♥ Aurora

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
"You know a dream is like a river, ever changing as it flows. And a dreamer's just a vessel that must follow where it goes. Trying to learn from what's behind you and never knowing what's in store makes each day a constant battle just to stay between the shores. And I will sail my vessel 'til the river runs dry. Like a bird upon the wind, these waters are my sky. I'll never reach my destination if I never try, so I will sail my vessel 'til the river runs dry. Too many times we stand aside and let the water slip away. To what we put off 'til tomorrow has now become today. So don't you sit upon the shore and say you're satisfied. Choose to chance the rapids and dare to dance the tides"
Showing posts with label MotiVasi. Show all posts
Showing posts with label MotiVasi. Show all posts

Tuesday, October 22, 2013

Hye there!!!! I'm back

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera..

Hello October!!!!


Seperti biasa, bersawang dah belog kusam aku ni. Maaf laaa jari jemari aku kurang nak menari kat dalam ni. Jemari lebih gemar menari untuk selesaikan kerja-kerja. End of year closing account. Bulan October la yang paling sibuk. Kadang-kadang buat-buat sibuk pun ada. Makin dewasa, makin tinggi komitmen. Makin matang la kehidupan. Makin mendewasakan diri juga. Amik point-point yang positive.

Apa nak cerita???


Ada apa pada gambar???

Sebahagaian list yang disediakan untuk kepuasan diri sendiri. Kau orang tenung la gambar tu lama-lama. Ngeeeeeeeeeeeeee

Dalam hidup ni, macam-macam benda kita nak buat. Macam-macam kita mahu, dan beribu-ribu macam kita nak cuba. Setiap satunya punyai sebab tertentu ~ apa? mengapa? bagaimana? kenapa? etc~. Itu yang dinamakan kehidupan dan karenah manusia. Tak pernah puas. Tak pernah lelah untuk terus mencuba. Kadang, kita merasa, yang itu betul dan baik, setelah mencuba ianya tidak la sebegitu betul dan baik atau erti kata lain ianya kesilapan. Kadang, kita rasa itu tak betul dan tak baik, kita biarkan dan yang sebenarnya itu adalah yang sepatunya kita lakukan tapi kita biarkan ianya berlalu pergi. Itu yang dikatakan kerugian. Erti kata lain, tidak cuba tidak tahu dah cuba baru tau. Sebahagiaan perjalanan hidup yang kau orang mahu dan begitu juga dengan aku.

Tiap-tiap tahun masing-masing punya goal/target. Sama juga dengan aku ada goal dan target. Usia dah menginjak dewasa, badan dah semakin mengembang, rambut dah mula beruban. Eh cop! Aku ni tidak la segemok, atau beruban. Kalau pun ada uban dikepala aku ini, itu adalah kesan dari aku warnakan rambut. Ya! Aku salahkan warna rambut yang tidak sesuai dengan warna rambut aku. Eh! Tidak beruban itu bijak. Krikkrikkrik.

Apa yang aku nak cakap sebenarnya???

Aku cuma nak cakap, setiap pergerakan ada sebabnya. Kadangkala tak perlu nak dihuraikan sebab-sebabnya. Setiap kejadian ada hikmah dan nikmatnya sendiri.

Aku akan sambung membebel lagi!

Bye!

Monolog: Bebelan yang berbunga-bunga :)

Sunday, July 15, 2012

Cantik :: Serikandi Spa.

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Cerita semalam.

14July2012.

Seharian duduk dirumah, membantu Mama menyediakan tempahan makanan. Sesambil tu manja2 dengan kesayangan I yang sembilan ekor dibelakang rumah. Dah tak terjaga dah mereka2 itu, kecuali seekor kucing yang memang rapat dengan I. Shiro nama diberi. Sekarang menanti kelahiran anak Greany, yang mengandung diusia 9bulan. Ohemgeeee. Oh lupa, akhirnya, I dapat kucing berwarna oren! Terima Kasih pada Farhan, yang memberikan anak kucing terbiar itu untuk dijaga. Suka sukaaaa.

Petangnya pula, dah set appointment seminggu yang lepas, untuk terjah ke Spa kawan I yang terletak di Bandar Tasik Selatan. Oke! Jom Spa.



Set appointment untuk urutan spa, body scrub dan mandi wap. Ngeee. Nak cuba, sila contact no yang tertera.

Terasa segar selepas treatment. Akan datang lagi. Nak cuba urut traditional pulak. Insyaallah.

Monolog: Apa saja untuk kepuasan diri sendiri hehe.

Cantik :: Tabita starter pack. Ohemgeee

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.

