kami berteduh. Ada 2bilik yang siap dengan queen bed dan single bed disetiap bilik, 1bilik queen bed, dan dua bilik air. Memang ngam-ngam untuk kami 5keluarga ni. Hujung-hujung nanti aku up gambo ok. Sampai je rumah, aku bantai tidur-tidur ayam dulu . Malam nak jalan lagi. Pergh sejuk giler! Nasib baik ada water hitter.
Sebahagian je ada, yang lain stay kat rumah
Dah malam, ingatkkan jalan dah susut. Tidaaaaaaak jangan fikir begitu, masih juga tersekat dijalan. Yang dirumah sudah kelaparan. Pasrah ajelah meredah keadaan. Cepat-cepattttt kedai tutup pukul 10malam.
Okey anak-anak memang kebal. Hahhahaa
Nak juga aku up muka sendiri
Selesai shopping, tapau makan moh la kita balik. Tetapi, kebanyakan kedai sudah tutup. Jadinya dimalam yang sejuk ini kita bantai megi dan biskut ajelah. Hahaha!!! Aku yang sengal, tak terfikir boleh masak kat rumah. Padahal semuanya lengkap, ada fridge, dapur masak, microwave, rice cooker. Aku pun tak terfikir la nak bawa barang masak bagai dari KL. Al-maklum ajelah, last minute plan pun sebenarnya. Hihiiii
26/12/2015
Selamat pagi CH!!! Okey waktu untuk pulang. Check out jam 9pagi. Awalkan hihii. Seperti yang aku janjikan tadi, aku akan up gambar rumah ni.
Muka blur kena bangun pagi
Okey, rumah ni dah siap renovate. Wet kitchen dengan dry kitchen dia asing. Belakang Ej, tu dry kitchen terlindung sikit hahhaa. Sambil masak, sambil boleh hidu la bau masakan rumah sebelah. Hihii
Lynn Family, sorang lagi memerhati mood off
Belakang Lynn dry kitchen. Korang sendiri nampak ada rice cooker dengan microwave.
Bilik queen bed siap bilik air
Family photo
Aku memang recommend korang untuk pilih rumah ni. Memang semuanya lengkap, Kalau rasa nak bbq, dekat balkoni dia korang leh bakar. Tapi pandai2 la jaga kebersihan ye.
Hubungi nombor yang tertera
Done!!!
Xoxo
No comments:
Post a Comment
Comment please ^_^