Kalau sebelum ini, I ada share I dah product muka pilihan I. Klik di link2 yang berkenaan untuk tau apa product itu Cantik :: Selepas Hampir 3bulan ;))Cantik :: Berhabis untuk cantik ;))Cantik :: 6bulan bersama Tabita :). Sekarang di war-warkan, Tabita Skincare Zura, sudah ada starter pack. Mari2 cuba. Promote ni.


Starter Pack Tabita : Cleanser 25ml, Toner 25ml, Day Cream 6gm, Night Cream 6gm

Pastikan anda cantik dihari lebaran hokey. Yang pastinya, harga lebih murah dari full set. Nama pun starter pack kan. Pengunaan dijangka selama 2minggu, bergantung kepada cara pemakaian individu. 

More info, Tabita Skincare Zura. I sudah, U olls bila lagi.

Bye!

Monolog: Bila cantik, kita nampak confident. Kalau gemuk, sila la exercises. 

Cantik :: VCO teman baru I ;)

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.


Selain daripada amalan 5waktu sehari, amalan surah2, nak nampak sihat, bukan setakat dari luar aje. Dalaman pun perlu ada. Kan kaaaaan. 


Kali ni, I nak share pulak  makanan tambahan untuk kesihatan dalaman I. Usia dah lebih 30 ni, kena la lebih extra jaga, dalaman dan juga luaran. Tidak la muka nampak kuram, pucat dan tak bermaya. Takde la muka macam jerangkong kan. 



Baru ,mencuba untuk satu minggu, kesannya amat ketara. Mahukan bukti?? Nanti dulu. Kasi I complete set ini untuk satu bulan. Baru I tepek muka berseri I. Eh berseri ke :p

Nak order, di Facebook beliau Norish Catalyst atau ke blog beliau Catalyst Beauty & Health Care Online Shop.

Oke bye!!

Monolog: Saya sukaaaaaaa :p

Thursday, June 14, 2012

Putus Sudah..

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.



Putus sudah!
Sekian lama ikatan terjalin
Hampir 5tahun bersama
Ikatan itu terputus akhirnya

Putus sudah!
Tak tertanggung agaknya
Bebanan yang ada
Ini la jawapannya

Selamat Tinggal Gelang Kristalku... Sobbbsobbb

Monolog: Sesuatu sangat. Setahu I kristal I semuanya putih. Kenapa ada warna ganjil disitu???!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, May 15, 2012

Cantik :: 6bulan bersama Tabita :)

No comments:
Assalamualaikum, Salam Sejahtera.



Komen I tentang Tabita, yang I copy paste dari WhatsApp I. Super canggih dah zaman sekarang ni main BBM, WhatsApp je. Jimat cost. Time2 sekarang ni, semuanya pun kena jimat. Bukan kedekut, tapi berhati2 dengan perbelanjaan. 

Setelah 6 bulan bersama Tabita, I sangat berpuas hati. Macam komen di atas, dah jatuh cinta dah. Macam kata Tabita Skincare Zura.

KECANTIKAN yg dianugerahkan kepada kita datang dariNYA... Oleh itu kita harus menjaga dengan sebaik2 nyer tanpa kita mengubah kejadian asal yg telah dijadikan olehNYA..

Inilah hasilnya, tanpa sebarang edit. Cuma masukkan frame aje oke. Million thanks buat Tabita Skincare Zura yang memperkenalkan dan seterusnya mempromote dan berjaya membuka hati I untuk try test cuba product ini. Fuhhh tarik nafas sekejap.  Masalah jerawat hilang sekaligus, dan sekaligus mencerahkan muka I. Alhamdulillah, akhirnya I dah jumpa product yang sesuai dengan kulit muka I yang sangat sensetif ini.

Oke, back to work ;) 

Saturday, February 4, 2012

Gunung?! Menariks tuuuuuuuuuuuuuu

No comments:
السلام عليکم

Seronoknya bangun lewatkan?! Bagi yang kerja 5hari seminggu tu, sangat la syok. Lagi sambung cuti sampai hati Selasa. Amboi sakan!! Awal2 tahun ni memang syok la banyak cuti yang diberi, hujung tahun cuti yang dipilih. Semalam, I ada dengar Puan Boss I ni dok semangat berjoging. Kenapa tiba2 dia nak jogging?

"I nak naikkan stamina I. Next year I plan nak naik gunung"

Thank's Google

GUNUNG?! Bestnya. I tak pernah nak main panjat2 gunung ni. Panjat tangga pernah la. Terfikir seketika, Puan Boss yang dah nak masuk 50tahun, masih ada hati nak main panjat2. I?! Naik roller coaster pun gayat. Macam mana.
Thank's Google
Cari keyakinan diri? 


Thank's Google

Stamina.. Kita cari stamina. Mana nak cari? 

Thank's Google

Wahai semangat dekatilah dirikuuuuuuuuuuuuuu

Sudah kerja!!!

Tuesday, January 17, 2012

Cantik :: Berhabis untuk cantik.. ;))

2 comments:
السلام عليکم

Holla!

I muncul lagi. Lalalala, mesti la nak muncul balik kan. Dah nama pun suka menulis. Menulis la sangat.

Masih ingat lagi tak dengan entry I yang ini Selepas hampir 3bulan ;))? Kalau belum baca pergi la luangkan masa membacanya. Tidak dikenakan bayaran untuk membaca setiap bait kata2 yang ado. Dengan penuh rasa bangga I share tentang cantik dengan U olls. Tak lupa juga, terima kasih sekali lagi buat school mate I yang berjaya menggugat hati I untuk membeli product ini (setiap kali entry akan mention nama dia lah!). Hahahha hang punya PR Zura memang tip top. Jangan lupa diskaun I tau ;p

Mana datangnya product ni?

Actually, product ni bukan buatan Malaysia. Product ni berasal dari Indonesia. Tahu aje la kan, rata2 product kecantikan yang sesuai dengan kulit Asia, datangnya dari Korea dan Indonesia. Kalau diperhatiakan, dekat pasaran, berlambak product dari Korea. Indonesia pun ada juga, kat booth jamu tu banyak. Hehehe. Tapi awas, jangan tertipu dengan product yang mungkin palsu. Nah! Nanti salahkan I pulak. Memang tak dinafikan, yang palsu pun kadang2 serupa dengan yang asli. Bukan susah nak dapat yang asli. Order dengan I atau pun Zura, confirm2 yang asli. Wuahahahhaaa

Sepanjang pengalaman I menggunakan product ni, walaupun masih baru dalam 3bulan gitu, I tak payah susah2 nak pergi facial. Sesungguhnya I memang tak suka nak pergi facial (gerun bila terkenangkan kejadian muka I yang burn satu ketika dahulu). Sungguh lepas tu I tak berani nak buat facial. Mungkin la kan saloon yang I pergi tu pakai product yang tak betul, jadi mangsa nak cantik macam I ni pulak terus terduduk. Eh eh melalut sudah! Back to my story. Hanya menggunakan sabun pencuci, toner, dan cream pelembab siang dan malam, cukup untuk memuluskan muka. Nah! Tunggu apa lagi.

Ada yang tanya pada I, berhabisan ratusan ringgit tu berapa. Jeng jeng... Tidak la sehebat SKII atau product2 yang sememangnya meletup kat pasaran kan. Masih under budget rakyat Malaysia gitu. Berapa tu berapa..? Lalalala. Untuk product ni, I berabis RM420 sahaja. RM420 untuk 3bulan ok la kan. Amacam menarik tak..? Kalu menarik, jangan lupa ke page ini. Oh ya, jangan lupa mention nama I ok. Kita share2 cantik gitu ;)


Bukan mengubah ciptaan Allah, cuma mahu kelihatan lebih sempurna ;)

Thursday, January 12, 2012

Cantik :: Selepas hampir 3bulan ;))

2 comments:
السلام عليکم

Tahun lepas, tahun yang stress bagi diri I. Bila stress semua pun terkeluar. Apa lagi kalau bukan masalah I dengan musuh utama I iaitu Miss Jerawat. Macam2 product yang telah I guna. Tak sampai seminggu tukar product yang lain. Di sebabkan kulit muka I yang tersangat la sensetif, semua product yang ado di pasaran I dah try test. Kalau pakai dan makin merebak jerawats tu, memang product tu kena kasi Cik Tong. Bermakna memang tak sesuai dengan I la..

I close up kan my picture before I use this new product. Picture agak gelap, tapi masih leh bezakan part yang I maksudkan selepas menggunakannya. Sila comparekan before and after yerp ;)


Setiap product ada cabarannya yang tersendiri. Sama juga dengan product yang I pakai sekarang ni. Mungkin juga memang sesuai dengan muka I (kebetulan la kot), jadi I dah boleh rasa tindak balas product ni dalam masa 3hari. 3hari U olls, sebelum ni I try test product lain 2minggu pun belum tunjuk hasil. Nah! Mahu taknya semangat nak teruskan pemakaiannya. Off sure tak nak stop. Keyakinan datang memuncak gitu.

 3hari penggunaan

Masuk minggu kedua, itu diaaaa azabnya baru terasa. Ye la pengelupasan kecil berlaku, dan naik perit muka I bila sapu toner. Walaweiii time tu I decide nak stop. I terus whatsapp dealer yang promote product ni. Nah, katanya, memang peringkat ini la I kena cekalkan hati. Alhamdulillah, azab tu I leh harung. Nak cantik U olls, kena la tahan sikit.

Sebulan, I dah rasa best. Haha syok sendiri je bunyiknya plak kan. 


The result after 3months using my currently product. I tak edit pun picture ni untuk kasi cantik. Original ok

Hakhak, beza tak U olls. Dari pandangan mata I, I rasa sangat la berbeza sama sekali. Sangat berpuas hati U olls. Walau I berkorban berhabisan ratusan ringgit untuk 3bulan untuk dapatkan result yang ini. Ratusan ringgit untuk 3bulan, okay la kan. Masih jimat! Takde la nak membazir yang melampau2. Ukur baju badan sendiri kata Mama. Alhamdulillah.

Million thanks, buat Zura my schoolmate yang berjaya membodek I untuk grab product dia. Hang berjaya bodek I untuk grab product hang ni beb. I dah promote ni, lain kali kasi I diskaun lagi okay. I dengar cerita, abang handsome kita Anuar Zain pun jadi dealer untuk product ni. Dan kebayakan artis pakai product ni juga. I dengar cerita la kan, kalau I salah tulis ni, bermakna salah info la. Tapi kalau ada yang nak cuba product ni, leh aje order kat I, atau pun direct ke Zura pun boleh. Kita sama2 share cantik ok.


Nah, ini la product yang I dok gebang dari tadi..


Cantik ni kena la luar dalam sekali. Pakage lengkap baru nampak ayu. Ayu ke? Haha syukur apa adanya sudah.

Dari atas turun ke bawah.. Self treatment still in progress. Yahoooooooooo

Thursday, September 29, 2011

Again and again!

No comments:
السلام عليکم


Auuuucak!

Peh! Terbahak2 la tengok movie tadi kan. Result = puas hati sangat2. So now, nak test vocal plak. Lama tak training. Ok ke tak ke. Let's enjoy bebeh!

Redbox, I'm coming heheeeeee


** daripada duduk rumah takde buat apa, baik cari hiburan tanpa menyusahkan orang lain!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, September 28, 2011

Movie Marathon Ơ̴̴͡.̮Ơ̴̴̴͡

No comments:

M back!

Kalau ada masa free ni, berduyun la entry baru kan. Kalau takde masa tu, memang takde cerita la kan. Lalallaaa

Awaiting for The Smurft Movie!


Lepas abis, Johnny English Reborn Movie!


Sure beku I dalam panggung nanti! Self treatment in progress weeehuuuu

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 24, 2011

Let's try! Think ya!

No comments:
السلام عليکم
Dear friends,

Let's try this ::

There is 12 things important in our life;

1) Family
2) Dignity
3) Money
4) Friend
5) Health
6) Long life
7) Moral
8) Happy
9) Honour
10) Success
11) Safely
12) Balance

« Pick THREE which is MORE IMPORTANT and explain why » doe is ALL ABOVE are important!

Sincerely me

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, August 16, 2011

Pengertian dan Hukum

No comments:
السلام عليکم


IBADAT 
HUTANG


Erti : memberi sesuatu barang atau menfaati kepada seseorang yang boleh dikembalikan
Hukum memberi hutang asalnya sunat menjadi wajib dalam keadaan tertentu
Hukum membayar hutang adalah wajib, haram menangguhkan pembayaran hutang bagi orang yang mampu

Rukun Berhutang
1. Penerima dan pemberi hutang
2. Barang yang diberi hutang adalah milik penuh pemberi hutang
3. Sighah iaitu akad pemberi hutang

Hikmah Diharuskan Hutang
1. Membantu golongan susah
2. Mengelakkan sifat malas dan suka meminta-minta secara percuma
3. Mengelakkan penindasan pihak yang kaya kepada yang miskin
4. Memberi peluang orang miskin membaikkan taraf ekonomi

Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kemurkaan Allah
Mencuri Dan Merompak
  • mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin. Hukuman hududnya dipotong tangan
  • merompak ialah mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin


Kesan Perbuatan Mencuri Dan Merompak
  • masyarakat hidup tidak aman dan tenteram
  • dipandang hina oleh orang
  • dipulau dan disisihkan masyarakat
  • timbul pergaduhan dan permusuhan
  • negara tidak aman dan tenteram
Mengumpat Dan Memfitnah
  • mengumpat bererti mengata atau menceritakan keburukan seseorang semasa ketiadaannya dan boleh menimbulkan kemarahan apabila dia mendengarnya
  • memfitnah ialah melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti
Sebab Mengumpat Dan Memfitnah
  • ingin lihat orang menderita dan susah
  • tidak mahu mengakui kelebihan orang
  • takut persaingan hidup
  • sikap buruk sangka terhadap orang
Akibat Mengumpat Dan Memfitnah
  • dibenci dan dipandang hina
  • berlaku pergaduhan dan permusuhan
  • masyarakat Islam mundur
  • hidup menderita dunia dan akhirat
Cara Mengatasinya
  • menyemai kasih sayang sesama Islam
  • reda dengan ketentuan Allah
  • sentiasa muhasabah diri
  • meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan beramal soleh

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

Nifak
  • nifak bererti berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah. orang yang melakukannya digelar munafik
Ciri-Ciri Munafik
  1. bercakap bohong
  2. khianat apabila diberi amanah
  3. mungkir janji
  4. melampaui batas apabila bertengkar
Akibat Buruk Munafik
  • menghilangkan sikap percaya-mempercayai
  • melemahkan perpaduan masyarakat
  • menghancurkan kekuatan umat Islam
  • menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam


Khurafat
  • khurafat ialah kepercayaan atau amalan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam
Contoh Perbuatan Khurafat
  • mempercayai azimat atau tangkal boleh memberi kesan kepada pemakainya
  • membuang anjak bagi menghalau hantu
  • mempercayai suara burung hantu boleh membawa tuah atau sial
  • mempercayai kubur yang dianggap keramat
Faktor Khurafat Masih Berterusan
  • iman kurang matap terhadap Allah
  • terpengaruh dengan masyarakat yang biasa amalkan khurafat
  • ambil langkah mudah cepat kaya
  • wujud tempat pemujaan khurafat
Cara Mengatasi Khurafat
  • menggiatkan usaha dakwah dan majlis ilmu
  • mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang terlibat
  • memberi kesedaran tentang keburukan khurafat
  • mengawasi dan menghapuskan tempat yang dianggap keramat
Kesan Buruk Khurafat
  • menyebabkan syirik dan  terbatal iman
  • membazir masa, tenaga, harta
  • masyarakat mundur dengan khayalan sia-sia
  • menyekat akal berfikir logik dan sistematik
Sihir
  • sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus  melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin dan syaitan . sihir bertujuan memudarat dan mengelirukan manusia
Akibat Sihir
  • merosakkan akidah dan membatalkan iman
  • memecah belah masyarakat dan menimbulkan fitnah
  • pengamal sihir takbur dan berani berlaku zalim
  • membazir wang, masa, tenaga

**Remind myself too. Sharing is caring ; click here

Friday, July 1, 2011

I Love Quotes

No comments:
السلام عليکم

Lately ni hobi I baca quotes. Bila dah baca I suka post kat FB I. Copy dan paste, sangat senangkan. Segala quotes yang I post, tak ada kena mengena dengan kehidupan seharian atau yang dah meninggal dunia. Hanya sekadar memotivatekan diri sendiri. Yes!~ Selama I baca quotes ni, I berasa sangat yakin diri, penuh semangat dan lebih positive! Di mana I sangat suka dengan keadaan yang I buat dengan penuh selesa, tanpa memikirkan hal orang lain~ Bla bla bla... Aman je rasanya hidup ini.


Bercakap pasal positive, I dioffer untuk menjalankan aktiviti baru. Yang penting tiada bayaran diperlukan untuk aktiviti ini. Kalau kat tempat2 lain, sure dah kena bayar, tapi apa yang I dapat FREE. Sapa tak nak kan. FREE weyh! Hermp!~ Keputusan belum dibuat lagi kerana I terlebih dahulu telah memikirkan tentang gym untuk tambah stamina. Kali ni, I mesti pergi gym, bukan sekadar bayar tak pergi atau pun kata2 kosong! Must go! Oleh yang demikian kumpul duit dulu la kan. Hekhek!

*Gambar pencarian Google

Saturday, May 28, 2011

Broga Hill yo!

No comments:
السلام عليکم

 

Google sudah! Pergi pun sorang2, sapa nak snap muka Yy? Kalau snap pun senget2. Lagi la muka pun dah senget. Ya Allah kasarnya bahasa Yy. Itu lagi baik ooooo. Dengan kata lain sedar diri. Hehehe. Dari cakap lembut tapi sakit2 hati nak buat apa.

Briga Hill aku akan kembali...! Janji!

♥ Aurora Follow3rs